:: My gangS :: TQVM

Saturday, October 29, 2011

Rindukan Syaf n Firash? Jom bace sket pasal SSiD ni :)


MALAM ini ada perlawanan bola antara Manchester City dengan Liverpool. Firash awal-awal lagi bersiap sedia dengan jajan serta pelbagai jenis kacang yang penuh di atas meja kopi itu. Skrin tv yang terpapar sedang menayangkan senarai pemain. Menyedari yang dia terlupa untuk mengambil minuman, dia memanjangkan leher ke arah bilik Syaf. “Syaf, tolong ambil air 100 plus tadi kejap dalam freeze!” Laungnya sedikit kuat lalu kembali memaku pandang ke arah skrin tv. Sudah menjadi hobinya yang terbaru menyuruh gadis itu mengambil air atau apa-apa saja jika dia sudah melepak di ruang tamu. Lagipun buat apa kalau ada isteri nak mintak tolong sikit tak boleh kan? Dia tersenyum sendiri mengingatkan hal itu.

Namun setelah hampir satu minit berlalu, panggilannya itu tidak bersahut. Dia yang tidak berpuas hati lantas bangun menuju ke arah bilik Syaf yang tertutup itu. Pintu dibuka perlahan. Gelap dan kosong menyapa matanya. Hampir-hampir dia terduduk di situ bila mengingatkan yang Syaf sudah pergi meninggalkannya. Dia menutup pintu bilik itu dan bersandar lemah. Matanya dipejamkan. Ya Allah, aku rindu sangat kat dia! Rintih hatinya meluah perasaan.

Dia masih ingat lagi yang gadis itu akan merungut-rungut jika disuruh untuk mengambil air jika mereka sama-sama sudah berlingkar di depan tv. Kenangan itu semakin hari semakin kuat menghantui dirinya. Sehinggakan dia seolah-olah langsung tidak dapat menerima akan pemergian gadis itu dari hidupnya.

“Syaf, ambil air kejap. Malas nak pergi dapur.” Firash menyuruh gadis itu yang sedang menaip sesuatu di laptop tidak jauh darinya. Syaf yang tengah sedang elok menyiapkan kerja yang tertangguh itu berpaling. Dia merenung sekilas ke arah Firash yang sedang duduk bersandar mengunyah kacang tanah. Apa?! Suruh aku ambil air untuk dia? Ingatkan aku ni orang gaji dia ke apa? Rungut Syaf dalam hati. Ni tak ada kerja lain lah ni, nak buli aku lah tu!

“Ambil sendiri lah. Aku banyak kerja ni.” Balas Syaf sambil menyambung menaip di laptop. Kerja yang menimbun itu lagi pentinglah dari permintaan lelaki itu yang tak relevan tu. Dia tu bukannya ada banyak kerja pun. Sempat lagi nak suruh aku buat itu ini! Bebel Syaf dalam hati.

Firash menjongketkan keningnya. Oh sengaja lah tu malas nak ambil. Mana boleh macam tu. Kalau aku pergi ambil air kat dapur mesti tertinggal bola tu. Rumah ni pulak kan ada Astro biasa saja bukannya Astro Beyond yang boleh undur-rakam kembali. Otaknya ligat memikir tindakan apa yang patut dibuatnya pada gadis itu. Seketika kemudian, bibirnya tersenyum lebar. Dengan perlahan dia melangkah ke arah Syaf yang masih lagi khusyuk di depan laptop. Gadis itu langsung tidak menyedari kelibatnya yang sudah hampir.

“Opocot mak kau!” Latah Syaf apabila terasa pinggangnya tiba-tiba dirangkul dari belakang. Hampir saja fail yang sedang ditaipnya ditekan dengan butang undo. Firash tersengih lebar sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya di pipi. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Syaf.

“Jom masuk bilik.” Bisik Firash perlahan di telinga gadis itu. Syaf hampir membulatkan matanya kerana terkejut. Dadanya terasa sesak dengan suara menggoda Firash itu. Dia cuba untuk bertenang. Lelaki ni memang sengaja tau!

“Err...Kau kan nak tengok bola tadi. Ha, tu dah nak mula pun.” Syaf cuba mengelak. Kedudukan Firash yang agak rapat dengan tubuhnya itu terasa sedikit tidak selesa. Ya, dia tahu yang kadang kala dia sudah agak terbiasa dengan keadaan itu. Namun jantungnya masih lagi tidak berdegup dengan normal kala Firash membuat begini. Dan keadaannya seperti sekarang. Terasa mula berpeluh-peluh walaupun kipas terpasang laju di atas kepala.

“Tak nak. Aku dah malas nak tengok. Aku nak tengok kau aje sekarang.” Sambung Firash lagi lalu mengucup perlahan pipi gebu gadis itu. Syaf terpempan dengan tindakan Firash itu. Dia menelan liur. Tangannya mula terasa sejuk. Rasa sesak nafas pun ada jugak ni!

“Firash please...Aku ada kerja ni yang nak buat. Kang tak sempat nak submit esok.” Suara Syaf mula merayu-rayu tatkala bibir Firash sudah mula turun ke bahagian lehernya. Rasa geli mula terasa di saat bibir lelaki itu sudah melekap di situ.

“Firash, janganlah.” Rayu Syaf lagi. Terasa ingin menangis saja bila diperlakukan sebegitu oleh lelaki itu. Firash tersenyum lebar bila mendengar rayuan gadis itu. Tahu pun takut! Bisiknya dalam hati sebelum melepaskan rangkulannya. Syaf sedikit menjauh. Tidak sanggup lagi berhadapan dengan lelaki itu. Ngeri!






p/s : sebab writer ni gila bola..jd ade gak part bola lam citer ni sket2...enjoy ;)

11 comments:

Arin Arida said...

FIRASH. ouhh..nakalnyaaa....:D
ksian syaf..
hehe..

p/s: pssstt..sy pun suka bola jugak:D
*info tak penting-abaikan saje:p*

hehe, sambung..sambung..

Uwais Al-Qarni said...

wait !! wait !!
apasal firash ckp dia xdpt terima yg syaf da pegi dr hidup dia?!!
syaf pegi mane?!!
kak zura..npe ni..adoyai ..

blinkalltheday said...

ouchh!!firash sooo notti ea..sian kt syaf!!bile syaf plk nak jd notti??

apa YANG ku rasa said...

firash pegi mana???

Nik Ainaa said...

syaf pergi mana ? kenapa firash ckp syaf dh tingglknnya ?

Hayisa Neerza said...

sis nape firash cakap dia rindu syaf??? sis x kesia kat kitorang ke? jgn seksa kitorang canie...semakin membuak-buak nk bc SSID nieh hehehe

xxx ooo said...

alamak..hott la couple ni..hahahha

Yong said...

kenapa kena tinggal? ha ni mesti mangkuk tu wat perangai bebudak dia lagi kan? kan? huh padan muka kena tinggal.hahaha. er ni next episode ke?

Nurfazzy said...

huaggghhh...mana syaf pegi..?

zura asyfar addy rifqhiey said...

Arin arida: hehe..kesian dia asek kena buli...

p/s:hehe...ade genglah ;D

syahirah: yg ni bab tengah..takde pblish kt mane2 keculi kt my grup kt fb n blof..tu pun skit jer..syaf pergi sbb silap firash (konflik bermula)...


B.A.T : hehe...syaf cooljetaknotty..firash je yg cm tu..hehe;P

apa yang ku rasa :firash tak ke mana...syaf je yg pergi:)

nik aina : syaf pergi tgalkn firash (konflik bermula)..

hayisa : rindu sbb syaf takde..bwk bersabar yer..hehe :D

yong : yup..true....ni bab tgh kut(konflik bermula)..

nurfazila : syaf pergi tgalkan firash (konflik bermula)..

Afifah Yusof said...

what happen?
kenapa Syaf tinggalkan Firash?
kak zura buat suspenlah..
nak baca lagi.. ^_^