:: My gangS :: TQVM

Thursday, February 10, 2011

My Little Shark 9



*****************************************************************


Aku letak mangkuk air suam atas meja berdekatan dengan katil Triple S tu. Wajahnya nampak sedikit pucat tu kelihatan macam lemah je pada pandangan aku. Macam tak percaya je dengar cakap doctor peribadi dia tadi tu. Teruk sangat agaknya demam dia tu sampai pengsan-pengsan lagi. Macam rasa bersalah je tinggalkan dia dalam hujan hari tu.

“apa lagi Qash, lap la badan Ayeem tu” Mama menegur.

Haishh mama ni, boleh pulak dia tunggu aku kat bilik ni. Macam tau-tau je yang aku tak nak buat semua ni. Dari ekor mata, aku tau mama nak tengok aku lapkan badan Triple S. Nampak sangat mama tak percaya je dengan aku.Huhu..

“yelah”

Aku ambil towel dan celupkan sedikit dalam air suam. Lepas perah sedikit, aku pergi duduk kat birai katil Triple S. Hmm, nak lap kat mana dulu? Leher ke badan dia dulu?

Perlahan-lahan towel kat tangan di halakan ke leher Triple S. Aku perasan tangan aku sedikit menggeletar. Haishh, relaks la Qash. Bukannya Triple S sedar pun, dia kan dah kena inject tadi, kurang-kurang dua jam lagi baru sedar.

Lepas habis lap kat leher, aku celupkan towel sekali lagi ke dalam mangkuk. Mama still ada tak bergerak kat sebelah aku. Adoyai mama ni, dah jadi macam mak guard tak bertauliah pulak kat sini. Sibuk je nak pantau apa yang tengah aku buat kat Triple S. Macam la aku nak cekik ‘anak kesayangan’ dia ni pun.

“malam ni Qash tidur bilik Ayeem eh?”

Entah bila masa papa tercegat kat muka pintu. Aku berpaling dengan muka tak puas hati. Kenapa pulak aku kena tidur sini pulak malam ni?

“err..” Aku garu pipi.

“tidur je la situ, mana tau kalau-kalau Ayeem sedar nanti dia nak apa-apa”

Aku terdiam. Aku tengok mama, mama tengok papa. Haila, memang terpaksa jugak la aku kena tidur kat sini malam ni. Tengok muka mama pun dah tau, kalau bantah jugak ada la yang kena marah dengan papa kejap lagi.

“yelah”

Sepatah aku jawab. Towel yang dah hampir kering tu aku letak dulu kat atas meja. Kejap lagi la lap badan Triple S tu. Lagi pun aku dapat rasa badan dia dah tak panas pun masa lap leher dia tadi.

“jangan lupa pulak lap badan Ayeem tu”

Mama sempat memberi arahan terakhir sebelum dia ikut papa keluar dari bilik Triple S. Fuhh, aku tarik nafas lega. Macam tak cukup oksigen je masa mama ada kat sini tadi. Dahla perhati satu-persatu apa yang aku buat kat ‘anak kesayangan’ dia tu. Nasib tak catat dalam buku nota je. Huhu..






Tepat pukul 12 malam, mata aku dah mula rasa mengantuk. Tangan asyik menutup je mulut yang menguap. Rasa macam dah lama gila je duduk dalam bilik Triple S ni, nasibla aku ada angkut laptop sekali tadi. Boleh jugak nak online bagai.

Aku pandang Triple S yang tidur diam tak berkutik. Lena gila tidur, dah macam baby pulak gaya tidur dia tu. Perlahan-lahan aku pergi duduk kat sebelah dia. Tanpa sedar, tangan aku melekap kat dahi dia. Hmm, dah tak panas pun. Okla tu, tak payah la aku kena lap badan dia lagi.

Baru je aku nak bangun, aku rasa tangan aku ditarik perlahan. Eh? Aku pusing dan tengok Triple S senyum kat aku. Bila masa pulak dia sedar ni? Tadi nampak macam lena lagi tidur.

“nak air”

Ucap Triple S perlahan. Aku terdiam sekejap sebelum pergi menuang air dari jag atas meja tu. Segelas air dihulurkan padanya. Dia bangun dan duduk bersandar kat kepala katil.

thanks sayang”

Mata aku tengok je dia minum air tu sampai habis. Gelas kembali dihulurkan pada aku. Aku sambut dan letakkan atas meja.

“dah ok kan? Aku kuar dulu”

Aku cepat-cepat berdiri. Aku ambil laptop atas meja study sebelum melangkah ke arah pintu.

“Qash, please don’t leave me”

Kata-kata Triple S kedengaran perlahan kat telinga aku. Aku tengok dia lama. Dia bangun dan berdiri depan aku. Mata dia merenung tepat ke dalam mata aku. Aku perasan bibirnya macam bergerak-gerak seolah-olah tengah baca sesuatu. Dia ni tengah jampi aku ke?

“Qash, please

Dia tarik tangan aku perlahan ke katil. Aku tak tau aku dah kena pukau ke apa, just turutkan je kehendak Triple S tu dan baring sebelah dia atas katil.

“tidurla”

Dia tarik comforter selimutkan badan kitaorang. Aku pejamkan mata bila terasa Triple S mengucup dahi aku.

nite sayang”

Dia peluk pinggang aku dan aku perasan dia senyum je. Qash, kau kenapa ni? Dah jadi patung cendana ke? Sampai tak bantah langsung apa yang Triple S buat kat kau?








Aku terjaga bila rasa sesuatu peluk pinggang aku. Tengok-tengok tangan Triple S tengah sedap je melingkari pinggang aku sambil mengiring. Deru nafasnya tertampar kat leher aku, meremang je bulu roma je rasa. Aku tengok jam kat meja dah nak masuk pukul 5.30 pagi.

Aku pejam celik pejam celik mata. Hmm, bangun je la, dah tak rasa mengantuk pun. Eh Qash, selama ni kalau tidur sorang-sorang, liat je nak bangun pagi-pagi. Ni bila tidur berdua, cepat je kau bangun. Ngee, kau ni dah betul-betul kena jampi dengan Triple S kot? Tapi kan takkan la dia buat macam tu kat aku pulak?

Bila aku tolak comforter yang balut badan aku dengan Triple S, aku perasan tangan Triple S pegang tangan aku. Aku tengok Triple S tengah senyum tapi mata dia still terpejam. Dia ni mengigau ke apa?

“sayang, cepatnya bangun”

Suara Triple S perlahan berbisik kat telinga aku. Automatik meremang bulu roma aku. Qash kenapa kau sampai jadi macam ni? Dah hilang terus ke immune kau tu?

“dah tak ngantuk”

Aku balas. Tengok-tengok Triple S dah bukak mata sambil merenung aku. Aku telan air liur. Apasal aku nampak pandangan Triple S lain macam je ni? Takkan dah jadi tak betul sebab demam semalam?

I want you

“huh?”

Aku menaikkan sedikit kening. Triple S cakap apa tadi? Dia nak aku?

yup

Triple S senyum sambil mengenyitkan mata. Dia ni sedar tak yang dia tengah demam tu?

“kau kan demam?” Aku cuba bagi alasan.

“dah tak tahan sayang”

Selamba je ayat tu keluar dari mulut Triple S. Aku dah bulat mata kat situ. Gila apa Triple S ni pagi-pagi macam ni? Baik aku blah je dari aku jadi ‘korban’ dia pagi ni. Seram dowh!

“Qash, jangan lari”

Tiba-tiba je aku tengok dia melompat turun dari katil dan terus menghalang aku yang nak baru nak bukak tombol pintu tu. Aku tergamam sekejap. Dia ni betul-betul demam or saja buat-buat demam semalam? Curious je sebab macam bertenaga semacam je.

Aku berundur ke belakang sedikit. Qash, Triple S dah naik weng plus tak betul tu. Anytime je dia boleh terkam kau. Aku menelan liur. Macam mana nak lari ni kalau dia dah terpacak depan pintu tu?

surrender je la”

Aku dengar Triple S tergelak. Pening aku dengan dia ni? Dahla pagi-pagi buta ajak aku main aci kejar dalam bilik.

Aku cuba berlari ke arah meja study bila aku perasan Triple S bergerak ke arah aku. Disebabkan aku masih blur plus panik, kaki aku tersadung ambal dan hampir terjatuh. Tiba-tiba aku rasa badan aku disambut seseorang.

I got you Qash”

Triple S sengih sampai ke telinga. Tangan dia erat peluk pinggang aku. Alamak, ‘mati’ la kau kali ni Qash.

“let me go”

Aku cuba lepaskan diri tapi Triple S selamba je cempung aku ke katil. Aku dah rasa seram sejuk bila dia terlentang kan aku. Dia ni betul-betul tak tahan ke? Aku dah tak tau nak buat apa-apa bila Triple S tanggalkan pyjama dia. Qash, kau betul-betul dah kena jampi dengan Triple S ni.

“dear, jom pergi syurga”

Serentak itu badan Triple S tindih badan aku dan bibirnya melekap kat bibir aku. Aku dah tak terkata. Qash, kau betul-betul surrender ni.








Aku membelok kereta masuk ke porch depan rumah. Mata aku pejamkan sambil badan bersandar kat seat kereta. Penatnya rasa, dah macam tak larat nak berjalan. Nasib je aku tak terlewat pergi kelas sebab ‘kejadian pagi’ tadi. Huh, Triple S kau memang dah tak betul agaknya sebab demam semalam.

Aku keluar dari kereta lepas dekat sepuluh minit ada kat situ. Telinga aku menangkap perbualan seseorang. Aku tengok Triple S tengah bercakap dengan seorang perempuan kat meja batu kat laman. Siapa pulak ni?

“lama kan kita tak jumpa?” Perempuan berbaju kurung tu tanya Triple S.

“a’ah, lama gila” Balas Triple S sambil tersenyum.

Aku tak tunggu lama kat situ sebab rasa macam sakit hati je tengok perempuan tu bercakap dengan Triple S. Dia ni tengah training nak jadi ’player’ ke? Hari tu tengok dengan perempuan lain, hari ni dengan perempuan lain pulak.

Dah la tak pandang langsung kat aku yang baru balik kelas. Seronok je bergelak ketawa dengan perempuan tu. Geram sungguh.

Aku hampir berlanggar dengan mama bila masuk ke rumah. Mama tengok je aku sambil tersenyum. Siap senyum pelik lagi macam nak dapat menantu baru je. Eh Qash, kau rela ke kalau Triple S kahwin lagi satu?

Huh, malas aku fikir. Baik aku pergi mandi lepas tu tidur lagi baik. Macam serabut je kepala dengan macam-macam masalah. Dah tu Qash, yang kau sibuk fikir pasal orang lain tu kenapa? Tapi Qash, kau jeles ke bila ada perempuan lain layan Triple S tu? Erk..






Aku berkemban dengan towel sambil tercari-cari baju yang nak pakai untuk turun makan kat bawah. Kat mana pulak tshirt kaler purple tu? Time aku nak pakai la dia menghilangkan diri pulak. Haishh.

“jom makan”

Terkejut aku dengar suara Triple S tiba-tiba je masuk ke gegendang telinga aku. Huh, dah habis ‘dating’ agaknya tu? Aku buat-buat sibuk cari baju walhal memang tengah cari baju pun nak pakai.

Hah, jumpa pun baju tshirt ni. Boleh pulak dia menyorok kat bawah jeans. Rasanya aku dah letak kat bahagian baju. Whatever la, janji dah jumpa.

“honey, you smell’s good”

Aku terasa Triple S mengucup bahu aku yang terdedah. Dia ni kenapa ek? Gatal semacam je dari pagi tadi? Aku pusing tengok dia yang tersenyum.

“ingat dah kenyang dating

Aku perli dia. Dia makin melebar senyum. Apa kes ni?

“Qash, you’re jealous you know

Dia sengih. Aku tunduk capai tracksuit kat tingkat bawah.

“tu dua pupu saya la dari Brunei”

Triple S tergelak kecil. Aku ketap bibir tahan geram. Dia ni kan, macam saja-saja je nak buat aku marah.

“yela tu”

Aku tolak badan Triple S yang cuba nak peluk badan aku. Aku pegang kuat-kuat towel aku dengan tangan. Dia ni la, aku bimbang towel ni terlucut je. Nanti tak pasal-pasal pulak ada adegan free show kat sini.

“tepila”

Aku cuba pergi ke katil sebab Triple S tetap tak berganjak dari situ.

“Qash”

Triple S panggil aku. Haissh, mamat ni. Tak habis-habis lagi nak kacau aku. Aku nak pakai baju pun tak senang.

“nak apa lagi ni?”

Aku pusing sambil ketap bibir. Dia tersengih. Dah weng apa?

Cupp!!

Aku terkejut bila terasa bibir Triple S melekap kat pipi aku. Serentak dengan itu aku rasa towel aku ditarik.

“Ayeem!!”

Aku menjerit kuat bila aku perasan towel aku dah terleret atas lantai. Dia tergelak sambil tersengih kat pintu bilik.

Aku bulatkan mata. Ciss, Triple S ni saja je nak kenakan aku. Rasa macam nak sekeh kuat-kuat kepala dia tu!


p/s : sorry all cz lmbt upload si sharqiy ni..kena ikut turn..hehe..anyway, enjoy n komen yer :)



22 comments:

Shamien said...

love is in the air...dapat baby la depa pasnie..keh3

Anonymous said...

hak3....best3
sis..smbg cpat2..
2 n3 dlm 1 ari...hihihi

keSENGALan teserlah.. said...

hahaha..nakal eh ayeem..

hope hubungan dorang makin baik
nxt2..
=)

miss syasha said...

=.=" sewel bebenor dah tu triple S tu,,HAHAHA ! tapi die weng dengan qash aje,, kekekeke !

sAkEeNa said...

haha...lawakla ayeem ni...best2

zura asyfar said...

awin : hehe,,hope so :)

anonymous : thankss.. 2 entry 1 hari? patah jari..haha

zatie : ayeem da mula wat perangai da tu..hehe..

zura asyfar said...

miss syasya : Triple S mmg sewel kot..haha..batul la tu dia weng ngan Qash je..hehe

sakeena : lawak ke? lawak la tu, tgh menaip pun da asyik gelak je..hehe :)

fallenmoon said...

Hahaa...jahat btl Ayeem..:) Smbg lagi kak zura :D

zura asyfar said...

moon : Ayeem da start wat jahat kat Qash..hehe

itu_aku +_^ said...

cpt smbung..
nk lg

Qwerty said...

adakah little ayeem coming soon?
hahaha
=)

liyana said...

ayeem sngt2 nkal..
so sweet..sengih + glak je bace entry kali ni..
cpt2 la smbung ye..('_')

zura asyfar said...

itu_aku : br nk cr idea ni..hehe

qwerty : maybe :)

zura asyfar said...

liyana : btol2..ayeem da mula nakal..hehe

~ kite yg menaip ni pon da lenguh pipi asyik sengih je depan lappy..haha

.:kiwi:. said...

yaa... gelak sblm tido...

sabojela dgn jerung tu. klu kte jd Qash, lampu tdo dah terbang kne kepala dia... haha XD (bahaya btul aku nih.)

zura asyfar said...

kiwi : Qash da kena 'jampi' ngn Ayeem..ikut je ape yg Ayeem nak buat..haha..kalau tak mesti mengamuk Ayeem buat cam tu kat dia :)

mady and yana said...

haha..cite laki bini...berbahagia la mereka...

zura asyfar said...

mady and yana : hehe :)

tiekqafhea said...

:) lawak lah..

zura asyfar said...

tieqafhea : lawak eh? hehe..

Anonymous said...

bru romantik~(*_*)
cmnela rupe qash jd ibu ek??huhu..

zura asyfar said...

anonymous : romantik? hehe..
rupe Qash jdik ibu? tak tau la..haha..