:: My gangS :: TQVM

Wednesday, November 16, 2011

Special Entry SSiD





SYAF memulakan sesi mencuci keretanya di laman rumah. Tadi bersusah payah dia cuba memarkirkan kereta di situ. Almaklumlah kereta si teman serumah agak besar dan diparking dengan sewenang-wenangnya di situ. Kalau diikutkan dengan tahap keluasan laman itu, boleh memuatkan dua buah kereta pada satu-satu masa. Nasiblah lelaki itu ada meninggalkan kunci kereta kala dia pergi jogging entah di mana. Jadi berusaha kuat dia dari tadi untuk membetulkan kedudukan dua-dua kereta di situ. Dia mengelap peluh di dahi dengan tuala sederhana kecil yang diletak atas kepala. Penat!

“Rajinnya dia!” Tegur Firash apabila mendapati Syaf tengah terbongkok-bongkok memberus tayar kereta dengan berus sabut. Dia mengesat peluh di dahi dengan tuala kecil yang tergantung di leher. Syaf mendongak. Perbuatannya terhenti seketika. Ralit dia memerhatikan wajah kacak Firash yang dibasahi peluh. Sleeveless jenama Nike serta sedondon dengan tracksuit yang dipakainya itu tidak langsung menampakkan kekurangan lelaki itu. Kenapa kau handsome sangat ni?! Getus hatinya dengan pandangan tidak berkelip.

“Hey, kau okay tak?” Firash menegur Syaf yang seperti sudah berkhayal sesuatu. Dengan bola mata yang bercahaya serta senyuman lebar di bibir, dia pasti gadis itu sedang berangan. Pantas tangannya dipanjangkan untuk mencubit pipi gebu gadis itu.

“Aucchh! Sakitlah!” Terjerit kecil Syaf apabila menyedari pipinya dicubit. Dia menjeling tajam ke arah Firash yang sedang tersengih. Matanya ditalakan kembali ke tayar kereta. Cover-cover! Kantoi tenung anak teruna orang lama-lama. Haishh!

“Berangan lagi. Kan dah kena.” Tutur Firash selamba lalu mencangkung dengan jarak sedikit jauh dari gadis itu. Dia meneliti wajah Syaf yang sudah mula berpeluh-peluh di dahi. Comel!

“Basuh kereta aku sekali lah.” Pintanya apabila gadis itu kelihatan khusyuk memberus. Langsung tidak mempedulikan dirinya yang sedang ralit memerhatikannya. Syaf menoleh sekilas.

“Kereta kau, basuh sendiri lah.” Balas Syaf dengan nada jengkel. Huh! Suruh basuh kereta dia pulak! Kereta aku ni pun dah tak terjaga!

“Ala, mintak tolong dengan isteri sendiri pun kedekut.” Balas Firash dengan nada sedikit jauh hati. Syaf mencebik bibir.

“Cik abang sayang, kereta sendiri cuci sendirilah. Kalau malas hantar je pergi carwash.” Sindir Syaf. Firash sedikit terkedu apabila gadis itu memanggilnya begitu. Dia tersenyum lebar.

“Cuba panggil sekali lagi, macam best aje dengar.” Celah Firash dengan senyuman lebar. Syaf yang menyedari kata-katanya tadi mula memberhentikan kerja memberus. Terasa mahu menyelam kepalanya di dalam baldi yang penuh dengan sabun itu. Haissh, macam mana boleh terkeluar ni?!

“Aku tak sengajalah.” Balas Syaf lalu bangkit. Baldi di sebelahnya dicapai. Baik aku lari sebelum dibahan!

“Betulke tak sengaja? Atau kau betul-betul sayangkan aku?” Soal Firash mengekori Syaf ke arah bahagian kanan kereta. Langkah Syaf terhenti. Dia mengerling sekilas ke arah Firash yang masih mengekorinya.

“Siapa sayang kat kau?”Soalnya dengan menjegilkan mata. Firash hampir ketawa besar namun ditahannya. Comel betul dia ni buat muka macam tu!

“Sayang lah tu. Kalau tak, takkan muka kau dah blushing.” Balas Firash seakan mengejek. Syaf terkedu. Dia memegang pipinya yang terasa membahang. Aduhai dia ni, aku pulak yang terkena!

“Malas lah layan kau.” Syaf berlalu menuju ke bahagian bonet kereta. Namun dia seperti tidak berpuas hati apabila lelaki itu tetap mengekorinya.

“Berdosa tau malas layan suami sendiri. Nanti aku tak redha, tak bau syurga.” Ujar Firash selamba. Tak ada lah niat untuk menyindir cuma ingin mengusik sahaja. Syaf berhenti mengejut. Matanya memandang Firash dengan pandangan yang tak dapat ditafsirkan. Sungguh, dia sebak apabila perkataan suami isteri disebut oleh lelaki itu. Dia tahu yang lelaki itu tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya. Lagipun mereka berkahwin sekadar permintaan Puan Farizah untuk menyelamatkan maruahnya ketika itu.

“Aku masuk dulu.” Tutur Syaf sebelum meletakkan baldi ke tanah. Menonong dia meninggalkan Firash yang terpacak di situ. Firash menggaru kepala yang tak gatal. Kenapa aku tengok dia macam nak menangis je tadi? Aku silap cakap ke? Aduh, mulut ni! Monolog Firash seraya melangkah masuk ke rumah. Cuba memikirkan cara untuk memujuk si gadis yang sedang merajuk!

p/s : bab 33.....takde kut dlm p2u nnt....enjoy :D

13 comments:

ai chika_chan said...

thx kak zura...best !

Aida Sherry said...

ermmm ... xsabar nak tahu cite seterusnya.... ceciter2...

Hayisa Neerza said...

best2 :)

alfa syamimi said...

skrg bab 14 erk..n bab 33 tu doang still x aman damai ag..n bab 33 tader lam p2u. kak! habis tader chance nk tgk dorang epy sikit kee b4 jadi novel?? huhu

zura asyfar said...

alfa syamimi : sorry2...ceta ni agak panjang..huhu...epy2 cm ni ade lah sikit2 nnt :)

CN said...

huhuhu.. jenguk citer ni.. rindu sangat dekat firash :)

nadia said...

bez3..

YONG JIAO XIU said...

wah wah wah dah betul lagi benar firash dah falling in love.

zura asyfar said...

CN : sila2..jenguk2 lah :)

nadia : thanks :)

Yong : hehe....semestinye..

arai said...

mmmm...best citer nie...
wat x sabar nk tunggu novel nie kuar....

sYnystEralExGatEs said...

BEST! cpt2 la kuar SSiD! da simpan duit nk beli neh..hehe

Nurfazila Suhaide said...

rindu dengan firash..huhu..

Wild Cherry said...

ade pkmbangan la phbngan dorang...