:: My gangS :: TQVM

Saturday, October 2, 2010

bab 1 why me?

“cepatnya kau buat” Yatie tegur aku masa dia tengah minum air milo yang baru aku buat tu.

“aku draft je sikit-sikit tajuk dia, lagipun mane tau lagi dapat partner dengan sape” Balas aku sambil kunyah Mr Potato yang baru beli kat 7 Eleven depan taman perumahan yang kami sewa ni.

“konon la tu draft sikit-sikit, padahal aku tengok duk conteng-conteng je kat dalam notepad tu”

“ok la tu, dari tak buat preparation langsung” Aku gelak kat yatie.

“yelatu buat preparation, aku tengok masa time exam dekat nak final jugak yang kau study gila-gila, masa awal sem duk sakan je berpoya-poya”

“kau ni, tak bagi semangat langsung kat aku. Aku berpoya-poya pun dengan geng sepupu pompuan aku je tau, bukannya pegi angkut balak macam orang lain”

“aku tau la kau pegi berpoya-poya dengan diorang, tapi study tak jalan jugak, duit loan jugak yang jalannye”

“kau ni Tie, memang la kalau tak membebel satu hari, tak sah. Kalah mak aku yang duk kat kampung tu”

“kau ni macam tak tau perangai aku” Dan kitaorang same-same gelak.

Cakap pasal berpoya-poya ni, memang aku tak boleh nafikan dengan kegemaran aku satu ni. Start dari sekolah menengah lagi duk buat kerja macam ni. Nasib baik masa SPM hari tu tak lingkup result. Kalau tak, tak tau la aku sekarang tengah buat ape.

Atleast walau tak dapat flying color, dapat jugak A sipi-sipi. Cukupla buat syarat nak masuk uni ni. Nasib jugak dapat sama course duduk teknik dulu. Yela, tak ada la menggagau sangat aku kat sini. Lagipun aku ni jenis minat course yang tough gitu, tak minat course-course biase. Course yang budak-budak laki minat tu la yang aku kejar. Lepas tu mula la sibuk cakap susah tak ingat.

Aku ni kurang sikit dengan lelaki. Perangai pun takde la macam budak-budak pompuan sekarang yang duk pakai mekap tebal berinci-inci. Rambut dahla potong pendek bertingkat-tingkat, tshirt dengan jeans je semedang. Maybe kalau orang tengok macam tomboy sikit. Tak kisahla, janji aku tak ganggu diaorang. Dan diaorang tak ganggu aku. Lagipun Yatie tak kisah langsung kawan dengan aku. Dari first year lagi kitaorang berkawan. Mak dengan ayah aku pun tak kisah dengan perangai aku ni, dah nak buat macam
mana sebab aku je satu-satunya anak diaorang.

3 comments:

Haruno Hana 하나 said...

nice starter :)
follow up ur story
:)

zura asyfar said...

thanks hana..

nurul said...

oh..zura ke addy rifqiey ni..tertanye2 jugak,siapa yang karang aku perempuan itu kan..huhu..dah lame xjengah blog gambar jay chou yang banyak setting cite2 kat melaka tu
:-D