:: My gangS :: TQVM

Monday, January 17, 2011

My Little Shark - 6

:: Episode 6 : Birthday Party? ::




******************************************




“Qash, sarapan dulu” Papa tegur aku.

Aku yang baru je turun dari tangga tu terhenti. Aku pandang mama yang tengah jeling aku. Tengok Triple S dah tercongok kat meja makan. Agak-agak nak join tak diaorang ni?

“hmm, okla” Aku jawab.

Terus ambil tempat duduk sebelah Triple S. Dia yang tengah menyudu bihun goreng ke mulut tu pusing muka kat aku. Maybe terkejut kot sebab duduk sebelah dia. Biasa aku lagi rela duduk sebelah papa. Aku senyum je kat papa.

Piring yang tersedia atas meja makan aku angkat. Baru je nak angkat senduk nak cedok bihun, ada tangan yang terlebih dahulu menyambar senduk tu. Aku terkejut. Triple S. Nak cari gaduh ke pagi-pagi ni? Aku tengok je dia dengan pandangan tak puas hati.

“nak banyak ke sket?” Triple S tanya aku.

Aku terkejut. Ni apa kes pulak yang tiba-tiba jadi baik hati tolong sendukkan bihun ni? Ada motif tersembunyi ke? Aku buat muka pelik. Tapi start dari ‘kejadian malam’ tu, dia macam nak berbaik je dengan aku. Huh, konon-konon tunjuk aura suami mithali la tu. Aku cebik bibir.

“err..” Tak terjawab pulak aku.

“kena makan banyak sket, baru ade tenaga nak belajar” Katanya lagi sambil senyum.

Hek eleh, buat apa tanya kalau dia sendiri yang jawab. Dia letakkan dua senduk bihun dalam piring aku. Aku bulatkan mata, banyak sangat ni. Nak sound kan, nanti papa sound aku pulak. Nak tak nak, redha je la. Ala, kalau tak habis nanti tinggal je la. Bukan kena marah pun kalau tak habis makan.

“yelah” Aku malas nak bergaduh pagi-pagi macam ni. Buat spoil mood nak pergi kolej je.

Aku jeling dia dengan ekor mata. Memang boleh menang award pelakon terbaik la tahun ni. Papa pulak senyum-senyum and buat-buat baca paper kat tangan. Semua dah jadi pelakon dalam rumah ni, bagus la tu. Tapi elok jugak hari ni ada maid tolong layan aku segala. Aku sengih dalam hati.

“kelas kul brape?” Papa tanya.

“kul 9, macam biase la pa” Aku jawab sambil kunyah bihun.

Tak sempat aku nak ambil mug yang ada Milo panas tu kat tengah meja, Triple S dah tolong hulurkan. Hmm, dah terlebih baik la pulak dia ni. Curious pulak aku, milo panas aku hirup seteguk.

Sebenarnya, semua orang kat dalam rumah ni minum kopi. Aku je yang tak boleh minum or makan benda-benda yang ada bahan berasaskan kopi, tak kira la cappuccino ke, expresso ke, latte ke, memang tak boleh. Kalau nescaffe lagi la kena jauh. Memang akan kena gastrik la kalau minum jugak. So, terpaksa jugak la minum minuman kanak-kanak tuh!

“saya dah bank-in tau duit awak” Triple S tiba-tiba bisik kat telinga aku.

Aku yang tengah kunyah bihun tu hampir tersedak. Cepat-cepat aku hirup milo dalam mug. Lega. Apasal la aku boleh lupa pulak hari ni dah dua haribulan? Tu la Qash, banyak sangat fikir benda lain. Tapi ok jugakla, nanti boleh shopping lepas habis kelas. Aku senyum tiba-tiba.

thanks” Tu je aku jawab.

“jangan nak shopping bukan-bukan pulak” Mama dah awal-awal warning sambil jeling.

Aik mama ni boleh dengar jugak ke? Betul-betul ada sixth sense ni. Tapi aku buat dunno je warning ma a tu. Ala, setakat warning je, tak ada apa la. Lagipun aku guna duit Triple S bukannya duit mama pun.

Lepas siap makan, aku angkat piring dengan mug masuk dapur. Kalau buat-buat malas kan, mama membebel pulak, so kena la merajinkan diri yang memang sedia 'rajin' ni. Tapi aku perasan Triple S mengekor je aku dari belakang. Apa kes dia hari ni? Macam ada nak something dari aku je. Aku pusing belakang pandang dia.

“yang kau ikut aku ni kenape?” Aku tanya dia. Dia senyum je.

“teman saya hari ni?” Dia dah berdiri depan dengan aku. Elok la tu soalan dibalas soalan. Fail apa BM masa SPM?

Aku pandang dia lama. Baru aku perasan hari ni dia dah potong rambut. Stylo jugak la nampak mamat ni. Biasa potong macam biasa je. Maybe trend terbaru tahun 2011 kot. Panjang jurai-jurai sampai tutup dahi. Nasib tak highlight je kat depan, kalau tak memang sebijik macam pelakon Korea. Hish, apa aku merepek ni? Siap describe satu persatu pasal dia? Biasa langsung tak layan walau muka dia ada naik jerawat pun.

“awak” Triple S panggil aku. Terus stop aku punya berangan. Ek?

“haa..err..for what?” Aku tanya dia balik.

Entah pasal apa la pulak nak suruh aku teman dia. Selama ni nak pergi mana-mana pun tak ada pulak mintak aku temankan? Kawan-kawan dia semua ambil MC ke apa?

birthday party” Katanya lagi.

Ek? Birthday party siapa pulak ni siap ajak-ajak aku segala. Bukannya aku kenal pun kawan-kawan dia tu. Takkan la birthday si Syahmi pulak? Bukannya dia punya birthday akhir tahun? Ni baru je masuk awal tahun.

“hmmm..Tak nak” Aku jawab selepas berfikir lima saat.

“ikut je la” Dia jawab dengan suara yang sedikit naik.

Aku tersentak dan pandang tepat mata dia. Apa kes ni siap tinggi-tinggi suara dengan aku pulak?

“kau jangan paksa-paksa aku boleh tak? Aku tak suka. Dahla, aku nak pergi kelas ni”

Aku balas sambil keluar dari dapur. Sengal betul, nasib je tak jadi sesi maki hamun kat dapur. Aku ni paling tak suka orang paksa-paksa aku. Ni dah siap arah-arah aku pulak. Kan tak pasal-pasal dah kena sound tadi. Aku berjalan laju ke luar dari rumah.




“Qash”

“hmmm?” Aku pusing tengok Syiffa. Dia tengah balas mesej dengan siapa entah.

“aku dapat invitation birthday party” Syiffa cakap lagi.

Masa tu kitaorang dah habis kelas. Dalam perjalanan nak pergi tempat parking kereta.

so?” Malas aku jawab.

Actually aku dah rasa penat gila ni. Kelas full sampai pukul lima tanpa henti kecuali break time tengah hari je tadi sekejap. Ni baru je habis. Tapi kalau bab shopping terus hilang penat kan Qash? Aku sengih dalam hati.

“jomla teman aku pergi” Syiffa dah tarik tangan aku.

Adoyai Syiffa ni, aku baru je plan nak pergi shopping, dia ajak pergi birthday party pulak. Minah ni la, spoil plan betul. Tapi kalau tak pergi, minah ni merajuk pulak. Adeh, nasibla kawan dengan anak manja macam ni!

“yelah-yelah. Tapi aku tak prepare hadiahla” Aku masuk kat tempat seat penumpang.

"takpe, kau temankan aku je" Jawab Syiffa.

"okla" Jawab aku.

Syiffa dah tengok pelik kat aku. Aku buat muka selamba.

“tak drive?” Soalnya.

“kau la drive. Kau kan yang ajak aku pergi birthday party tu. Aku mana la tau kat mane” Aku jawab sambil pakai seatbelt.

“yelah-yelah” Syiffa gelengkan kepala. Aku gelak je.





“rumah sape ni?” Aku jengukkan kepala dari tingkap kereta.

Dalam setengah jam jugak la perjalanan dari kolej tadi. Nampak banyak je kereta mahal-mahal yang parking kat luar rumah banglo dua tingkat ni. Rasanya aku tak pernah datang sini walau macam pernah tengok je. Ala, biasa la design rumah banglo memang lebih kurang je.

“ada la. Jom ikut aku” Syiffa dah bukak pintu kereta.

Kitaorang terpaksa parking jauh sikit sebab kat area depan rumah ni dah penuh dengan kereta. Nasib la aku ada bawak baju spare, so tukar je la masa singgah kat stesen minyak tadi. Syiffa pun dah siap-sedia bawak baju tadi. Hampeh betul, tak bagitau aku awal-awal. Aku just pakai pink blouse paras peha dengan legging, ok la kot sebab tu je yang ada dalam bonet kereta. Pakaian yang aku spare time emergency.

Aku dengan Syiffa melangkah masuk ke halaman rumah. Memang ramai gila orang. Dari jauh dah dengar lagu-lagu dari PA System. Rata-rata diaorang punya dressing memang havoc gila. Macam private party pun ada jugak. Tiba-tiba je rasa segan sebab tak kenal pun tuan rumah ni. Rasa menyesal pulak sebab ikut je Syiffa ni.

“hey Qash” Sapa seseorang.

Aku berpaling. Syahmi, BFF Triple S ni. Tapi apa yang dia buat kat sini? Kawan kelas diaorang ke yang buat birthday party? Kalau macam tu, mesti Triple S ada jugak ni. Patutla pagi tadi beria-ia je ajak aku pergi birthday party.

“hey” Aku balas sambil senyum.

Syiffa dah tersengih-sengih tengok Syahmi. Aku tau la yang dia ni minat gila kat Syahmi. Yela, budak MPP ramaila yang ramai peminat termasukla Triple S. Huh, aku tak minat pun kat dia. Sengal je dia tu!

“sila-sila, diaorang tengah baberque tu. Self service ek, busy sket ni ”

Syahmi tunjuk kat beberapa orang lelaki yang tengah sibuk berbaberque kat hujung laman. Maybe budak-budak caterer kot sebab pakai uniform.

“hmm, ok la”

Aku angguk kepala dan duduk kat kerusi depan swimming pool. Best jugak kalau dapat duduk rumah mewah macam ni. Ada swimming pool lagi kat depan rumah. Tiap-tiap hari boleh berenang. Aku sengih dalam hati. Syiffa dah pun dah pergi cari minuman untuk kitaorang.

“nah” Syiffa hulur gelas berkaki tinggi kat aku.

birthday sape ni Syiff?” Aku sambut gelas terus teguk sedikit orange juice tu.

Syiffa ni dari tadi tak nak bagitau aku. Dahla Syahmi seorang je yang aku kenal kat sini. Rata-rata memang tak kenal langsung. Yang datang pun lebih kurang sebaya je dengan aku, tak pun tua dua tiga tahun je. Macam pelik je birthday party ni.

“nanti kau tau la” Syiffa sengih dan duduk kat kerusi sebelah aku.

“eee kau ni. Aku cam tak selesa la. Dahla tak kenal pun sape-sape kat sini” Aku jawab jujur lagi ikhlas.

chilla la babe. Wat cam biase je” Syiffa tiba-tiba bangun berdiri.

“eh nak kemana plak tu?” Aku tanya dia.

“lupe la nak ambik gift la. Aku pergi ambik jap k. Kau tu janganla menghilangkan diri plak”

“yelah-yelah. Kau tu jangan lelama plak kat kerea tu” Aku pun turut sama berdiri.

Syiffa dah keluar dari pagar. Aku pandang kiri-kanan kot-kot nampak orang yang aku kenal ke. Tapi konfem lagi sah memang tak kenal langsung. Ni yang rasa macam rusa masuk kampung ni. Rasa janggal je.

“pergi tambah air je la” Aku cakap kat diri sendiri dan menghala ke meja yang tersedia macam-macam makanan dan minuman tu.

“opps sorry-sorry” Tiba-tiba je dengar suara lelaki kat telinga aku.

Aku tengok blouse aku yang dah basah kat dada. Pandang je depan ,seorang lelaki yang berkemeja biru dengan slacks berdiri depan aku tengah pegang gelas yang dah tak ada air. Memangla tak ada, semua dah tumpah atas blouse aku. Nasibla tak banyak sangat. Tapi macam kenal je lelaki ni.

“Eham?” Terkeluar nama tu dari mulut aku.

“Qash, right? Sorry-sorry terlanggar U plak” Eham dah hulurkan handkerchief dia dari poket seluar.

“takpe-takpe. Sikit je ni”

Aku angguk kepala dan sambut handkerchief dia tu. Cuba kesat-kesat kesan orange juice yang kat blouse aku tapi tetap nampak jugak kesan dia. Tadi ingat sound je but tak jadi pulak sebab dah kenal. Lagipun peristiwa kat club dulu bukan salah dia pun. Aku yang salah, gatal pergi sana time-time macam tu.

actually birthday party sape ni?”

Aku tanya dia. Masa ni la nak tau birthday siapa. Dahla Syiffa tadi tak nak bagitau aku. Tu pun suruh aku tunggu je, lagi la buat aku curious je.

“U tak tau ke? Pelik. Ni birthday junior I masa kitorang kat ‘boarding school’ dulu. Orang panggil dia Sharqy” Eham senyum.

Hmm, Sharqy nama ‘owner’ birthday party ni. Pelik je nama dia tu. Macam nama playboy je.

“owh cam tu. Eh tak pe la, nak pergi toilet jap coz kesan ni tak nak hilangla” Aku tunjuk kat blouse aku.

“okey-okey. Nanti kite jumpe lagi ek” Eham larikan sedikit tubuh dia untuk bagi laluan kat aku.




Aku melangkah ke muka pintu depan banglo ni. Nampak makin ramai je orang yang datang. Tapi tak ada pulak orang-orang dewasa cuma kategori remaja macam aku je. Memang betul-betul private party la.

Aku masuk dalam rumah. Perggh, lawa gila rumah ni. Tak tau nak cakap macam mana, tapi kira macam rumah impian aku jugak la. Dahla banyak bertemakan glasses je. Memang owner rumah ni bercitarasa modern betul.

Aku menuju ke ruang tamu yang ada set hometheatre tu. Ada dalam lebih kurang enam ke tujuh orang perempuan yang baya-baya aku tengah bersembang sakan. Pakaian diorang memang taraf-taraf artis la. Sekali sekala mereka ketawa.

“err, toilet kat ne?” Aku beranikan diri tanya diaorang.

Masing-masing berpaling ke arah aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Aku telan liur. Takkanla aku ni nampak macam pelik sangat, tau la aku pakai baju biasa-biasa je.

“toilet ada kat atas. U naik tangga and pusing kiri” Salah seorang perempuan yang pakai tube dress kaler merah tu jawab.

“thanks”

Aku segera blah dari situ. Macam tak sanggup nak kena tenung lama-lama dengan diaorang. Ingat aku ni tak pakai baju ke apa?

Lepas sampai je atas, aku terus masuk toilet and bersihkan kesan orange juice tadi. Nasibla hilang, kalau tak malu jugak. Nampaknya handkerchief Eham ni kena bawak balik basuh dulu la sebelum pulangkan balik kat dia.

Tengah-tengah aku nak turun ke tangga tu, aku terdengar suara perempuan and lelaki tengah bercakap. Macam dekat je bunyinya. Aku pusing and tengok ada pintu bilik yang dekat dengan tangga tu terbuka sedikit. Apa kata kalau aku sekodeng sekejap? Aku sengih dalam hati.

Aku jenguk sikit kepala ke pintu yang sedikit terbuka tu. Kelihatan seorang perempuan yang memang kategori cun gila berambut brown paras bahu tengah berpeluk tubuh. Rasa macam tak sanggup je nak tengok pakaian evening dress dia tu. Bertali halus warna hitam dan terbelah sedikit kat dada. Agak-agak mesti lelaki tengah bercakap dengan dia ni ni jenis kuat iman kot. Dahla berdua-duaan je dalam bilik. Tapi aku tak nampak muka lelaki tu sebab dia belakangkan aku.

“U ni macam tak biasa je”

Perempuan tu pegang lengan lelaki tu. Kedudukan diaorang aku nampak macam rapat sangat, macam nak bercium pun ada.

“Erny, kita kan tengah party ni” Lelaki tu menjawab. Suara pun macam familiar je.

“ala U ni, dulu tak kisah pun lepak ngan I. Sekarang macam-macam alasan U bagi”

Ngee, gediknya perempuan ni. Gatal merenyam pun ada.Geli geleman aku tengok. Tapi kau tengok jugak kan Qash. Hehe, wayang free apa!

“Sharqy, U tak sayang I ke?”

Perempuan tu pegang pipi lelaki tu pulak. Sabar je la aku yang tengok perempuan ni. Rasa meremang je bulu roma. Tapi perempuan tu macam sebut nama Sharqy tadi. Dia ni kot ‘owner’ birthday party ni? Sama je dengan nama yang Eham bagitau aku tadi. Yang perempuan tu mesti girlfriend dia kot.

“Erny, that’s not what I meant. U jangan la wat perangai bebudak cam ni”

Lelaki tu menjawab lagi. Macam tengah pujuk perempuan tu je. Aku masih meneruskan ‘aktiviti skodeng’ ni tanpa rasa bersalah. Lagipun tak ada orang kat tingkat atas ni.

“U memang tak sayang I kan” Perempuan tu kata lagi.

Aku tengok muka perempuan tu dah masam mencuka. Memang kes merajuk la ni. Lepas tu tiba-tiba dia melangkah ke pintu. Alamak Qash, kau kena menyorok nanti kantoi pulak.

Cepat-cepat aku berpusing dan bersandar ke dinding. Perempuan tu terus turun ke tangga, nasib baik tak perasan aku kat sini. Fuhh selamat dowh. Aku urut dada.

Tiba-tiba blackberry kat tangan aku berbunyi. Disebabkan terkejut, terjatuh blackberry aku ke lantai. Haishh, masa ni la dia nak jatuh. Wrong timing betulla, mesti si Syiffa yang mesej ni.

Aku tunduk nak ambil blackberry atas lantai, tapi ada tangan yang dulu mencapai blackberry aku tu. Aku pun angkat kepala, nak tengok siapa yang baik hati tolong ambil blackberry aku yang jatuh tu.

“Qash?” Lelaki tu panggil nama aku.

Aku pandang lelaki bertuxedo yang bercakap dengan perempuan cun tu tadi tak berkelip. Rasa macam terhenti nafas aku sekejap.

“A-Ayeem” Terketar-ketar suara aku keluar.

14 comments:

aqilah said...

hahhaa.......rupa-rupanya suami sendiri!!!!!!!!!!!
apapun, i follow.....................

si.tudung.ungu said...

EH???

zura asyfar addy rifqhiey said...

aqilah : memang tak terjangka langsung dek Qash, skodeng suami sendiri...

kiwi : ehh?? maksudnye?

mady and yana said...

waaaa...
da jatuh chenta dgn my little shark..
cite nie best la..
tahniah writer ;D

zura asyfar addy rifqhiey said...

mady plus yana: thanksss cz jatuh cinta ngn cite ni..hepy ni :))

tiekqa fhea said...

waa.. bestnye!
qash tak jeles ke tgk prempuan 2 ngorat ayeem?

zura asyfar addy rifqhiey said...

qash tak tau..tu yang dia terkejut tu..

farAh manaf said...

bes...smbung2

zura asyfar addy rifqhiey said...

syfa : thanks..tengah gigih perah otak ni..hehe

Unknown said...

hahaha..kantoi dgn 'bini'...
apa pn...jom lyn....

zura asyfar addy rifqhiey said...

fatin aqilah : mmg kantoi pun, tu yang QAsh terkejut gila :)

Aqilah said...

wa...
best cter nie akak,..
nmpk cam suspens je pe yg akn jdk lps nie..
huhu..
cpt2 smbng akak ek...
huhuhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

thankss cz suke cite ni..yer..sis tgh ontheway ni nk smbung cz ramai sgt yg mintak..huhu..sbr yer semua..

Miezan :) said...

Niceeeee! <3