:: My gangS :: TQVM

Sunday, October 31, 2010

Bab 8 why me?

Aku membelek-belek paperbag yang Vic bagi tadi. Apa la agaknya yang ada kat dalam ni? Biasanya jarang dia bagi aku hadiah. Setakat hadiah hari jadi tu ada lah. Sebuah kotak empat segi sama berwarna maroon terjatuh ke atas katil tatkala paperbag itu aku tonggengkan. Bila kotak itu aku bukak, kilauan isinya buat aku terkejut. White gold bracelet? Patutla tadi terpacak kat depan butik Tomei. Ni rupanya kerja dia. Tapi apa motif dia bagi bracelet ni? Takpe la, malas aku nak fikir. Baik aku tidur kejap, penat pergi keluar dengan Vic tadi tak hilang lagi.

“jahat budak jahat”

Waa..Baru je mata ni nak lelap, ada je yang menganggu. Kalau tau tadi aku off handset dulu sebelum tidur. Tak nak angkat kan kot-kot ada panggilan penting. Handset kat tepi bantal aku capai dan terus aku tekupkan kat telinga.

“hello”

Beberapa saat kemudian masih lagi senyap tanpa sahutan. Terputus ke atau ada yang main-main? Ni yang aku angin ni. Dahla tidur kena kacau.

“hey orang kat sane, kalau nak main-main je, baik tak yah call

Haa, kan dah kena sound tu.

“err..Riyand here

“Riyand mane lak ni? Tak kenal pon”

your coursemate, Andriand”

“owh ok, nak ape?”

Setahu aku, aku tak ada pun nombor fon dia. Macam mana pulak boleh call aku? Dahla aku mintak hari tu tak bagi, jual mahal la konon. Ni sibuk pulak call aku. Huhh, lelaki.

“jumpe kejap boleh?”

“tak boleh, dah malam pon” Malas aku nak jumpa dia. Tidur lagi baik.

“bolehla”

“tak faham ke orang cakap tak boleh” Kuat suara aku menjerit. Dia ni tak faham-faham bahasa ke?

please Zoey, penting ni?”

“ade aku kisah?”

“Zoey, please I’m begging U” Apa pulak hal ni yang dah merayu-rayu. Ingat aku ni girlfriend dia ke?

“kalau nak cakap pasal final project tu, esok-esok jela” Rasa bengang pulak dengan mamat sorang ni.

“Zoey, kalau U tak nak jumpe, I datang rumah U nanti”

Hey, suka-suka hati je ugut nak datang rumah aku. Dia ingat dia tu siapa agaknya nak datang rumah anak dara orang malam-malam ni? Lantakla, malas aku ambil kisah. Bukannya aku rapat sangat dengan dia pun. Butang end call aku tekan.


***************************************************

Rasa mengantuk tadi dah hilang bila bertekak dengan Andriand. Pergi tengok tv la kat depan. Dahla nanti ada cerita favourite aku.

Pin! Pin! Pin!

Siapa pulak yang buat hon tak henti-henti tu. Kacau sungguhla orang nak tengok tv.

“Zoey, Zoey” Terkejut aku bila Yatie tiba-tiba muncul kat depan aku. Bila masa pulak dia ni balik? Tak dengar pun bunyi motor.

“aku tengok Andriand ade kat depan rumah kite, dia buat ape kat sini?”

“ha?”

Ambil serius pulak mamat ni. Ingatkan main-main je tadi. Kalau aku tak keluar jumpa dia kan, mesti dia buat bising pulak dengan hon dia tu. Hissh, geram sungguhla.

Terus aku sarungkan selipar dan keluar dari rumah. Sampai je kat pagar, tengok dia dah bersandar kat luar kereta sambil berpeluk tubuh.

“ingat tak nak kuar tadi?” Ayat pertama dia. Macam perli aku je.

“kalau tak pikir ngan jiran-jiran aku, takdenye aku nak kuar”

Aku menjeling dia. Tadi ok je bercakap dalam telefon. Ni bila jumpa ada je yang nak menyakitkan hati aku.

so, ape yang penting sangat kene jumpe malam-malam ni?”

Dia pandang aku sejenak sambil menggeleng-geleng kepala. Tapi tak jawab pulak soalan aku.

“kalau datang sekadar nak membisu je, baik aku masuk”

Aku pulak yang ugut dia. Dahla masa ni tengah start cerita favourite aku. Aku pun berkira-kira nak masuk rumah. Yatie pun dah terjenguk-jenguk kat tingkap tengok aku. Mesti kejap lagi kena soal-siasatnya.

“Zoey, tunggu la” Tiba-tiba dia rentap tangan aku. Nasib tak terjatuh aku kat situ.

“hey, ape ni?” Refleks tangan aku menepis. Dia ni kan memang la.

“opss sorry. Dah U nak masuk tadi, I tak sengaja la” Huh, tak sengaja konon.

“ok. Cakapla nak ape ni?”

Serius malas dah aku bertekak dengan dia. Dari tadi tak cerita lagi sebab apa dia nak jumpa aku.

“kite cakap kat lainla, sini ramai orang tengok”

Aku pun dah perasan ada yang jiran-jiran duduk tengok kami berdua. Tapi nak cakap kat mana pulak? Dah malam pun ni.

“kau takde niat nak kidnap aku kan?” Tiba-tiba dia tergelak. Aku ada buat lawak ke?

“takla, kite cakap kat Jacks CafĂ© kat depan tu je” Dia tersenyum. Patut ke aku percaya? Masalah betul la. Tapi tempat tu ramai orang. Kira ok la kot.

“ok”

Dia pun berjalan masuk ke kereta. Aku mengikutinya masuk ke tempat sebelah penumpang. Selepas lima minit sampaila kat situ.

so ape yang penting sangat ni?” Muka serius.

Kitaorang duduk kat meja yang terselindug sikit. Biasa ramai jugak budak-budak kelas kami yang lepak kat sini. Tak nak la kantoi terang-terangan.

“err..jadi girlfriend I leh tak?” Nak tersedak apple juice yang baru aku sedut tu.

“kau dah gile ape?” Bulat mata aku pandang dia.

“err..dengar dulu ape yang I cakap. Just pretend to be my girlfriend for tomorrow

Aku pandang dia tak berkelip. Cuba mencerna kata-kata dia.

so, boleh tak?” Terkejut aku. Slow loading nampaknya otak aku malam ni. Penat sangat berfikir kot.

“for what?”

“adela, esok bagitau”

“bagitau je la sekarang”

“esokla”

“ok, kalau aku tolong dapat ape?”

“emm..report final project biar aku je yang buat” Dia memberi cadangan.

“hmm..ok kot”

Best jugak kalau ada orang yang nak tolong buat report ni. Tak payah susah-susah aku kena menaip nanti. Bukannya nipis, tebal tu.

“thanks Zoey. Order la ape-ape, my treat” Dia tersenyum.

Lepas kami makan, terus je dia hantar aku balik rumah. Tapi terfikir jugak kenapa la si Andriand suruh berlakon jadi girlfriend dia esok. Dia ada skandal dengan perempuan ke? Tapi setahu aku, dia ni tak minat dengan perempuan.. Hmm.

3 comments:

RinsyaRyc said...

smpoi je kak! hehehe.... ye ye zoey ni.. andriand x minat pempuan sbb dia dah minat zoey.. kekeke

zura asyfar said...

@RinsyaRyc

hehe...thanks...haha...tau takpe...sbb dh minat kt zoey tu..

nurul said...

amboi..bnyknye laki dlm cite ni..cm playgirl lak..huhu..sy suke qiqi..hahah