:: My gangS :: TQVM

Thursday, January 6, 2011

bab 31 why me?

“stop!!!”

Andriand terkejut bila dengar aku menjerit. Vic lagi la terkejut bila dengar Andriand cakap macam tu tadi. Aku kesat air mata yang mengalir dengan tangan. Mata aku merenung tajam kat Andriand. Dia nampak serba –salah. Rasanya hari ni dah dua kali dia sakitkan hati aku.

“Zoey..a-aku..ab-bang mintak maaf..Bukan macam tu maksud abang”

Tergagap pulak Andriand bercakap kat aku. Dia meraup mukanya beberapa kali. Aku cuba bertenang walau hati rasa sakit sangat. Dia cuba datang dekat dengan aku.

“stay away from me!!”

Aku menjerit sambil tangan buat isyarat stop. Dia berhenti melangkah dan tengok aku dengan muka yang macam sedih je. Tadi masa buat aku sedih tak sedar. Aku tarik nafas perlahan dan cuba bertenang. Tak nak sambung menangis lagi. Tak pasal-pasal shooting drama murah kat tepi jalanraya ni.

“Zoey, let me explain first. I don’t want....”

“enough I said. Leave me alone. Everything’s over. Totally over” Aku melangkah menuju ke kereta Honda City biru metalik Vic.

Aku masuk ke kereta lepas bagi isyarat kat Vic supaya masuk kereta. Andriand kemudian berlari-lari dan mengetuk cermin kereta di sebelah aku. Aku pandang depan tak tengok dia langsung pun.



**************************************


Aku balik kejap je rumah mak untuk ambil baju lepas tu terus suruh Vic hantar aku kat rumah sewa. Nasib baik mak dengan ayah tak ada masa aku balik, kalau tak jenuh jugak nak bersoal-jawab.

Lepas kejadian hari tu, tiap-tiap hari Vic teman aku siap sewa hotel lagi dekat dengan uni aku. Aku tahu dia ambil berat sangat kat aku, lagipun hari tu dia ada confess yang dia cintakan aku. Aku pun terkejut jugak, yela tiba-tiba je cakap macam tu padahal selama aku berkawan dengan dia tak ada pulak dia tunjukkan yang dia cintakan aku. Tak tau la kalau-kalau aku ni jenis lambat pick-up. Yela, aku ni bukannya pernah bercinta.

Mungkin ini dah nasib aku agaknya. Baru pertama kali nak jatuh sayang kat lelaki, tapi macam-macam halangan yang jadi. Lepas je aku tinggalkan Andriand kat tepi jalan tu, dia ada call banyak kali tapi langsung aku tak angkat. Biarlah, aku dah puas menangis, dah puas meratap dengan nasib aku yang kira asyik malang je ni. Mungkin kami dah tak ada jodoh agaknya.

Kelas bermula lepas cuti dengan keadaan yang masih aku keliru. Aku tak tahu status aku sekarang. Bella, perempuan yang ugut aku hari tu a.k.a girlfriend Andriand pun senyap je. Tak ada call nak jumpa or datang nak ingatkan janji dia. Aku pun dah malas nak ambil tahu pasal Andriand dengan perempuan tu. Biarla if diaorang nak bercinta or kahwin sekalipun. Aku rasa tempoh untuk aku dapatkan surat cerai tu pun macam dah tak valid je sebab sekarang ni memang aku betul-betul berpisah dengan dia. Tak ada dengar khabar langsung dari Andriand.

Yatie pun pelik dengan keadaan aku. Dah banyak kali dia tanya kenapa aku tak pindah sekali duduk dengan Andriand, tapi aku buat senyap je. Aku perasan Andriand dah seminggu tak datang kelas, tapi tak ada pun orang yang tanya aku sebab diaorang semua tak tau aku dengan Andriand dah kahwin masa cuti sem tu. Aku pun malas nak fikir semua ni. Lagipun tinggal sebulan je lagi kitaorang nak final exam. Kena la struggle betul-betul, tak nak la kena repeat paper. Kalau dapat Anugerah Dekan lagi bagus. Tak pe Zoey, penting untuk masa depan semua ni. Mana tau nanti kot-kot ada peluang nak sambung degree pulak.


**************************************


Petang yang damai aku kira, lama dah aku rasa tak lepak kat taman. Taman yang temukan aku dengan Chap; sepupu Andriand. Aku suka datang sini walau keadaan kat sini kadang-kala mengingatkan aku kat Andriand dan kenangan bersamanya. Aku suka tengok budak-budak main skate, walau aku tak pandai pun main menda alah tu.

Aku duduk bersila dekat kerusi batu sambil baca novel Hlovate. Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku rasa nak baca novel pulak. Sedangkan selama ni aku jarang baca novel. Maybe karya Hlovate ada kena mengena dengan hidup aku serba sedikit kot.

“Zoey” Satu suara menegur.

Aku angkat muka dari novel dan pandang ke arah tuan empunya suara. Chap. Dah agak mesti dia ada sininya. Dia pun ahli skate jugak. Dia senyum tengok aku dan datang dekat dengan aku.

“ape cerita sekarang?” Dia duduk kat sebelah aku. Aku cuba balas senyum dia dengan senyuman tanpa gula.

“hmm, biasa je” Aku jawab. Mata masih tetap pandang budak-budak yang tengah main skate.

“are you really sure?”

Dia tanya aku lagi. Pantas je kepala aku berpaling ke arah dia. Dia ni tau ke hal aku dengan Andriand? Tapi dia kan sepupu Andriand a.k.a housemate lagi, maybe dia tau jugak kot.

“maksud kau?” Soalan dijawab soalan. Aku dengar dia mengeluh panjang.

“aku kalau boleh tak nak masuk campur hal rumahtangga korang. Tapi aku harap kau fikir betul-betul pasal hal ni, jangan buat keputusan melulu je”

Dia tengok aku lama. Aku gigit bibir. Ni nasihat ke ape? Aku rasa aku macam aku dah buat salah je.

“aku malas dah nak fikir Chap. Aku dah penat dengan semua ni” Balas aku perlahan tapi aku rasa dia dengar.

“aku harap kau jangan menyesal Zoey, Riyand tu budak baik. Tak pernah lagi aku tengok dia jatuh cinta sampai teruk macam ni. Kau penting bagi dia, trust me. Ok la aku chow dulu, Assalamualaikum”

Chap pergi meninggalkan seribu persoalan kat kepala aku. Andriand budak baik? Apa maksud dia? Bukannya dia pernah cakap yang dia nak tubuh aku je masa tu? Lepas tu cakap Andriand tak pernah jatuh cinta. Habis tu Bella tu siapa? Skandal dia?

Aku balik rumah sewa dengan perasaan tak menentu. Asyik terfikir je kata-kata Chap petang tadi. Apa aku nak buat sekarang? Call dia or pergi je rumah dia? Tapi hati aku kata tak. Macam mana ni?



*********************************************

“Zoey, ade call” Laung Yatie dari ruang tamu.

Aku yang tengah minum susu kat dapur tu tersentak. Nasib baik tak tersedak. Budak Yatie ni kan, saja je la buat aku terkejut. Cepat je aku ke ruang tamu.

“kau ni minum susu ke buat susu?” Yatie perli aku.

“aku minum untuk baby la” Aku gosok perut sambil senyum. Walau rasa marah kat Andriand tapi aku still jaga kandungan aku, lagipun baby ni tak salah.

“ni ade call ni” Yatie hulur handset kat aku.

Handset dari tangan Yatie aku ambil dan lekapkan kat telinga.

“hello”

“hello Zoey, aku ni Chap” Macam cemas je suara dia ni.

“owh ade ape hal ni?”

“Andriand Zoey, Andriand”

“kenape pulak ngan dia tu?”

“dia ade kat hospital, cepatla datang sini” Aku terkejut. Tak terkata apa-apa.

“Zoey, datang tau. Kat KMC” Chap bagitau lagi.

Butang endcall aku tekan dan aku terduduk kat sofa. Aku tak sedar air mata aku dah mengalir. Yang pasti Yatie tengah tengok aku dengan renungan pelik.

“Zoey, kenape ni?” Yatie menggoncang-goncang tangan aku sebab aku tak bergerak-gerak, cuma air mata aku je yang semakin mengalir deras.

“Andriand” Aku jawab sepatah.

“kenape dengan dia?” Yatie tanya aku lagi.

“kat hospital, KMC”

“hospital? Kenape?” Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu.

“dah-dah. Jom kite pergi sana”

Yatie bangun dan tarik tangan aku. Aku ikut je Yatie tanpa berfikir panjang. Apa yang aku tau, macam separuh nyawa aku dah hilang saat Chap cakap Andriand ada kat hospital. Adakah ini tanda-tanda aku tak sanggup nak kehilangan dia?


*******************************************


Tak sampai setengah jam, aku dengan Yatie dah sampai kat KMC. Aku rasa aku langkah aku berat je nak masuk kat ruang hospital tu. Nasibla Yatie dari tadi tak lepas-lepas pegang tangan aku. Dia dah perasan agaknya muka aku dah nampak pucat campur sembap sebab dah banyak sangat menangis.

Lepas je bertanya kat mana Andriand ditempatkan, Yatie dengan tergesa-gesa bawa aku ke satu bilik khas di ruang wad tu. Sesungguhnya aku rasa sungguh tak berdaya sangat saat ni, rasa macam lutut dah menggigil je.

Pintu bilik wad dikuak perlahan. Orang yang pertama aku nampak, mama dan papa Andriand. Andriand kelihatan terbaring kaku, wajahnya kelihatan ada beberapa kesan lebam dan luka. Tangannya ada drip IV.

Aku dipeluk oleh mama Andriand sambil kami masing-masing menangis. Papa dan Yatie hanya melihat saja tingkah-laku kami.

“Viya, sabarlah” Papa Andriand bersuara lepas aku leraikan pelukan mama Andriand.

Aku cuba bertenang dan menghampiri Andriand yang terbaring kaku. Sungguh, hati aku rasa lagi sakit masa ni dari keadaan dia bergaduh dengan Vic hari tu. Aku duduk di kerusi sambil tangan aku memegang tangan Andriand. Air mata aku kembali mengalir. Tangan dia aku genggam erat. Rasa macam tak nak lepas je walau sesaat.

“Andriand kenape pakcik?” Yatie bersuara selepas dari tadi senyap je.

“kami dapat tau dia bergaduh dengan orang, yang tau teruk dia kena pukul” Papa Andriand menjawab sambil mengeluh panjang.

Aku yang tengah duduk tu terkejut. Sejak bila pulak Andriand ni pandai bertumbuk dengan orang? Setahu aku dia jarang cari pasal. Pertama kali pun, dia bergaduh dengan Vic sebab aku. Takkan bergaduh kali ni sebab aku pulak? Macam tak logik je.

“pakcik tau ke sape yang pukul dia?” Tanya Yatie lagi.

“pakcik tak tau. Sebab yang hantar hospital pun, kawan Chap”

Aku termenung sekejap. Sedang memikirkan apa sebenarnya yang tengah berlaku. Pintu bilik dikuak lagi, kelihatan Chap pulak yang datang.

“Maklong, Paklong” Chap datang bersalam.

“macam mana?” Papa Andriand cepat je bertanya.

“semua dah settle. Saya baru je balik dari balai polis buat report. Nasibla ada yang sanggup jadi saksi kejadian” Sambung Chap lagi.

Aku yang dengar pasal polis tu cepat je bangun pergi ke arah Chap. Yatie pun sama. Masing-masing nak tau cerita sebenar.

“ape maksud kau Chap?” Aku pulak bertanya.

Chap membuat isyarat supaya mengikut dia pergi ke luar. Yatie pun ikut sama. Cuma papa dan mama Andriand je yang masih tinggal di bilik tu. Kami berdiri di tepi laluan yang memisahkan bilik Andriand dengan ruang menunggu.

“dia bertumbuk dengan Bard” Balas Chap sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“aku tak fahamla. Sape Bard?” Aku bertanya lagi.

“ala Bard, kawan Qiqi. Course-mate kau jugakkan” Aku dan Yatie masing-masing menggangguk kepala.
so kenape pulak bertumbuk dengan si Bard tu?” Aku mula tak puas hati.

“Bard, Qiqi ngan Firas tu kan satu geng. Dia tu geng skate jugak tapi satu kawasan perumahan lain. Aku dengan Riyand dan sorang lagi geng aku yang bawak Riyand datang hospital tu, satu geng. So Bard ni tak puas hati dengan Riyand sebab geng kitorang kalahkan geng diaorang last year. Tak tau pulak yang si Bard tu ambil serius hal ni. Jadi dia yang upah Bella suruh sebarkan video and gambar korang kat hotel tu. Kebetulan pulak Bella tu memang tergila-gilakan Riyand masa kat uni lama dulu” Panjang lebar Chap bercerita.

Aku mengeluh perlahan. Tak matang sungguh perangai diaorang ni. Pasal kalah main skate pun sampai bergaduh macam ni. Tapi siapa yang pengsankan aku malam annual dinner tu? Dah lama aku nak tahu siapa dalang dalam hal ni.

“tapi sape yang pengsankan aku masa malam annual dinner tu?”

“owh malam tu, Bard la yang letak ubat khayal dalam minuman korang berdua. Dia dah rancang pun dari awal” Chap menyambung lagi.

“habis tu Bella tu macam mana?”

“dia tu dari dulu lagi sukakan Riyand tapi Riyand tak layan. Yela, dah flirt dengan ramai lelaki tapi still nak lagi kat Riyand. Memang jenis tak tau malu perempuan tu. Last-last dia terjumpa dengan Bard masa dia tengah layan lelaki mana entah kat hotel. Lepas tu Bella pulak kena ugut dengan Bard sebab Bard kenal rapat family Bella. Tu yang dia hantar surat ugutan kat kau tu”

“tapi hari tu aku nampak Andriand jumpa ngan Bella hari tu, kenapa pulak?”

Aku buat muka pelik. Kata tak suka perempuan tu tapi kenapa still jumpa jugak?

“owh, Bella nak mintak tolong Riyand sebab tak tahan dah kena paksa dengan Bard” Chap jawab sambil senyum.


Aku rasa faham kenapa dia senyum tu. Mesti nampak sangat aku jeles dengan Bella tu.

“hmm..Jadi Riyand tak salah la yer?”

Chap angguk kepala. Aku meraup muka. Rupanya Andriand tak bersalah la dalam hal ni, aku je yang tak nak dengar explanation dia hari tu. Tapi Andriand ni pun satu, apasal cakap macam tu kat Vic. Mestila aku salah anggap. Kot ye pun cemburukan Vic, tak payah la cakap macam tu. Tengok, sekarang ni semua dah susah.

“Zoey, aku harap kau settle hal kau dengan Riyand baik-baik. Aku dah tak sanggup nak tengok dia jadi macam tak berperasaan je. Kelas pun tak pergi, makan minum pun tak ambil kisah, asyik memerap je dalam bilik seharian. Kau jangan bimbangla pasal hal ni, Bard dengan Bella pun dah kena tangkap tadi”

Aku mengangguk perlahan. Aku harap Andriand cepat sedar. Aku pun nak mintak maaf dengan dia pasal hal ni. Ternyata dia tak salah pun. Aku je yang silap buat tindakan melulu salahkan dia.

“ok la Zoey, aku balik dulu. Nanti kalau Riyand sedar, call aku k” Aku hanya senyum dan angguk. Yatie tengok je aku sambil menggeleng kepala.

12 comments:

itu_aku +_^ said...

cpt smbung k

zura asyfar said...

ok2..dh nk hbis pun cite ni..sabar k.. :)

Zuera said...

sis, sementara menunggu kelas ni, aku baca jap cete nie... haha... bosan lak duk ostel nie.. update cepat2 skit tau.. selalu jugak jenguk blog nie, ada n3 baru or not. sambung tau. huhu.

zura asyfar said...

little sis : hehe..sempat lagi tuh..hr kite msg tu ingat nk call, tp sempat kate ade taklimat..haha..anyway lmbt sket nk update skrg ni, bersiap sedia nak hadapi banjir, haha..

miss syasha said...

aiyoyoyoyo,,kesian btoi kt andriand,, =.=" pape pnn semangat nk tawu nihh next chapter,, :D

zura asyfar said...

miss syasha : a'ah kesian kat andriand..ape2 pn kebenaran telah terungkai..tgh edit next chapter nih :)

miss syasha said...

ouhh,,okeh3,, :D nnti jgn la lupe update my little shark,,rndu laa dgn triple s,,hihihihi ! xD

zura asyfar said...

triple S tgh pening kepala ngan Qash..haha..tak abes2 wat hal..huhu..act br dapat dua pages, kena cukup lima pages baru leh post :)

miss syasha said...

ouhh,,okeh3,, :D akn tnggu,, ^_^

Anor said...

best. sambung lagi.

zura asyfar said...

to anorr..nk smbung la ni..hehe

jue bard said...

Ohh kesiannya andriand..