:: My gangS :: TQVM

Tuesday, February 7, 2012

CERPEN DUET : AKU BENAR-BENAR CINTA


as- salam dan selamat pagi...malam ni takde smbungan citer Erk! Kahwin Dengan Duda tu cz lappy tak berapa sihat td..juzz dpt on9 ngn fon jer..anyway ni nk share cerpen duet sy dgn Rinsya Ryc


* ni dh last part --> Aku Benar-benar Cinta (part 3)...

*Mengapa Kau Rasa (Part 2 )
* boleh klik dua link kt atas ni kalo nk bace part 1 n part 2...hope enjoy :D





AKU DUDUK termenung jauh memandang ke arah kanak-kanak yang tengah bermain di taman permainan di hadapanku. Inilah hobi aku setiap petang selepas pulang dari kerja. Melihat gelagat pengnjung-pengunjung ke sini sedikit sebanyak bisa mengubatkan hatiku yang dilanda kesunyian.

Bunyi jeritan seorang anak kecil yang berumur dua tahun lebih yang sesekali ketawa riang dikejar oleh abang-abangnya mungkin menyentap lamunanku. Mataku asyik memandang budak perempuan kecil itu sambil hatiku diusik dengan rasa sesuatu. Sesekali bibirku mengukir senyum melihat telatah mereka. Kalaulah aku dengan Rizuan dah ada anak, tentu dia mungkin akan sebaya dengan budak perempuan itu.

Tanpa sedar, sebuah keluhan terbit dari bibirku. Terfikirkan Rizuan, hatiku dijerut rasa sayu. Sejak hampir tiga tahun aku berpisah, bayangnya sudah langsung tiada di depan mataku. Entah ke mana dia menghilang pun aku tidak tahu. Aku pula seakan segan untuk menziarahi bekas mertuaku walau adiknya Rania agak baik denganku. Entahlah, mungkin dengan terfikir yang aku dengan mereka tiada lagi sebarang hubungan membuatkan aku jadi seperti orang asing dengan mereka.

Pukk!
Aku memejamkan mata apabila terasa ada sesuatu yang menghentam kepalaku. Selepas beberapa ketika, aku kembali mencelikkan mata. Kelibat dua orang budak lelaki dengan budak perempuan kecil tadi tercegat di hadapanku membuatkan aku sedikit pelik.

“Errr..Kak..Saya mintak maaf.” Ujar seorang budak lelaki yang sedikit rendah dari seorang lagi. Mungkin juga dia ni adik kepada budak lelaki sebelahnya itu. Aku memandang mereka dengan tidak berkelip. Seketika kemudian barulah aku tersedar bila kepalaku terasa sedikit sakit. Ah! Kena bola rupanya, patutpun sakit. Rungutku dalam hati.

“Tak pe...” Aku hulurkan senyuman pada mereka berdua.

“Terima kasih kak..”

“Sama-sama. Lain kali hati-hati tau.” Pesanku. Dan mereka berdua mengangguk perlahan.

Budak lelaki itu mengambil bola yang berada di hujung kaki aku.Namun pandanganku masih tidak berkelip melihat budak perempuan comel itu. Sungguh hatiku benar-benar terpikat dengan kecomelannya. Dan budak perempuan itu hanya tersenyum memandangku sebelum mereka bertiga kembali bermain di taman. Aku menghela nafas panjang sebelum mengatur langkah pulang ke rumah.



****


“Ari...” Tegur mak sewaktu aku ingin membuka pintu bilik. Aku toleh ke arah mak yang kini sedang melabuhkan punggung di sofa ruang tamu. Mak perhatikan wajahku lama sebelum menghela nafas panjang.

“Kenapa mak?” Tanyaku lembut.

“Duduk dulu...” Tegur mak bila aku masih lagi berdiri macam patung di depan pintu bilik.

Aku mengambil tempat duduk di hadapan mak. “Kenapa mak?” Tanyaku lagi. Mak pandang raut wajahku lama-lama sehingga aku mula rasa tak selesa.

“Mak nak suruh Ari kahwin lagi?” Aku teka dan aku tahu tekaan aku kali ini betul.
Sejak akhir-akhir ini mak asyik mengungkit kedudukan aku sebagai seorang janda dan hidup aku yang sentiasa diburu kerja. Aku akui sepanjang beberapa tahun ini sejak berpisah dengan Rizuan, aku letakkan kerja sebagai keutamaan. Hasilnya, aku boleh berbangga dengan butik aku sendiri dan aku harap mak pun begitu juga.

“Tahu pun Ari. Mak harap sangat Ari buka pintu hati Ari. Yang sudah tu sudahlah. Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya...”

“Tapi mak, Rizuan sendiri yang tinggalkan Ari. Mak nak Ari percayakan lelaki macam tu ke?” Aku tekankan suara sebab aku dah susah hati dengan permintaan mak yang satu ini. Aku tak la desperate nak kahwin sangat buat masa sekarang.

“Mak tak kata Ari kena kahwin dengan Rizuan lagi. Sebab tu mak cakap yang sudah tu biarlah sudah dan Ari kena bina hidup baru. Lagipun tak semua lelaki macam Rizuan, Ari...”

“Kalau mak nak sangat Ari kahwin, mak ada calon untuk Ari ke?” Tanyaku malas-malas. Mak tegakkan badan memandang aku dengan wajah berseri.

“Betul Ari nak? Mak ada seorang calon dan mak tahu dia mampu jaga Ari dengan baik...” Ujar mak bersungguh-sungguh. Aku tercengang tanpa kata. Tak sangka mak dah ada calon secepat ini walhal hati aku masih tertutup untuk sesiapapun.

“Mak...” Aku tarik nafas panjang.

“Ari dah cakap dan Ari tak boleh tarik balik kata-kata Ari.” Tegas suara mak sehingga aku jadi cemas. Jujur aku tak teringin nak kahwin semula sejak Rizuan ceraikan aku dengan talak yang tidak pernah aku impikan. Tiga tahun aku cuba padamkan nama dia dari ingatan namun aku gagal. Andai kata dia tidak buat keputusan mendadak seperti itu, kami tidak akan terpisah kerana aku tahu masih ada rasa cinta yang datang menyeru.

“Mak, Ari bukan tak nak kahwin... Nanti-nantilah tunggu Ari stabil.” Aku cipta alasan juga walaupun aku tahu alasan aku tidak sekukuh mana.

“Mak tak suruh Ari kahwin dalam masa terdekat ini. Mak suruh Ari berkenal-kenalan dengan dia aje... Hujung minggu ni Ari jumpa dia ya...”

Aku menutup mata rapat-rapat. Mak tak faham hati Ari... Mak tak pernah nak faham!



****



AKU meletakkan pembaris besi di atas meja sambil mengeluh kecil. Fikiran aku benar-benar terganggu tetapi aku tak tahu kenapa. Jantungku berdenyut kuat sehingga peluh merenik jatuh ke dahi. Aku dapat rasakan sesuatu tetapi aku tak pasti apa yang aku rasa saat ini.

“Kenapa sis?” Sebuah pertanyaan terbit di bibir Diana untuk aku. Aku geleng-geleng kepala kecil.

“Diana, sis rasa nak ambil angin kat luar dulu. Diana boleh jagakan kedai sekejap?” Pintaku sambil melemparkan pandangan ke arah gadis cantik itu. Diana senyum dan mengangguk.

Okay no problem. Sis pergilah lapangkan minda tu... Macam serabut aje Diana tengok.”

“Thanks ya...” Aku bergegas mengambil beg tangan yang aku simpan di laci meja sebelum melangkah keluar dari butik aku. Aku menghela nafas panjang melegakan perasaan aku yang kian berkecamuk.

Setelah setengah jam aku merayau-rayau entah ke mana, akhirnya aku kembali ke kedai dengan perasaan yang sedikit tenang.

Aku melangkah masuk ke butik tepat pukul 3 petang dan saat itu tubuh aku bagaikan terpaku di muka pintu butik. Aku pandang wajah Rizuan yang sedang duduk di atas kerusi tenang membelek-belek majalah. Setelah tiga tahun... Dia masih kacak, dia masih mempesonakan... Dan dia masih mempunyai aura yang mampu menggetarkan naluri aku.

“Sis, nasib baik sis dah balik. Ada pelanggan ni...” Diana menarik tanganku memasuki butik. Saat mata Rizuan terjatuh di wajahku, dunia ini seakan-akan terhenti. Rizuan nampak terkejut dan spontan berdiri. Aku tertunduk menahan debaran di hati. Sebenarnya masih tersimpan sedikit harapan untuk menemui dia, menyemai kasih bersama. Tetapi aku tak tahu nak mulakan macam mana. Tiga tahun cukup lama untuk aku menanti Rizuan dan aku harap, Rizuan juga turut rasa apa yang aku rasakan saat ini.

“Abang.... Okay tak?” Seorang gadis tiba-tiba keluar daripada bilik persalinan.

“Ah? Okay...” Rizuan menjawab dengan sedikit tergugup. Senyuman manis dilemparkan pada gadis cantik yang masih meneliti pakaian pengantin itu. Hatiku mula sakit. Pedih terasa hingga ke ulu hati.

Aku memandang wajah Rizuan lama. Namun dia hanya memandangku tanpa perasaan sebelum memandang kembali gadis yang bersama dengannya tadi.

“Kalau okay, kita ambil baju ini untuk function tu okay tak? Sya nak tukar baju dulu, abang tunggu kat sini ya...” Gadis itu menghadiahkan Rizuan senyuman manis sebelum kembali berlalu masuk ke bilik persalinan. Pandanganku berbalam-balam dan jantungku terasa pecah saat ini apabila melihat Rizuan berbalas senyum pada gadis itu.

“Bakal isteri dia...” Bisik Diana kepadaku.

“Isteri?” Tapi ayat itu cuma bergema di hatiku yang paling dalam. Untuk kesekian kalinya, aku jadi wanita paling bodoh kerana mengharap sesuatu yang tak akan terjadi.

“Apa khabar?” Sapa Rizuan mematikan lamunanku. Aku senyum terpaksa.

“Ah... Baik...” Balasku pahit. Baik? Hahaha! Hanya Allah yang tahu betapa tersiksanya aku kerana perpisahan antara kami terjadi. Hanya Allah saja yang tahu saban waktu aku mengharapkan dia untuk mengambil aku sebagai isteri. Hanya Allah saja yang tahu bahawa detik nafasku ada nama Rizuan di hati ini. Baik ke tu?

“Dah kahwin?” Pertanyaan Rizuan umpama petir yang memanah diriku. Aku tertunduk pedih.

“Tak...”
Dia diam, aku turut diam sehingga bakal isteri dia muncul di hadapan kami.

“Abang bayar ya...” Manja liuk lentok gadis itu menghiris jiwaku. Aku gigit bibir kuat menahan rasa sakit yang mencucuk-cucuk dada.

“Kita orang pergi dulu. Thanks...” Dan aku mengangguk-angguk tidak berhenti sehingga Diana memegang lenganku.

“Kenapa sis?”
Soalan Diana kubiarkan sepi. Aku mengambil beg tangan aku yang terletak di atas meja dan berlalu pergi membawa hati yang terluka. Hari ini, mungkin Allah nak nampakkan kepada aku, tak semua benda yang aku ingini akan aku dapat waima aku tersangat-sangat mengingini dia setiap detik. Hari ini, Allah nak tunjukkan kepada aku, supaya aku dapat melupakan Iqmal Rizuan kerana dia sudah mempunyai pengganti di sisinya. Hari ini.... Air mata aku mengalir lagi.


***


CERAI DAH masuk tiga tahun, mak tak faham kenapa Ari masih lagi terfikirkan tentang dia. Mak tahu bukan Ari nak berpisah dengan dia tapi kalau mak jadi Ari, mak dah lama lupakan tentang dia...” Kata-kata mak tidak mampu membuat aku tenang. Aku pandang mak meminta dia untuk faham perasaan aku.

“Mak nak tanya, sepanjang kau orang kahwin dulu, ada dia sentuh tubuh Ari? Ada?”
Aku tidak mampu menjawab soalan mak kerana hakikatnya, Rizuan memang tidak pernah sekalipun mengusik diriku. Air mataku jatuh lagi ke pipi.

“Ari tak nampak ke Rizuan memang tak ada perasaan kat Ari? Kalau tak, mesti Ari tak bercerai dengan dia... Kalau tak, mesti hari ini Ari bukan janda berhias... Ari buka mata Ari besar-besar. Pandang jauh ke hadapan. Masa depan Ari masih panjang. Jangan asyik nak ikut perasaan Ari aje.” Tekan mak lagi.

“Tapi mak... Ari sayangkan dia...”

“Mak cakap Ari kena lupakan Rizuan! Jangan jadi perempuan yang tak ada harga diri, mak tak suka!” Tempelak mak pada diriku. Air mataku berhambur sehingga terbit esakan di bibirku.

“Ari kena terima hakikat, tak ada jodoh antara dia dan Ari. Ari faham tak?”
Ari tak faham mak! Ari tak nak faham! Jerit batinku kuat.

“Hujung minggu ni, mak dah aturkan Ari untuk jumpa dengan Nafeez. Ari kenal-kenal dengan dia. Mak sendiri dah cakap pada Nafeez yang Ari janda dan dia terima Ari seadanya. Jadi tak ada sebab kenapa Nafeez tak nakkan Ari.” Kata-kata mak menyentap seluruh jiwaku. Jauh di sudut hatiku, aku kecewa dengan sikap mak sehingga sanggup menceritakan kisah anak dia ini kepada orang luar.

“Ari jumpa Nafeez dulu... Mak nak yang terbaik untuk Ari.”

Dan aku terus masuk ke bilik tanpa menunggu kata-kata mak lagi. Permainan hati dan perasaan itu terlalu sukar untuk diungkapkan waima perasaan itu adalah perasaan aku sendiri. Tetapi aku tahu, aku kena lupakan Rizuan dari hidup aku.




***



“NAFEEZ...” Aku amati wajah Nafeez tanpa kata.

“Duduklah...” Pelawa Nafeez sambil menghadiahkan aku senyuman dia. Aku tak tahu kenapa jantung aku berdetak laju sehingga terasa serba tak kena.

“Marlisa Arianni...”

“I know... Your mom dah bagi tahu saya serba sedikit tentang awak. Nice to meet you...” Nafeez tersenyum lagi. Kali ini kedua-dua pipinya kelihatan terletak sepasang lesung pipit. Mak tak salah buat percaturan tentang Nafeez, dia kacak, dan dia juga nampak begitu baik. Tetapi Nafeez tidak mungkin dapat menghilangkan sebaris nama di hatiku.

“Hurmmm...” Balasku kecil. Aku elak renungan mata dia yang membuat aku rasa semakin janggal di sini.

“Awak dah pernah bersuami, kan?” Pertanyaan Nafeez aku balas dengan renungan sinis.

“Ada masalah ke?” Tanyaku memandang wajahnya tajam. Nafeez senyum sebelum menggeleng kepala.

“Awak cantik...” Pujinya.

“By the way, saya baru berkenalan dengan awak. Tak sangka mulut awak manis sangat.” Sindir aku padanya.

“Cik Marlisa, saya puji kalau benda tu nampak betul di mata saya. Dan saya tak puji semata-mata nak ambil hati awak. Saya ikhlas.” Balas Nafeez tenang. Aku mendengus kasar.

“Kalau awak tak ready nak mulakan satu perhubungan baru dengan saya, saya tak kisah... Kita masih boleh berkawan...” Nafeez tetap memandang wajahku sambil tersenyum lebar.

“Awak betul-betul nak jadi suami saya ke?” Tanyaku seakan tidak percaya. Dia memandang meja restoran lama sebelum melemparkan renungannya ke wajahku.

“Awak pilihan mama saya, dan saya tahu pilihan mama saya tepat. Saya perlukan isteri yang mampu menjaga makan minum saya... Saya perlukan isteri yang setia untuk saya. Dan awak orangnya.” Ucap Nafeez penuh yakin. Aku menghela nafas panjang sebelum hati aku berkata, saya perlukan suami yang mencintai saya...

“Nafeez? Kau buat apa kat sini?” Suara itu membuat jantungku terasa berhenti berdegup. Aku toleh perlahan.

“Ari?”” Bisikan suara Rizuan menyeru namaku jelas pada pendengaranku.
Sekali lagi, aku diuji begini. Nafeez berdiri mencapai tangan Rizuan mesra.

“Wan! Kenalkan bakal isteri aku...” Ucap Nafeez tersenyum lebar. Aku terkedu. Rizuan nampak terkejut.

“Marlisa Arianni...” Nama aku meniti di bibir Nafeez tetapi masa ini seakan-akan terhenti untuk aku dan Rizuan. Aku pandang dia lama dan dia turut memandang aku tanpa kata.

“Emmm, duduklah Wan, aku dan Marlisa belum order apa-apa lagi... Kita makan sama je lah...”

Pelawaan Nafeez seakan menjerut leher aku sendiri. Makan bersama Rizuan seperti tidak pernah berlaku apa-apa antara kami adalah terlalu mustahil bagi aku. Sukar untuk aku ungkap kata-kata yang aku amat tidak selesa dengan keadaan sekarang.

“Nafeez, saya rasa saya nak balik dulu. Ada hal...” Ucapku lantas mencapai beg tanganku. Rasanya aku tidak sanggup untuk berada di dalam situasi ini. Bakal suami dan bekas suami. Seolah-olah aku kelihatan sebuah objek di hadapan mereka.

“Awak ada hal?” Tanya Nafeez terkejut.

“Saya minta maaf... Saya pergi dulu...” Aku pergi tanpa memandang wajah Rizuan kerana aku tak nak berhadapan dengan Rizuan lagi. Cukuplah setakat ini. Cukuplah. Hati aku merintih pilu.

Dan sewaktu aku membuka pintu kereta, tangan aku di tahan. Aku toleh ke arah orang itu dan dia adalah Rizuan. Kolam mataku terasa panas dan tanpa sedar air mataku luruh ke pipi.

“Kenapa?” Tanyaku. Rizuan membisu tanpa kata. Perasaan aku terdera bila tangannya masih memegang erat tanganku. Kalau tak sayang, kenapa kejar aku sampai ke sini? Kalau sayang, kenapa pegang tangan aku lagi? Kalau sayang kenapa dulu sanggup tinggalkan aku? Ah! Hatiku mula keliru.

“Saya minta maaf, saya terpaksa pergi sekarang...” Aku tolak tangan dia yang melekat pada tanganku dan terus berlalu masuk ke dalam kereta. Aku pandu kereta dengan fikiran kosong sekosong kosongnya.


***


‘PETANG NI jumpa saya kat tasik depan butik awak. –Nafeez- ’
Aku hela nafas panjang membaca pesanan ringkas daripada Nafeez. Mesti mak yang berikan Nafeez nombor aku ini. Aku pejam mata rapat-rapat sebelum sambung menjahit semula.

Pukul 5 petang aku jalan kaki menuju tasik berhadapan dengan butik aku dengan rasa berdebar-debar. Langkah aku terhenti seketika. Setiap kali jantung aku berdebar-debar, Rizuan pasti akan muncul. Adakah ini petanda yang Rizuan turut serta dengan kedatangan Nafeez? Mustahil Ari! Terlalu mustahil. Aku pujuk diri sendiri untuk terus melangkah ke arah Nafeez yang sedang duduk di tepi pokok menghadap tasik.

“Assalamualaikum...” Sapaku pada Nafeez. Dia sambut salamku dan mengarahkan aku supaya duduk di sisinya.

“Apa khabar?” Soal Nafeez lembut. Aku senyum sambil mengangguk kepala.

“Kenapa nak jumpa saya?” Tanyaku padanya. Dia termangu-mangu sebentar sebelum melirik ke arah aku.

“Hari tu, awak pergi macam tu aje...”
Aku mengerut kening sebelum teringat tentang pertemuan kami yang pertama hari itu.

“Oh. Saya minta maaf pasal hari tu terus blah macam tu aje...” Aku tersengih kecil. Nafeez tersenyum lucu.

“Tak apa, saya faham...” Balas Nafeez lembut. Seketika kami berdiam lagi. Aku tak tahu nak cakap apa-apa sebab memang tak ada isu yang nak dicakapkan.

“Rizuan, lepas awak pergi, dia ada jumpa saya.”
Aku terpaku mendengar kata-kata Nafeez. Jantungku berdebar-debar menunggu ayat seterusnya daripada Nafeez.

“Saya tak sangka wanita yang selalu Wan cerita pada saya itu ialah awak...”
Aku pandang wajah Nafeez penuh tanda tanya.

“Tiga tahun lepas, saya terlanggar seorang lelaki yang tengah berlari melintasi jalan. Lepas dia sedar tiga hari dari koma, dia sebut-sebut nama seorang wanita. Tak henti-henti sampai doktor terpaksa bagi dia ubat pelali. Lepas dia sedar, dia menangis macam dunia dah nak kiamat. Saya tanya dia kenapa dia jadi macam tu, dia kata dia dah lepaskan wanita yang paling dia sayang. Dia kata pada saya yang dia terlalu bodoh untuk lepaskan awak tetapi dia terpaksa sebab awak tak pernah bahagia hidup dengan dia. Dia kata pada saya lagi, hati dan perasaan dia dah hancur, dia menyesali apa yang telah berlaku. Waktu itu saya kagum pada dia. Walaupun dia rasa dia gagal, tetapi pada saya dia berjaya menjadi seorang pencinta.
Arianni... Kalaulah awak lihat sendiri dengan mata kepala awak macam mana dia teruskan hidup sepanjang tiga tahun ini tanpa Ari dia, awak akan tahu betapa dia memaksa diri dia untuk tersenyum walhal senyuman itu sudah lama mati untuk bibir dia. Dia rindukan awak saban waktu... Dia tak pernah lupakan awak walaupun sesaat...” Kata-kata Nafeez jauh tersemat masuk ke dalam jiwaku. Air mataku mengalir satu persatu walaupun sedaya upaya aku tahan.

“Dan saya tahu awak turut kehilangan senyuman awak sejak terpisah dengan Rizuan awak...” Bisik Nafeez jelas pada pendengaranku.

“Pulanglah pada dia. Dia menanti awak saban hari tanpa rasa jemu...”

“Tapi dia dah ada girlfriend.” Aku seka air mata di pipi. Cuba berlagak untuk jadi kuat.

“Jadi sebab tu kita kena kahwin.” Ucapku tegas. Nafeez terpanar dengan jawapan aku tetapi aku tidak peduli lagi. Biarlah masa yang menentukannya.

Sewaktu aku melangkah pergi, aku nampak bayangan satu susuk sedang duduk di belakang pokok. Bila aku toleh, aku nampak Rizuan tengah duduk berteleku di situ. Aku tak tahu bagaimana menggambarkan perasaan aku saat ini. Rizuan awak intip saya ke? Hati kecil ku berbisik sayu.


****


“MINGGU DEPAN akad nikah aje. Ari tak nak majlis besar-besar lagipun Ari bukan macam anak dara lain.” Muktamad keputusan aku.

Mak seperti kecewa tetapi dia tetap menerima keputusan aku. Nafeez? Sudah tiga minggu menghilang diri entah ke mana. Mama dia dan mak aku yang menguruskan segala-gala tentang perkahwinan ini. Hanya ada akad nikah dan makan-makan sedikit untuk sanak-saudara terdekat. Itu saja sudah cukup untuk aku kerana sebenarnya aku tidak mengharapkan sebuah perkahwinan. Jauh di sudut hati, aku dapat rasakan Nafeez juga turut tidak mengingini perkahwinan ini. Cuma mungkin sudah tiba masanya untuk aku melupakan sejarah lama.

“Nafeez dah macam ni, anak mak lain pula halnya... Pening kepala mak.” Adu mak. Aku diam tidak menjawab. Aku sedar aku anak yang dah banyak menyusahkan hati mak dan aku sedar mak terlalu risaukan aku sejak dulu.

“Ari tak kisah mak... Cuma Ari segan nak buat kenduri besar-besaran... Mak kan tahu keadaan Ari macam mana...” Aku cuba pujuk mak walaupun aku tahu hati mak terluka. Mak nak yang terbaik untuk aku tetapi aku seperti tidak ambil endah dengan keputusan yang dia ambil.

“Ye lah mak tahu...” Ucap mak lemah. Aku menghulurkan senyuman di bibir. Mak tahu aku tak suka majlis besar-besaran. Seperti kali pertama aku berkahwin dengan Rizuan. Rizuan... Batinku menjerit sepi.


***


LANGKAH AKU terpaku melihat kelibatan Rizuan bersandar di dinding bersebelahan pintu butik aku. Tak tahu nak balik semula atau terus menapak menghampirinya. Jiwaku terasa berat saat ini kerana aku sedar aku tidak harus melarikan diri darinya lagi. Akhirnya aku melangkah menghampiri dia dan berdiri memandang wajah kusutnya.

“Rizuan.” Seruku kecil. Dia yang masih tertunduk mengangkat wajah memandang aku tenang. Dia masih terlalu kacak. Kekacakannya inilah yang menyebabkan aku jatuh cinta sewaktu remaja. Kekacakan dialah yang membawa duniaku penuh warna-warni sehingga aku lupa diri. Tetapi aku sedar aku tidak layak untuk dia kerana lelaki semuanya sama, inginkan wanita yang sempurna serba-serbi bagi mendampingi seluruh hidupnya... Seperti wanita yang memanggil Rizuan sebagai ‘abang’ tempoh hari.

Melihat dia hanya terpaku memandang aku, aku menghela nafas dalam-dalam. “Kenapa nak jumpa saya?” Tanyaku tenang. Rizuan tertunduk lagi tanpa kata. Aku mula resah dengan pertemuan ini.

“Awak tahu yang saya dah nak kahwin?” Tanyaku memandang tepat ke anak matanya. Dia mengangguk kecil dan aku rasakan saat ini dia menanggung beban di hati yang teramat sangat. Wajahnya benar-benar membuatkan jiwaku bergelora.

“After this, I beg you please don’t show your face in front of me.” Ucapku pedih. Hatiku turut sama memberontak tetapi aku kekal berdiri tabah. Dia menelan air liur berkali-kali seperti hendak meluahkan sesuatu padaku.

“Please go now.” Aku beralih ke arah pintu dan mengeluarkan kunci dari beg tangan. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku ingin menghamburkan air mata saat ini. Demi dia.

“Ari...” Dia sentuh tanganku sehingga segala pergerakan aku terhenti. Jantung ini berdegup kencang tanpa aku sedari.

“Saya benar-benar cintakan awak...” Ucapnya dengan suara yang bergetar hebat.
Serentak itu, air mataku jatuh berderai tidak berhenti. Awak tahu Riz, lama saya tunggu ucapan awak yang satu ini? Awak tahu Riz, Saya cukup lama menunggu awak? Awak tahu, Riz? Saya cukup tersiksa dengan keputusan awak melepaskan saya pergi begitu sahaja? Tetapi kerana cinta, saya dera hati dan perasaan saya saban hari tanpa henti...

Jauh di sudut hatiku, aku mengharapkan kedatangannya sebagai seorang putera menghulurkan tangan untuk aku. Nanti, walaupun seburuk mana istana kami, asalkan dia jadi raja, aku sudi jadi permaisurinya...


***


“DIA TAK kisah...” Ucap Rizuan jauh meresap ke dadaku. Aku menghela nafas.

“Tapi saya bersalah pada dia...” Aku tuturkan juga rasa hatiku padanya. Mama Nafeez terluka dengan keputusan aku dan aku turut melukakan hati mak. Cuma mak seakan-akan merestui aku kerana dia cukup sedar hati anak dia ini terikat utuh pada Rizuan.

“Awak ada perasaan pada dia?” Tanya Rizuan mengecilkan suara. Aku tercengang memandang wajahnya yang seakan-akan berjauh hati. Aku cubit tangan dia kecil sebelum gelak perlahan.

“Tak lah! Awak ingat saya ni buruk laku ke nak simpan hati untuk dua orang lelaki pada masa yang sama?” Tanyaku mengusik. Rizuan memandang wajahku dengan pandangan yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Sinar matanya seperti menyatakan cintanya yang terlalu besar untuk aku. Dan aku terlalu menyenangi pandangannya itu.

“Jadi cuma sayalah?” Tanyanya umpama seorang lelaki yang menunggu luahan perasaan dari seorang wanita. Aku menarik senyuman sinis. Entah kenapa hati aku jadi ragu sesaat.

“Yang awak tu? Keluar beli baju dengan perempuan lain tu apa cerita?” Tanyaku sinis. Dia terpinga-pinga hairan.

“Bila?” Tanyanya dengan nada tak bersalah. Aku ketap bibir geram.

“Ada! First time awak datang butik saya.” Tekanku sambil mencerlang memandang dia. Dia tersengih lebar.

“Yang itu stock tambahan. Kalau tak jumpa awak, takkan nak hidup membujang...”
Ya Allah! Sakitnya hati aku...

Aku tampar lengan dia berkali-kali dengan kuat sehingga dia berdiri menjauhi diriku.
Okay... Okay... Stop.. Stop... Sakitlah sayang...” Dia menyeringai memandang wajahku. Aku gigit bibir bawah.

“Lagi nak gatal, siap awak.” Ucapku dengan nada amaran.

Jauh di sudut hatiku, aku terlalu mengharapkan kali ini ikatan yang bakal kami simpulkan akan jadi lebih kuat daripada sebelumnya. Aku tidak sudi terluka untuk kali kedua.



***


AKU duduk di atas katil dengan perasaan berdebar-debar. Rasa ini seperti kali pertama aku kahwin dengan Rizuan dulu tapi pada masa tu, Rizuan seperti nak tak nak aje bersama dengan aku. Jadi aku tak ada lah hairan sangat. Namun perasaan kali ini amat berlainan.

“Ari.” Panggil Rizuan lembut apabila aku seperti hilang dalam khayalanku sendiri. Dia melabuhkan punggung di sebelahku di atas cadar yang berhias indah. Tanpa sedar, tangannya memegang lembut tanganku. Sungguh, debaran di dadaku seolah-olah bagai terhenti seketika.

“Err..” Lidahku seakan kelu untuk bersuara. Sungguh, aku keliru untuk memanggilnya dengan panggilan apa. Nama atau pun panggilan yang lebih sesuai sebagai tanda hormatku padanya.

“Kenapa ni?” Soalnya lagi apabila melihat aku seakan tergagap-gagap untuk bersuara.

“Tak ada apa-apa lah.” Dalihku cuba menghilangkan rasa debar. Ya Allah, sabar je lah. Jantung pun dah rasa seakan mahu melompat aje dari badan. Aku meramas tangan sendiri walau terasa hangat jemari Rizuan mengelus lembut jemariku.

“Tak sangka kan kita dapat bersama balik.” Suara Rizuan menampar lembut ke telingaku yang masih dibaluti tudung. Aku tahu yang dia sedang memandang ke arahku namun mata aku tidak mampu untuk bertentangan dengannya. Rasa segan bercampur berdebar itu makin melonjak kala terasa tangannya mula menjalar di pinggangku.

“Emm.” Itu aje yang mampu aku balas. Terasa peluh mula merenik-renik ke dahi walau di dalam bilik aku tu sudah dipasang penghawa dingin. Kehangatan itu seakan bertambah apabila tubuh Rizuan terasa rapat dengan tubuhku.

“Ari.” Panggil Rizuan lagi dengan nada suara yang makin membuatkan lututku hampir menggigil. Kali ini tangannya mula memaut bahuku supaya bertentang mata dengannya.
Sesaat mataku berlaga dengan matanya yang langsung tidak berkelip memandangku. Dan sesaat kemudian aku menunduk. Segan apabila dipandang dengan cara begitu.

“Kenapa tak pandang abang?” Soalnya lagi apabila melihat aku hanya menunduk memandang cadar. Aku sedikit terkejut. Abang? Dia membahasakan dirinya abang? Tanpa sedar, tangannya mula memegang erat tanganku dikucup lembut oleh bibirnya. Aku sedikit terpana dan spontan mengangkat muka memandangnya.

“I love you sayang.” Ungkap Rizuan perlahan seraya bibirnya sudah selamat sampai di dahiku. Bulat mataku melihat wajahnya yang hampir-hampir dengan wajahku. Terasa darah ditubuh ini berhenti mengalir buat seketika.

“I’m truly fall in love with you, sayang. Sejak pertama kali kita jumpa lagi.” Luah Rizuan yang kala di pendengaran aku tu berbunyi ikhlas. Mataku bergenang seketika. Agak terharu dengan kata-kata yang diungkapkan. Namun otakku ligat memikirkan kembali kata-katanya itu. Jadi betullah kata-katanya dulu semasa kami sedang belajar yang dia memang sayang dan cintakan aku? Tapi kenapa caranya ketika itu seolah-olah mempermainkan hati aku sehingga aku mula membencinya? Apa niatnya? Sengaja membuat hati aku menderita walhal memang aku akui yang aku memang mencintainya?

“Sayang..Please say something. Jangan buat abang macam ni.” Pinta Rizuan apabila melihat aku masih diam membisu. Aku memandang sekilas ke arahnya sesaat sebelum memandang ke arah lain. Memang aku terharu tapi ada lagi rasa tidak puas hati lagi dalam hatiku ini.

“I don’t know.” Balasku selepas beberapa ketika mendiamkan diri. Aku terdengar Rizuan mengeluh lemah dan seraya melepaskan pegangan di tanganku. Dia bingkas bangun dan mula mencapai tuala di rak penyidai. Mungkin kecewa dengan reaksi aku tadi dan terus ke bilik mandi.

Aku meraup wajahku perlahan sambil menggigit bibir. Berdosakah aku apabila tidak menghindari kata-kata Rizuan tadi? Ah Ari, kau memang ego! Macam mana kau boleh bersetuju untuk kembali berkahwin dengannya jika perasaan cinta dan sayang kau pada dia tu tetap tidak berubah dari dulu? Hatiku mula mengutuk tindakanku pada Rizuan.





RIZUAN HANYA terdiam apabila berada di meja makan. Aku memandangnya dengan perasaan serba salah. Aku lihat dia menyuap nasi ke mulut tanpa memandang langsung ke arahku. Manakala aku pula hanya menguis nasi di dalam pinggan. Langsung tak ada selera untuk menjamah makanan yang terhidang walaupun sejak tengah hari tadi lagi aku tungkus lumus memasak. Entahla, mungkin selera itu sudah mati apabila melihat wajah Rizuan yang langsung tidak beriak. Beku dan dingin.

Hari ini sudah dua hari selepas kejadian malam itu. Kini kami kembali ke rumah yang baru di belinya. Berbeza langsung dengan keadaan dulu yang hanya menetap di rumah keluarganya.

“Riz.” Panggilku dengan perlahan apabila dia hanya tertunduk menyuap nasi ke mulut. Seketika pandangannya bersabung denganku.

“Hmm.” Rizuan hanya mengguman dan kembali menyuap nasi. Aku menelan liur. Marahkah lagi dia padaku pada hal dua hari lepas?

“Awak masih marah kan saya ke?” Soalku lagi memberanikan diri. Aku lihat dia tidak jadi meneruskan suapan dan memandang tepat ke arahku.

“Aku memang marah.” Balasnya tanpa nada. Dia mengangkat pinggannya dan terus berlalu ke dapur. Aku terpempan seketika. Dia bahasakan dirinya aku? Mana panggilan abang yang dia bahasakan pada dua hari lepas? Apakah aku tidak lagi berpeluang untuk mendengar dia membahasakan dirinya sebegitu? Ya Allah, beratnya dugaan pada hambaMu ini.

“Aku kena pergi outstation kejap lagi. Pergi Penang.” Tiba-tiba suaranya menampar pendengaran telingaku semasa aku masih lagi ralit melayan fikiran. Aku terdiam dan hanya memandangnya yang sudah beredar menuju ke tingkat atas. Outstation? Soal hatiku dengan penuh persoalan. Bukankah tempoh cuti kahwinnya masih lagi berbaki tiga hari?

Cepat-cepat aku mengemaskan meja makan dan menuju ke dapur. Beberapa minit kemudian aku menuju ke tingkat atas dengan langkah yang tergesa-gesa. Entah mengapa hatiku terasa tidak sanggup lagi untuk berpisah dengannya saat itu.

Tiba di pintu bilik, aku lihat Rizuan tengah menyusun pakaiannya ke dalam beg. Saat itu hatiku terasa pilu. Begtiu mudah dia mahu meninggalkan aku disebabkan dua hari lepas. Adakah kata-kata sayang dan cinta yang bermain di bibirnya itu hanya palsu? Namun hatiku cepat-cepat menolak. Tidak baik berburuk sangka pada suami sendiri.

“Riz..Pease don’t leave me.” Tuturku perlahan seraya melangkah laju ke arahnya yang sedang berdiri. Tanpa sedar kedua-dua tanganku memeluk pinggangnya dari arah belakang. Air mataku yang bergenang dari tadi mula gugur ke pipi.
Suasana sepi seketika. Hanya bunyi penghawa dingin yang menderu perlahan. Namun air mataku makin lebat membasahi pipi kala kedua tanganku yang melingkari pinggang Rizuan itu dirungkaikan.

“Kau kan tak suka tengok aku kat sini. So better aku pergi je.” Balasnya selepas berpaling secara berhadapan denganku. Pantas aku bertentang mata dengannya. Terasa sesak nafasku ketika ini bila dia berkata begitu. Rizuan, sudah hilangkah cinta kau padaku?

“Tak Rizuan. Saya tak cakap apa pun. Saya-saya tak sanggup tengok awak tinggalkan saya lagi.” Ujarku dalam tangisan yang masih lebat. Hilang sudah rasa malu pada Rizuan kala ini.

“Habis tu kenapa kau macam tak percaya aje cakap aku malam tu? Kalau aku tak sayang dan cintakan kau, tak adanya aku sanggup rampas balik kau dari Nafeez.” Ujar Rizuan dengan suara bergetar. Aku tahu dia sedang menahan marah. Merah padam mukanya menandakan segala-galanya.

“Saya....saya tak tahu.” Aku jawab dengan tangisan yang mulai reda. Sungguh aku tak tahu untuk berdepan soalannya itu. Ah Ari! Pedulikan je semua tu. Kau patut bersyukur yang Rizuan sanggup kembali pada kau! Hatiku memberi nasihat.

“Asyik-asyik cakap tak tahu! Kau ingat aku ni...” Tanpa sempat Rizuan menghabiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu ke arahnya lalu mengucup lembut bibirnya. Selepas beberapa saat, aku menolak tubuhnya dan ingin melarikan diri. Sungguh aku malu ketika itu.

“Ari.” Panggil Rizuan sebelum aku sempat mengatur langkah dari situ. Sebelah tangannya mula menarik pinggangku supaya rapat dengannya. Malu dengan keadaan itu, aku hanya memejamkan mata saat tubuhku sudah dipeluk erat olehnya.

“Lupakan segalanya Ari. Let’s gone by gone. Kita mulakan hidup yang baru lepas ni.” Bisik Rizuan perlahan ke arah telingaku sebelum kucupan hangat dihadiahkan ke pipi. Saat mata aku terbuka, sebuah senyuman lebar terpamer di wajah kacaknya.

“Riz..” Aku cuba memanggil nama Rizuan namun kata-kata aku itu terhalang apabila jarinya menyentuh lembut bibirku.

“Don’t call me Riz. Panggil abang, sayang.” Balasnya sambil mengenyitkan mata. Bibirku mula menguntum senyum.

“Tak jadi pergi Penang lah kan?” Soalku dengan nada sedikit manja. Manalah tahu kalau-kalau nak pergi Penang jugak lepas ni. Mahunya aku merengek untuk ikut sekali.

“Pergi tapi lepas Asar nanti.” Balasnya. Aku mengerutkan dahi. Kenapa lepas Asar? Tadi macam beria-ia saja nak pergi.

“Kenapa lepas Asar?” Soalku tanpa memahami senyum yang masih lebar di bibir Rizuan.

“Abang ada kerja sikit.” Balasnya seraya menarik tanganku supaya kami sama-sama duduk di birai katil. Sekali lagi dahiku berkerut. Ada kerja apa pulak ni?

“Kerja?”

“Yup.” Dia tersengih.

“Kerja apa masa ni?” Pelik aku dengan kata-katanya.

“Kerja dengan sayang lah. Lepas tu baru kita pergi bertolak ke Penang. Honeymoon kat sana seminggu.” Balasnya dengan ketawa kecil. Aku yang mula-mula tidak faham dengan kata-katanya mula membulatkan mata apabila tangannya mula menyentuh lembut belakangku.

“Abang!”

Jeritku sambil ingin mencubit lengan Rizuan namun pantas dia melarikan tangannya. Hissh! Gatal betul! Namun aku mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga. Segalanya sudah terlerai. Semoga bahagia akan menjadi milik kami selamanya. Amin.



~ I LOVE HAPPY ENDING :D ~


9 comments:

akubersamaCahya said...

me too... dalam hidup kita nak hanya yang terbaik, dan sentiasa mintak yg buruk2 dijauhkan.... ;)

best!

mizz acu said...

i like it too

RinsyaRyc said...

Like happy ending too ... ehek .. happy ending tu impian smua org <3

zura asyfar addy rifqhiey said...

@akubersamaCahya


betul tu...btw thanks :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@mizz acu


hehe...kan :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc


hehe...tau takpe :)

Yohana Baby said...

Salam,zura congrate untuk SSiD...saya dah beli n baca untuk secomd time..dengar2 ssid nk dijadikan drama..congrate juga..

santai@lieza said...

sis kat mana saya nk baca cerpen AKU TAK PERCAYA CINTA dan MENGAPA KAU RASA

Sutra hrsunway said...

Terkejut saya...ingat nak pisah lagi....huhu...
Tq God
Good 1^^