:: My gangS :: TQVM

Saturday, January 15, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 3

credits to : my lil niece cz bg gmbr yg cun ni..hehe


**********************************************************


episode 3 : stalker?





***************************************



Aku tekan loceng bila bas sampai kat MM. Kelas hari ni batal. So aku buat keputusan nak pergi lepak MM je. Dapat tengok muvee baru best jugak. Tak ada la boring sangat sebab study je.

Sampai je kat TGV, tengok kat skrin muvee Ngangkung dah start tayang pun. Adoyai, malas pulak nak tunggu tayangan seterusnya. Kalau budak-budak kelas aku tak cakap yang cerita best, tak ada maknanya aku datang tengok.

Aku jalan pergi foodcourt kat sebelah. Makan lagi baik dari tunggu cerita yang lambat lagi nak start. Time macam ni pun dah ramai orang, tu tak masuk waktu tengah hari lagi.

Aku order nasi goreng Seafood kat Kuali lepas puas pilih menu. Air aku beli apple juice gelas besar. Konfem kenyang gila nanti ni, aku gelak dalam hati. Kan gelak sorang-sorang kat sini mau dicop tak betul pulak. Aku pergi duduk kat meja yang dekat dengan cermin kaca kat foodcourt tu.

“boleh saya duk sini?” Satu suara tegur lepas tak sampai lima minit aku duduk.

Aku angkat kepala dari pinggan. Tengok si Fajie dah tersengih sambil pegang pinggan berisi chicken chop. Adoyai, asyik jumpa dengan budak ni je. Tapi konfius pulak aku, macam dia ni stalker aku je! Tak pun dia pasang spy intip aku. Tapi apa motif dia?

“duduk la, tempat public pun” Aku perli dia sambil suap nasi kat mulut dengan sudu.

Mata aku pandang nasi kat pinggan walau aku rasa budak ni pandang je aku. Tapi ok jugak dapat teman makan ni, tak ada la kena makan sorang-sorang. Waa, nampak sangat macam aku ni tak laku je!

Dia pun letakkan pinggan yang ada chicken chop dan strawberry float atas meja.

“selalu ek makan kat sini?” Dia tanya aku.

Aku angguk je kepala tanpa pandang muka dia. Lagipun dari ekor mata aku dah tau dari tadi dia asyik pandang aku je.

“tak jugak. Hari ni je” Aku sedut apple juice kat depan.

“hmmm..Kebetulan la nampaknya, macam ada jodoh je kite ni” Dia sambung cakap lagi senyum.

Kebetulan sangat la tu. Tapi aku rasa macam dia ni saja ikut aku je la. Aku pergi mana-mana asyik jumpa dia je. Kan kalau aku tanya, dia cakap aku perasan pulak. Habis tu macam mana nih?

“buat ape kat sini?” Dia tanya lagi.

“emm..Nak tengok muvee tapi dah start pun” Aku suap lagi nasi kat mulut.

“cite ape?”

“Ngangkung” Sepatah aku jawab.

“tak takut ke?” Dia sengih.

“siang hari takde la takut. Kalau malam takut gak” Aku jawab jujur.

Dia senyum je tengok aku. Chicken Chop yang dalam pinggan dia tu tak habis pun, aku punya nasi goreng je licin. Ni yang nak buktikan teori aku ni betul. Dia ni saja je ikut aku ni. Buat-buat saja datang makan kat sini!

“jom la saya belanje awak tengok muvee”

“err..Tak nak la, nanti lewat pulak balik” Aku dah tolak pinggan nasi tu ke tepi.

Tinggal apple juice lagi yang tak habis. Dah kenyang gila ni. Tapi macam rugi pulak kalau tak habiskan. Dahla mahal je beli tadi.

“mintak air awak sket boleh, cam best je” Dia sengih.

“err..Tapi..” Dia dah tarik gelas aku.

Tak sempat aku nak bagitau yang aku tak pernah kongsi-kongsi minum dengan lelaki, tapi dia dengan selamba je sedut air guna straw yang aku guna tu. Habis tu aku macam mana? Yash, kau sedekah je la air tu kat dia. Takkan kau sanggup kongsi minum dengan dia? Bukannya husband kau pun.

“bestla..Patut awak order gelas besar” Dia senyum.

Aku just angguk je kepala tak tau nak cakap apa. Sabar je la budak nih! Lepas tu baru dia sambung makan Chicken Chop dia. Strawberry float tu dia tak minum pun. Hairan betul aku budak nih!

“tunggu jap ek” Dia tiba-tiba stop masa kitorang jalan lepas makan.

Menonong je dia masuk lot kedai Big Apple Donnut. Lepas lima minit, dia keluar bawak beg plastic berisi kotak enam bijik donut dan dua botol mineral water.

“donut?” Aku kerut kening.

Tadi baru je habiskan Chicken Chop, ni nak mencekik donut pulak. Oh lupa, dia kan budak yang tengah lagi dalam proses tumbesaran. Memang kena banyak makan karbohidrat la. Betul ke tak teori aku ni pun aku tak tau, belasah je la! Tapi kalau aku sound kan, takut dia buat muncung mulut pulak macam kat kedai nasi kukus tu. Huhu..

“yela donut” Dia sengih.

“tak kenyang lagi ke?” Aku tanya dia. Mana tau kot-kot tak kenyang lagi tadi.

desert la” Dia senyum.

Aku angguk je kepala tanda setuju. Rupanya budak ni kena makan desert lepas makan. Tak macam aku, tak ada masa nak makan desert-desert ni. Dah dapat makan pun dah cukup baik.

Kitaorang decided nak round-round je kat sini sebelum balik, dia ada ajak aku tengok muvee, tapi aku dah tak ada mood. Dahla kenyang lagi. Entah-entah kalau tengok muvee nanti tertidur pulak dalam panggung. Tak ke haru je.

“eh tu bukannya…..” Aku yang baru je nak start jalan tu berhenti balik.

Bukan apa aku stop. Nampak si Khaiyrel yang selalu kacau aku duduk depan ATM Maybank. Aku tak suka dia sebab selalu je kacau aku sejak dari sekolah lagi. Kawan-kawan aku cakap dia ni syok kat aku tapi tak ada pulak dia buat sesi curahan hati kat aku. So apa motif dia kacau aku? Persoalan yang tak terjawab sampai sekarang.

Tapi kalau dia nampak aku jalan dengan lelaki mesti dia report kat mama aku. Bukannya aku tak tau dia ni kamceng gila dengan mama aku. Dulu pernah sekali aku balik jalan kaki dengan classmate aku yang lelaki, dia bagitau mama. Kena rotan aku malam tu sebab mama cakap aku dah gatal nak berlaki walau masih sekolah lagi. So moral of the story, cabut sebelum dia nampak!

“kenape?” Fajie tanya aku dengan muka pelik.

“tak ade ape-ape la” Aku cuba buat muka selamba. Takla buat muka terkejut macam tadi. Karang dia perasan, banyak pulak tanya.

“hey Fajie” Tiba-tiba je si Khaiyrel ni datang tegur.

Tak sempat aku nak menyorok kat kiosk yang jual tudung tu. Dahla aku jalan sebelah-sebelah je dengan Fajie. Kantoi maa. Adeh..

Tapi pelik jugak sebab cara dia tegur macam kenal je dengan Fajie. Tapi boleh tak aku menginvisiblekan diri kejap?? Tak nak la jumpa Khaiyrel ni!

“hey Rey. Datang ngan sape?” Fajie balas balik.

Siap shake-hand dan tumbuk bahu lagi. Apakah? Aku blur.

“hmm..Sorang je. Datang cucuk duit” Dia sengih. Tapi mata dia tak lepas pandang aku. Cucuk mata tu baru tau! Tengok aku macam tak pernah tengok perempuan.

“owh. Amik gaji ek?” Fajie tanya lagi. Aku static je kat situ tak tau nak cakap apa.

“yela, bukan macam kau anak orang kaya. Anyway sape ni?” Mata dia pandang aku.

Ngee mamat ni, buat-buat tak kenal pulak. Ok tak pe-takpe, aku pun buat-buat tak kenal dia jugak. Baru fair and square.

“ni Yash, kawan aku. Yash, ni Khaiyrel, my bestfriend

Aku dah ternganga, boleh pulak budak Fajie dengan Khaiyrel ni jadi bestfriend. Tapi logic jugak sebab rumah-rumah diaorang dengan aku pun dalam satu area je. So pusing sana pusing sini memang akan jumpa jugaknya.

Tapi kitaorang tak ada la shake-hand macam diaorang tadi. Ingat muhrim ke? Dahla buat sesi berkenalan pulak tengah-tengah alam ni, ramai je orang terpaksa berhenti sebab kitaorang dah block jalan diaorang. Walau pada hakikatnya dah berkurun pun kenal si Khaiyrel ni. Aku senyum nak tak nak kat Khaiyrel.

“awek ek?”

“eh tak la” Cepat je aku jawab.

Muka macam terkejut gila jugak bila Khaiyrel cakap macam tu. Khaiyrel pulak senyum je. Tapi aku rasa senyum dia tu ada makna. Fajie pulak satu, tak jawab pun soalan Khaiyrel tu, asyik sengih je. Ingat aku ni betul-betul awek dia ke?

“emm takpe la. Aku chow dulu. Jie, malam karang jumpe ek. Bye Yash”

Khaiyrel pun angkat tangan lambai-lambai. Sambil tu sempat lagi dia kenyit mata kat aku. Cisss!! Nak je aku sekeh-sekeh kepala dia tu. Tu pun Fajie macam tercenggang bila Khaiyrel buat macam tu.

Akhirnya dapat jugak aku bernafas dengan selesa. Tak senang rasanya jumpa dengan Khaiyrel ni. Macam tak selamat je. Bimbang dia report kat mama aku pun satu. Haishh, apasal la boleh terjumpa pulak kat sini!

“saya rasa Khaiyrel tu cam minat je kat awak” Fajie cakap kat aku.

Siap main tenung-renung mata lagi. Apa kes ni? Nak baca hati aku ke? Baru je aku nak lupa pasal Khaiyrel tu.

“baru je kenal, takkan dah berminat kot” Aku buat-buat gelak.

Apasal la dia ni keluar soalan-soalan membunuh pulak time ni. Sungguh aku tak suka dia cakap pasal Khaiyrel. Jangan cakap nak kenen-kenenkan aku dengan Khaiyrel pulak. Tak rela aku!

“mana la tau” Dia mengeluh.

Aku perasan muka Fajie dah lain macam. Ni aura jeles ke apa? Tak agak-agak langsung nak jeles. Macam aku ni ada hubungan special pulak dengan dia.

“jom” Fajie dah berjalan ke depan.

“gi mane?” Aku tanya dia. Bagus, mesti dia dah tak nak cakap pasal tadi tu. Huh, lega.

“lepak depan u-Bowl jap” Balasnya pendek.

“ok” Aku angguk.

Kitaorang pun pergi lepak depan u-Bowl kejap. Situ memang ramai orang sebab berdekatan dengan tempat futsal. Lepas tu kat tepi tu dia buat kolam panjang tapi tak ada ikan pun. Ramaila yang bertenggek kat situ. Termasukla aku yang baru datang ni.

Budak Fajie ni laju je bukak kotak donut dia dan terus makan. Aku je yang ambik kesempatan tengok ramai manusia yang lalu-lalang dengan ber’dating’. Mana la tau kot-kot ada yang kenal.

“tak nak ke?” Fajie tanya.

“kenyang lagi la” Aku jawab jujur.

Aku tengok je Fajie makan donut tu. Berselera sungguh. Anak siapa la ni? Hari ni dia tak pakai jaket cuma pakai kemeja dengan jeans je. Bangle-bangle kat tangan semua dah hilang cuma tinggal tang rambut pesen burung kakak tua dia je. Tapi tetap nampak stylo jugak sebab pakai kemeja kaler hitam. Patutla ramai je aweks yang tengok dia tak berkelip. Termasukla aku. Haha.

“emm, comot la” Aku tegur dia.

Dia ni kan tak ada perasaan malu sungguh. Buat selamba je makan depan perempuan macam seminggu tak makan. Ingat aku ni bestfriend dia ke yang dah kenal lama? Tak agak-agak betul la dia ni.

“kat ne?” Dia tanya aku.

“belah kanan” Aku tunjuk dengan jari kat sebelah kanan bibir dia.

Dia kesat dengan tangan tapi terkena pulak krim kaler pink tu kat bawah hidung dia. Macam jadi misai kaler pink pulak. Aku dah tak boleh tahan gelak. Siap tutup mulut lagi.

“kenape?” Tanyanya dengan muka blur.

“haha..kene bawah hidung plak” Aku still lagi gelak.

“awak ni, malu je saya” Dia muncung mulut sambil tunduk. Siap pusing belakang lagi. Hai dah masuk mode merajuk pulak ni. Sabar je la.

Lepas tu dia ambil handkerchief dia dari dalam poket dan kesat krim tu. Aku dah stop gelak cuma sengih je. Bukan apa, cute je dia buat macam tu. Macam nak cubit-cubit je pipi dia tu.

“nah, ambik ni. Jangan majuk lagi. Nanti dah tak hensem”

Aku bangun dan pergi depan dia sambil hulur gula-gula Chuppa-Chup dari beg aku. Sebenarnya aku biasa bawak bekal sebab tak nak bagi mngantuk dalam kelas.

“kalau saya tak majuk, mesti lagi hensem kan” Dia sengih sambil tangan dia ambil gula-gula tu dari aku. Cepatnye hilang merajuk?

“err..Yelah tu” Aku senyum.

Ada jugak yang perasan walau apa yang dia cakap tu betul. Actually best jugak lepak dengan Fajie ni sebab aku tak ada adik lelaki so aku boleh anggap dia macam adik aku je.

thanks ek”

Dia goyang-goyangkan gula-gula tu sambil kenyitkan mata kat aku. Ngee, dia ni suka je buat aku perasan!









“Asha” Aku dengar mama jerit dari ruang tamu.

Aku cepat-cepat keluar dari bilik. Papa tak ada sebab outstation pergi Johor. So tinggal la mama dengan aku je kat rumah. Ala, dah biasa pun aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Dah biasa jadi anak terbuang pun.

“ade ape ma?” Aku bersuara lemah.

Buku Site Enginnering kat tangan aku tutup. Esok ada kuiz, terpaksa la study sikit-sikit. Kena tambah PB untuk score A dalam subjek ni masa final exam nanti.

“dah pandai yer sekarang menggatal ngan laki?” Terus mama terjah aku dengan soalan maut.

Aku ternganga. Siapa yang bagitau kat mama ni? Mesti si Khaiyrel tu. Huh, nak kena dia ni. Ada je yang tak puas hati dengan aku.

“err…” Aku tergagap nak jawab.

“gatal sangat ke nak berlaki?” Mama merenung aku tajam.

Aku telan liur. Mama, anakmu ini dah umur dua puluh satu takkan tak boleh kawan dengan lelaki? Kawan-kawan aku siap ada yang dah bertunang pun.

“tak ma” Aku jawab jujur.

Pangg!!

Aku terkejut. Pipi aku perit kena tampar. Rasa macam bergoyang je gigi.

“dah pandai menipu pulak sekarang ni. Kalau dah gatal sangat nak berlaki, nanti aku cari sorang kat kau!!”

Mama terus masuk bilik dan hempas pintu. Aku terkedu kat depan sofa. Ada air mata menitik kat pipi. Ma, Asha nak berkawan je. Bukannya nak kahwin pun lagi.




7 comments:

miss syasha said...

-.-" bapak giler kejamm khaiyrel tuu ! perrhhh ! sebok jea,,tak memasal yash kena penampar..

zura asyfar said...

khaiyrel tu memang..suka sgt kacau yash..

miss syasha said...

tapi kesian doee kt yash,, adoi adoi ! -.-" kacau pun pada2 laa,, ;(

zura asyfar said...

tu la pasal..kecian kat yash..epi lepas ni lg suspen..hehe

syfa said...

sambung cepat plzzzz...

miss syasha said...

hok ? hahaha ! tak sabar dah nihh ! :D

zura asyfar said...

syfa n miss syasha..ngat nk upload mlm ni, but ade technical problem pulak..pg esok kot..sabar yer.. :)