:: My gangS :: TQVM

Monday, January 24, 2011

My Little Shark - 7.1



“err..Qash, a-awak buat apa kat sini?” Tanya Triple S dengan nada tergagap-gagap.

Aku perasan muka dia dah cuak gila pun. Nampak sangat macam bersalah. Aku berpeluk tubuh dan memandang tepat ke matanya. Sabar Qash, takkan kau jeles pulak kot dengan perempuan gedik tu tadi? Heh, tak ada maknanya pun kalau kau nak jeles dengan dia, kau pun bukannya suka sangat kat Triple S.

“aku datang untuk sambut birthday party la. Takkan saja-saja datang sini pulak. Tapi tak sangka plak party ni party kau” Aku tersenyum sinis.

“err..Pagi tadi kan saya ada ajak awak, tapi awak tak nak ikut” Triple S cuba bela diri.

Ada ke dia ajak aku pagi tadi? Erk Qash, apasal la kau boleh lupa pulak dengan kejadian pagi tadi tu? Yang tak pasal-pasal je pagi tadi kau naik angin tu.

“mane la aku tau ni kau nak buat party, kalau aku tau tentu la aku datang. Kata husband and wife” Aku sedikit tergelak.

Aku tengok Triple S dah merah muka. Takkan sentap pulak kot bila aku cakap macam tu.

sorry, saya patut elok-elok cakap kat awak pagi tadi. Bukan paksa cam tu”

Triple S dah tunduk kepala. Rasa bersalah ke?

“dah tau pun buat jugak. Anyway Sharqiy, happy 20th birthday. Aku takde hadiah nak bagi sebab Syiffa yang ajak aku datang sini”

Muka dia macam sedikit terkejut bila aku panggil dia Sharqiy. Hai, dah panggil nama glamer pun terkejut jugak ke? Biasa orang lain suka je kalau dengar orang panggil dengan nama glamer. Musykil pulak aku.

Disebabkan aku ni malas nak layan, aku mula melangkah menghampiri anak tangga pertama. Tak nak la aku duduk lama-lama kat atas sini, nanti tak pasal-pasal boleh bergaduh pulak.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu dan kembali berpaling kat Triple S. Muka dia nampak macam terkejut.

“lupe nak cakap, cantik girlfriend” Aku terus turun ke tangga tanpa tengok muka Triple S.

“Qash”

Aku terasa tangan aku ditarik ke belakang. Eh, apa lagi yang tak kena ni?

“kau ape hal tarik-tarik aku?” Aku dah mula nak marah.

Masa tu la aku rasa tubuh aku dipusing dan dipeluk secara berdepan. Bulat mata aku kat situ. Apa kes Triple S ni? Kekurangan kasih sayang dah ke? Tadi dah terang-terang lagi bersuluh ada perempuan datang menyerah, tak nak dilayan. Ni tak pasal-pasal pulak aku yang jadi mangsa keadaan.

Lepas dalam sepuluh saat dia peluk aku, dia lepas. Dia renung tepat mata aku, sampai aku terkedu sekejap. Sampai perfume yang biasa dia pakai tu menusuk ke hidungku. Jarak muka dia dengan muka aku tak sampai sepuluh sentimeter. If salah seorang dari kami bergerak konfem akan berlaga hidung. Redup mata dia yang berwarna coklat tu membuatkan aku terbuai sekejap. Macam mana la aku tak perasan dia ada mata cantik macam tu?

“Qash, sorry” Triple S bisik kat telinga aku. Terus stop lamunan aku tu.





“hey betina!”

Terkejut aku dengan jerkahan yang tiba-tiba masuk dalam gegendang telinga aku tu. Aku berpusing dan tengok perempuan gedik a.k.a Erny yang bercakap dengan Triple S tadi dah bercekak pinggang. Dia berdiri kat pelantar tangga antara tangga tingkat bawah dan tingkat atas. Bila masa pulak ni dia datang? Tadi dah elok-elok pergi merajuk ke tingkat bawah.

Dah tu pulak, apa kes pulak dia ni tiba-tiba je jerkah aku? Lepas tu suka-suka hati panggil aku betina pulak. Agak-agak otak dia ni dah tak centre kot sampai tak boleh bezakan perempuan dengan betina. Apa tak sekolah punya orang la dia ni. Ni yang tiba-tiba ada aura nak marah ni.

“Erny, cakap tu biar elok sket!” Suara Triple S bergetar amaran.

Aku hanya menjeling tajam. Tu la, pandai-pandai lagi panggil aku dengan panggilan macam tu. Muka dia nampak macam tak puas hati je. Huh, sawan agaknya perempuan ni.

“patutla U tak nak keluar ngan I lagi, rupanya dah ada betina ni menyemak kat sini”

Erny balas cakap Triple S tadi. Aku ketap bibir tahan marah. Perempuan ni nak kena dengan aku ke?

“oi cik kak, aku ni perempuan bukan betina. Kau tu lainla, pakaian pun dah macam betina, tak cukup kain je aku tengok” Aku sedikit tergelak.

Tiba-tiba Erny berlari naik ke tingkat atas. Aku tengok dengan perasaan nak tergelak, ada ke pakai dress paras peha macam tu nak berlari? Hilang akal agaknya, jatuh kat tangga baru padan muka.

“kau memang betina tak sedar diri kan, aku kenal Sharqiy dulu la dari kau”

Erny berdiri depan aku. Mata dia bulat tengok aku.? Marah ke cik kak? Heh, dia ingat dia sorang je ke boleh marah? Aku punya marah kau tak tengok lagi.

“owh yeke? Kesian pulak aku tengok. Tergedik-gedik menempel kat orang, padahal orang tak ingin pun kat dia” Aku membalas dengan nada mengejek.

Dada dia turun naik menahan marah. Ala, aku tak takut pun dengan perempuan ni. Tolak sekali konfem jatuhnya.

“kau memang betina gatal!” Erny membalas.

Tangan kanannya yang baru je nak hinggap kat muka aku tu, aku tepis. Tubuhnya sedikit terdorong ke belakang. Mencerlang matanya pandang aku tak puas hati. Triple S pulak tengok je kitaorang bertekak tanpa berkata apa-apa. Takkan takut pulak tengok perempuan bergaduh?

“kau jangan lebih perempuan. Aku ni bekas gangster sekolah, aku tak agak-agak tau nak tolak kau jatuh dari tangga!”

Jari aku tuding kat muka Erny masa dia datang balik ke arah aku. Dia macam sedikit terkedu dengan kata-kata aku tu. Tiba-tiba je dia pergi ke arah Triple S yang dari tadi jadi penonton setia tu.

you tengok la betina ni, nak tolak I pulak” Rengek Erny.

Aku buat muka geli-geleman. Tak tahu malu punya perempuan, orang dah tak nak tu boleh lagi dia buat asyik sotong lembik kat situ.

“Erny, kite kan tengah ada party. You jangan buat hal boleh tak?”

Baru je aku dengar suara Triple S. Ingatkan dah bisu tadi. Aku hanya menjeling tengok diaorang berdua walau aku perasan muka Triple S dah macam serba tak kena tu.

“U ni memang tak sayang I kan?” Rengek Erny lagi.

Hee, sabar la aku dengan perempuan sotong sorang ni. Nak muntah je aku dengar suara dia tu. Dia sedar tak siapa lelaki yang dia tengah mengadu tu? Dia tu suami aku la. Qash, sejak bila kau mengaku Triple S tu suami kau? Erk..

“hey pompuan sedarla diri sket. Orang dah tak suka tu pergi la main jauh-jauh”

Aku buat gaya mengahalau dengan tangan. Sebenarnya aku tiba-tiba macam rasa sakit hati tengok dia tergedik lebih-lebih dengan Triple S. Dia ingat dia tu siapa agaknya boleh buat mcam tu? Aku ni pun tak pernah buat macam tu dengan Triple S.

“kau sape nak nak halau aku?” Erny pandang aku dengan muka tak puas hati.

Aku pergi dekat dengan Triple S dan selamba je peluk pinggang dia. Erny terkejut, Triple S lagi la terkejut.

“aku ni wife dia, kau puas hati?” Aku senyum mengejek kat Erny.

“Sharqiy, you-you tak cakap pun kat I yang you dah kawin” Suara Erny terketar-ketar.

Aku hanya tersenyum sinis. Pelukan di pinggang Triple S aku eratkan. Dia pulak buat muka macam tak percaya tengok aku. Yela, ingat senang-senang je ke aku nak peluk dia?

“err..I..” Tak terkeluar ayat dari mulut Triple S tu.

“takpe, aku dah tolong cakap tadi kan? So hal ni dah settle la” Aku pandang Erny dan Triple S silih berganti.

Lepas tu, aku lepaskan pelukan kat pinggang Triple S. Buat apa peluk dia lama-lama. Kemudian, mata aku pulak pandang dia.

“tapi antara kite tak settle lagi”

Aku bisik kat telinga Triple S dan terus berlalu kat tingkat bawah.



p/s : just 3 pages..idea slow la..sorry yer kwan2..nnt zura smbung balik :)

9 comments:

.:kiwi:. said...

gediknya minah tu... nyampah.

jerung ni pun satu.. suka sape ni???

Sis. xpe². aslkan ada... sbb mmg rindu kt jerung! hehe ^^

zura asyfar said...

haha..erny tu kwn dia je ms kt sekolah dulu..

~ ramai sgt org tny cite ni so sis update dulu la separuh..hehe, nnt smbung lg :)

shamien said...

sis...tak mo la qash majuk lama-lama ngan shark 2 haha...

buleh deh! Buat ye jadi kacip mula deh!!maghi kita kecek klate sket deh!!haha...

Anor said...

terkejut beruk ye bila shark tgk
qash ada kat situ. memang bestlh
nak tau apa yg akan berlaku
seterusnya antara shark dn qash.
cepatlah sambung ye zura jgnlh
lama sgt baru nk post n3 baru.

miss syasha said...

hohohoho ! thanks update ~ ^^ ermm erny tu gedik kott,,haha ! meluat arh,,terkejut beruk triple S ? kalah beruk yang terkejut,, hihihi,,

zura asyfar said...

nok kacip gane demo tu dok gewe pon..asyik baloh je..hehe ( awn : kecek kelate cmpur ganu doh aku ni = bolok rase)..haha

tp ore try deh wat demo dua ore kacip sket2..kene try hard lo ni..huhu :)

zura asyfar said...

anor : mmg next chapter antr qash ngn shark pulak, qash kalau boleh tak nak wat kecoh kat birthday party shark tu..akn disambungkan sabar yer :)

miss syasya : erny tu mmg gedik, org dh tak nak layan tu sibuk gak nk menempel..huhu..triple S mmg kejut gila kalah beruk..kikiki..

tiekqafhea said...

wah.. sempat pulak qash jelous. huhuhu.

zura asyfar said...

qash jeles ke? hehe :)