:: My gangS :: TQVM

Wednesday, November 10, 2010

bab 12 why me?

Aku pejam celik pejam celik mata sambil menarik selimut. Apasal sejuk semacam je ni? Macam duduk dalam peti ais pulak rasanya. Menggigil sampai ke tulang sumsum. Aku pandang atas tapi nampak siling kapur yang cantik berkerawang-kerawang. Bila masa pulak bilik aku tukar siling ni?Aku picit-picit kepala yang macam pening je. Aku kalih pandangan ke sebelah. Nampak ada seseorang yang tengah sedap tidur merengkot. Hati aku dah start cuak. Sebab tak nampak macam Yatie pun.

"mmaaakkkk”

Aku menjerit sekuat hati. Sebab bila aku selak selimut aku, dress yang aku pakai malam tadi dah meleret ada kat kaki. Seseorang yang kat sebelah aku pun tiba-tiba bangun mengejut, maybe sebab aku menjerit tadi.

“kau buat ape kat sini?”

Aku tengok dia dengan air mata yang dah bergenang kat tubir mata. Tadi memang rasa macam nak marah sangat tapi bila teringat something.Cepat-cepat aku tarik selimut dan bungkus tubuh aku sampai nampak kepala je.

"ape ni jerit kuat-kuat?"

Aku tengok dia macam mamai lagi. Dahla dia tu pakai boxer je. Baju langsung tak ada.Bila aku pandang bawah katil, tengok tux, kemeja dan seluar dia bertaburan atas lantai. Sah, memang sah antara aku dengan dia ada yang terjadi apa-apa.

“boleh lagi kau buat muka macam tu?” Kuat suara aku marah dia. Dia pulak macam terpinga-pinga sambil menggaru kepala.

"kite kat mane ni?”

“bilik hotel kot”

“eh stop jap, kite buat ape kat dalam ni?"

Dia tanya sambil tengok aku yang dah nak start menangis.

“sampai hati kau, aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni” Aku berkata sambil mengesat air mata yang galak menuruni pipi.

“Zoey, seriously I don’t know what actually happened. Tadi kan masa kite tengah dinner, kau macam pening pas tu kau nak jatuh kat meja. Aku sempatla pegang dan papah kau keluar dari ballroom tu, tapi bila dah sampai kat lif aku dah tak ingat apa-apa”

Andriand menjelaskan apa yang berlaku. Memang tadi aku pening, pas tu aku dah tak ingat apa yang jadi. Sedar-sedar je duduk dalam bilik ni. Pelik je rasa.

shut up, aku tak nak dengar ape-ape lagi” kataku separuh menjerit.

“Zoey, listen to me first

Andriand cuba memujuk. Sambil sarungkan semula kemeja dia. Yela tu, tak tau langsung. Tapi macam mana aku dengan dia boleh ada dalam bilik ni. Macam tak masuk akal je kalau fikir balik. Ada orang kenakan aku ke?

“whatever”

Aku marah dia sambil ambil dress aku terus masuk dalam bilik air.Cepat-cepat aku bersihkan muka dan badan lebih kurang. Lepas pakai dress, aku keluar dari bilik air tapi dia still duduk kat birai katil. Tengah picit – picit handset. Aku berkira-kira nak keluar dari bilik tu.

***************************************

Tok! Tok ! Tok !

Aku dengan dia masing-masing pusing kepala kat pintu bilik hotel kami. Siapa pulak yang ketuk bilik ni?Takkan pejabat agama kot. Ah sudah, bala sudah datang. Kenapa kau tak keluar je tadi Zoey? Memang kepala dah tak boleh fikir dah pun ni.

Cepat-cepat dia bukak pintu sebab ketukan makin lama makin kuat. Macam nak roboh je pintu dibuatnya. Nampak kelibat perempuan dan seorang lelaki di muka pintu. Tu bukannya.. Aku undur dua tapak ke belakang.

Panggg!!

“oh, ni keje kau rupanya. Aku suruh masuk universiti suruh belajar, bukannya pergi menggatal”

“mak”

Jerkahan mak aku, rasanya dah tak masuk dalam telinga aku sebab pipi rasa perit bila kena tampar. Aku tengok ayah langsung tak pandang muka aku.

“mak, Viya tak buat kerja macam ni. Viya pun tak tau mana kitaorang boleh ade dalam bilik hotel ni”

Rayu aku sambil memegang kaki mak. Air mata rasanya dah boleh banjir bilik ni. Andriand pulak tengok je aku sambil dia bercakap dengan seseorang kat telefon. Tak guna kau Andriand.

“pakai baju macam ni, tapi boleh lagi kate tak buat ape-ape. Kau jangan nak tipu aku lagi” Kata-kata mak aku memang betul, tapi aku pakai macam ni untuk majlis annual dinner je.

“Viya mintak maaf mak” Rayu aku lagi sambil menangis.

“dah-dah, tak yah pegang aku. Aku tak de anak macam kau. Kite putus hubungan”

Terkejut aku masa aku nak pegang tangan mak. Terduduk aku kat atas lantai. Aku kesat air mata yang mengalir. Sampai hati mak buat aku macam ni. Aku tak salah pun.

"ayah”

Aku panggil ayah yang senyap je dari tadi. Tapi ayah buat tak layan je. Pandang aku pun tak. Mesti ayah malu tengok anak dia dalam keadaan macam ni.

“jom kite balik”

Ayah terus tarik tangan mak aku dan keluar dari bilik hotel. Tapi aku tak kira, aku nak jugak kejar mak dan ayah. Dengan berkaki ayam, aku meluru ke arah lif. Nasibla lif tak ada orang. Sampai je kat lobby hotel aku sempat tengok kereta wira ayah berlalu pergi. Terduduk aku kat pintu utama hotel.

Perlahan-lahan langkah aku atur ke kaki lima hotel. Serabut sungguh kepala aku masa ni. Aku ikut je kaki melangkah tanpa arah tujuan. Rasa macam tak percaya dengan apa yang telah berlaku. Dalam satu malam je, aku hilang dua benda yang aku sayang. Satu, keluarga aku. Dua, maruah aku.

“Zoey”

Aku angkat kepala dan tengok Andriand berada kat sebelah aku. Bila masa dia ikut aku, aku pun tak perasan. Aku merenungnya tajam.

“ape kau nak lagi ha?”

“aku...”

“aku benci kau, jantan tak guna”

Terus tangan aku cekik leher Andriand. Sebab pasal dia la, mak dan ayah aku tak mengaku aku anak mereka sampai sanggup putuskan hubungan dengan aku. Biar mati terus pun tak pe.

“ughhh..Ergghh” Dia cuba bersuara tapi tangan aku kuat mencekik lehernya.

Andriand tarik tangan aku dan tangan aku terlepas dari lehernya. Tiba-tiba dia peluk aku kejap. Aku cuba lepaskan diri tapi tak boleh.

“Zoey, bertenang k. Kite settle mende ni slow-slow. Aku rase ade orang kenakan kite” Pujuk dia lagi. Aku hanya mengalirkan air mata sambil menangis dalam pelukan dia.

“Riyand, kenape ni?”

Aku macam terdengar suara seseorang je panggil Andriand. Aku tengok sekilas, mama dengan papa Andriand datang.Dia lepaskan pelukannya pada aku. Aku hanya menunduk, malu dengan perbuatan berpeluk dengan Andriand tadi.

“Pa, ma..Actually kitaorang tengah dinner tadi, then Viya.....”

Aku tak ambil kisah pun dengan apa yang dia cerita kat mama dan papa dia. Kepala aku masih duduk terbayang-bayang je peristiwa tadi.

“Viya”

Tiba-tiba rasa ada orang pegang tangan aku. Mama Andriand rupanya. Aku hanya memandang dengan pandangan kosong.

“sabarla”

Ujar mama Andriand sambil memeluk aku. Aku hanya menangis dalam pelukan mamanya. Terasa hangat je pelukannya macam tak nak lepaskan aku. Tapi tak dapat lagi nak memujuk hati aku yang tengah sedih ni.

“nanti kite settle mende ni k. Dahla, takyah nangis lagi”

Aku tersenyum pahit sambil memandang mama Andriand.

"Riyand, hantar Viya balik. Dah lewat ni”

Aku hanya mendiamkan diri tanpa mengangguk atau menggeleng. Aku kerling jam kat tangan dah pukul dua setengah pagi. Maknanya lama jugakla aku kat hotel tadi.

“Pa, ma, Riyand hantar Viya balik dulu, nanti jumpe kat rumah”

Aku tengok papa dengan mama dia beransur-ansur nak balik. Aku pun nak balik jugak, rasanya nak tidur puas-puas tak nak ingat dah kejadian ni semua.

“Zoey, jom” Dia sarungkan kotnya kat badan aku sebab tengok aku menggosok-gosok tanganku. Aku berdiam tanpa sepatah kata.

Andriand menuju ke parking kereta. Aku hanya menurut mengikutinya dari belakang. Masuk je dalam kereta, masing-masing senyap. Okla jugak, aku tak ada mood nak bercakap pasal hal ni.

Sampai je kat rumah, aku tengok Yatie dah tunggu aku depan ruang tamu. Mesti dia pelik sebab aku balik lambat. Tengok jam kat dinding dah dekat pukul 3 pagi. Lama gila la kitaorang kat hotel tadi.

“Zoey, kau gi mane? Aku cari kau merata-rata tadi. Sebab dah pukul 12 lebih, aku ngan Fadzrul balik dulu la. And fyi mak ngan ayah kau datang tadi. Aku cakapla kau still kat hotel” Panjang lebar Yatie terjah aku dengan soalan. Aku pulak buat-buat tak dengar je. Termenung je duduk kat sofa.

my life is over” Aku cakap tanpa nada. Tahan air mata yang nak mengalir lagi.

“nape ni Zoey?” Lembut Yatie tanya aku. Mungkin dia tengok aku macam nak menangis je.

“takpe la, esok aku cite k. Dah penat ni, nak masuk tidur dulu” Aku terus angkat kaki dari sofa terus masuk bilik.

“Zoey, mane wig kau?” Aku geleng kepala. Baru aku perasan yang aku tak pakai wig. Dari tadi macam-macam hal yang jadi, aku pun dah tak ingat. Maybe tertinggal kat bilik hotel kot.

Malam tu aku tidur bertemankan air mata yang tak henti-henti. Rasa macam menyesal sangat dengan apa yang terjadi. Dekat nak subuh baru boleh lelap mata.

ps : sila komen...bz dengan macam2 kerja tapi sebab ramai je yang bace, zura tetap masukkan entry baru..enjoy :)

6 comments:

matahati-aishahazhar said...

sapelah punya keje ni.. mesti qiqi sengaja je nak kenakan zoey..

zura asyfar addy rifqhiey said...

to ratu kebaya : mungkin ya mungkin tak..qiqi yang kenakan zoey ataupun andriand saje2 berlakon buat tak tau..hehe

nas @ miss qs said...

kesiannya...but why must she???

RinsyaRyc said...

why me?! tpi masuk dah part jeng jeng jeng!

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nas chuare @ miss qs

huhu....nk wat cmne...dh mmg dia...adess..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc


hahahah..jeng jeng jeng..why me?