:: My gangS :: TQVM

Sunday, February 27, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 11





D.O.U.G.H.N.U.T- 11 : Kahwin?






“hari tu kita dah setuju kan masa akad nikah pakai baju kaler putih and masa sanding pakai baju kaler silver..Hmm, u all ada nak tambah apa-apa persalinan lagi tak? Cam nak pakai baju tradisi Korea or Vietnam ke?”

Fetty, perunding perkahwinan kitaorang sedang mencatit dengan pen pada kertas yang berada di tangannya. Aku tengok Fajie, tapi dia macam buat muka tak berminat pun dengan perbincangan ni. Dahla hari tu aku sorang je yang terpaksa call Fetty sebab nak buat temujanjji dengannya. Fajie macam dah tak kisah pun. Sepatah aku tanya, belum pasti lagi dia nak jawab.

“emm, awak ada nak pakai baju lain lagi ke?”

Aku tanya Fajie yang berada kat sebelah aku. Tapi aku tengok dia sibuk menekan-nekan Samsung Galaxy S dia tu je. Taula ada handset mahal. Yang dia tau hanya jungkit bahu je dari tadi. Takkanla dia sakit mulut pulak hari ni sampai tak boleh nak bercakap? Si Fetty pulak dah tengok kitaorang dengan pandangan yang lain macam. Yela, aku je yang bersuara. Yang sorang lagi tu dah bisu seribu kata. Benci betulla dengan keadaan macam ni. Macam aku je yang nampak desperate nak kahwin. Walhal dia la dulu yang tak sabar-sabar. Sampai majlis bertunang digantikan dengan majlis kahwin. Haissh, sabar je la dengan lelaki yang kuat merajuk macam ni. Agaknya ni salah satu simpton perangai budak lelaki yang tak matang lagi.

“rasanya kitaorang pakai baju yang silver tu je”

Aku menjawab soalan Fetty akhirnya selepas dekat lima minit masing-masing senyap tanpa kata.

“okla cam tu. Tapi untuk acara potong kek, u all kena pakai tux and gown la k. Nanti Yash U boleh pergi try. Kita dah tak banyak masa ni”

Aku mengangguk perlahan. Memang dah tak banyak masa dah pun. Tak sampai seminggu lagi majlis nak berlangsung. Rasa macam tak percaya pun ada. Tak sampai tiga bulan kenal dah nak kahwin memang express betul. Nasibla semalam dah settle buat ujian darah bagai. Pasal kursus kahwin tu nasibla kitaorang masing-masing dah pernah buat. Macam dah berjanji la pulak semua lancar je.

Aku bangun dan mengikuti Fetty ke bahagian pakaian wanita untuk mencuba gown. Actually aku tak pernah pun pakai gown bagai ni tapi sebab hari tu Fajie nak sangat aku pakai gown masa acara potong kek, terpaksa la ikut. Karang merajuk pulak. Dahla sekarang ni pun, aku tak tau nak buat macam mana dengan dia. Yela dari mula kat kedai cari cincin tadi lagi senyap je.

“i think U try yang ni, sesuaila sebab U pakai tudung”

Fetty mengacah-acah gown putih yang meleret ke lantai tu ke tubuh aku. Tak ada la seksi sangat, ada kuntum-kuntum bunga rose kecik yang meliar di bahagian lengan yang ditutup dengan kain lace tu. Cantik, aku tersenyum. Fajie pulak aku dah tengok dia dah pergi ke bahagian pakaian lelaki, tak tau la dia pergi try ke tak tux tu.

“ok”

Aku mengangguk dan masuk ke fitting room yang disediakan. Bila dah nak masuk bab tutup zip kat belakang, tak boleh la pulak sebab tangan aku tak sampai. Takkan aku nak keluar dari fitting room ni pulak? Habis tu aku nak mintak tolong siapa pulak? Takkan nak call Fajie pulak suruh tolong tutupkan zip tu? Last-last sampai jugak tangan aku tutup zip tu walau sempat tutup separuh je. Okla tu dari tak dapat tutup langsung.

Aku belek-belek tubuh aku kat cermin dalam fitting room tu, ok jugak gown ni dengan aku sebab aku tak ada la rendah sangat. Kalau terlalu rendah, memang akan extra labuh la gown ni. Aku tersenyum sendiri.

Aku keluar dari fitting room selepas selesai memakai tudung. Aku mencari kelibat Fetty tapi macam tak ada pulak. Yela, nak tau jugak apa dia bila aku pakai gown ni. Tak nak la nanti dikatakan syok sendiri pulak.

Tiba-tiba aku dengar sepasang kaki melangkah bila aku tangan aku tengah membelek-belek gown lain yang ada kat situ. Aku berpaling. Fajie.

Fajie yang kelihatan kacak memakai tux tu tak berkelip tengok aku. Alamak, aku rasa muka aku dah mula merah sekarang ni. Yela, boleh pulak dia tengok aku macam tu. Seksi sangat ke gown yang aku pakai ni? Tiba-tiba je aku rasa jantung aku berdegup kencang.

Fajie berjalan mengelilingi aku beberapa kali sebelum stop kat belakang aku. Aku dah statik tak bergerak kat situ. Kenapa ni?

Zupp!!

Aku terasa ada tangan menyentuh belakang tubuh aku. Eh aku lupa pulak, tadi aku tutup zip gown tu tak habis. Adoyai, malunya. Mesti Fajie dah tengok belakang tubuh aku. Harapla dia tak nampak apa yang sepatutnya. Adeh, malu ya amat ni.

Aku memejamkan mata sambil menggigit bibir perlahan. Terasa Fajie dah berdiri di depan aku. Alamak, macam mana nak berdepan dengan dia ni?

“u all dah siap ke try baju?”

Tiba-tiba je dengar suara Fetty mencelah. Aku bukak mata dan tengok Fetty dah tersenyum-senyum tengok aku dengan Fajie.

“dah siap dah”

Cepatje aku jawab sebab terasa malu lagi dengan Fajie tu. Tu pun dia still lagi tengok aku. Adoyai, mana nak letak muka ni?

“hmm, nampaknya U all berdua memang suits together”

Kata Fetty lagi sambil membetulkan gown aku yang meleret-leret ke lantai tu. Aku hanya tersenyum tawar. Fajie dah mula tunjuk muka tak berperasaan macam mula-mula tadi. Haissh, pelik betul dengan dia ni. kejap ok, kejap tak ok. Ada jugak je yang kena sound dengan aku kejap lagi.






********************************************************





Lepas settle pertemuan kitaorang kat butik perkahwinan petang tu, aku dengan Fajie terus balik rumah. Yela, semuanya dah settle. Mama pun ada pesan cakap bakal pengantin tak boleh selalu jumpa nanti hilang seri. Barang-barang hantaran semua mama dah beli dan dah dihantar untuk digubah. Oleh sebab kitaorang pakai perunding perkahwinan, so tak payah susah sangat nak handle semua benda-benda tu. Majlis persandingan kitaorang akan dibuat dua kali, satu kat hotel untuk kawan-kawan Fajie dan sedara-mara sebelah keluarganya dan satu lagi buat kat rumah aku lepas majlis akad nikah.

Oleh sebab laman kat rumah aku tak muat kalau nak letak lima enam buah kanopi, papa terpaksa letak kanopi kat kat depan rumah aku tu. Biasa la sebab kitaorang duduk kat taman je bukannya perumahan mewah sampai laman saja boleh muat nak letak macam-macam benda. Ni kan setakat lima buah kanopi je.

Semua pasal majlis persandingan nak buat kat mana-mana, papa dengan mama yang uruskan. Aku pun tak tau bila papa dengan mama pergi jumpa daddy Fajie tu. Dahla aku tak pernah kenal pun cuma Fajie je hari tu pernah tunjuk gambar daddy dia kat aku. Katanya bukan tak nak bawak pergi jumpa, tapi daddy dia tu sibuk sangat, asyik pergi overseas je handle bussiness dia kat London sana. Aku hanya mengangguk faham bila Fajie cakap macam tu sebab aku pun tak ada masa jugak sebab sibuk nak kena pergi kelas lagi.

Ni pun nasibla kenduri semua tu buat masa aku tengah cuti semester. Nak tak nak aku jemput jugak budak-budak kelas. Yela, takkanla dah kahwin tak nak bagitau langsung kat kawan-kawan. At least jemput jugakla walau diaorang tak boleh nak datang nanti. Yang duduk jauh tu, aku just invite dengan FB je sebab dah tak sempat nak post kad kahwin.






*********************************************





“pengantin perempuan, cuba duduk elok-elok sikit”

Arah Mak Andam Cathy kat aku. Aku hanya tersengih. Geli je bila tangannya laju meletak foundation dengan meratakan semua bedak debu ke kulit wajah aku. Yang lain masing-masing hanya tersengih memandang. Nampak sesak je bilik aku dikerumuni peminat-peminat a.k.a sepupu campur kawan-kawan aku yang lain. Haila, sibuk betul nak tengok aku kena mekap.

Jam di meja baru je pukul sembilan setengah pagi. Pukul sebelas pagi nanti, akad nikah aku dengan Fajie kat masjid.

“kalau dia terlebih gerak, cubit je”

Ida sepupu aku dah menyampuk. Haila dia ni, harap aku tak boleh bergerak je. Kalau tak dah kena dia dengan aku.

“eh-eh dia ni suka hati je tau”

Aku mengggigit bibir. Cathy dah mencerun memandang aku. Kenapa pulak ni?

dear, habisla lipstick yang I baru letak tadi. Yang U gigit bibir tu kenapa?”

Aku terkulat-kulat memandang Cathy dengan Ida. Yang lain dah ketawa. Hampeh betulla diaorang ni.

“dah-dah. Jangan buat muka macam tu, nanti tak berseri pulak”

Cathy masih lagi menegur. Aku cuba seriuskan muka walau rasa nak cepuk je Ida. Tunggula hari dia kahwin nanti, aku kenakan dia cukup-cukup.

“eh Yash, mana baju kau?”

“ada, dalam almari tu la”

Ida segera pergi ke almari aku tu. Aku hanya mampu menjeling dengan ekor mata bila Ida dah pegang baju kurung moden warna putih mutiara tu. Yela, nak bergerak tak boleh, jeling-jeling je la. Nak-nak lagi si Cathy ni tengah pasang extension kat bulu mata aku. Berat je rasa nak celik mata. Sabar je la aku dengan semua ni.

“cun gila”

Ida sedikit menjerit. Yang lain dah mula berkerumun duduk atas katil aku yang berhias indah tu.

“oi-oi runtuh jugakla katil pengantin kita ni. Nanti tak boleh pulak nak layan ‘first night’ dengan cik abang tersayang”

Aku dah jegil mata tengok Ida. Mulut tak ada insuran betulla dia ni. Iza pulak dah berair mata sebab gelakkan aku.

“dah-dah, sila keluar. Pengantin nak tukar baju ni”

Cathy arah semua yang duduk kat bilik aku keluar. Aku hanya tersengih memandang diaorang sambil membuat tanda peace. Hanya Ida dengan Iza je yang degil tak nak keluar. Takkan nak marah pulak kot, yang tu kawan, yang seorang lagi pulak sepupu.

“ambil ni pakai, jangan lambat pulak nanti”

Aku ambil baju kurung moden tu terus sarungkan kat badan, tadi hanya pakai bathrobe je senangla nak tukar.

“memang cun la Yash ni kan Ida? Ada jugak yang kena terkam tadi”

Iza pulak perli aku. Hee diaorang semua ni. Cathy membetulkan baju aku tu dan sibuk memakaikan tudung putih pulak kat aku. Veil panjang diletak atas tudung putih tu.

“ok, siap. Memang cantik”

Puji Cathy pulak. Aku dah rasa kembang semangkuk bila kena puji. Yash, kau ni pantang je kena puji mula la nak perasan. Tapi aku rasa memang cantik pun aku hari ni. Hehe..






***********************************************************





Aku sampai kat masjid sebelum pukul sebelas pagi. Kena la pergi awal sikit sebab tak nak kelam kabut sangat. Nanti berpeluh-peluh pulak kalau dah kelam kabut semuanya. Ida dengan Iza sedia menemani aku. Tak tau la siapa antara dua orang ni nanti yang akan jadi pengapit aku. Jangan bergaduh nanti dah la.

Aku mengambil tempat di bahagian kawasan muslimat perempuan. Tabir kain dibuka sedikit untuk membolehkan aku melihat acara akad nikah tu. Sebenarnya aku rasa sedikit berdebar sebab sejak dari hari terakhir aku jumpa Fajie kat butik tu, dia dah tak mesej atau call aku lagi. Memangla hari tu dia merajuk, tapi kan takkanla dah dekat seminggu dah tak habis-habis lagi merajuk tu? Aku pun sampai dah tak tau nak pujuk macam mana lagi.

“kau ok tak ni? Cam pucat je”

Iza tegur aku yang tengah tunduk membelek kuku yang merah berinai.

“a’ah la. Pucat je aku tengok. Kau tak makan ke tadi?”

Ida pulak menambah.

“aku ok je. Dah makan pun pagi tadi. Takkan la pucat pulak sebab dah tebal Cathy mekap aku tadi”

Aku cuba cover rasa tak sedap hati tu pada Iza dengan Ida. Nampak sangat ke muka aku tengah pucat? Kelihatan ramai dah sedara-mara aku yang hadir kat sini. Mama pulak duduk tak jauh dari aku. Papa pun dah ada menunggu kat bahagian lelaki.

“kau takut kot?”

Iza tersengih. Apa la dia ni, memangla aku tengah takut tengah berdebar-debar ni. Boleh pulak dia tanya aku macam tu.

“sabar la ye cik Yashara, nanti cik abang kau datang mesti ok punya”

Ida menambah. Nak je aku cubit dia ni. Dahla suara tu kuat je, dengar dek orang malu je nanti.

“eh-eh sape tu? Yang smart gila tu. Dahla karchak je aku tengok”

Ida menuding jari ke arah lelaki yang berbaju Melayu krim tu. Aku dah tersenyum. Konfem diaorang tak pernah tengok si Khaiyrel ni. Tu yang teruja je. Memangla budak duaorang ni tak pernah tengok sebab lama Khaiyrel pergi overseas sambung belajar kat sana. Lagipun Ida dengan Iza bukan duduk kat area ni.

“owh tu Khaiyrel Iman Faqish, sepupu Fajie”

Ida dah tersenyum-senyum bila Khaiyrel pandang aku. Haila, gatal je diaorang ni.

“kalaula aku boleh dapat pakwe hensem macam tu, bahagia la hidup”

Ida dah mula berangan. Sabar je la aku dengan perangai diaorang ni.






***********************************************************************




Mata aku mula mencari kelibat Fajie di celah-celah orang yang hadir kat bahagian lelaki. Yang ada Pakcik Ahmad, papa, dengan bapa saudara aku dengan beberapa orang yang tak dikenali. Maybe sedara mara Fajie kot. Tapi kenapa aku perasan Fajie macam tak ada pun? Daddy dia pun baru je melangkah masuk duduk sebelah papa. Tak mungkinla dia tak datang pulak kot? Macam tak logic je kalau fikir.

“mana pengantin lelaki ni?” Aku dengar Tok Kadi bertanya pada papa aku.

Daddy Fajie dah nampak bercakap-cakap dengan papa. Aku dah mula rasa gelisah. Aku tengok Khaiyrel asyik menekan-nekan handset dia, maybe call Fajie kot.

“kite tunggu kejap lagi” Papa membalas.

Aku pulak dari tadi asyik menekan handset sampai dah lenguh jari. Ida dengan Iza tak payah cerita la, dari tadi join aku sekali menelefon Fajie.

Aku dah mula rasa berdebar campur tak sedap hati. Mana la Fajie ni? Janganla ada apa-apa yang terjadi pada dia. Kedengaran bisik-bisik antara tetamu yang hadir.

“Asha, mana Fajie ni?”

Mama datang berbisik kat aku. Aku pandang mama dengan gelengan. Tak tahu kat mana Fajie sekarang sebab dia tak angkat call aku.

“budak ni sengaja nak malukan kita ke?”

Aku dengar mama merungut. Ida dengan Iza dah mula berpandangan sesama sendiri.

“sabarla makcik, maybe jalan jammed kot”

Ida memujuk mama aku. Jammed apa ke benda la masa ni? Bukannya peak hours pun. Tangan aku dah mula berpeluh.





************************************************





Setengah jam berlalu…



Aku dah mula merah muka tahan malu. Papa dah berkali-kali menggeleng kepala tanda tak percaya apa yang tengah berlaku. Iza dengan Ida erat memegang tangan aku.

“berapa lama lagi nak tunggu ni? Saya terpaksa pergi kalau pengantin lelaki tak datang sebab saya ada pasangan lain lagi untuk dinikahkan”

Tok kadi menyoal papa untuk kali ke sepuluh. Papa mengerling mata kat aku. Daddy Fajie dah macam dah serba tak kena. Yela, anak sendiri buat hal masa majlis kahwin dia. Siapa yang tak marah kan?

Aku mengeluh perlahan. Nombor Fajie dah hampir lima puluh kali aku call tapi tetap tak berjawab. Kemana la dia ni menghilang?

“nampaknya saya terpaksa pergi dulu” Kata Tok Kadi pada papa.

Aku dengar ramai yang mula mengata papa dengan mama. Aduh malunya muka, sampai hati Fajie buat aku macam ni. Bukan dengan aku sekali, dengan famili aku sekali yang tahan malu sekarang.

Aku tengok Khaiyrel pandang aku dengan pandangan sayu. Mungkin dia bersimpati dengan aku sekarang. Air mata aku dah mula menitis ke pipi. Mekap yang tebal tak dihiraukan lagi.

“saya sanggup ganti pengantin lelaki uncle”

Aku dengar satu suara menyampuk dalam keriuhan orang ramai tu. Aku dah bulat mata. Khaiyrel? Khaiyrel nak ganti Fajie? Oh no!!

“saya setuju je. Lagipun pengantin lelaki tak datang-datang pun”

Kata papa pada Tok Kadi. Semua hadirin mengangguk setuju dan mengeluh lega. Daddy Fajie meraup muka beberapa kali.

“ok, kita mulakan akad nikah sekarang”

Tok Kadi bagi isyarat ke Khaiyrel suruh duduk depan dia. Aku dah rasa nak pitam masa Khaiyrel melangkah duduk depan tok Kadi.

Lepas hampir sepuluh minit Tok Kadi bagi ceramah nikah, Fajie still lagi tak datang. Aku rasa macam nak lari je dari situ. Tapi bila mama cakap jangan malukan dia tadi, aku tak jadi nak lari.

“aku nikahkan dikau Khaiyrel Iman Faqish bin Ahmad Isyak dengan Nurul Yashara Naszili binti Nazzari dengan mas kahwin RM85 ringgit tunai”

“aku terima nikahnya dengan mas kahwin tersebut”

Serentak dengan itu, aku rasa semuanya berpusing-pusing. Aku terasa Iza sempat pegang bahu aku sebelum aku jatuh.





p/s : still on holidays tp gedik nk post entry baru..hehe..enjoy :D











44 comments:

S. said...

please kata ni mimpi aje!!!takmo2....

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Tak!!!!!!!!! Mana si Fajie ni? Dulu beria nak kawen dgn Yash.Bila dah dapat, menghilang pulak!

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : maybe yes maybe not..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : tu la dia wat hal plak..

liyana said...

FAJIE..!!!!!
pe yg ko wt ni?
smpai hati ko wat YASH cm 2..

sis zura :: 2long bg m16..nk tmbak je fajie ni

*hope it was a DREAM

zura asyfar addy rifqhiey said...

liyana : Fajie dah wat yash kecewa...

M16? takde la..bom ade..hehe

si.tudung.ungu said...

oh, tidak~~~ FAJIE!!! ko kat ne??

btul². mimpi ajelah.. xknlah dia majuk smpai gtu skali kan? buka dia sayg Yash gler² ke... huhu~~

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : fajie hilang...

~ ni bukan mimpi kot..

liyana said...

bak cni bom 2..
nyah ko dr cni FAJIE!!!!

sis..tros kan..
cite ni akan brtmbh mnrik t..
yeah..konflik da mncul..

KHAIYREL..lupe nk habak..
thankz coz slmt kan keadaan..
i like u la ^__^

zura asyfar addy rifqhiey said...

yana : nnt sis pos dlm FB...
~ betul2 mrh kt Fajie ni? hehe..

~ok2..i will..hehe
~ khaiyrel bls : sy akan sgup wat ape sj utk Yash..hehe

si.tudung.ungu said...

lorh... sape pulak nak culik anak orang kaya tu.... weyh pulang balik! dia nak kawen tu~~

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : takde org culik..fajie tu ada mslh ngn perangai dia..huhu

SyahirahSaity said...

cis ! tak gune punye fajie~ =.=" kesian nya kat yash,, hadoi ! mintak2 tu mimpi jea,, amin , :P

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : tu la pasal..kesian ngn yash..

~ btw lil sis, ni bukannye mimpi..

Qwerty said...

nononononnonononno...
kenapa mengapa bagaimana??

zura asyfar addy rifqhiey said...

qwerty : kene tgu next epi baru tau..hehe

Zass said...

eeeeiiii.. i tak nak khayriel tue...

i nak Fajie juga.....

takmo takmo takmo.....

kenapa Fajie buat mcm tue??

What the heck with Fajie???

Dia ditangkap basah kew???

zura asyfar addy rifqhiey said...

k. suffian :

~ u tak nak, i nak..hehe
~ fajie ade mslh ngan perangai dia tu..
~ ditangkap bsh? tak...

Unknown said...

fajie!!ko nk kna belasah dgn aku ek??!!!!
ske ati jer nk jtuhkn maruah fmly pgntin gurl r!

zura asyfar addy rifqhiey said...

f.a : belasah aje fajie tuh cukup2..suka2 hati je wat gamily yash cm tu..

Anonymous said...

oh no no no......... x nak la kyairel nak fajie jugak.... tlg2 ...

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : ramai yg nak fajie tp fajie tak dtg ms majlis akad tu...nasibla khaiyrel sudi ganti...huhu

Unknown said...

Hahahahha... Kahkahkah... bagus2.. mantap2... Saya memang suke kalo banyak kejutan yg x dijangka camni.. baru best... Asyik2 nak ending sama je.. mana best,.... Klise sangat... Hai laaa... Melepas la si Ida tuh.... hehe... ;)

zura asyfar addy rifqhiey said...

hirumakecil : anyway lurveee ur komen...thankss...hehe...

~ tu la psal, ramai yg tak jgka kn tetibe plak fajie wat hal n khaiyrel jd ganti tmpt fajie..

~ mmg melepas la sia ida tuh :D

najwa said...

fajie.....why????
nak fajie
tak nak khaiyrel

farah manaf said...

WHAT THE???ALA..TKNK2!!!!NK Fajie ngn YASH..

Acik Lana said...

OMG!!sangat suke ini cerita zura. cant help it. tolonglah update selalu. x jadi kawen gan fajie takpe..sbb ati acik dh terpikat dgn si khaiyrel tu. dgn machonya dia replace fajie. suke!!

SyahirahSaity said...

alaaaaa ! bukan mimpi ke ? >.< kesian nyaa,,

zura asyfar addy rifqhiey said...

najwa : ntahla, fajie tak dtg..huhu
~ amikla fajie tu..hehe

farah : tp fajie tak dtg..kahiyrel terpaksa ganti..huhu

acik :thankss...terpikat je ngn khaiyrel?hehe...nnt zura update selalu citte ni :D

miss syasya : nk wat cm ne? kene terima la kenyataan tu..huhu

tiekqa fhea said...

fajie! jgn lah ngok sgt! tak syg qash ke?

zura asyfar addy rifqhiey said...

tiekqafhea ; tu la pasal..dia tak fikir pjg tu..

WITHOUT A SOUND said...

ehh!!!!!
Fajie mane?????
smpainya ati dia...uwaaaaa

eija said...

erk..ape kes tbe2 tkar pegantin nie..??

zura asyfar addy rifqhiey said...

without a sound : fajie takde...huhu

eija: disebabkan pengantin lelaki tak dtg, replace ngn org laen..

Anonymous said...

alah...dah sweet dah fajie dgn yash tu...kenapa jd mcm ni............dah t'pikir sweet nya diaorg masa khwn nnti.....kenapa???????...tiba222 ubah hero plak ni........hmmmmmmm...xjd khwn pun xpe...asal....yash ttp dgn fajie....yalah...dia tu kn xmatang lg.............jgn lah mcm ni........still lah fajie jd hero.......

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : tp fajie tak dtg..tu yg khaiyrel replace tu..

~ kite tgu next epi sape yg jd hero :)

Anonymous said...

nak fajie juga blh x??
k.zura wat yg ni juz mimpi je..plz!!!
dh syok dh bce dr awl..huhuhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

anoy : amik la fajie tu..hehe...

~ tgu eh next epi...just mimpi atau betul2..hehe :D

Anonymous said...

hukhukhuk...kak zura nak fajie jggk!!! x pyh gnti pngntn biar khaiyrel tu...xska x ska!!bt je la tu sbgai mmpi je...plez la kak zura...sdh la.....jgn tkr hero tau...biar fajie je jd hero...faji <3 asha...ikut undian la kat zura...diorg smer suh buat mmpi....plez cpt smbg...luv u kak zura...huhuhuu(pnjg bejela kmen.hehehe)

zura asyfar addy rifqhiey said...

anoy : hehe...korang semua ni..sis plak dh naik pening ni nk pilih sape jdik hero..btw kat poll udian utk khaiyrel tgi dari fajie tau..nk smbung la ni..next week ade la entry...mgu ni bz sket ngn kenduri kendara..luv u too :)

Anonymous said...

mana plak g si fajie nihhhh!wehhhhhh perangai mcm budak2 dier tu x sudah2...asyik nak merajuk jer kejenye...x pasal2 melepas x dpt kawin ngan yash...suke cite nih...mmg tekejut giler tetiba jer khaiyrel kawin ngan yash...geram,marah,kesian sumer perasaan ada time nih...~lynn~

zura asyfar addy rifqhiey said...

lynn : tu la, mana pulak si fajie ni pergi..huhu..

~ anyway tenkiu cz suka citer ni :)
~ mcm2 perisa yer ade..hehe

Anonymous said...

plz...jgn hancurkan segalanya...nk fajie gak...
uwaaa...emo plak ngn cite ni...sbb tgh frust ngn cinta gak...huhuhu...

zura asyfar addy rifqhiey said...

anony : hehe..sis takkan hncurkan hrpn semua yg bc this story :)