:: My gangS :: TQVM

Tuesday, December 7, 2010

bab 26 why me?

yup honeymoon. Do U have any problem?” Katanya lembut dengan menaikkan sedikit kening.

Dia keluar dan bersandar kat badan kereta. Aku pun turut sama keluar. Memerhatikan bangunan comel yang tersergam indah di depanku. Kat mana aku sekarang ni? Pandangan aku terhenti bila terbaca papan tanda “Strawberry Kijal Resorts and Apartments”.

Sebenarnya aku sedikit keliru. Tadi beria-ia marah aku, then suruh aku ikut dia. Tapi bila masuk bab honeymoon, terus happy semacam dan senyum sampai ke telinga. Huh, lelaki.

“err..tak..tak ada masalah” Aku jawab sedikit gugup. Eh mulut, apasal cakap tak sama dengan hati ni? Aku menampar mulut aku perlahan.

Aku perasan matanya tak lepas dari memandangku. Aku menelan liur. I’m dead meat. Mesti dia perasan aku dah macam gelabah biawak je.

“so, apa tunggu lagi. Jom check-in” Ajaknya.

Aku dengan muka sedikit mencebik terus mencapai beg sandang dan sangkut kat bahu. Dia pulak pergi ke bonet belakang dan keluarkan satu luggage. Luggage? Huh, macam dah buat preparation dari awal je.

Perlahan-lahan aku mengikuti dia masuk kat lobby resort tu. Walau perasaan sedikit cuak dengar perkataan hotel tadi, aku cuba memujuk diri supaya bertenang. Yela, it’s just a little bit trauma since aku dengan Andriand kena ‘cekup’ dengan mak dan ayah aku hari tu.

“I wanna check-in for a week” Katanya kepada penyambut tetamu perempuan tu.

A week? Biar betul dia ni? Takkan seminggu nak duduk kat sini?

“sure sir. Do you have our member card?” Penyambut tetamu perempuan tu bertanya.

“yup” Dia mengeluarkan sekeping kad warna gold dari wallet dia.

Aku hanya memandang dengan dahi yang sedikit berkerut. Dia pernah datang sini ke siap ada member card bagai?

“sir, which package do you wanna choose?” Penyambut tetamu tu menghulurkan beberapa keping pamplets.

“emmm..One apartments with two bedrooms please?” Penyambut tetamu tu hanya tersenyum dan tangannya cekap menaip sesuatu di computer.

“ok sir. This is your key.. Apartment 3107. Have a nice day” Penyambut tetamu tu pun hulurkan kunci pada Andriand.

“thanks” Ucap Andriand sambil menarik luggage nya pergi.

Kat sini macam apartment ke? Siap ada banyak bilik lagi tu. Hmmm..Maybe aku boleh mintak bilik lain kot? Eh Zoey, dia akan benarkan ke kau buat macam tu? Susah-susah aku sewa satu apartment lain je untuk aku. Mata aku mencari-cari sesuatu. Berapa agaknya kalau sewa kat sini?

“err..Cik..Tumpang tanya..Kat sini package yang paling murah berape ?” Aku bertanya kepada perempuan penyambut tetamu tu.

“RM299 sehari” Jawabnya.

Aku hampir terkejut. Mak ai, mahal gila. Ni dah boleh bagi empat atau lima bintang dah kalau macam ni punya rate sewa. Mau kopak duit kalau duduk seminggu kat sini. Baru je terfikir nak sewa apartmett lain tadi.

“dear. Kite kan datang nak honeymoon, takkan nak sewa apartment lain pulak kot?”

Andriand tiba-tiba datang berbisik di telinga aku. Bila masa pulak tiba-tiba ada kat sebelah aku pulak? Tadi kan dah jauh kat depan. Aku menjelingnya tajam. Dia hanya tersenyum manis.

“aku tak nak sebilik dengan kau la” Jawab aku perlahan.

“kau cakap ape tadi?” Dia berpusing menghadap aku. Matanya tak lepas memandang aku. Tajam.

“err..tak ada apa-apa la” Gugup aku menjawab.

“kalau kau cakap lagi pasal tu, siap la kau malam ni” Dia tersenyum sinis. Aku menelan liur. Kelat.

Haissh, bencinya aku kalau perangai dia macam ni. Dah tu Zoey, kau jugak yang buat dia kembali ke perangai asal. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Kat sini ada tak pengintip perempuan tu? Kalau ada, memang aku tengah cari nahas la sekarang ni.

Kami menuju ke sebuah apartment tiga tingkat. Macam banglo mewah je kalau tengok dari luar. Dia membuka pintu masuk apartment tu dan aku mengikuti dari belakang. Ternganga aku sekejap kat situ. Wah cantiknya, siap complete macam rumah dah pun. Patutla sewa mahal.

Aku terus menuju ke sliding door. Langsir diselak dan sliding door yang menghadap ke pantai tu dibuka perlahan. Terasa lembut hembusan angin pantai menyapa tubuhku. Sejuk dan nyaman je. Terlupa sekejap masalah yang melanda.

“tak nak tidur ke? Dah lewat ni” Tegurnya memecah kesunyian.

Aku perasan Andriand mengambil tempat di sebelahku. Masing-masing berdiri memandang ke arah pantai yang kelihatan bersinar-sinar diterangi bulan. Ada peluang ke untuk aku ke sana esok?

Aku tengok jam kat tangan. Dah dekat pukul dua pagi pun. Patutla dah rasa sedikit mengantuk walau tadi dah tertidur sekejap dalam kereta. Penat kenduri siang tadi pun tak hilang lagi ni.

“kau tidurla dulu. Aku tak ngantuk lagi” Balas aku bersahaja. Dah malas nak bertekak pun waktu-waktu macam ni.

“atau kau takut nak tidur ngan aku?” Soalan yang keluar dari mulutnya membuat aku berpusing ke arahnya. Dia tersenyum nakal. Sliding door ditutup kemas dan dikunci.

“mana ada” Aku menafikan.

“jadi kau tak takutla?” Soalnya lagi dengan menaikkan sedikit kening. Dia merapatkan sedikit tubuhnya ke arah aku.

“mana ada aku takut” Aku cuba menjauhkan diri tapi tersekat di sofa di belakangku. Damn. Kenapa aku tak perasan ada sofa kat sini tadi?

“kalau tak takut, takkan kau lari dari rumah tadi?”

Aku menelan liur. Aku terpaksa la keluar tadi. Kalau tak kerana perempuan tu call nak jumpa, memang aku takkan ambil risiko untuk keluar dari rumah. Ingat senang ke nak buat keputusan macam tu? Tau dengan mak dan ayah memang kena bersyarah panjang la jawabnya.

“aku bukan lari la”

“habis tu?” Katanya lagi sambil merenung tepat ke dalam mata aku. Aku dah start gelisah. Hujung jaket dipinta-pintal.

Apa yang aku nak jawab ni? Takkan nak jawab aku pergi jumpa perempuan yang ugut aku hari tu kot. Hmmm..Baik tak payah lagi beritahu pasal tu. Kan tak pasal-pasal dia mengamuk pulak. Perangai dia sekarang ni bukan boleh dijangka pun.

“emm…”

“kenape sayang?” Tangannya cuba memegang tangan aku.

“err..” Nak jawab apa ni?

Tangan aku yang sempat digapainya digenggam kemas. Terkedu sekejap aku kat situ.

“takpe la, tak yah jawab soalan tu” Dia tersenyum. Aku menarik nafas lega.

“tapi tetap kena denda” Jarinya meramas lembut jemariku. Terasa peluh memercik kat dahi walau kat sini dah terpasang air-cond.

“denda?” Keningku sedikit ternaik. Ada denda-denda pulak. Ingatkan dah lepas tadi.

I want U tonight” Bisiknya di telinga aku.

Bulat mata aku bila dengar ayat yang keluar dari mulutnya. Gila seram ni.

“err..aku tak sedia lagi”

Gugup aku menjawab sambil menelan liur. Dia ni la, buat aku makin cuak je. Jantung pun dah tak tentu arah ni.

“takut ke? Tadi kate takde masalah” Soalnya lagi.

Aku mendiamkan diri. Menyesal pulak jawab tak ada masalah tadi.

“kite kan dah pernah tidur sekatil, even lebih dari tu pun kite dah pernah buat” Dia tersenyum menggoda. Pipi aku terasa panas.

“a-aku tak boleh. Haa, aku kan tengah mengandung” Belasah je la. Janji boleh elak dari dia malam ni.

Dahinya sedikit berkerut. Mungkin memikirkan apa yang aku cakap tadi. Tapi kemudian tu, dia tersenyum lagi.

“siape cakap masa tengah mengandung tak boleh buat?” Aku terkelu sekejap. Dia ni la, pandai je cari jawapan nak kenakan aku balik.

“err..aku-aku ade baca dalam buku” Jawab aku teragak-agak.

“hmmm..kalau macam tu kite buatla style untuk orang mengandung” Dia tersenyum. Ahh sudah, mati la kau Zoey malam ni.

“tak nak” Aku menjerit tiba-tiba.

Dia yang terkejut dengan jeritan aku tu terus melepaskan tangan aku. Terus wajahnya bertukar serius.

“kenape tak nak? Salah ke aku nak mintak kau layan aku?” Dia mencerunkan matanya memandang aku.

“memang aku tak nak. Apa yang aku nak sekarang ni ialah bercerai dengan kau” Kata aku sedikit kuat.

what?!!!”

“yup, aku nak bercerai ngan kau” Jawab aku sedikit tegas. Tepat memandang wajahnya yang tiba-tiba tegang. Marah kot bila dengar aku cakap perkataan bercerai tu.

“kau jangan nak mengada-ngada Zoey” Dia berhenti seketika mengambil nafas.

“aku Andriand Hafiqy al-Fiqran takkan sekali-kali menceraikan kau Zurviya Darwisya. Tu sumpah aku. I’ll never let U go. Forever” Dia menjerit kuat seraya menumbuk kuat dinding di sebelahnya.

Aku tergamam. Air mataku bergenang. Menggigil aku kat situ.

Dia melangkah pergi dan terus ke bilik. Pintu bilik dihempas kasar sehingga berdentum. Mesti dia marah sangat tu. Aku tak pernah lagi tengok dia marah macam tu. Berdosa kah aku meminta cerai darinya? Aku beristighfar dalam hati. Memujuk diri supaya bertenang dengan keadaan sekarang ni. Aku buat kerana terpaksa. Yer, kerana terpaksa.

Aku terduduk kat sofa tu sampai pukul berapa entah. Yang pasti, lama aku menangis kat situ. Tak larat rasanya nak memikir masalah aku sekarang ni. Memang
very-very complicated. complicated.

18 comments:

Zuera said...

ea... suka entry nie... haha... tapi kan... kau kan pernah kata cete ni real story of u.. 100% sama ke dgn kisah kau... curious pulak... huhu.

zura asyfar addy rifqhiey said...

thanks la zuera..mmg ade la yg real sket..tp bukan kisah aku, kwn aku la..kisah aku 5% je ade lam cite ni..hehe

yana aryana said...

waaa....
best..best...
adriand suda tangkap mee cintan sama zoey...
huhuhuhuu...

zura asyfar addy rifqhiey said...
This comment has been removed by the author.
zura asyfar addy rifqhiey said...

to yana : betulke andriand sudaa tgkp mee cintan zoey? :)

Zuera said...

hey, hey... baru finish all... kaka... baru sempat baca ma.. aku suka andriand.. wakaka...nak tahu lagi... sambung la... haha

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..rajin ek ko baca..huhu..aku rase mcm aku boleh buat lebih baik lg..tp tak pndaila..huhu .aku pn suke andriand ni..mmg akn disambung cume kene cr feel dulu ni :)

Zuera said...

lalola.... baru ada masa... wakaka... kalau tak asyik dok layan FB... wakaka... btw, chill la.. wat slow2... mesti bole punya... ak tunggu.

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..layan fb plak dia..add la aku kat fb..mesti2 kene hbiskan novel ni, walau first time buat ni..hehe :)

Kakak Gengster said...

entry ni paling bestt :))))

zura asyfar addy rifqhiey said...

thanks farah :)

si.tudung.ungu said...

sapela yg tak bengang first day kahwin dah mintak cerai. adeh~

zura asyfar addy rifqhiey said...

tu la zoey ni..tak fikir pnjg lgsung..hehe

RinsyaRyc said...

hish... zoey ni..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

hahah...sbar aje lah ngn zoey ni...hehe

Miezan :) said...

time Andriand cakap "Aku Andriand Hafiqy al-Fiqran takkan sekali-kali menceraikan kau Zurviya Darwisya. Tu sumpah aku. I'll never let u go. Forever." pastu dia tumbuk dinding. Rasa macam Waaaaahhhh! Lelaki macam ni lah yang menjadi idaman! Hahaha xD

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Miezan :)


hehehe....citer lama...bnyk yg masih perlu dibaiki...btw tQ sudi bace n komen :))

Unknown said...

Uish.. cpt tul mntk cerai..tp yer la tkt gak ngan ugutan tu kan...cuba bawak2 berkongsi ngn org lain..kot ble settle