:: My gangS :: TQVM

Wednesday, December 22, 2010

My Little Shark 4.1

“Qash, what’ve U done?”

Aku rasa suara papa dah kalah P. A system kat majlis kahwin. Kuat gila, sampai bergema ruang tingkat atas. Aku tunduk je pandang lantai. Aku tengok Triple S pergi ambil laptop dia yang rosak tu dan peluk ke dada. Aku perasan pipi dia basah. Dia menangis?

“kalau tak suka sekali pun dengan Ayeem, takkanla sampai nak pecahkan laptop dia pulak”

Aku ketap bibir perlahan. Memang aku tak suka pun Tripple S tu. Disebabkan dia la, hidup aku dah jadi tak bebas.

“hari tu Qash calarkan kereta dia. Hari ni rosakkan laptop dia. Esok, nak bunuh dia pulak ke?”

Papa geleng-gelengkan kepala. Aku tahu la aku ni bukannya perempuan yang baik tapi aku tak ada lagi niat sampai nak bunuh orang. Aku buat macam tu sebab nak balas dendam je pasal dia kiss aku hari tu. Ala setakat main-main je. Triple S tu yang manja, sikit-sikit pun nak sentap. Apa punya lelaki la macam tu. Aku tahan gelak dalam hati.

“Qash main-main je” Aku selamba jawab soalan papa.

“main-main apa macam tu? Sampai rosakkan laptop dia. Tu kan hadiah terakhir dari arwah papa dia”

“ala, kalau rosak beli je la yang baru. Apa susah, bukannya tak ada duit pun”

“Qash, Qash sedar tak apa yang Qash buat ni dah melampau?” Papa menjegilkan matanya ke arah aku.

“tu pun nak kecoh” Aku mencebik.

“face it dear. He’s your husband right now. Bukannya kawan-kawan Qash yang senang-senang Qash boleh buli. And U should show your respect to him” Suara papa mula lembut. Nak memujuk aku la tu.

“Papa yang buat decision kawinkan Qash dengan dia. Sampai tak tanya langsung pun kat Qash. And now, papa nak suruh Qash respect dia? It’s so ridiculous pa and papa tak boleh nak salahkan Qash dalam hal ni” Aku kuatkan sedikit suara. Rasa panas je hati saat ni.

“Qashrynna, sedar tak apa yang Qash cakap ni?” Suara papa mula naik. Tadi dah slow.

“Qash sedar pa, sebab tu la Qash cakap pasal ni kat papa. Qash dah bosan hidup macam ni. And I hate this arranged marriage, menyusahkan hidup je” Aku berpeluk tubuh dan bersandar kat dinding.

Aku perasaan Triple S berdiri kat pintu bilik dia tengok aku dan papa bertekak. Mama pulak jadi pemerhati je. Maybe nak tengok siapa yang menang kot dalam sesi bertekak ni.

“Qash tau tak yang kalau bukan arwah papa Ayeem, mesti kita dah hidup merempat kat kaki lima. Jadi papa harap sangat Qash takkan layan Ayeem macam tu. Kita kena kenang budi orang. Lagipun papa buat semua ni sebab nak tengok Qash bahagia”

Aku mencebik. Asyik-asyik cakap pasal kenang budi. Sebab kenang budi la aku terperangkap dan terpaksa kahwin dengan Triple S. Papa tak tanya aku langsung pun masa tu, terus setuju dengan wasiat arwah papa Ayeem kononnya. Bahagia ke aku saat ni? Memendam rasa ada la.

“dah la pa. I’m too tired to talk about this. I need my own space, nak ada hidup Qash sendiri. Bukannya 24/7 kena menghadap suami. I’m only 20 and still young

Aku tengok papa sedikit mengeluh. Mungkin kecewa dengan sikap aku. Memang aku ni jenis keras kepala sikit. Tapi tak boleh ke aku nak luahkan pendapat aku sendiri? Aku tak nak hidup kat bawah telunjuk orang lain.

so Qash nak ada hidup sendiri la? Tak nak duduk dah dengan papa dan mama?”

as I wish” Jawab aku sepatah. Mata aku still tak lepas pandang Triple S yang mula menghampiri mama. Sebuah jelingan maut aku hadiahkan padanya.

“Ayeem?”

go to hell la” Aku menjawab perlahan. Aku tau papa dengar. Saja je aku cakap macam tu.

“Qash, watch-out your words. Jangan cakap ikut sedap mulut je. Dia ada perasaan jugak”

Papa tegur aku. Aku buat muka toya. Sayang sangat dekat ‘anak kesayangan’ dia tu. Tak boleh aku salah cakap sikit pasal dia, mesti kena marah je. Ni la agaknya macam peribahasa Melayu cakap ‘kera di hutan disusukan, anak kat rumah mati kelaparan’. Aku pun ada perasaan jugak la.

“habis tu Qash ni tak ada perasaan la? Boleh suka-suka marah, boleh suka-suka campak?”

“Qash, that’s not what I mean. Kita kena la jaga perasaan orang lain jugak, bukan perasaan kita sorang je”

Aku mengeluh lagi. Papa ni nak start ceramah pasal hati dan perasaan pulak kat sini. Tak tau ke sekarang ni dah malam.

“ Qash penatla pa, nak tidur sekarang. I’m off” Aku pantas berlalu meninggalkan papa dan mama serta menamatkan sesi diskusi yang menyakitkan otak. Aku tengok Triple S hanya tunduk pandang lantai. Kalau dia pandang aku pun, tak ada keinginan pun nak tengok muka dia. Menyampah lagi ada la.


***************************************************


Aku golek kiri kanan atas katil. Tak boleh tidur. Still teringat dengan perbualan papa tadi. Bila la masalah aku ni nak selesai? Memang menyerabutkan otak yang memang tengah serabut. I need to clear this thing right now. Kalau tak, memang sampai esok pagi pun aku tak boleh tidur.

Aku tukar pyjama dengan skinny jeans serta baju longsleeve jenama B.U.M.S. Mekap lebih kurang dan rambut diikat dengan ponytail. Aku berjalan perlahan ke tangga sebab tak nak bagi siapa-siapa dalam rumah ni dengar. Niat kat hati memang nak lepaskan perasaan yang memang tengah serabut ni. Kunci kereta dalam laci kat ruang tamu aku ambil. Wedges yang baru beli tu aku sarung kat kaki.

Handset Nokia C5 aku tekan-tekan dengan jari. Bila jumpa nama Sofya kat menu contacts, terus aku tekan butang call.

“hello” Handset dilekapkan kat telinga sambil tangan satu lagi mengawal stereng kereta.

haa Qash..Lama tak dengar cite? Apa hal call aku ni?” Bingit je dengar dari background sound dari suara Sofya. Mesti ada kat kelab ni.

“kau ade kat club ek? Aku nak jumpe kau ni”

“yup as usual. Datangla sini, kebetulan aku ada organize birthday party”

“ok, set. Jumpa kau kat sana. Bye” Butang end call aku tekan.

Ok Qash, let’s get the party started. Dah lama pun kau tak buat kerja macam ni. Sekali sekala apa salahnya. Takkan nak duduk terperuk je kat rumah malam-malam minggu macam ni, tak chill langsung. Aku tengok jam kat tangan, baru pukul 12.30 malam. Hmm..Malam masih muda apa. Kita enjoy dulu.

1 comment:

Miezan :) said...

Ohhh.. Dieorang dah kahwin rupanya.. Best! Best! :D