:: My gangS :: TQVM

Saturday, February 19, 2011

My Little Shark -13



Episode 13









Blackberry aku bergetar tanpa sempat aku bergerak dengan lebih dekat lagi kat kereta yang remuk tu. Lagipun polis dah mula mengawal kawasan kemalangan tu. Aku mendengus perlahan tanda tak puas hati.

“hello Qash”

Aku dengar suara lelaki di talian. Dahla nombor pun aku tak kenal. Siapa pulak ni?

“hello, emm..Sape ni?”

“Syahmi ni”

Syahmi kawan Ayeem ke? Apsal pulak dia tiba-tiba call aku ni?

“owh, ape hal?”

“eem, datang kat Hospital Kota jap”

“kenape ni?”

emergency case

“huh?”

“datang je la. Penting sangat ni”

Syahmi dah matikan perbualan telefon. Aku terdiam sekejap memikirkan kata-kata Fahmi tu. Perkara apa yang penting sangat tu sampai terus letakkan telefon? Pasal Ayeem ke? Hati aku yang dah tak tenang tu kembali berdetap laju. Ya Allah, selamatkan Ayeem. Aku dah tak sanggup hilang dia lagi!

Aku berjalan laju-laju ke kereta aku. Nasibla van hitam yang terbalik kat tengah-tengah divider tu dah dialihkan. Polis pun tengah sibuk ambil statement dari orang ramai. Yang aku tak puas hati sebab tak sempat nak tanya siapa yang accident. Dahla aku rasa macam nak putus nafas je lepas tengok kereta yang accident tu, ditambah lagi dengan panggilan telefon Syahmi tu lagila buat separuh nyawa aku nak melayang.

Aku terpaksa drive perlahan je sebab jalan jammed. Tu pun dekat dua kilometer jugak jammd sebab accident tadi. Adoyai, dahla aku kena u-turn balik nak pergi hospital. Kalau macam ni dekat sejam baru la sampai.








Aku berlari-lari anak ke pintu masuk hospital tanpa peduli pun bahu aku yang melanggar beberapa orang yang tengah berjalan. Yela, sebab nak cepat sangat dah ni.

“Qash”

Aku dengar nama aku dipanggil. Aku pusing kepala dan tengok Syahmi melambai-lambai tangan kat aku. Aku berjalan laju pergi ke arah dia.

“apa yang penting sangat ni?”

Tak sempat dia bersuara, aku tanya dulu. Lagipun nampak wajah Syahmi macam kusut campur berkerut je.

“kau sabar banyak-banyak eh Qash”

Syahmi pandang aku dan menggeleng kepalanya beberapa kali. Aku dah mula rasa tak sabar dengan kata-kata dia tu.

“kenape ni?”

“jom ikut aku”

Pertanyaan aku tak berjawab. Dia terus berjalan pergi ke arah pintu bilik yang tak jauh darinya.

“masukla”

Dia suruh aku masuk sambil membukakan pintu. Dengan langkah-langkah teragak-agak aku masuk ke bilik tu. Nafas aku tarik panjang, bersiap-sedia dengan apa yang terjadi. Bulat mata aku bila tengok sesusuk tubuh terbaring kat katil. Eh?








“Syiffa”

Aku berlari menerpa kea rah Syiffa yang terbaring kaku atas katil hospital. Tangan, kaki dan kepala dia berbalut. Aku terduduk kat kerusi. Air mata kembali bergenang. Aku meraup muka beberapa kali. Ya Allah, apakah banyak sangat dugaan aku hari ni?

“dia accident ngan kereta tadi on the way nak pergi kolej”

Syahmi bagitahu aku. Aku mengeluh perlahan.

“dia drive ke tadi?”

“a’ah. Nasib aku follow dia tadi. Kalau tak, mesti kita semua tak tau”

Adoyai, macam rasa bersalah pulak sebab biasa selalu tumpang kereta aku pergi kolej sebab dia tak berani nak drive walau ada lessen. Tak sangka pulak hari ni dia betul-betul drive.

“eh, mana papa ngan mama dia?”

Aku tanya Syahmi bila perasan tak nampak kelibat seorang pun ahli keluarga Syiffa. Takkan seorang pun tak tau kot?

“mama ngan papa dia pergi China. Esok baru boleh balik”

Aku mengeluh lagi. Nampaknya aku terpaksa stop dulu misi pencarian Ayeem ni sementara tunggu family Syiffa datang.

“eh nape Ayeem tak pergi kolej?”

Tersentak aku dengar soalan yang tiba-tiba keluar dari mlut Syahmi tu. Nak jawab apa ni? Takkan nak cakap yang Ayeem dah tinggalkan aku pulak? Tak boleh-boleh, jangan bagitau dia lagi.

“err, tak perasan pulak tadi”

Ala belasah je la jawab apa pun. Dari tak ada jawapan langsung.

“takpe la. Aku balik dulu. Nanti apa-apa hal kalau dia sedar call aku k”

“yelah”









Suasana sunyi. Sepi. Kosong tanpa suara. Tiada lagi Ayeem. Tiada lagi jerit pekik aku memarahi dia sebab dia suka pasang hi-fi kuat-kuat waktu pagi. Semuanya dah tiada.

Hanya aku je yang keseorangan kat rumah ni. Papa dengan mama pun tak balik lagi. Mungkin sambung honeymoon kat sana kot. Entahla aku dah tak ada perasaan nak bertanya bila mereka akan balik. Lagipun kalau diaorang balik, aku tak tau nak cakap macam mana yang Ayeem dah tak ada kat rumah ni.

Biasa kalau pagi-pagi hujung minggu macam ni, Ayeem akan memasang speaker keretanya kuat-kuat. Aku yang biasa suka bangun lewat, akan bertekak dengannya sebab suka ganggu tidur aku.

Syiffa pun dah keluar hospital walau terpaksa bercuti kat rumah seminggu. Nasibla dia accident masa kitaorang dah penghujung semester. Terpaksa dia datang kelas bertongkat masa nak ambil exam.

Sebenarnya aku bersyukur sangat yang kereta yang accident hari tu bukan kereta Ayeem. Tu pun aku tengok berita kat tv. Pemandu dia pun perempuan. Dan aku harap Ayeem tak ada apa-apa dan baik-baik saja.

Aku masih begini. Syiffa dengan Syahmi dah tau pasal Ayeem tinggalkan aku. Mereka memang terkejut gila. Aku terpaksa jugak bagitau sebab Syahmi asyik tanya aku kenapa Ayeem tak datang kolej. Cuma aku tak bagitau kisah sebenar je kenapa Ayeem tinggalkan aku.

Dan berita yang aku dengar sebelum kolej bercuti, Ayeem dah berhenti kat kolej tu. Tak siapa tau berita tu datang dari mana. Aku ada jugak bertanya dengan pegawai kat Unit Pentadbiran, memang betul Ayeem dah berhenti belajar kat situ.

Aku dah tak tau nak cari dia kat mana lagi. Semua tempat yang aku pernah pergi dengan Ayeem dulu aku dah cari. Semua kawan-kawan sekolah dia dulu aku dah tanya tapi tak seorang pun tau kat mana Ayeem berada. Memang dia betul-betul tinggalkan aku sekarang dan aku mula menerima kenyataan tu walau hati terasa seksa menderita. Walau malam-malam aku asyik menangis kerana rindukan dia.










Tiga minggu selepas pemergian Ayeem..



Aku mengemas rumah pada pagi sabtu yang sunyi selepas sarapan. Esok mama dengan papa balik akan balik. Terpaksa la aku berkemas sebab rumah pun dah macam bersawang sebab lama tak berkemas. Yela, dah dekat tiga minggu aku hidup macam orang dah tak ada perasaan je. Makan bila lapar, tidur bila penat.

Aku pun dah tak berminat nak keluar dari rumah lagi. Tak macam dulu, ada masa lapang sikit mula la nak keluar rumah. Tak kisah pun walau dah pukul dua pagi. Mungkin kehilangan Ayeem buat aku semakin sedar, tak ada gunanya aku buat benda tu lagi.

Bilik aku dah siap berkemas. Tak ada la kena kemas banyak sangat pun sebab tak banyak sangat pun barang aku. Cuma master bedroom dengan bilik Ayeem je kena kemas lama sikit sebab bilik diaorang tu besar dari bilik aku.

Rasanya dah tiga minggu aku tak jenguk masuk bilik Ayeem. Bukan apa, aku tak sanggup nak masuk bilik dia sejak kejadian hari tu.

Pintu bilik yang tak berkunci tu aku tolak perlahan. Semuanya masih dalam keadaan tak berubah. Bau perfume yang biasa Ayeem guna pun terasa lagi baunya.

Seperti ternampak-nampak kelibat Ayeem tengah duduk kat meja study. Biasa dia suka buat kerja kat situ tak macam aku yang suka buat kerja atas katil.

Sliding door aku bukak sedikit supaya udara masuk. Aku melangkah kea rah almari pakaian berpintu enam yang berukir cantik tu. Bibir tanpa sedar mengukir senyum bila teringat kata-kata Ayeem dulu. Katanya bilik dia, dia nak upah interior designer sebab tak nak mama hias macam bilik aku. Aku yang hanya mendengar je hanya mampu mencebik. Yela, tau la banyak duit sampai nak upah juruhias bagai lagi.

Pintu almari tu aku bukak perlahan. Mata aku terpandang satu kemeja putih yang berjalur yang masih tersangkut kat situ. Memang Ayeem betul-betul tak nak ingatkan aku lagi agaknya. Sebab kemeja tu hadiah dari aku untuk birthday dia tahun lepas. Aku ingat lagi yang dia betul-betul suka dengan kemeja tu sampai asyik ulang-pakai je. Tapi kini baju tu dah ditinggalkan pemiliknya.

Aku meramas lembut baju tu dan bawa ke hidung. Air mata aku laju je membasahi pipi. Aku betul-betul rindukan dia. Tiga minggu tanpa dia di sisi buat aku dah jadi macam sasau walau aku cuba nampak kuat kat mata orang lain.

Aku berhenti sekejap kat meja study Ayeem. Buku-buku dia semua masih tersusun rapi cuma ada sedikit habuk je yang ada melapisi kulit buku tersebut. Aku duduk di kerusi sambil tangan menggapai frame gambar. Gambar aku yang tersenyum ceria sebab dapat hadiah blackberry dari papa. Gambar yang Ayeem curi dari kamera aku.

Buku hardcover kaler maroon tu aku tarik dengan tangan. Entah kenapa rasa macam tergerak hati je nak bukak buku tu. Bila buku tu aku bukak, sekeping gambar terjatuh ke atas meja.

Gambar kitaorang yang masih berpakaian sekolah. Aku ingat lagi gambar ni diambil dengan kamera bestfriend aku tapi hilang dari simpanan aku. Puas aku cari tapi tak jumpa. Tak sangka pulak Ayeem yang ambil gambar ni.

Aku merenung lama gambar kat tangan aku tu. Ayeem tersenyum sambil memeluk bahu aku. Ah, kenangan lama memang indah. Air mata aku mengalir lagi.

Aku membalikkan gambar tu. Ada sedikit ayat yang tertulis menarik perhatian aku.

~ Qashrryna, I Love You So Much~

Villa Putra,

Lot 6431, Taman Seroja Dua,

23xxx Citrus Vallley.

Eh alamat apa pulak yang ada kat belakang gambar ni? Rasanya aku tak pernah tengok pun alamat ni.



p/s : sorry lmbt upload..cz penat sgt semalam..bace nk komen yer :D

19 comments:

SyahirahSaity said...

woahh ! syukur tak jadi apa2,,alamat tu apakah ayeem ke sana ? ;O suspen suspen,,

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : syukurlah..hehe..alamat tu? maybe :)

si.tudung.ungu said...

pergi! mnelah thu Ayeem ad kt stu.. hehe ;p

tp skali umah berhantu~ lntang pukang berlari... haha XD

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Mesti ayeem ada kat sana tu! hehee ;D

zura asyfar addy rifqhiey said...

kiwi : haha..tetiba gelak bc ur komen tu..dr cite sedih jd citer seram plak :P

~ mmg qash kene pergi kar situ :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : ada kot..Qash tak sgup kene tgal lame2 :(

SyahirahSaity said...

woah tak sangka komen yang no 1 tadi,, xDD ermm suspen betoi laaaa ! haishh ! tak sabau nak n3 baru,,

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : hehe..tahniah..td post pn mase org tak on9..kalo tak line slow je...

~ suspen lg ker?
~ sbr2 yer :D

SyahirahSaity said...

ha'ah ! masih suspen,, biasa laa cerita sis kan selalu penuh dengan kesuspenan,, :D apa2 pun baru syok,, ada feel gitu,,tak la bila baca rasa bosan kan,,

Anor said...

agaknya alamat yg tertulis dibelakang gambar
itu mungkin ayeem ada kat situ tak? cepatlah
qash pergi pujuk ayeem nanti lama-lama lagi
susah. cepatlah sambung ye...seronok sentiasa
ada n3 baru.

liyana said...

hishhh..mane ayeem ni?
kak :: smbung2..

tiekqa fhea said...

nasib je bukan ayeem. suspen je. carik ayeem qash! tu je hope yg tggal..

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : tu komen ke pujian? hehe..

~ sis hrp semua readers tak bosan bc cerita ni :)

anor : maybe kot..next entry tau la apa yg ada ngn alamat tu (zura sendiri plak yg excited nk taip)..hehe..

~ kalo boleh nk upload hr2 je entry baru :D

liyana : ayeem ada..tguu :)

tieqafhea : hehe, saje wat suspen sket :)

~ next epi qash cr ayeem tu :)

SyahirahSaity said...

dua2,, :)

Acik Lana said...

carik ayeem plissss..hihi.emo.emo

zura asyfar addy rifqhiey said...

miss syasya : thankss :D

acik : hehe..tgh mencari la ni :)

S. said...

Oh my!! Please la...Qash, g la kat address 2!!sure ada nye ayeem kat c2!!

amira aihara said...

wahh almt apa 2...curious...

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin :next epi qash pergi c 2..tp tak tau jmpe ayeem ke tak? :D

amira : hehe..tgu next epi yer :)