:: My gangS :: TQVM

Tuesday, February 28, 2012

SPECIAL ENTRY SSiD 5 (2nd last)


Assalamualaikum dan selamat pagi...2nd last teaser :)



“MASUKLAH SYAF, apa lagi yang tercegat kat situ.” Tegur Datin Farizah yang memerhatikan dirinya yang hanya kaku tidak bergerak di depan muka pintu. Dia bukan sengaja untuk tidak masuk tetapi apabila terpandangkan wajah Farish yang merenungnya tajam dari sofa itu sedikit meresahkannya. Tangannya mula berpeluh-peluh.

“Ha, yelah ma.” Balasnya lambat-lambat dan laju sahaja kakinya membontoti tubuh Datin Farizah ke ruang dapur. Seraya itu langkahannya terhenti apabila melihat Firash yang baru saja turun dari tangga. Mereka berdua berpapasan seketika tanpa sebarang suara.

Firash yang baru saja turun dari tingkat atas memerhati lama pada wajah Syaf. Serentak itu ekor matanya menangkap pandangan Farish dari ruang tamu. Namun dia cuba membuat selamba dan mengekori Syaf yang sudah ke dapur. Sengaja dia berbuat begitu untuk menyakiti hati Farish.

“Tolong hidangkan ni ke depan.” Pinta Datin Farizah pada Syaf yang berada tidak jauh darinya. Gadis itu akur sahaja tanpa suara. Namun minda Datin Farizah sedikit pelik apabila terpandangkan Firash yang berdiri hampir rapat dengan Syaf. Apa hal dengan budak ni? Hari tu cakap tak suka. Ni duduk bukan main rapat lagi?

“Yang kamu ni kenapa asyik mengendeng kat Syaf? Ingat sikit yang kamu berdua tak halal lagi.” Sindiran Datin Farizah membuatkan Firash sedikit tersengih. Dia menjarakkan diri sedikit daripada Syaf.

“Firash dahagalah ma. Nak minum air.” Balas Firash lalu sengaja mengambil gelas yang berisi air sirap bandung dari dulang yang tengah dibawa oleh Syaf ke ruang tamu. Datin Farizah sedikit menggelengkan kepala. Macam-macam hal!


SYAF TERASA gerak gerinya itu diperhatikan tajam oleh Farish yang berada di ruang tamu. Namun dia cuba untuk menyabarkan hatinya dan cuba untuk beriak selamba. Di kala itulah Firash tiba-tiba sahaja mengambil tempat di sebelahnya. Dia terpempan. Apa hal pulak dengan dia ni?

“Tolong sendukkan nasi.” Perlahan sahaja Firash mengarahnya. Syaf mengangkat muka memandang Firash. Lelaki itu menuding jari ke arah pinggan yang kosong. Melihatkan Farish yang masih merenungnya dari jauh, Syaf akur. Disendukkan nasi yang berada di dalam mangkuk besar itu ke dalam pinggan Firash.

“Farish, apa lagi yang tercongok kat situ. Jom lah makan sekali.” Tegur Datin Farizah pada Farish. Farish bangun dan menuju ke meja makan. Syaf yang melihat kelibat Farish menuju ke meja makan sedikit cuba menjauhkan diri namun terasa lengannya ditarik. Dia hampir membulatkan mata kerana terkejut.

“Kau duduk sebelah aku.” Bisik Firash sedikit perlahan. Namun telinga Syaf mendengarnya dengan jelas. Memandang lengannya yang masih dipegang oleh Firash. Dia terpaksa duduk di sebelah lelaki itu. Dia tidak mahu jika lelaki itu membuat bukan-bukan.

“Ehem.” Datin Farizah berdeham. Serta merta Firash melepaskan pegangan di lengan Syaf. Dia tersengih memandang mamanya yang menjeling tajam.

“Dah, baca doa makan.” Arah Datin Farizah apabila masing-masing sudah berada di meja makan. Firash menadah tangan dan mula membaca doa.

“Nak ayam tu.” Pinta Firash pada Syaf di sisinya. Syaf baru saja hendak menyuap nasi ke mulut namun langkahnya itu terhenti. Apabila perasan tiga pasang mata memandangnya, cepat-cepat dia menyendukkan lauk ayam masak merah ke dalam pinggan Firash.



THANKS SAYANG.” Bisik Firash perlahan. Syaf hampir saja tersedak apabila mendengar Firash memanggilnya dengan panggilan itu. Dia menoleh ke arah Firash dan lelaki itu sedang mengenyitkan mata memandangnya. Apabila dia memandang ke hadapan, riak wajah Farish sedang tajam memandangnya. Nasi yang sedang ditelan dirasakan berpasir. Dia tahu yang lelaki itu kurang senang dengan tindakan Firash sebentar tadi. Dan dia tahu yang Firash sengaja buat begitu di depan Farish.

“Nak air.” Firash menuding ke arah air bandung yang sudah siap dituang dalam gelas. Cuma belum diagihkan saja. Syaf menggigit bibir. Macam lah jauh sangat air tu dengan dia namun dia tetap mengambil gelas minuman itu dan diletakkan di sebelah pinggan nasi Firash. Firash hanya tersengih dan meneruskan suapan. Datin Farizah hanya menggeleng kepala. Bukannya dia tidak nampak kelakuan Firash tadi yang agak mengada-ngada. Namun dia tak nak lah menegur kerana itu janji dia pada Firash. Jika mahu dia berkahwin dengan Syaf, Datin Farizah tidak boleh mempersoalkan tindakannya lagi.

Suasana hanya sepi di meja makan itu kecuali sekali sekala bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Farish menghabiskan suapan terakhir. Walaupun masakan mamanya itu adalah antara masakan kegemarannya namun dia sudah tidak berselera untuk menambah. Gelagat Firash yang sengaja hendak bermanja di meja makan itu sudah cukup untuk mematikan seleranya. Dia bangun dan mengangkat pinggan menuju ke dapur.

“Dah kenyang ke?” Soal Datin Farizah apabila melihat anak sulungnya itu sudah menuju ke dapur.

“Dah.” Balas Farish sepatah tanpa berpaling. Selepas meletakkan pinggan di singki. Dia menuang air masak dan meneguknya dengan rakus. Diperhatikan gelagat Firash dari arah belakang. Dia merengus geram dan meletakkan gelas itu di singki lalu menuju ke biliknya di tingkat atas. Hatinya betul-betul sakit apabila terpandang adegan itu betul-betul di depan matanya.


p/s : ingt nk letak semalam tp gastrik pulak datang n ttdo ..so letak awal2 pagi ni...ni 2nd last teaser...then ade satu lg n lepas tu korang tgu buku lah yer..hehe..

**** lupe nk cakap...ni intro2 awal sebelum bab masuk p2u..korang jangan keliru okay...dh susun kt bawah kaver SSiD tu sebelah kanan..hope enjoy :D

4 comments:

Anor said...

bila novel ni nk keluar dipasaran?
Lama lagike nk kena tunggu?

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Anor


tak lama dah..dalam dua minggu lebih je lagi :)

Yong said...

huhuhu rasa kesian plk kat farish, dia baik. firash tak menyesal ke mengecewakan abg dia. sempat ke dia mtk maaf sebelum farish meninggal? nak buku,nak buku...hehe

Unknown said...

nasib baik beritahu kalau tak dah pening dah tadi.