:: My gangS :: TQVM

Saturday, September 10, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu - 14

D.O.U.G.H.N.U. T a.k.a Aku dan kamu - 14


Aku pandang Fajie sekejap sebelum pandang ke depan. Betulke ni Iza?

“Yash, apasal kau tengok aku macam tu?” Iza menyoal aku dengan pandangan sedikit pelik. Aku mengerutkan dahi sekejap sebelum tersengih. Fajie dah pandang aku dengan menjongketkan sedikit kening. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga aku.

Dear, awak ni kenapa? Takkan tak kenal pulak kawan sendiri.” Bisiknya perlahan. Aku memalingkan muka menghadap Fajie. Wajahnya yang sedikit rapat dengan aku tu membuatkan aku kembali menegak tubuh. Hesy, dia ni. Tak nampak ke Iza sedang pandang aku tu?

“Err...Aku pening sikit sebab panas tadi sebab tu kurang cam kau.” Laju sahaja alasan yang kira logik tu keluar dari bibir aku. Serentak dengan itu Iza dengan lelaki yang memandu itu ketawa. Fajie pun sama. Ciss!

“ Yelah-yelah. Aku terima alasan kau tu. By the way Fajie, kau tolong tengok sikit kawan aku ni. Jangan bagi dia pengsan pulak masa tengah bersanding nanti. Kang kecoh pulak.” Iza menyambung. Fajie menoleh memandang aku sambil tersenyum manis. Tangannya tiba-tiba menggenggam tangan aku. Erk! Janganlah buat romantik pelik ye kat sini. Terasa panas gila pipi aku sekarang ni!

“Okey, saya takkan baginya dia pengsan nanti.” Fajie berjanji sambil memandang aku tak berkelip. Redup pandangan matanya membuatkan aku makin malu. Aku tertunduk bila melihat Iza dan lelaki di sebelahnya sedikit menoleh pada aku. Waa, malu gila ni!

Hesy korang ni. Malam karang lah nak beromantik ke apa? Tahulah dah sah. Aku pulak yang malu ni.” Sound Iza. Aku menggigit bibir. Sedikit geram bila si Iza suka-suka aje sound aku.

Sorry Iza ganggu korang berdua. Kalau ikut hati saya, memang saya tak nak pun bawak Yash pergi bersanding bagai ni. Nak je angkut masuk bilik terus.” Ya Allah Fajie ni, boleh pulak dia selamba saja cakap macam tu kat Iza. Rasa nak hempuk aje kepala dia dengan heels tiga inci yang aku pakai ni. Dia tersengih melihat aku yang dah merah muka.

“Ha, elok sangatlah tu. Bawak je masuk bilik terus, baru diam sikit mulut makcik ni.” Sambung Iza sambil tergelak. Aku dah malas nak layan dia orang berdua ni bercakap. Memang tak ada cover-cover langsung. Si Iza ni pulak layan aje si Fajie merepek. Tapi serius aku pelik dengan Fajie, elok pulak dia bercakap dengan Iza ni. Memang dia orang betul-betul lama kenal ke? Macam apa yang Fajie beritahu aku tadi?

Dear, kita dah sampai lah. Tak nak turun ke? Atau nak saya angkat?” Sekali lagi Fajie berbisik sambil tangannya menyentuh jemari aku. Aku sedikit tersentak. Eh dah sampai ke? Tak perasan betul kereta dah terparking di depan hotel. Aku lihat Iza dengan teman lelakinya dah pun keluar dari kereta. Hanya aku dengan Fajie aje yang belum keluar.

“Ha? Eh tak payahlah. Saya boleh keluar sendiri.” Cepat-cepat tangan aku membuka pintu kereta. Dah gila ke nak suruh Fajie angkat aku keluar dari kereta. Hesy dia ni!



***



Pegangan tangan Fajie erat memaut tangan aku sambil kami berdua berjalan melangkahi karpet merah ke tempat bersanding. Ada tiga empat orang budak-budak perempuan a.k.a flower girls yang sedang memegang bunga berjalan di depan aku dan Fajie. Tidak putus-putus kerlipan kamera memanah ke arah wajah kami. Aku hanya senyum lebar dan nampak kelibat mama dan papa sedang tersenyum memandang aku. Daddy Fajie bersama Khaiyrel ada juga di situ. Aku perasan pandangan Khaiyrel pada aku dengan raut wajah yang tak dapat aku tafsirkan. Kenapa yer?

Setelah duduk bersama di tempat pelamin. Bacaan doa dimulakan oleh seorang ustaz yang dijemput khas oleh daddy Fajie untuk memulakan majlis. Aku yang duduk di kerusi pelamin hanya menunduk mengaminkan doa setelah doa itu habis. Selepas itu seorang demi seorang ahli keluarga aku yang dimulai dengan papa, mama, serta kak Long aku datang menepung tawar kami. Daddy Fajie serta Khaiyrel juga turut serta. Aku sempat lihat Khaiyrel berbisik sesuatu pada telinga Fajie yang tak dapat aku dengar. Apalah agaknya yang Khaiyrel bisikkan tu eh?

“Jangan pandang dia lama-lama. Nanti saya jeles.” Teguran dari Fajie membuatkan aku termangu-mangu di situ. Aku sedikit tersengih melihat dia yang memandang aku sedikit tajam. Kantoi aku pandang lama-lama kat Khaiyrel tadi. Wajah Fajie yang berubah riak itu sedikit mencuit hati aku. Jeles jugak ye? Hehe..

“Dah, jom pergi makan beradap. Dia orang dah tunggu tu.” Fajie menarik tangan aku supaya mengikutinya. Aku akur dan menurut saja permintaan dia tu. Papa, mama, daddy serta kak Long sudah menunggu kami di meja itu.

“Lambat betul pengantin ni. Dah lapar ni.” Kak Long menegur aku dan Fajie yang terpaksa melintasinya. Kami terpaksa duduk di bahagian tengah. Yelah, dah nama pun pengantin mesti duduk kat tengah-tengah. Takkan nak duduk kat bahagian tepi pulak kan?

“Baju ni susahlah kalau nak jalan laju-laju.” Balas aku memberi alasan. Tapi memang betul pun. Gaun panjang yang sedikit meleret ke lantai ini sedikit menyusahkan aku untuk berjalan. Tu pun tadi hampir saja aku terpijak apabila menaiki tempat bersanding.

“Macam-macam lah adik ni. Dah cepat makan. Kang nak potong kek pulak.” Gesaan dari Kak Long itu mencepatkan aku memegang sudu dan garfu. Wah, banyaknya lauk. Nak makan yang mana satu dulu ni?

“Sayang, kena makan bersuap tau.” Fajie berbisik di telinga aku. Huh? Biar betul ni? tak boleh ke tak makan bersuap ni? Alahai, rasa macam dah menggigil tangan aku memegang sudu.

“Err...” Aku tak tahu apa nak cakap. Tapi bila memandang ke arah jurukamera yang sedang menghala kameranya ke arah aku, nak tak nak terpaksa juga aku menerima suapan dari sudu Fajie tu. Hee, rasa macam malu gila bila semua tetamu asyik pandang sambil tersengih-sengih. Tapi aku tengok Fajie cuma selamba saja masa aku suapkan nasi minyak itu dengan sudu. Huh! Konfem kulit muka dia tebal berinci-inci!

Akhirnya sesi makan-makan beradap tu selesai selepas hampir satu jam berada kat situ. Aku mula tak puas hati bila dapat makan sikit aje. Yelah nak makan macam kat rumah tak boleh pulak sebab semua orang pandang. Ni pun makan sikit-sikit aje, control ayu lah katakan. Huhu, ada jugak yang cari kedai mamat lepas selesai majlis ni nanti!



***



Aku mengurut pinggang aku yang sedikit lenguh lalu melabuhkan punggung di atas katil yang berhias indah. Memang indah pun siap ada kelopak bunga ros lagi ditabur kat atas cadar ni. Dah namanya honeymoon suite memanglah ada perkara-perkara macam tu kat sini. Tapi itu tidak lah merisaukan aku. Yang paling aku risau nanti macam mana aku nak hadapi Fajie nanti? Yelah, ni kan malam pertama aku dengan dia. Serius rasa seram sejuk aje dari tadi.

Selendang dan veil sudah pun siap dibuka. Hanya gaun panjang yang masih tersarung ke tubuh aku sahaja masih setia membalut tubuh. Haishh, macam mana nak bukak gaun ni? Sudahlah zip dia panjang dari atas sampai ke paras pinggang. Tangan aku cuba mencapai zip tu. Rasanya hanya satu pertiga sahaja yang dapat aku tarik. Macam mana ni? Kalau boleh biarlah aku sempat bukak gaun ni dulu sebelum Fajie masuk bilik. Karang tak pasal naya je dia dapat tengok free show!

“Nak saya tolong ke?” Tegur satu suara dan bunyi pintu bilik yang terkuak membuat tangan aku terus berhenti bergerak. Alahai, time ni jugak ke dia nak masuk bilik? Apasal cepat sangat ke pergi hantar kereta dia ke bengkel? Aku pandang wajah Fajie yang tersengih sambil berjalan merapati aku.

“Err...Tak payahlah.” Ha, kan dah tergagap aku ni bila duduk berdua dengan Fajie dalam bilik ni. Air-cond yang terpasang tu langsung tak terasa sejuk apabila tubuh aku dah rasa berpeluh. Hee, cuak gila ni!

“Betul eh tak nak saya tolong?” Soal Fajie lagi dengan senyum tak lekang di bibir. Aku perasan yang tubuhnya sudah berdiri rapat dengan aku. Ayok, memang tak sempat dah nak lari ni!

“Eh takpe-takpe. Saya bukak sendiri.” Laju saja aku balas dengan menjauhkan sedikit tubuh aku dengan dia. Haishh, dah berpeluh sakan rasanya tubuh aku bila berada dekat dengan dia tadi. Jantung ni pulak dah buat lompatan jarak jauh. Mahu meletup jugak dada aku kalau berada rapat dengan dia lama-lama!

“Sayang...” Panggilan yang agak aku rasakan menggoda itu mematikan langkah aku yang menghala ke almari pakaian. Aku kaku di situ. Kau ni kan Yash, nampak aje macam keras tapi bila Fajie dah mula panggil dengan suara lembut menggoda tu terus saja nak cair.

“Cuba nak lari ke?”Soalnya lagi. Aku menelan liur. Aku bukannya nak lari pun tapi nak ambil baju untuk tukar. Takkan nak tidur dengan gaun panjang ni pulak kan? Tapi kan Yash lebih kurang aje lah tu macam nak larikan diri.

“Eh tak-tak. Nak ambil baju ni.” Cepat-cepat aku nafikan. Tangan aku mula menolak pintu almari. Tadi awal-awal lagi si Iza dah tolong aku ambilkan luggage yang ada kat kereta Fajie yang rosak tu.

Luggage yang memuatkan beberapa helai pakaian itu aku bukak perlahan. Tiba-tiba terasa ada tangan melingkari pinggang aku dari belakang. Aku dah kaku tak bergerak kat situ.

I miss you sayang.”Lembut Fajie menutur tiga patah perkataan itu sambil memeluk pinggang aku dari belakang. Terasa hangat hembusan nafasnya yang mengena tengkuk aku. Aku perasan tangannya menyelak rambut aku yang melepasi paras bahu itu ke depan.

“Sayang, I Love You.” Hangat bibirnya terasa mengucup belakang tengkuk aku. Aku sedikit kegelian.

Zupp!!

Serentak dengan itu terasa zip gaun aku ditarik ke bawah. Alamak! Habislah aku! Aku menggigit bibir menahan debar di dada. Mata aku pejamkan seketika untuk cuba membayangkan yang Fajie takkan membuat apa-apa kat aku ketika ini.

Namun semua itu hanyalah impian aku saja kerana terasa tangan Fajie menyentuh lembut kulit belakang aku yang terdedah. Tangan aku mula terasa menggigil bila gaun yang masih tersarung di tubuh aku tu terasa ditanggalkan dari belakang.

“Sayang...”Panggil Fajie sekali lagi apabila aku hanya mendiamkan diri. Tangannya mula memegang bahu aku yang sedikit terdedah dan membalikkan tubuh aku supaya berdepan dengannya. Aku hanya menunduk memandang gaun yang hanya terlekat di bahagian dada dan lengan sahaja.

“Kenapa tunduk aje ni?” Soalnya lembut. Sungguh aku tak sanggup untuk bertentang mata dengannya ketika ini. Aku hanya meramas jari jemari sambil memandang permaidani yang berada di lantai.

“Sanggup sayang pandang permaidani kat lantai tu dari pandang ur hubby sendiri?” Soalnya lagi. Aku menggigit bibir dan menarik nafas perlahan. Yash, pandang aje lah Fajie tu bukannya orang lain pun. Biasa kau okey saja selama ni. Takkan malam ni terus hilang sifat berani tu? Bisik hati aku seakan mencabar.

Aku perlahan-lahan mendongakkan kepala untuk memandang Fajie. Bibirnya masih mengukir senyum manis. Terserlah kedua-dua lesung pipit di kedua pipinya itu.

Are you trying to avoid me?” Fajie mengenggam kedua-dua tangan aku erat. Pandangan redup dari mata hazelnya itu mendebarkan hati aku yang sudah hampir-hampir cair. Aku memalingkan pandangan ke sebelah. Tak sanggup berbalas renungan matanya yang menikam anak mata aku tu.

“Err..Tak..Tak.” Sedikit tergagap-gagap aku menjawab soalannya itu.

“U’re lying my dear.” Sanggahnya lembut namun masih berbaur tegas nadanya di situ. Alamak! Dia marah aku ke?

“Tak...tak, saya tak tipu.” Aku menafikannya lagi.

“U’re going to be mine tonite.” Ucapnya lembut seraya tangannya memegang dagu aku supaya bertentang mata dengannya. Ah sudah! Fajie tolong jangan buat aku macam ni lagi boleh tak? Aku dah rasa lemah lutut ni!

Aku dah tak boleh nak lari lagi bila kedua-dua tangannya memeluk pinggang aku dan merapatkan tubuh aku rapat dengan tubuhnya. Jantung aku mula memainkan irama tidak menentu apabila dada aku menyentuh dadanya walaupun masih berlapik. Mama! Tolong Yash boleh tak? Yash tak tahu dah nak handle ni!

Aku agak dalam beberapa minit tubuh aku statik tidak bergerak di dalam dakapan Fajie. Tiada lagi percakapan yang keluar dari mulutnya cuma kehangatan meresap ke dalam tubuh aku. Kehangatan bersulamkan kasih sayang? Mungkin jugak.

Seketika kemudian terasa pelukan di tubuh aku dirungkaikan. Fajie melihat jam yang berada di tangannya sebelum tersenyum ke arah aku yang seakan terpinga-pinga.

I think U need a shower.” Katanya. Aku berkerut dahi cuba memahami kata-katanya itu. Dia suruh aku mandi? Maksudnya tubuh aku ni berbau ke? Aku cuba menghidu gaun yang masih terlekat di tubuh. Tak ada bau pun.

“Sayang tak busuk pun cuma takkanlah nak tidur dengan badan melekit macam tu.” Fajie berkata lagi dengan sedikit ketawa kecil. Aku sedikit menjelingnya tajam. Huh! Ingatkan apa lah tadi. Towel yang terdapat di dalam almari pakaian itu aku ambil dan terus menghala ke bilik air. Aku sempat menangkap kenyitan mata dari Fajie sebelum aku menutup pintu.





p/s : lama giler tak update citer ni...sorry pada yg dah tertunggu2...mmg hopeless romantic...haha...tak pandai buat chessy2 nih..hehe...anyway enjoy :D

12 comments:

diandra said...

best!!!! hehehehh ,, nk lgi please,,,, ^^

blinkalltheday said...

alahai,soo romantic kamu ya,fajie!!pasni ape jadi ea??suspen nak tggu next n3 ni,cmne la yash nak handle si fajie ni..cepat sambung ea..karya2 zura memg seme besttt!!

Makanan Kesihatan said...

best!!!mmg romantik gler la fajie ni..huhhuu

hana_aniz said...

hikhik. sy plak yg malu2 ni.

nak lagi yeah!!

zura asyfar addy rifqhiey said...

diandra : hehe..thanks sudi komen...will do, insyaAllah ;)

b.a.t.d : hehe...romantik ke tu?..hmm, kite tgk cmne yash handle si fajie tu....btw thanks again for de komen :)

aisy : thanks...hehe

hana : kite pon blushing tgh taip tu..hehe

Unknown said...

nak lg cite nie.....romantic gileeer fajie tu.....cepat sambung ea x sabar la.....

Afifah Yusof said...

romantiknya!!!!
so sweet...
terima kasih banyak kak sebab sambung..
memang tertunggu2 cerita ni..
suka sangat3x..... ^_-

Anor said...

at last ada juga sambungannya. tk Zura ingat dh xnak sambung dh. Lama
betul tunggu n3 baru. tapi tak ape
janji ada juga sambungannya.

zura asyfar addy rifqhiey said...

anika ; hehe...mengigil taip ni nk buat scene romantik tu...hehe

nur afifah : hehe..mmg romantik fajie too...btw ur wc dear..

anor: sorry2..mmg zura nk smbung tp bz sket skrg ni...ade mse terluang zura cube smbung sket2 cerita ni :)

siti azura said...

best2...
cpat la smbung...xsbar nak tggu cte nie..
romantic la fajie nie...

miera xavier said...

bestlah cter nie.
zuraaa~bler na smbg yerr.

nurul said...

suspen je -p