:: My gangS :: TQVM

Tuesday, February 22, 2011

My Little Shark - 17





Episode 17









“Qash, turun jap”

“apa ade ma?”

Aku berjalan laju menuruni tangga ke tingkat bawah. Ada apa la dengan mama ni. Boleh je terjerit kat aku malam-malam buta macam ni. Baru je nak menyibukkan diri nak online facebook tadi.

“Qash, nape tak bagitau Ayeem nak balik sini? Tengok malam ni mama pun masak sket je”

Kata-kata dari mama tu buat jantung aku berdegup kencang. Ayeem balik sini? Aku cepat-cepat bergerak ke ruang tamu rumah.

Ayeem kelihatan tersenyum manis memandang aku dengan mama. Aku menggosok mata berkali-kali macam tak percaya dengan apa yang aku tengok sekarang.

Papa tak ada sebab pergi outstation ke JB, kalau tak dia mesti gembira tengok Ayeem balik. Dan aku memang la ada jugak rasa gembira bercampur pelik.

“sayang, abang dah balik. Miss you damn much

Aku yang statik tak bergerak macam patung cendana kat depan sofa tu terkejut bila tiba-tiba je dipeluk erat oleh Ayeem. Mama dah tersipu-sipu memandang aku bila Ayeem selamba je mencium bibir aku. Aku rasa pipi aku dah merah sekarang, malu bila Ayeem buat macam tu.

“Qash, bawak Ayeem masuk bilik dulu. Nanti kita makan malam sama-sama”

Tegur mama sambil bergerak ke dapur. Aku yang masih terkejut dipeluk Ayee tu still tak bergerak. Lakonan apa yang sedang berlaku sekarang ni? Aku tak rasa semua ni macam real sebab tadi Ayeem sempat mengenyit mata ke arah aku tadi.

“jom masuk bilik. Penat ni”

Ayeem tarik tangan aku dan kitaorang sama-sama mendaki ke tangga menuju ke bilik Ayeem. Haila, aku rasa macam tak sedap hati je sekarang ni. Aku rasa Ayeem baik pelik dengan aku ni macam nakkan sesuatu je. Lagipun esok pagi dah hari flight dia ke UK. Tu pun aku tak bagitau mama dengan papa lagi. Perjumpaan dengan dia hari tu pun aku terpaksa menipu diaorang yang Ayeem akan balik dalam masa terdekat. Dan mereka percaya bulat-bulat je cakap aku.









“aku datang nak ambil barang sket, malam ni aku tidur sini”

Tangan aku dilepaskan kasar sebaik saja masuk ke bilik. Aku diam je bila dengar cakap Ayeem tu. Aku hanya berdiri kat tepi katil dia sambil memandang dia menggeledah rak buku yang ada kat penjuru bilik. Kan dah cakap, kedatangan dia ke sini bukannya saja-saja. Mesti nak sesuatu contaohnya ambil buku-buku dia semua ni. Dah la tu sempat lagi berlakon depan mama seolah-olah kitaorang ni pasangan bahagia yang baru je berjumpa lepas lama terpisah .

“err, nak saya tolong ke?”

Aku cuba menawarkan pertolongan walau hati aku rasa sedih sangat dengan perbuatan dia kat aku. Walau apa pun dia tetap suami aku yang sah. Takkan nak lawan cakap dia pulak. Aku tak nak lagi menempah dosa. Yang ada pun dah tak tertanggung ni.

“letak buku ni dalam beg”

Arahnya lalu membawa buku-buku pasal study dia ke atas lantai. Aku tengok je dia bergerak ke almari pakaian dia yang berpintu enam tu. Dipunggahnya pakaian-pakaian dia yang masih baru dan pakaian lama ditinggakan macam tu je. Habis bersepah ambal dengan pakaian dia yang bertaburan kat lantai. Aku mengeluh perlahan.

Aku mengambil buku-buku yang ada kat lantai dan terus memasukkan ke dalam luggageluggage Polo bersaiz 48” tu. yang ada kat sisi katil. Banyak jugak la buku yang dia nak bawak tu, hampir je penuh satu

“kau tak sedih ke aku nak tinggalkan kau?”

Aku terkejut dengan kata-kata Ayeem tu. Terus je stop tangan aku yang masih menyusun buku-bukunya.

“haa? Emm sedih jugak”

Lurus je aku jawab pertanyaan Ayeem tu. Takkan nak jawab tak sedih pulak kot. Aku rasa Ayeem macam saja ja tanya aku soalan macam tu, sebab aku nampak dia tersenyum sinis pandang aku.

“okla tu kalau sedih. Aku nak biar kau sedar sket”

Tersentap hati aku bila dengar Ayeem cakap macam tu. Air mata yang nak mengalir aku tahan. Aku rasa aku dah tak patut lagi menangis depan dia macam hari tu. Malam lepas aku jumpa dia hari tu pun, aku dah banyak menangis. Sampai bengkak mata pagi keesokkannya.

Aku diam je dengar kata-kata Ayeem tu. Tak rasa nak balas sebab aku rasa mesti dia akan cakap sesuatu yang lebih membuat aku sakit hati. Dan jalan terbaik adalah mendiamkan diri je.








“Ayeem, kenapa tak tambah nasi tu? Makanla banyak sket”

Mama tegur Ayeem masa kitaorang makan malam sama-sama kat meja makan. Kalau ikutkan hati aku, langsung tak ada mood pun nak makan malam ni. Yela, esok Ayeem akan tinggalkan aku, nak ada mood macam mana lagi.

Tapi terpaksa jugak aku turun teman Ayeem makan sebab tak nak mama curiga dengan kitaorang. Yela, takkan baru je berjumpa dah tak bertegur sapa pulak.

“cukupla ma, dah kenyang ni”

Ayeem tersenyum sambil menggosok perut dia tu. Aku hanya terdiam bila Ayeem memandang aku sekilas. Susahnya nak berlakon ni kalau hati tengah sedih. Tak tertelan nasi dibuatnya.

“Qash, sendukkan Ayeem lauk ayam merah tu?”

Mama suruh aku. Aku pandang Ayeem dan Ayeem pandang mama. Last-last aku terpaksa jugak sendukkan lauk tu ke pinggan nasi Ayeem bila mama dah mengerling mata ke arah aku. Haila, jangan la aku kena marah dengan Ayeem pasal hal ni.

Aku tengok macam nak tak nak je Ayeem sambung makan nasi. Dia terpaksa menambah nasi bila dah terlebih lauk dalam pinggan. Aku tengok mama senyum je pandang aku dengan Ayeem. Ayeem pulak buat muka masam pandang aku.

“makanla jangan tenung abang je, tau la rindu”

Hampir tersedak aku yang tengah mengunyah nasi tu. Mama dah tergelak kecil tengok aku. Ayeem pun sama, siap tolong gosok-gosok belakang aku lagi.

Ayeem menghulurkan segelas air laici ke arah aku dengan senyuman yang tak dapat dipastikan. Aku sambut dan terus meneguk air. Haila, perit rasa tekak ni bila tersedak ayam merah. Dahla pedas lagi tu.

“lainkali makan jangan tenung abang, kan dah tersedak”

Selamba je Ayeem sound aku depan mama. Mama apa lagi sampai berair-air mata ketawa tengok aku. Aku cuma terdiam je dengan muka yang rasa amat malu. Tak agak-agak betu perangai Ayeem sekarang, tak macam dulu dah. Dah jadi kuat mengusik pulak.












“sini kejap”

Ayeem panggil aku masa aku tengah berjalan nak ke dapur. Dia tengah tengok rancangan apa entah kat channel Astro tu kat ruang tamu. Sebenarnya aku nak pergi buat air kat dapur. Rasa dahaga pulak malam-malam macam ni.

“buat kopi satu”

Selamba je Ayeem order air dengan aku. Aku tak tau nak cakap apa hanya mengangguk kepala dan terus ke dapur. Pelik jugak dengan perangai Ayeem ni, dulu cakap tak suka minum kopi malam-malam sebab takut tak boleh tidur. Takkanla nak berjaga pulak malam ni? Macam tak logik je rasa sebab esok dah nak bertolak.

Lima minit semuanya siap. Aku cuma buat milo panas je sebab aku tak boleh minum benda-benda berasaskan kopi sebab ada gastrik.

Perlahan-lahan aku letakkan secawan kopi Ayeem tu atas meja kopi. Aku rasa setiap pergerakan aku dipandang tak lepas dari Ayeem. Rasa macam kekok pulak kena pandang macam tu. Aku kembali berdiri sebelum tangan aku ditarik perlahan. Aku tengok Ayeem senyum je pandang aku. Serius, aku betul-betul pelik dengan perangai dia yang sekejap baik dan sekejap macam heartless. Seram pun ada jugak ni. Betul ke Ayeem yang ada depan mata aku sekarang?

“dudukla jap, takkan dah nak tidur kot?”

Aku duduk kat sofa L-shape sebelah Ayeem tu. Serius aku cakap, aku rasa tubuh aku dah sedikit menggeletar. Bukan sebab apa, Ayeem menggenggam erat tangan aku macam tak nak lepas. Dahla badan dia tu rapat gila dengan aku.

“dear, i miss you so much”

Tiba-tiba Ayeem merebahkan kepalanya atas bahu aku. Tangan dia yang sebelah lagi merangkul erat pinggang aku. Rasa macam dah tersekat semua saluran darah kat badan aku ni. Aku hanya mampu memejamkan mata dan kaku tak bergerak. Kalau la aku dengan dia macam dulu, memang aku dah peluk pun dia tapi bila ingat apa yang dah dibuat kat aku, aku rasa macam sakit hati je.










Aku keluar dari bilik air lepas mencuci muka. Rasanya dah pukul 12 lebih tadi sebelum aku masuk bilik air. Kena tidur awal la nampaknya sebab esok pagi-pagi kena bersiap hantar Ayeem pergi airport pulak.

“Qash, aku tidur sini malam ni”

Terkejut aku bila dengar suara Ayeem yang ada kat sebelah aku. Nasib tak terjatuh towel yang aku pegang dengan tangan. Dia tersengih memandang aku.

Aku berjalan cepat-cepat untuk menyangkut towel kat penyidai. Aku perasan Ayeem dah duduk bersila atas katil aku sambil menjenguk laman facebook yang terbuka kat laptop.

Haila, mimpi apa pulak yang tiba-tiba nak tidur billik aku ni? Biasanya aku tidur seorang je selama ni, dan ada la jugak dua tiga kali aku tidur dalam bilik dia tu. Bukan apa, kalau tidur bilik dia mesti aku dengan dia ter’accident’macam malam tu so aku kalau boleh tak nak lagi perkara macam tu berlaku lepas apa yang terjadi ni.

Aku gigit bibir perlahan. Tengok Ayeem still lagi sibuk meniarap menghadap laptop aku kat katil. Aku dah mula menguap. Macam mana nak tidur ni kalau dia dah conquer katil sorang-sorang?

“jom la tidur”

Ayeem tiba-tiba tutup laptop dan letak kat meja sisi tepi katil. Tiba-tiba aku rasa macam cuak je. Bukan apa, dah lama aku tak tidur dengan Ayeem. Yang last hari tu pun sehari sebelum aku bergaduh dengan dia. Rasa macam janggal pulak sekarang ni.

“jom la”

Dia tarik tangan aku dan merebahkan diri atas katil. Aku hanya tidur mengiring membelakangi dia. Rasa tak sanggup je nak tengok muka dia sekarang ni sebab esok aku takkan tengok dia lagi. Aku tahan rasa sedih dalam hati.

Lampu tidur di tutup, hanya kelihatan cahaya samar-samar je dari lampu jalan menyisip masuk ke bilik melalui langsir tingkap yang jarang. Aku cuba paksa diri tidur walau rasa macam nak menangis. Rasa sebak sangat kat dada sekarang ni.

“nape tidur pandang sana? Tak baik tau membelakangi suami”

Aku terkejut bila dengar suara Ayeem dekat dengan telinga aku. Rasa meremang bulu roma tiba-tiba. Dahla suara dia romantik semacam je, boleh je lemah iman kalau macam ni.

Aku perlahan-lahan dari tidur mengiring tukar posisi ke melentang. Aku rasa tangan Ayeem melingkari pinggang aku. Aku kaku tak bergerak. Setitis air mata jatuh jugak ke pipi.

“kenape ni?”

Tanya Ayeem lembut. Aku dah tak tau apa rasa hati aku sekarang ni. Rasa macam terharu je dengan kata-kata Ayeem tadi. Aku rasa macam Ayeem dah kembali macam Ayeem yang dulu. Ayeem yang takkan cakap kasar dengan aku.

“syyh..Don’t cry..I’m here”

Ayeem menarik tubuh aku rapat ke tubuh dia. Erat dia peluk tubuh aku sambil aku menangis tersedu-sedu kat bahu dia. Qash, apa yang jadi dengan kau sekarang ni? Aku pun tak tau.

“dear, I love you so much”

Ayeem berbisik perlahan kat telinga aku. Aku seolah-olah terpukau dengan kata-kata dia dan memeluk erat tubuhnya. Qash, kau dah gila agaknya sekarang ni. Kau sedar tak yang Ayeem tu dah nak tinggalkkan kau esok? Aku menggeleng kepala tanda tak nak dengar semua tu. Aku hanya nak ada dalam pelukan Ayeem je sekarang ni. Aku nak lepas rindu dengan dia puas-puas sebelum dia pergi.

“dear”

Aku merungkaikan pelukan aku dari tubuh Ayeem. Dia tersenyum manis sambil mencium dahi aku. Jari dia menyeka air mata aku yang masih mengalir membasahi pipi.

“abang nak sesuatu ngan sayang sebelum abang pergi”

“nak ape?”

Aku buat muka blur. Ayeem nak apa pulak dengan aku ni?

“nak sayang”

Ayeem terus mengucup bibir aku dan memeluk aku erat. Aku memejamkan mata dan membalas pelukan dia. Qash, kau betul-betul buat kerja gila malam ni.








Aku hampir terbangun lewat pagi ni sebab tidur lewat semalam. Dah Qash yang kau baik hati sangat ‘layan’ Ayeem semalam tu kenapa? Entahla, aku pun tak tau kenapa aku mudah sangat mengalah dengan Ayeem semalam. Qash kau tau tak, yang kau akan bawa kenangan tu selama empat tahun nanti?

Pukul 9 pagi kitaorang dah bertolak pergi airport. Mama awal-awal pagi lagi dah pergi kat butik dia so memang mama takkan syak la. Kalau mama ada susah jugak aku nak bersoal-jawab dengan mama. Yela, nak jawab apa kalau mama tengok aku dengan Ayeem tengah punggah luggage masuk kereta. Takkan la cakap nak pergi honeymoon pulak sebab minggu depan dah mula sem akhir aku kat kolej.

Aku sebenarnya rasa macam pening sikit dari tadi tapi maybe sebab tak cukup tidur kot semalam. Tapi bila Ayeem suruh drive kereta dia terpaksa jugak aku drive. Katanya dia nak rest saja sebelum naik flight. Aku pulak jadi baik hati terus je setuju. Lagipun tak jauh sangat airportjammed. tu dengan rumah kitaorang. Tak sampai lima belas minit pun kalau jalan tak jammed.










Lepas parking kereta kat kawasan airport tu, kitaorang berjalan masuk macam biasa. Tangan Ayeem tak lepas pegang tangan aku. Aku hanya nampak dia tersenyum je dari tadi. Excited kot nak pergi sedangkan hati aku merintih pilu kat dalam dada.

“jaga kereta aku baik-baik tau, jangan ada calar pun. Kalau tak, siap kau”

Aku yang mendengar pesanan ‘penaja’ dari Ayeem tu hanya terdiam dan menggangguk je. Entah kenapa aku rasa macam serabut je dan pening je dengan keriuhan orang ramai kat airport ni. Tak tau la kalau-kalau aku terlampau sedih dengan perkara ni.

Kitaorang duduk dulu kat ruang menunggu sebab ada setengah jam lagi sebelum waktu Ayeem berlepas. Aku tengok je Ayeem yang ada kat sebelah aku. Aku nak ingat rupa dia betul-betul dan simpan dalam memori aku.

“Qash”

“hmm”

“nanti aku tak ada, jangan layan lelaki lain tau. Lagi satu, tiap-tiap bulan aku bank-in duit untuk kau. Kad kredit tu kau simpan je la kot-kot nak shopping

Aku buat-buat senyum je dengar Ayeem cakap tu. Aku sebenarnya tak peduli pun dengan duit dia lagi sebab aku nak dia je sekarang ni. Nak je aku menjerit kat dia tapi tak terluah.

“Ayeem”

“ape?”

Ayeem berpusing tengok aku. Aku gigit bibir perlahan. Qash, cakap je la yang kau tak nak Ayeem tinggalkan kau. Cakap kat dia yang kau tak sanggup nak berpisah dengan dia.

“diaorang dah umumkan tu. Aku kena pergi ni”

Ayeem bangun sebelum aku sempat bagitau dia. Aku mengeluh perlahan dan terus je berdiri.

“takecare”

Ayeem sempat mengucup dan memeluk aku. Air mata aku dah mula mengalir. Aku cuba pegang tangan dia sekejap. Dia tengok aku lama sebelum melangkah.

“Ayeem, please don’t leave me!

Aku sempat menjerit selepas Ayeem bergerak beberapa langkah. Tiba-tiba aku rasa macam sakit sangat kat kepala. Aku pegang kepala aku dengan dua-dua tangan. Aku sempat tengok Ayeem berpusing pandang aku sebelum semuanya jadi gelap gelita.



P/s : rasa macam tak kena je entry kali ni...Ape pun plz komen yer :D

20 comments:

X0X0?? n0o0o0o way!!! said...

nak lagi..cm sikit jer..pe yg jd kt qash??
mntk2 qash pregnant n ayeem x jd g uk..huhu

Anonymous said...

kn dh agk apa ayeem nk...hukhuk
cian qash...dh byk air mata mgalir demi ayeem.
ayeem..qash dh myesal.maafknla dia....

.:kiwi:. said...

SIS, SUKAAAAAAA!!!!!
haa... caps gitu... huhu... ja=gnlah pergi Ayeem... stay... klu tak kte gi aiport hambat dia... haha...
eh, Qash? mengapakah?? (sambil angkat² kening) XD

liyana said...

ayeem xjd p..
n qash pregnant..
btol x???

^___^
smbung2...eeee,xsbrnye

Anonymous said...

sambung la. bestnya

miss syasha said...

haishh ! =.=" peningku melihat kerenah ayeem,, mengada betul la dia,, nak ke UK segala,,sian qash,,kan dah tak pasal2 qash pengsan,, huhuhuhu,,

tiekqafhea said...

kesian qash. best kan lagi cite ni kak zura! biar ayeem pergi. qash pening sikit je.. lepas tu baru boleh buat gempak! mesty syok!

zura asyfar said...

xoxo : pendek sket hrni..hehe

~ idea anda diterima ngn senang hati :D

anonymous : tu la pasal...hrp ayeem maafkan aqash bila tau qash sakit :)

kiwi : nk gi kerj ayeem? ok jugak tu

~ qash sakit kot? :P

liyana : maybe :D

anonymous : ok2..

miss syasya : tu la ayeem jahat betol..hope dia berubah bila tau qash sakit :D

zura asyfar said...

tiekqhafhea : haha..kalau wat cm tu kan, 100 episode tak abes lg cite ni..hehe

Shamien said...

best!!N QASH is pregnant!!yeay!!pepandai aku je!!hahaha...sis, dont let him go!!

nisha aini said...

jgn la pegi ayeem....sian qash.... mesti gash pregnant kan3 cpt2 smbung...best3

fallenmoon said...

Jangan pergi Ayeem!!! Qash pregnant tu!

Anonymous said...

sob sob sob....

hrmm.. terharu sgt2 part nie..serius u!

ayeemmmm.. tolong jgn tinggalkan i baby!

i need u for the rest of my life...

tolong bang.... jgn tinggalkan qash... qash meryu sgt2 pada abang... i luv u abang... plis... jgn pergi abang... qash sayang abang...
tolong bang.. jangan pergi.. janagn tinggalkan qash sendirian...

hahaha.. akhirnya terluah juga perasaan yg terbuku dalam kalbuku.. kalau aku jadi qash.. aku akan meryu-rayu pada ayeem.. pujuk ayeem... jgn tinggalkan aku... qash syg abang... qash cinta abang... jgn pergi bang... jgn tingalkan qash disini sendirian... tolong bang.. tolong.... qash tak mampu hidup sendirian tanpa abang disisi lagi... qash rindu sangat kat abang.... peluklah qash abang...

zura asyfar said...

awin : haha...dr hr tu lg nk qash pregant..hehe..

~ ayeem tak kan pergi kot? :P

nisha: tak pergi kot? qash pregnant? hmm (tgh pk2 ni)hehe...

moon : ayeem tak gi kot..qash pregnant lg? hehe..tgu je :D

zura asyfar said...

anonymous: thanks for ur luahan hati tu..mmg best..kalau zura jd ayeem mmg dh tharu gila la..

~ anda leh gnti tmpt zura ni jd writer citer ni..hehe

syada said...

haha...semakin menarik citer ni
rasenye cam qash x pregnant je..msti dia stress...2 yg pengsan...
xkan ayeem sggup tgglkn qash..
nk lg..hehe
x sbr nk taw ape yg jd...

zura asyfar said...

syada : maybe jgk kot..stress pon leh pengsan jugakkan cz jd high BP..

~ ayeem tak tau la sgup tgalkn qash atau tak cz kite tak tau ape ade dlm otak dia tu..

~ hrp2 smpt taip tuk esok :D

einaa_akemi said...

buat la ayeem tak jadik pegi..cian kat Qash

Anor said...

pandai zura ye buat suspen je...qash dh
pengsan pulak, cian dgn qash akan ditinggalkan
suami...sampai hati ayeem nk tggalkan qash
kata sayanglh, cintalah tapi tinggalkn qash.
samada qash tu pengsan sebab stress ataupun
pregnant kan??? jgnlah ada penyakit kronik
pula...hai makin lama makin best ni...
sentiasa menjadi pembaca setia menunggu
n3 baru dari zura....rasanya esok ada lagi
tak n3 baru...kalau ada sayanglah dgn zura
tak menghampakan pembaca yg setia hehehe....

zura asyfar said...

eina_ekemi : hehe...tgu jer next epius :D

anor : saspen lg ke?

~ kalau takde entry hr2 tak syg ke? hehe :P