:: My gangS :: TQVM

Thursday, August 30, 2012

SSiD Raya! PArt- 2



PART - 2




“MA, Erran dengan Reeya mana?” Soal Firash ketika menuju ke ruang dapur. Harapan untuk bermanja dengan isteri tercinta tak dapat jadi berharap dapatlah menumpang bermanja dengan si kembar. Terintai-intai dia di dapur yang sudah pun sunyi. Hanya kelihatan Datin Farizah sahaja yang masih tercongok di situ. Tok Wan pun tak kelihatan. Apatah lagi bayangan si kembar. Rasanya semasa dia mengejar Syaf ke bilik tadi, ada lagi si kembar yang masih sakan bermain di situ. Dah tidur ke?


 Datin Farizah mendongak sedikit kepalanya. Namun tangan tetap ligat membungkus ketupat palas yang masih berbaki. “Tok Wan kamu dah bawak masuk bilik dia dah. Lagipun Erran tu dah mula nak mengamuk. Jadi Reeya pun ikut sekali lah. Mana boleh berpisah dengan abang dia.”
“Ohh kalau macam tu tak apa lah ma. Firash pun nak masuk tidur jugak lah ni. Mama tu jangan tidur lambat sangat,” balas Firash perlahan. Sedikit kecewa namun dia cuba menyedapkan hatinya. Takkanlah nak berkira pulak dengan Tok Wan yang sudah tua itu. Tambahan pula bukan senang mereka satu keluarga dapat pulang ke kampung. Masing-masing sudah sibuk dengan kerja sementelahan dia sudah pun tamat belajar dan kini sudah pun diarah untuk mengendalikan anak syarikat papanya.
 “Dah nak siap pun ni. Nanti mama masuk tidurlah. Nak tunggu papa kamu kejap. Tak balik-balik lagi ni pergi jumpa Pak Long Isman kamu tu sejak tadi.” Sambung Datin Farizah pula. Sejak tadi suaminya itu keluar untuk  berjumpa dengan abang iparnya itu. Katanya ada benda yang nak dibincangkan. Namun sampai sekarang pun tak balik-balik lagi.
“Yelah ma, Firash naik dulu. Gudnite.”
Kaki yang mula hendak melangkah keluar dari ruang dapur itu dihentikan apabila teringatkan sesuatu. Dia berpaling dan mula menghala ke kabinet dapur yang menempatkan pelbagai stok barangan kering.
Mug sederhana besar diambil dari rak dan satu tupperware bulat dicapai. Bibirnya mengukir senyum tawar. Cermat dan berhati-hati dia menyediakan susu suam itu. Walaupun Syaf masih merajuk, dia tetap memenuhi rutinnya yang satu itu. Tambahan pula sejak kebelakangan ini dia amat menitikberatkan akan kesihatan isterinya. Tidak mahu terjadi apa-apa yang membimbangkan setelah mendapat tahu yang Syaf sudah pun mengandung hampir tiga bulan.
Beberapa minit kemudian, satu mug susu suam telah tersedia. Dengan langkah perlahan-lahan, dia membawa mug itu menuju ke tingkat atas. Datin Farizah pula yang hanya memandang kelakuan Firash itu hanya tersenyum.



***



SYAF mengurut-ngurut kepalanya yang tiba-tiba saja terasa pening. Terpaksa bangkit seketika dari pembaringan dan menyandar ke kepala katil. Ni kenapa pulak yang tiba-tiba pening semacam pulak ni? Tadi okay je, bisik hatinya seraya memandang pintu bilik yang sudah tertutup rapat. Entah kenapa terasa sedikit kesal pula apabila menyuruh Firash tidur di luar. Konon nak bagi pengajaranlah sangat. Dan sekarang diri sendiri yang susah!
Setelah beberapa saat mengurut pelipis serta kepalanya, rasa pening itu seakan mencucuk-cucuk. Aku silap makan ke tadi? Soal Syaf cuba mengingatkan apa yang dimakannya sejak berbuka puasa Maghrib tadi. Rasanya tak logik kalau morning sickness sebab sejak dua bulan lepas, apabila dia tahu dirinya sedang berbadan dua, langsung tak rasa pening atau mual-mual. Sama saja keadaannya seperti dia mengandung si kembar dulu.
“Tak boleh jadi ni,” gumam Syaf perlahan lalu cuba berdiri. Ingin mencari apa-apa yang boleh menghilangkan rasa pening yang masih mencucuk-cucuk di dalam kepala. Namun sesaat dia berdiri, tubuhnya terasa terhoyong-hayang seperti hendak terbalik. Cepat-cepat dia kembali duduk di birai katil.
“Kenapa pening sangat ni?” Soalnya lagi dengan tangan masih tak lepas-lepas memegang kepala. Seketika dia menundukkan kepalanya sedikit. Namun semua itu tidak bertahan lama apabila tekaknya pula terasa makin mual. Ah sudah!
Syaf menggagahkan dirinya juga melangkah ke pintu bilik. Apa nak jadi, jadilah. Takkan nak muntah dalam bilik ni pulak kut? Fikirnya dalam hati seraya menolak pintu bilik yang masih tertutup. Namun dia seakan terkejut apabila melihat Firash yang sudah berdiri tegak di hadapannya dengan satu mug susu.
“Sayang? Kenapa ni?” Soal Firash dengan sedikit pelik. Ditelitinya wajah Syaf yang seperti berubah pucat.
“Pening nak munt...” Belum sempat Syaf menghabiskan kata-katanya, tubuhnya seakan ingin rebah dan akhirnya dia termuntah di badan Firash. Habis baju tshirt yang dipakai oleh suaminya itu lencun dengan sisa-sisa muntah.
“Ya Allah! Sayang!” Firash tercengang seketika sebelum cepat-cepat menarik tubuh isterinya yang sudah hampir tumbang. Mug di tangan cepat-cepat diletakkan ke lantai sebelum kembali memeluk tubuh isterinya yang sudah hampir jatuh.
Bau masam sisa muntah Syaf mula menusuk ke hidung. Firash terpaksa menahan semua itu seketika. Takkan nak biarkan aje isteri kesayangan terjelepok kat lantai pula.
“Peningnya...” Itu saja yang terdengar dari Syaf sebelum melihat mata isterinya yang mula berkaca.
“Kita pergi bilik air ye sayang,” pujuk Firash sebelum memimpin Syaf ke bilik air yang terletak di ruang dapur. Dulu semasa mereka mula-mula berkahwin, rumah tok wan itu mana ada bilik air. Mereka semua terpaksa mandi di bilik air di luar rumah.
Syaf hanya mengangguk perlahan. Tak larat rasanya untuk bersuara dengan keadaan begitu.



***


“SAYANG.. masih pening lagi ke?” Soal Firash semasa Syaf sedang berkumur-kumur. Dan dia pula sedang merendam tshirt yang dipakainya tadi ke dalam baldi akibat terkena sisa-sisa muntah Syaf.
“Ermm..” Hanya itu saja yang dapat dibalas oleh Syaf sebelum menutup pili air. Dia meraup mukanya yang baru saja dibasuh dengan air paip.
Firash merenung wajah isterinya yang agak pucat dari biasan cermin. Memang nampak agak berbeza dengan keadaan mereka di bilik tadi.
“Kita pergi klinik lah esok kalau teruk sangat, Fir bimbang ni,” Firash bersuara lagi menyuarakan kebimbangannya. Takut jika situasi yang dihadapi oleh isterinya itu makin melarat.
“Tak payahlah.. rasa ni morning sickness je kut,” balas Syaf perlahan lalu memusingkan tubuhnya berhadapan dengan Firash. Entah kenapa hatinya terasa sebak dengan perhatian yang diberikan oleh suaminya. Terasa menyesal pula apabila menyuruh Firash tidur di luar. Sedangkan suaminya itu telah meminta maaf.
Firash mengangguk perlahan. Faham akan apa yang diperkatakan isterinya itu. Tetapi selama hampir sebulan lebih setelah dia mengetahui yang Syaf mengandung, tak adalah pulak isterinya itu terkena morning sickness. Mungkin kehamilan kali ini berbeza dengan yang kali pertama dulu.
“Kalau macam tu, sayang masuk rehat dulu. Fir nak buat air panas kejap. Sayang nak air apa?” Soal Firash sambil memimpin tangan isterinya keluar dari bilik air.
Syaf memandang Firash sambil mengukir senyum tawar. Tangan Firash yang masih memimpin tangannya itu ditarik perlahan. Firash menjungkitkan kening. Dah kenapa pulak ni?
“Tak nak apa-apa. Nak Fir aje,” balas Syaf perlahan sambil cuba tersenyum manis. Tangannya mula bermain di dada bidang Firash yang terdedah. Langsung tidak perasan yang kewujudan Datin Farizah di ruang dapur itu.
“Haa?” Firash sedikit membulatkan mata sebelum tergelak kecil. Faham dengan kata-kata serta sentuhan dari isterinya itu. Serentak itu dia menarik tangan isterinya dan dikucup lembut. Masing-masing berlaga pandangan. Antara rasa gembira dan bahagia.
“Eh sempat buat tayangan perdana pulak kat dapur ni.. Haa Syaf? Dah hilang ke pening tu? Tadi mama dengar macam teruk aje muntah,” tegur Datin Farizah sambil tangannya ligat mengemas besen yang sudah dipenuhi dengan ketupat palas.
Syaf cepat-cepat berpaling. Kelihatan Datin Farizah sudah tersenyum-senyum memandangnya. Aduh! Kenapa lupa pulak yang mama ada kat dapur ni?
“Err.. dah okay sikit ma.. Syaf masuk tidur dulu lah,” cepat-cepat Syaf melangkah. Meninggalkan Firash yang sedang tersengih panjang di belakang.
“Hmm, ye lah.. pergi lah tidur. Rehat cukup-cukup, jangan nak buat kerja lain pulak tu,” perli Datin Farizah sengaja. Bukan dia tidak nampak wajah menantunya yang sudah berubah kemerah-merahan menahan malu.
“Selamat malam ma,” ucap Firash sebelum melangkah mendapati Syaf yang sudah pun melangkah ke anak tangga.
“Selamat malam” balas Datin Farizah seraya menggeleng-geleng kepalanya. Riang hatinya melihat kebahagiaan anak menantunya itu.


***



“SAYANG.. Fir dah buat milo panas. Nanti minum ye.” Beritahu Firash ketika dia sudah memasuki bilik. Satu mug milo yang masih berasap itu diletakkan di atas meja kecil di dalam bilik tersebut. Pandangannya terjatuh pada Syaf yang terbongkok-bongkok di hadapan almari. Kelihatan isterinya itu hanya berkemban dengan tuala separas peha. Entah mengapa matanya seakan tidak berkelip untuk memandang pemadangan indah sebegitu. Terasa tempo jantungnya mula tidak menentu.
“Buat susahkan Fir je. Sayang tak ada apa-apa lah,” balas Syaf dengan tangan masih tercari-cari baju tidur yang sesuai untuk dipakai. Walaupun baju yang dipakainya tadi tidak terkena sisa muntah, namun dia tetap rasa tidak selesa. Seperti dapat menghidu lagi bau muntah tersebut. Jadi dia mengambil keputusan untuk menukar bajunya dengan yang lain.
“Fir? “ panggil Syaf apabila terasa tiada sahutan dari suaminya itu. Ke mana pulak perginya? Sejurus dia berpaling dengan baju tidur di tangan, kelihatan Firash seakan tegak berdiri memandangnya dengan tidak berkelip.
“Fir...” sekali lagi dia memanggil Firash namun langsung tiada reaksi. Baju tidur yang dipegangnya itu dicampak ke atas katil sebelum bergerak mendekati suaminya. Ah sudah! Kenapa dengan laki aku ni?
“Fir!” Kali ini dia menguatkan sedikit suaranya seraya memegang pipi suaminya. Bimbang pula melihat Firash begitu. Dah macam jadi patung cendana pulak! Tegak berdiri. Mata pun tak berkelip.
“Sayanggg...”  meleret sahaja suara Firash membalas. Bukan dia tidak mendengar suara isterinya memanggil. Namun namun matanya lebih suka menghayati apa yang berada di hadapannya. Tangan Syaf yang mencapai pipinya digenggam lembut. Mata Syaf yang bulat memandangnya direnung penuh dengan penuh minat. Sungguh walaupun bukan pertama kali melihat penampilan isterinya sebegitu, dia tetap terasa teruja. Terasa bagaikan semua darahnya mengalir ke kepala.
“Kenapa ni?” Soal Syaf seakan langsung tidak memahami akan pandangan Firash yang penuh bermakna. Namun apabila sebelah tangan Firash mula menyentuh dan mengusap lembut bahunya yang terdedah, Syaf mula mengerti. Lantas bibirnya menarik senyum lebar.
“Fir...” Syaf pula memainkan peranan menggoda. Matanya dikelipkan beberapa kali. Kedua-dua tangannya mula merangkul leher suaminya itu. Wajah Firash yang mula bereaksi lain macam mula dipandang dengan rasa gelihati. Sengaja ingin menggoda suaminya itu. Nak tengok sejauh mana Firash akan mampu bertahan.
“Sayang tengah goda Fir ni ke?” Soal Firash apabila menyedari yang isterinya itu seakan sengaja menggodanya. Didekatkan lagi tubuhnya sehingga tubuh mereka mula bersentuhan.
“Haa. Tengah goda lah ni,” balas Syaf dengan senyum melebar. Walaupun berdebar-debar dengan apa yang sedang dilakukannya ketika ini namun dia hatinya juga begitu. Teringin bermanja dengan suami tercinta.
Firash mengangguk perlahan. “Sayang jangan menyesal tau nanti,” balas Firash perlahan seakan berbisik sebelum mendekatkan bibirnya rapat ke bibir isterinya. Mula memejamkan mata sambil menghayati detik-detik terindah itu.
Syaf tergamam dan tidak sempat berbuat apa-apa apabila bibirnya telah dipagut laju oleh bibir suaminya. Tidak sampai beberapa saat kemudian, dia terasa tubuhnya mula direbahkan di katil.
“I love you sayang.. love you so much,” bisik Firash perlahan sebelum menarik simpulan tuala yang dipakai oleh Syaf.
“I love you too. Forever.” Balas Syaf dengan nada malu-malu walau hatinya sudah berbunga bahagia.



~~~ BERSAMBUNG à

p/s : sorry lmbat update..tak siap lg ni..ade part-3 (LAST)..dh lama tak taip part romantika de amor, so blushing sensorang..btw, enjoy :DDD ~ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-55 ~
*** hiburan semata-mata..jgn amik serius okey ;P

24 comments:

Azwa Azee said...

romantika de amor betul sis. heheh

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Azwa Azee

ai taip smbil tutup muka...hehe..

Ezza Mysara said...

lahhh... ingatkan dah final.. saya baca smbil tutuup mata.. cehahh..haha

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Ezza Mysara

belum lg..insyaAllah next week final part.. btw tutup jgn rapat sgt, nnt tak nmpk pulak..hehe

leez2806 said...

Fuiyoh kak lg romantik gilers drpd buku ssid...like like like

zura asyfar addy rifqhiey said...

@leez2806

hehe..TQ..kt blog takde lembaga penapisan..ikut suka hati aje...

blinkalltheday said...

zura!best gilos..romantic diorg dua ni kan..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@blinkalltheday

hehe..biarlah depa nk romantik2 sket..dh last pun...nnt dh takde dh SSiD's story :')

wida said...

alamak...blushing dh nih...hihi...

NurAtiZa said...

Alahai blushing baca entry kali ni...hehehe

iemira imani said...

haha..... romantiknya... gatal pon ada saf ngan fir.. kantoi depan mak mentua ag... best sampai terangkt kening... good job..

...Contengan Jalanan Dieya Nadiah... said...

sweet...sweet..dan sweet...xsbar nak bace smbngn SSID yg last...(≧◡≦) -❤

Hatika said...

sweetnye... tak sbr nk tunggu yg romantika de amor pula... hehehhe.. ♡♥♡♥

-Ika Hatika-

zura asyfar addy rifqhiey said...

@wida

hehe...sile tutup muka ngn tangan..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@NurAtiZa

:D ~ lepas ni dh takde dh..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@iemira imani

TQ..hehe..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@...Contengan Jalanan Dieya Nadiah...

TQ3..hehe..next part, insyaAllah next week..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Hatika
Tq Ika..eh ade lg ke yg romantika de amor ni? hehe :))

iniakuyangpunyahati said...

waaaa malu nyerr (baca dgn mata y besar) hehehehee
mcm mner yer si kembar 2 huhuhu
tq sis

zura asyfar addy rifqhiey said...

@iniakuyangpunyahati


Hehe....si kembar? Tak reti lak nk wat cite sal budak2 ni sbb depa kecik lg kot..buknny pandai lg bercakap..

sasuke hetaki said...

makkk..sweetnyerr + romantik jugak..
hehe..x sbr nk tunggu part 3 punyer..
*blushing*:3

nooratiqah mhhdruslan said...

tak sabar nk tunggu part seterusnya..
WEEE~

Soki ng said...

actully im a chinese..is te buk "sbnrnye saye isteri dia" is same as "ssid raya"..

zura asyfar addy rifqhiey said...

sasuie n atiqah, part 3 mybe tak disambung cz cite ni sudah hndk didramakan..so soory..

Soki: yup...