:: My gangS :: TQVM

Tuesday, February 8, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 9



Episode 9 : Tak Jadi Bertunang?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Aku skodeng dari tingkat atas. Rasa-rasa macam kenal je suara yang tengah rancak berbual tu, tapi siapa ek? Tapi aku rasa bukan ada satu suara je ni, macam ada dua tiga suara berbeza. Siapa pulak yang datang petang-petang macam ni? Dahla dengar suara mama dengan papa asyik bergelak ketawa je. Musykil sungguh.

Aku membetulkan letak tudung kat kepala. Dengan langkah yang sedikit perlahan, aku berjalan turun ke tangga. Kena tengok jugak siapa yang ada kat ruang tamu tu, tak puas hati betul kalau dapat dengar suara je.

Sampai je kat tingkat bawah, aku berlindung kat belakang almari perhiasan mama. Cuba menyendeng sedikit kepala untuk kenalpasti siapa yang tengah rancak berbual tu. Nampak macam ada sepasang lelaki dan perempuan yang sedikit berusia. Tapi tu bukannya Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah ke? Buat apa pulak diaorang datang sini?

Eh Khaiyrel pun ada jugakla, tapi tak nampak lagi seorang sebab dia duduk membelakangi aku. Huh, mesti diaorang nak bincang pasal hal pertunangan nanti tu. Macam mana ni? Nak kena pergi jumpa diaorang jugak ke? Haissh, susah betul nak buat keputusan!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Aku duduk kat kerusi batu belakang rumah sambil melihat bunga ros mama yang tengah berkembang. Cantiknya, dah la kaler striking pink lagi tu. Tangan mama memang ‘menjadi’ kalau bab-bab tanam bunga-bunga ni, sebab tu laman rumah aku penuh dengan bermacam jenis bunga.

Tapi kan Yash, selamba je kau lepak kat sini. Kat ruang tamu tu tengah sakan orang berbincang persiapan nak bertunang kau. Hmm, biar je la diaorang semua tu. Aku bukannya suka pun nak join sekali, nak-nak lagi bila si Khaiyrel tu ada. Menyampah je kalau tengok dia tu.

Bunga ros striking pink mama aku petik satu. Agak-agak mama marah tak kalau aku ambil satu?

“ehem”

Terjatuh bunga ros kat tangan aku ke tanah. Siapa pulak yang tegur aku ni? Aku pusing kiri. Eh? Bulat mata aku kat situ.

“Yash”

Sepatah nama aku disebut. Fajie? Dia buat apa kat sini?

“err..Fajie, awak buat apa kat sini?”

Lama aku tengok dia. Kitaorang sama-sama berpandangan. Rasanya dah dekat sebulan lebih aku tak jumpa dia. Last kitaorang jumpa pun masa pergi keluar pergi Kuantan hari tu. Lepas tu dah tak jumpa-jumpa lagi.

Rambut dia pun dah bertukar kaler jadi hitam. Tapi nampak dia dah macam kurus sikit. Sakit ke?

“boleh awak tanya macam tu kat saya?”

Fajie merenung aku tajam. Aku dah telan liur. Dia marah aku ke?

“err..Saya..”

Tergagap aku nak habiskan ayat aku tu. Rasa macam bersalah je buat dia macam tu.

“awak kejam Yash. Saya call awak tak angkat, saya mesej awak tak balas. Awak tak nak jumpa saya dah ke?”

Suara Fajie sedikit sayu. Kejam sangat ke aku bila buat dia macam tu? Tapi rasa macam kejam jugak la sebab mendiamkan diri macam tu je. Siapa-siapa pun akan marah kalau dibuat macam tu. Serba-salah la pulak aku sekarang ni.

“saya terpaksa Fajie. Saya kan dah nak bertunang”

Aku menjawab sambil menunduk memandang tanah. Rasa tak sanggup pandang muka dia lama-lama. Nanti aku jadi kesian pulak kat dia.

“Yash, takkan awak langsung tak sayang saya?”

Suara Fajie penuh mengharap. Dia datang berdepan dengan aku.

Aku terdiam sekejap. Macam mana nak jawab ni? Tipu la kalau aku tak ada langsung perasaan sayang kat dia tapi aku kan dah nak bertunang. Rasa macam bersalah je bila bagi harapan kat Fajie sebab nanti dia mesti tertunggu-tunggu je aku.

“rasanya saya tak perlu jawab soalan tu sebab kita dah tak boleh jumpa lagi lepas ni”

Senafas ayat tu keluar dari mulut aku. Riak wajah Fajie seakan terkejut.

“Yash, awak tipu saya kan? Awak cakap tak pandang saya pun”

Aku mengeluh perlahan. Fajie, tolongla faham. Semua ni berkait dengan masa depan aku. Aku tak nak mama dengan papa kecewa dengan sikap aku yang pentingkan diri sendiri je.

“tak, saya tak tipu awak”

Aku pandang tepat kat mata dia. Yash, kau kena kuat nak hadapi semua ni. Dia pandang aku sambil menggeleng-geleng kepala. Ternyata dia macam tak boleh nak terima kenyataan ni.

“ok, tapi awak jangan menyesal nanti Yash”

Fajie cakap sambil menarik tangan aku. Aku yang tengah berdiri tu hampir terjatuh. Apa Fajie ni? Boleh main tarik-tarik tangan aku pulak. Tapi cara dia cakap tadi rasa macam berdendam je. Adoyai, dia nak buat apa pulak ni?

“eh Fajie, awak nak buat apa ni?”

Aku marah dia sambil cuba tarik tangan aku tapi dia tak lepas. Aku tengok dia pandang aku lama sebelum senyum. Apakah?

“Fajie, lepas la”

Aku tarik lagi tangan aku tapi dia tetap tak lepas. Makin kuat dia genggam tangan aku. Nak lari lagi la tak boleh sekarang ni sebab tangan dia sebelah lagi peluk pinggang aku.

“tak nak”

Senangnya dia cakap. Ingat tak sakit ke tarik tangan aku macam tu? Janganla dia buat hal bukan-bukan pulak kat sini. Kalau boleh aku tak nakla malukan mama dengan papa. Dahla ada tetamu kat sini.

“Fajie” Suara aku dah bergetar tahan marah.

shut up kalau tak nak kena kiss

Aku terdiam bila Fajie bisik kat telinga aku. Biar betul dia ni? Takkan la dia sanggup buat macam tu depan semua orang? Adeh, sabar je la aku dengan dia sekarang ni!





Fajie tarik tangan aku sampai aku terpaksa ikut dia ke depan rumah. Lepas tu dia tolak aku perlahan masuk ke dalam rumah. Semua yang ada kat ruang tamu mempamerkan muka terkejut. Aku rasa muka aku dah merah sebab malu campur marah. Aku menjeling tajam ke arah Fajie, tapi dia tetap tenang seolah-olah tak kisah langsung apa yang dia tengah buat sekarang ni.

“kenape ni?” Papa bertanya.

Aku dah mula rasa tak senang hati. Rasa macam dah kecut perut. Tangan aku yang berada dalam genggaman tangan Fajie aku renung sekilas. Nasibla tangan dia sebelah lagi dah lepas peluk pinggang aku. Kalau tak, tau la nak cakap apa. Mesti diaorang cop aku ni perempuan gatal sebab suka-suka je bagi lelaki peluk aku. Haishh.

“Hayyan, kenapa ni?”

Pakcik Ahmad pula menyoal Fajie. Aku dah tengok Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah dah buat muka pelik. Khaiyrel pulak dah berdiri. Adoyai Fajie ni, janganla buat kecoh kat sini.

uncle, pakcik, saya nak cancel majlis bertunang tu”

Selamba je ayat tu yang keluar dari mulut Fajie. Aku dah mula berpeluh satu badan walau air-cond terpasang. Mama pulak dah menjeling aku tajam. Matila aku malam ni kena gulai dengan mama.

“Fajie, awak cakap apa ni?” Aku pandang dia.

Dia senyum je pandang aku. Aku tengok mama dengan papa pun masing-masing terkejut. Khaiyrel dah pandang aku semacam.

Ngee, Fajie ni tak ada perasaan bersalah langsung. Dia sedar tak apa yang dia buat ni?Takkan dia lupa kot dia tengah kacau bakal tunang kawan baik dia sekarang ni? Dan apa hak dia suka-suka hati je nak cancelkan majlis pertunangan tu?

“saya cakap, saya nak kawin dengan awak la” Dia jawab soalan aku sambil mengenyitkan mata.

Aku ternganga kat situ. Biar betul Fajie ni. Dia tak kisah ke dengan pandangan tajam Khaiyrel tu? Janganla diaorang berdua bertumbuk pulak pasal aku kat sini.

“kenapa pulak nak cancel ni?”

“sebab saya nak kawin terus dengan Yash”

Fajie jawab soalan Pakcik Ahmad sambil mengangguk. Aku tengok Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah dah mula senyum-senyum. Diaorang berdua tak marah ke Fajie cakap macam tu?

bro, dah tak leh sabar ke?”

Khaiyrel menepuk-nepuk bahu Fajie. Aku buat muka blur. Apa semua ni? Kenapa Khaiyrel tak marah Fajie? Kenapa papa dengan mama pun tak cakap apa-apa? Kenapa dengan semua orang ni?

“bukan tak sabar tapi Yash nak lari dari aku la”

Selamba je Fajie cakap aku nak lari dari dia depan semua orang. Tapi betulla, aku kena lari dari dia sebab aku dah nak bertunang dengan Khaiyrel. Takkan dia buat-buat tak faham pulak kot? Adeh Fajie ni, sabar je la.

Tengah-tengah otak aku gigih memikirkan apa yang berlaku, tiba-tiba Fajie lepas tangan aku. Aku menarik nafas lega. Ingatkan dah tak nak lepas tadi. Aku mengesat tangan yang berpeluh kat seluar.

“dah la tu, kesian kat Asha. Dari tadi asyik berkerut muka je”

Kata-kata Makcik Zaharah mematikan kesungguhan otak aku tengah berfikir. Tapi apa maksud cakap Makcik Zaharah tu? Apakah aku terlepas sesuatu yang penting tadi sebab sibuk sangat fikir pasal perkara ni?

“pa, serius Asha tak faham” Aku berterus terang.

Papa senyum je tengok aku. Mama yang tadi menjeling aku tajam dah berubah macam tengah tahan gelak. Fajie pun pergi duduk kat sebelah Khaiyrel lepas Khaiyrel tarik dia duduk. Aku pun pergi duduk kat sebelah papa.

“apa yang Asha tak faham? Dah pihak lelaki nak cepatkan majlis, kita ikut je la”

Aku menggaru kepala yang tak gatal. Apa maksud papa ni? Kan Fajie yang cakap tadi nak percepatkan majlis bertunang jadi majlis kahwin bukannya Khaiyrel. Atau telinga aku dah mengalami kerosakan terlampau sampai tak dengar apa yang Fajie cakap tu?

Habis tu Khaiyrel macam mana pulak? Dia tak kisah ke dengan apa yang Fajie cakap tu? Takkan tak ada perasaan marah langsung kot? Yela, kawan baik sendiri nak cilok bakal tunang dia ni. Tapi kalau tengok situasi sekarang ni, Khaiyrel memang tak kisah pun dengan apa yang Fajie buat, macam support lagi ada la. Konfem kepala aku dah makin pening.

“habis tu Khaiyrel macam mana?”

Aku memandang Khaiyrel lama. Dia relaks je bersandar kat sofa sambil tersenyum. Fajie pulak tersengih je pandang aku. Aku makin pelik campur bingung. Apa yang tengah berlaku sekarang ni?



p/s : sorry, lama tak upload entry..Lama sgt balik kmpung..hehe..

20 comments:

fallenmoon said...

Hahaa...fajie rupanya yg meminang Yash ni.comel2. :D

Shamien said...

hahaha...Asha oi...tu la bakal tok laki mu! Kerek ar demo ni...selok meta, fajie2...boleh dia tipu Asha selama ni? Maafla ye, kite nok kecek kelate meta deh! Kak zura, nok agi! Sedak2...hehe

mama_ariana09 said...

fajie rpanya yg masuk meminang tuh,,heheheh,,sukanya,,cpt smbung yer

Qwerty said...

wohohohhoooo..
apa jadi?
next2..

zura asyfar said...

moon : hehe..cptnye korang teka..sis tak taip pon lg epi 10 :)

awin : haha..kite tengok la next epi yer..awin, sis dop pandai sgt nok kecek kelate, kekgi jadi boloks..kikiki

mama_ariana09 : hehe..cpt betul sis teka ek?hehe..nk smbung la ni..tgh asah skill, lama tak menaip..hehe

qwerty: pae yg jadi? kite tgu next epi..hehe

Anonymous said...

suke3......suspen jer la ....

zura asyfar said...

anonymous : zura suke jgk..hehe..suspen ke? :)

sAkEeNa said...

bilan3 baru ni...xsbr la

Shamien said...

sis, koya bolok demo, tok bezo mano kelate nge ganu kite 2! klate short sket, ganu panje sket, beza ada g ngan takde je...hehe

zura asyfar said...

sakeena : hehe..takleh jnji..kene ikut turn..btw kalo boleh mmg nk post cepat entry br readers tak bosan mengunggu :)

awin : koya hanya mu wi kat ku..weyh, slang ganu yg daerah kuala berang dok pong khatam lagi, kelate lg la pening kalo deme ckp pekat sgt..hehe

Anonymous said...

gempak gla n3 ni..wat saspen jer~

zura asyfar said...

anonymous : gempak ke? hehe..saje suke2 wat cam tu..chill..hehe :)

win_niey said...

sspend la....best...x sgka fajie yg msk mmng...x psl khaiyri kna ktuk...huhuuh...cpt la tmbh n3...da x sbr nk bca smbg....mst best....
gempak la...

zura asyfar said...

win_niey : thankss cz suke cite nie..hehe..ramai da yg teka ni, da tak suspen da next epi..huhu..btw kene tgu turn nk msuk entry baru, tp insyaAllah akn post cepat2 :)

.:kiwi:. said...

kak Zura, sorry tak bce smlm... siapkan keje smpai pkul 5 pg... pdahal kelas pukul 8.. gler btul. +.-

hadoyai.. pnat je dok kutuk² si Khaiyrel tu.. rpe²nya org len yg minang.. sabar jela..
yeay! suka²..

zura asyfar said...

kiwi : sibuknya dia..hehe..sis pon tdo lewat gak semalam taip novel..hehe

~ ramai sgt kutuk khaiyrel..hehe..sis pon suke jgk :)

tiekqafhea said...

alahai. sweet couple lah. sweet fajie. nk boleh fajie boleh tak?

zura asyfar said...

tieqafhea : diaorang memg sweet..hehe..boleh nk fajie tp kene mtk ngn Yash dl la :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

aaa suke2..lagi2

zura asyfar said...

amira: kite suke jgk..hehe..tgh cr idea ni..hehe