:: My gangS :: TQVM

Sunday, October 3, 2010

Bab 4 Why Me?

Yatie asyik tersenyum-senyum je malam tu. Taula petang tadi pergi jumpa Fadzrul. aku jugak yang keseorangan. Tu pun pergi lepak kat taman sebab boring sangat tak ada nak buat apa.

“nah, ni info pasal si Andriand tu” Yatie hulur A4 paper kat aku.

“whoa, kau pegi buat karangan pasal Andriand ke petang tadi?”

“banyak la kau punya karangan, kitaorang pegi bincang pasal proposal project kitaorang la”

“yela tu pegi bincang, padahal korang pegi date sekali kan?”

“ala, sambil menyelam minum airla” Yatie dah tersengih-sengih kat aku.

“apsal la aku ada member yang gatal merenyam ni”

“suka-suka hati je kau aku gatal merenyam, pergi makan je la tadi”

“ok. Ok. Malas nak layan kau”

“kau ni sket tak ucap terima kasih kat aku pasal info si Andriand tu”

“ ok. Terima kasih banyak-banyak cik Yatie. Nanti aku belanja kau makan, hehe”

“ni yang wat aku sayang kat kau lebih ni”

“tarahal la, small matter je”

Ni info yang aku dapat dari Si Yatie tadi.

Nama Andriand Hafiqiy al-Fiqran Bin Dato’ Ahmad Hafizz. Umur 21 tahun. Still belajar kat uni and amik course Diploma in Civil Engineering. Sekarang dah tahun akhir kat uni. Start keje ngan company papa ; Engineus Holding sebagai Draftman and Assistant Engineer. Sekarang ni tinggal sendiri kat Taman Impian coz senang nak gi uni. Ade kereta Mitsubishi Evo 10 tapi tak guna coz gi uni ngan motor je. Ade sorang kakak yang tinggal kat Australia coz keje kat sana. Anak harapan papa dia untuk take-over company bila dah habis study nanti.

“ eh, dia ni anak Dato’ ke? Nape aku tak tau pun”

“nak tau camane, kau tu bukannya layan orang sangat”

“hehe, entahla aku tak minat nak jaga tepi kain orang ni”
Aku jawab macam tu kat Yatie. Dah memang aku tak minat nak ambil tahu hal orang, padan sangat la dengan budak kelas sendiri pun tak tau.

“kau ni memang la, dia tu hot guy ape kat fakulti kite ni. Ramai jugak girls yang minat dia. Top student jugak tu tapi low profile coz dia tu jenis tak layan girls. Same la cam kau"

“ eh kau ni, suka hati je same kan aku ngan dia”

“memang betul pun”

“yela-yela, kau je yang betul”

Macam mane la aku nak buat final project dengan dia nanti. Bercakap pun tak pernah dengan dia. Ni kan nak duduk berbincang sama-sama.

“no fon dia tak bagi ke?”

“takde pulak, aku pun tak ingat nak mintak ngan Fadzrul tadi. Japla aku text kat Fadzrul”

Yatie pun duk tekan-tekan handset dia.

“Fadzrul cakap Andriand nak jumpe kau nanti lepas habis lab esok”

“ok la kalau cam tu”

Lab petang tu habis awal sebab semua lecturer ada meeting. So kitaorang sekelas memang happy giler. Yela, ingat best ke dudukk dalam lab lama-lama. Dengan kena pakai jaket lagi, air-cond dah la tak ada, panas gila macam kena kukus je.

“aku balik dulu la Zoey, nak qada tido semalam la”

“ok, ape-ape hal nanti aku call kau”

“ok jugak tu, mana la tau si Andriand tu nak buat ape-ape kat kau” Yatie dah start gelak-gelak kat aku.

“tak baik kau doakan aku macam tu la weyh”

“kau ni chill la, aku gurau je tadi. Nanti kalau si Andriand tu nak wat ape-ape kau backhand je, kau kan pandai silat”

“a’ah la. Lupa pulak aku”

“ok, ciao dulu”

Yatie pun terus balik kat rumah sewa kitaorang. Tinggal la aku sorang-sorang kat sini. Manela mamat ni, kata nak jumpa lepas habis lab. Ni dah dekat 10 minit dah. Dah balik ke?

“err..lame tunggu”

Aku yang tengah duduk berangan dekat tepi lab tu nasib tak terjatuh sebab terkejut. Ape punya orang la, bagi la salam dulu kot ye pun.

“waalaikummussalam” aku saje je perli dia. Nampak muka dia macam nak merah je. Bengang la tu.

“sorry, dah biase”

“huh”.

Dah biase? Spesies dari mane ni tak pandai bagi salam. Macam orang takde agamanya. Hishh, mintak simpang jauh-jauh.

so, U dah decide nak buat project ni pasal ape?”.

Dia tanya aku. Serius je bunyi. Rasanya ni baru first time aku dengar suara dia. Kalau tak, bisu je memanjang. Alang-alang jumpa ni, boleh tengok dekat sikit muka dia. Hmmm, ok not bad la macam si Yatie cakap. Good looking, tinggi, cerahla jugak dan mata dia tajam je kalau renung lama-lama.

“dah habis scan?”

“ha?”

Alamak, macam mana la aku boleh duduk renung anak teruna orang lama-lama ni. Buat malu je kantoi terang-terangan. Cool babe.

“u tanye ape tadi?”

“i tanye , U dah decide nak wat kite pasal ape?” Sekali lagi dia aulang soalan.

“tak lagi..err...Tapi dah start survey-survey sket-sket”

Fuhh, tersekat-sekat pulak nak cakap dengan dia ni. Jantung pulak laju je berdegup, macam baru lepas marathon je. Aura apa mamat ni pakai sampai jantung aku wat hal macam ni. Nak cakap macam biasa pun macam dah susah, biasa ok je kalau cakap dengan siapa-siapa. Hishh, konfius pulak aku.

so nanti dah decide bagitau la”

“i takde your fon number, camne nak contact?”

“Tak payah pakai fon number bagai, panggil je kalau terserempak lam kelas”

“ha?”

Aku dah start kerut kening. Gila ape, takkan tak ada handset mamat ni, kate anak dato’. Pelik aku.

“i tak suke orang duk cal or text I, wat semak je. Lagipun I banyak lagi kerja lain yang nak buat”
“oh, ok”

Macam tu dia punya reason. Ni first time aku jumpe orang macam ni. Betul ke dia ni orang dari planet ni? Aduh, masalah betul. Patutla ramai yang tak kawan dengan dia. Aura sejuk je memanjang. Baik aku balik cepat, buat sakit kepala je jumpa dia ni lama-lama

“k la, got to go, banyak lagi kerja yang nak buat, Assalamualaikum”

Cepat-cepat aku pergi dari situ. Kalau macam ni la punya perangai, aku tak tau la macam mana dengan project kitaorang nanti. Jalan ke tak, tak tau la. Apasal malang nasib aku dapat partner macam ni. Malam tu aku rasa macam nak demam je fikir masalah ni. Masalah Qiqi pun aku dah tak ingat nak fikir sebab banyak sangat duk fikir pasal project ni. Memang betul-betul bala.

5 comments:

Anonymous said...

syok gak,,jln citenye..
maybe sal andriand tinggi kot..hehehe

zura asyfar said...

anoy : hramai sekarang org suke lelaki tinggi2 cm pelakon korea tp tau2 je la rate tgi lelaki m'sia cm ne..btw-first novel ni cm bnyk je tak kene..neway tq cz sudi bace :)

RinsyaRyc said...

betultu... rate tinggi 160 ke smpai 170 je.. hahaha.. adek rin 182 sbb ambek genetic bapak org cina.. tpi rin pendek sbb ikot genetik mak.. >_<

bestla kak zura.. gaya bahasa kak zura guna mcm dekat aje dngan sya..

zura asyfar said...

@RinsyaRyc

hehe...tau takpe...tapi ade gak spesis tgi terlajak..tp ikut fmily sis..yg gurl semua cecah 160-170....so kire tgi gaklah..hehe..

~ gaya bahasa POV 1 mmg cm ni kut...cepat dkt ngn readers ;)

Miezan :) said...

Curious jugak nak tahu Zoey ni dengan siapa nanti.. Dgn Qiqi ke dengan Andriand.. over all memang best laa! tak sabar nak tunggu dibukukan. :D