:: My gangS :: TQVM

Monday, February 14, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 10



Episode 10 : Merajuk?





Aku pandang Fajie macam nak telan. Budak ni kan, macam kecik-kecik je aku tengok dia. Nak je aku penyet-penyet dia cicah dengan budu. Geram rasanya bila ingat pasal tadi tu. Dahla semua orang gelakkan aku. Double cheese betul!

Mama, papa, Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah dah keluar pergi dekat laman. Konon-kononnya nak ambil udara petang sambil nak tengok bunga mama yang baru mama beli. Ye sangat la tu alasan diaorang. Cakap je la nak bagi ‘privasi’ kat aku dengan Fajie ni. Khaiyrel pulak awal-awal lagi mintak izin nak pergi sebab ada hal. Betul ke tak, tak tau la.

“Yash, saya mintak maaf”

Keluar ayat tu dari mulut Fajie. Ingatkan dah tak ada suara nak cakap dah sebab dah dekat lima belas minit masing-masing senyap membisu. Aku hanya diam je tanpa reaksi. Hanya mata still pandang tv yang tengah rancak siarkan muzik video dari channel 109 Astro.

“Yash, jangan la macam ni. Saya ingatkan awak dah tau”

Fajie sambung cakap lagi. Mata aku tengok dia sekilas lepas tu kembali ke arah tv yang terpasang. Layan video Shahir yang tengah nyanyi ok lagi dari dengar Fajie cakap. Yash, kau merajuk ke sakit hati ni? Entah, aku sendiri pun tak tau sekarang. Tadi memangla rasa geram jugak.

Tapi memang rasa sakit hati jugak kalau diingatkan kembali hal ni. Yela, semua orang dah tau pasal ni cuma aku sorang je yang tak tau. Dahla hari tu, siap mintak tolong dengan Fajie lagi suruh fikirkan cara nak elakkan diri dari bertunang. Last-last dapat tau kena bertunang dengan dia pulak. Eh ni dah bukan bertunang dah, siap ajak kahwin pulak.

“Yash please, cakap la something. Jangan buat saya cam ni”

Suara Fajie kedengaran sayu. Aku jeling dia kejap sebelum tangan ambik secawan teh atas meja. Teh dihirup perlahan, lega. Dahaga jugak walau tak bercakap ni.

“saya bodohkan”

Aku buat-buat gelak sambil pandang dia. Fajie kelihatan terkejut sambil berkerut muka. Yela, tiba-tiba je tergelak. Mesti dia fikir aku ni dah weng ke apa?

“tak Yash, awak tak bodoh. Cuma tak tau cite sebenar je”

Fajie dah berdiri lepas tu selamba je duduk kat sebelah aku. Aku jeling dengan ekor mata. Dia ni kan, tau la dah dapat green light dari papa dengan mama. Suka-suka hati menyendeng sebelah aku.

Dah la duduk berdua je dalam rumah ni. Kena tangkap basah baru tau. Eh Yash, kau sanggup ke kena tangkap basah dengan Fajie? Ngee, tak nak la. Nanti kena kahwin free-free pulak tanpa ada majlis bagai. Dahla aku rasa muda diri aku masih muda lagi nak kahwin. Biarla Fajie je yang nampak tergedik-gedik nak kahwin awal. Dia ni dah puas enjoy ke apa?

“Yash, maafkan saya. Saya janji tak buat lagi”

Fajie dah cuba nak pegang tangan aku. Cepatje aku alihkan tangan aku dari tangan dia.

“Yash, jangan la seksa saya macam ni”

Fajie cakap lagi. Aku still tak pandang dia cuma aku jarakkan tubuh aku dengan dia sikit. Bimbang jugak kalau dia buat hal tiba-tiba je peluk aku kat sini. Naya je.

“saya rasa awak balik dulu la. Saya nak bersendirian”

Aku bangun dari sofa dan tinggalkan Fajie sorang-sorang kat ruang tamu.

“Yash, saya tetap nak kahwin jugak ngan awak”

Aku dengar suara Fajie sedikit menjerit bila aku dah sampai ke tangga.





“Asha, esok pergi cari cincin ngan Hayyan. Lepas tu pergi cuba baju”

Mama cakap masa aku tengah ambil air kat dapur. Cepat je aku berpaling tengok mama. Mama asyik senyum je lepas ‘meeting’ petang tadi putuskan nak adakan majlis kahwin minggu depan.

Haila, macam menyesal pulak kata tak nak jumpa Fajie lagi petang tadi. Mana la tau dia tiba-tiba buat kecoh nak awalkan majlis pulak. Dahla selamba je tukar majlis tunang ke majlis kahwin. Mama dengan papa pulak cepat-cepat je setuju.

“tak nak pergi tak boleh ke ma?”

Aku cuba berdiplomasi. Mana tau kot-kot mama setuju. Nak je aku peluk mama lama-lama kat sini.

“kan dah setuju nak buat minggu depan. Yang lain mama boleh settle kecuali hal cincin dengan baju je kamu kena buat”

Aku mengeluh. Mama, Asha tak nak kahwin boleh tak?

“ma, tangguh boleh tak?”

Mama dah tengok aku dengan pandangan macam nak telan. Haila mama ni, dah mula keluar aura ‘mak tiri’ dia la pulak. Tadi elok-elok je cakap dengan aku.

“jangan nak mengada. Esok pergi je. Jangan nak malukan kami”

Keras suara mama masuk ke gegendang telinga aku. Aku pejamkan mata. Kecewa dengan sikap mama.

“yelah”

Aku jawab sambil kaki keluar dari dapur. Macam mana ni Yash? Nak tak nak kau kena redha je la nampaknya. Huhu..

Tapi kan aku betul-betul tak sangka yang Fajie dengan Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah tu makcik saudara dia. Pandai betul dia berlakon, kata Khaiyrel tu kawan baik dia. Ni bukan setakat kawan baik dah, ni dah masuk tittle sepupu apa. Entah-entah memang selama ni dia sengaja stalk aku. Tu yang kalau aku pergi mana-mana asyik jumpa dengan dia je. Haru betul.

Boleh je dia suruh Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah tu wakilkan daddy dia suruh pergi merisik aku. Alasannya daddy dia sibuk sebab asyik ulang-alik pergi London sebab uruskan perniagaaan dia kat sana. Haila, daddy dia pun satu. Setuju je dengan permintaan si anak. Adeh, tau la anak tunggal seorang. Mummy dia pulak dah tak ada sebab meninggal masa dia kecil lagi. Kira memang senangla kerja dia nak merisik aku tu.





Aku ikut je Fajie berjalan kat mall tu. Katanya tadi nak pergi beli cincin kahwin je, tapi ni dah dekat dua kali tawaf mall ni, tak lagi singgah kat mana-mana kedai.

Adoyai, menyesal pulak aku pakai wedges tadi. Rasa dah macam nak tercabut dah skru kaki aku ni. Dia tak apa la sebab pakai sneakers je, nak tawaf mall ni sampai dapat tittle haji pun tak apa.

“kenapa ni?”

Fajie tanya bila aku dah stop berjalan. Dia ni tak nampak ke yang aku tengah mengalami kesakitan yang terlampau kat kaki ni? Jalan pun dah macam senget-senget sikit. Buat-buat tanya pulak. Ada jugak yang kena sekeh kepala karang. Aku jeling dia tajam.

“jangan jeling cam tu, tergoda saya”

Dia kenyitkan mata sambil pandang aku. Aku mencebik. Yela tu tergoda sangat. Padahal saja je nak kenakan aku.

“bila lagi nak beli ni? Dah nak tercabut kaki saya pusing mall ni”

Aku mendengus geram. Fajie tergelak. Haissh, dah sewel apa?

“nak pergi beli la ni. Saja je nak jalan-jalan dulu. Boleh lama sket ngan awak”

Apakah? Aku dah rasa nak hempuk je kepala dia dengan wedges ni. Boleh pulak dia buat ayat jiwang masa kaki aku tengah sakit ni.

“cepatla”

Aku ubah topik sambil berjalan ke depan. Saja tinggalkan dia dulu. Malas aku nak layan dia, lama-lama macam ayat yang keluar dari mulut dia pulak.

“Yash, awak nak pergi mana tu?”

Suara Fajie sedikit terjerit panggil aku sebab bising sangat suasana kat mall ni. Aku stop berjalan dan pusing pandang dia. Apa hal pulak?

“pergi beli cincin la”

Aku jawab sambil berkerut kening. Tadi cakap nak pergi beli cincin. Ni boleh pulak Fajie tanya aku nak pergi mana? Dah hilang ingatan ke apa?

dear, situ kan Watson. Takkan nak beli cincin kat Watson kot?”

Aku buat muka blur kejap. Fajie dah tergelak kecil tengok aku. Mata aku mula tercari-cari signboard Watson bila otak aku dapat digest apa yangFajie cakap tu . Adoyai, kenapa kaki aku menghala ke Watson pulak? Tak kena langsung dengan agenda kitaorang sekarang..Huhu, malunya.

“sinila”

Fajie dah datang dekat aku. Aku dah tunduk pandang lantai. Malunya. Boleh pulak aku terberangan kat sini.

“jom. Poh Kong belakang sana”

Fajie dah tarik tangan aku bila kaki aku tak bergerak-gerak. Aku dah rasa muka macam merah sangat sebab malu. Adeh, benci betulla macam ni. Fajie kat sebelah tersengih je. Geramnya aku.





“Yash, ambil yang ni la k”

Fajie tunjuk cincin white gold yang ada satu bijik permata kat aku. Aku tengok je tanpa perasaan. Bukan apa, rasa macam tak layak je nak pakai cincin macam tu kalau tengok harga dia.

“emm, ikut je la mana-mana”

Aku menjawab malas. Fajie asyik je belek-belek cincin tu. Cerewet betul dia ni. Kalau ikutkan aku, tak kisah pun cincin apa, cincin emas biasa pun dah ok. Janji boleh sarung kat jari sudahla. Buat apa la nak membazir sampai kena beli yang mahal-mahal bagai.

I take this one. Tapi nak sepasang. Yang satu lagi silver, design sama kalau boleh”

Fajie beritahu kat pekerja perempuan kedai Poh Kong tu. Aku tengok je dia keluarkan kad kredit dia yang bersusun kat wallet dia. Mak ai, muda-muda lagi dah pakai kredit kad. Tau la nak orang kaya.

“size?” Tanya pekerja kedai tu.

“13” Aku jawab.

“same to me” Fajie jawab pulak.

“tunggu kejap yer”

Pekerja tu pun senyum dan tinggalkan kitaorang berdua. Aku dah kerut kening tengok dia. Takkan la pakai cincin pun sama saiz dengan aku pulak? Tapi kalau tengok jari dia memang kecik je.

Kira salah jugak la teori orang tua-tua cakap yang kalau nak ukur size jari manis perempuan, tengok la jari kelingking lelaki. Kalau sama size macam mana pulak tu?

dear, jari saya cute apa. Sebab tu sama size

Dia sedikit tergelak. Eh perasan betul dia ni? Aku jeling je tengok dia.

“kenapa nak beli yang mahal-mahal?”

Aku tanya dia. Di senyum je tengok aku.

dear, kalau boleh saya nak kawin sekali je seumur hidup. Mahal sikit pun takpe, lagipun untuk orang yang saya sayang”

Aku tengok je dia lama. Memangla kalau boleh aku pun nak kahwin sekali je seumur hidup. Tapi untuk jadi seorang isteri dalam usia yang baru nak cecah 21 tahun ni rasa macam tak kena je. Dahla dia tu muda lagi dari aku.

“saya nak tanya sikit boleh?”

Fajie kerut kening. Lepas tu mengangguk perlahan.

“anything U wish dear”

Aku tarik nafas perlahan. Sebenarnya dah lama perkara ni aku nak tanya dia. Hari ni baru ada peluang.

“awak kerja apa sebenarnya?”

Fajie senyum je tengok aku. Lepas tu keluarkan sesuatu dari wallet dia dan hulurkan kat aku.

“apa ni?”

“kad kerja saya la”

Aku tengok kad tu silih berganti dengan muka Fajie. Pegawai Eksekutif Hayyan Holding. Betul ke ni kerja dia? Macam tak percaya je. Tapi mungkin jugak sebab syarikat tu nama dia.

“tak percaya ke?”

Aku geleng kepala. Memang tak percaya kalau umur baru dua puluh dah pegang jawatan macam tu. Aku ni belajar pun tak habis lagi.

“percaya la. Tu memang kerja saya. Kalau saya tak kerja, macam mana saya nak kawin?”

Dia sedikit tergelak. Betul jugak kata dia tu.

“senang ek jadi anak orang kaya. Senang je dapat kerja”

Aku mencebik. Dia tunduk je. Kenapa pulak ni?

“err..ke..”

“Encik, terima kasih. Sila datang lagi”

Pekerja Poh Kong tu mematikan pertanyaan yang baru nak keluar dari mulut aku. Fajie sambut paperbag yang pekerja perempuan tu hulur dan terus angkat punggung dari kerusi. Dia tak pandang langsung pun kat aku. Adoyai, ni dah mula kes merajuk la pulak.



p/s : demam baru je nak reda..sorry lmbt smbung..anyway komen yer :)

13 comments:

Qwerty said...

hoho.
kecik gila size jari fajie.
13? adoii..
tiba2 rasa jari sendiri besar ya amat.

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Kenapa dgn Fajie? Comel je tgk dia dgn Yash :D

S. said...

Sis, Fajie ni umo bape actually?????????pening sket skunk ni!!

zura asyfar addy rifqhiey said...

qwerty : haha..tu la pasal..mmg kecik :)

~ btw zura ikut size jari hubby zura..mmg kecik jari dia, siap cincin tu kena tempah yg laen..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : merajuk kot? hehe..

awin : hilang ingatan la tu..hehe..br nk masuk 20..

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaaa..keciknya jari !
ingatkan laki jari sume besar2.
at least paling common pon 16 kot.
fuhh. terpaku kejap.
haha..
next2.

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie: silap tu..ade jugak yg jari kecik..kalau jari kecik size kaki pun kecik gak..hehe (ikut genetik kot) :P

~ terpaku? percaya la :)

si.tudung.ungu said...

alala~ Fajie sgt comel... tp knape isu 'anak org kaya' tu snsitif? dah merajuk pulak... adoi...

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : Fajie comel kan?hehe..

~ entah fajie tu tetibe emo plak? kesian plak kat Yash kena pujuk..huhu

amira aihara said...

a'ah kecik la jri dia..comel jer jri kecik2 nie..haha

zura asyfar addy rifqhiey said...

amira : hehe..mmg cute kalau jari kecik2 ni :)

WITHOUT A SOUND said...

smbung la agi zura..
nak tau nape fajie sensitip sgt..
n trima kaseh ntuk entri ni ^^

zura asyfar addy rifqhiey said...

without a sound : fajie mmg sensitip sket bab tu cz dia ade sejarah ngn benda tu semua...

~ zura akan smbung cite ni pas balik bercuti..atau kalau rajin zura akn post awal..mybe malam ni or esok..btw cite ni utk next epi da siap cuma tgu edit je..tgu yer :D