:: My gangS :: TQVM

Monday, March 14, 2011

My Little Shark - End Part 1



My Little Shark-End Part 1





“Ayeem tak sedar lagi. Nasibla peluru tu tak kena jantung dia”

Aku rasa macam macam ada batu besar je yang baru menghempap tubuh aku bila dengar mama cakap yang Ayeem tak sedar. Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir laju membasahi pipi. Aku pegang perut yang masih belum menampakkan bentuk dengan tangan. Apa la nasib hidup aku ni? Lepas satu-satu je hal yang menimpa. Banyak sungguh ujian untuk aku dengan Ayeem.

“sabarla Qash. Syukurla Ayeem tak ada apa-apa. Nanti dia sedar la tu”

Mama memujuk aku yang masih mengalirkan air mata. Aku teresak-esak menangis di bahu mama.

“Qash kena kuat k”

Mama sambung lagi. Doktor cakap kandungan aku tak ada apa-apa yang jadi masa aku jatuh tu cuma ada sikit bleeding je. Tapi aku kena banyak rehat la, maybe esok atau lusa baru boleh keluar dari hospital kot.

“tapi Qash nak jumpa Ayeem ma”

Aku cuba bangun dari katil hospital. Drip IV kat tangan langsung tak dihiraukan. Aku nak tengok Ayeem. Walau baru lima jam kejadian tu berlaku, aku rasa macam dah lama sangat tak jumpa dia. Ni kan dengan keadaan dia sekarang, lagi la aku nak jumpa.

“jangan, Qash tak boleh pergi mana-mana. Kena bedrest dua tiga hari ni”

Mama dah bangun untuk menghalang aku turun dari katil. Aku pandang mama dengan wajah sayu.

“ma, please. Qash nak tengok Ayeem sangat ni”

Air mata aku mengalir lagi.

“Qash, dengar sini k. Papa ada tunggu Ayeem tu. Lagipun papa cakap Ayeem dah stabil tu”

Mama pegang dua-dua bahu aku. Lambat-lambat aku mengangguk.

“esok-esok kita pergi yer. Qash rehat dulu k”

Aku terus baring balik kat katil sambil mengeluh perlahan. Takkan tak nak ikut nasihat doktor pulak kan? Lagipun aku kena fikir pasal kandungan aku jugak. Aku tak sanggup lagi nak biarkan diaorang terdedah dengan bahaya.










Dua hari lepas tu.....




Aku berjalan perlahan-lahan sambil ditemani oleh mama ke bilik yang menempatkan Ayeem. Aku menarik nafas perlahan. Qash, kau kena kuat ok. Mama pegang tangan aku sambil mengangguk kepala.

Aku bukak pintu bilik perlahan. Aku tengok papa ada kat situ menemani Ayeem. Bila aku pandang atas katil, aku tengok Ayeem terbaring lesu. Wajahnya pucat. Dadanya berbalut. Air mata aku menitis lagi.

“pa”

Mama panggil papa. Papa berpaling dan tengok aku dengan mama. Dia bangun dan memimpin aku ke arah Ayeem yang terbaring. Aku duduk kat kerusi sambil pandang sayu wajah dia.

“Ayeem, Qash datang ni”

Aku ambil tangan dia dan mengucup perlahan. Air mata aku menitis terkena tangannya. Kemudian tangannya aku letak kat pipi aku.

“Ayeem, bangun la”

Aku seru nama dia lagi namun Ayeem tetap terbaring kaku. Hanya nafas dia sahaja yang kedengaran.

“Qash, mama ngan papa keluar jap. Apa-apa hal call la k”

“ok”

Papa dengan mama pegang bahu aku sebelum keluar dari bilik. Aku kembali menoleh ke arah Ayeem. Kalau Ayeem tak sedar macam mana? Qash, please jangan fikir negatif ok. Dia cuma cedera kat dada je bukannya koma terus.

“Ayeem, bangunla. I need you. Our babies too”

Air mata aku gugur lagi. Aku tertunduk menahan tangis.









Sebulan lepas tu....




“Qash, panggil Ayeem makan”

“ok, kejap”

Aku yang berada kat dapur tu terus je melangkah pergi ke tangga. Tinggal Zara je yang tengah menghidang lauk-lauk atas meja makan. Abang Ariz atau abang kembar Ayeem tengah buat apa entah kat depan laman tu. Tadi nampak tengah belek-belek enjin kereta Audi dia dengan papa. Biasa la lelaki dengan kereta memang tak boleh dipiasahkan.

Aku berjalan perlahan-lahan naik ke tangga. Tak boleh laju-laju dah nak naik tangga ni. Dulu aku siap melompat dua anak tangga lagi sebab berlumba nak turun dengan Ayeem. Sekarang ni baru masuk sepuluh anak tangga pun dah termengah-mengah. Yela, kandungan aku pun dah nak masuk kat empat bulan. Tapi aku rasa perut aku macam tengah mengandung enam bulan. Haila, dah namanya pun mengandung kembar.

Sampai je kat bilik Ayeem, aku berhenti sekejap mengambil nafas. Huh, berpeluh-peluh dah dahi ni.

Bila aku pulas tombol pintu bilik Ayeem, aku tengok Ayeem tengah belek album perkahwinan kitaorang kat atas katil. Aku tersenyum tawar. Dah dekat sebulan lepas keluar hospital, ni je la kerja yang Ayeem buat sampai sekarang. Belek album kahwin dan album lama kitaorang masa sekolah dulu-dulu.

“Ayeem”

Aku peluk bahu dia dari belakang. Dia berpaling dan tersenyum je tengok aku. Aku duduk kat katik sebelah dia.

“Qash, ni kita kat Telaga Simpul kan?”

Ayeem tunjuk kat aku gambar aku dengan dia tengah duduk atas buaian kat taman permainan tu. Aku tengah tergelak sakan sebab Ayeem tolak buaian aku. Memang tak matured langsung kalau ingat walau kitaorang dah masuk lima belas tahun masa tu.

“yup. Pandai pun”

Aku cubit pipi dia. Dia tersengih.

“ni?”

Aku tunjuk pulak gambar aku tengah naik skuter yang papa baru beli kat aku.

“hmm, ni kat depan umah kan?”

Ayeem jawab sambil pandang aku. Aku buat berkerut kening.

“depan rumah ke?”

Aku usap-usap dagu tanda berfikir. Ayeem menunduk kepala. Haila, terasa la pulak. Sensitif betul sekarang ni. Kalah aku yang tengah mengandung ni.

“sorry-sorry. Ni betulla depan umah kita”

Aku dah pegang tangan Ayeem sambil mengusapnya perlahan. Dia tak berpaling pun tengok aku. Memang betul-betul merajuk ni. Kalau tengok, kalah budak umur lima tahun tak dapat makan aiskrim.

sorry la Ayeem. Qash tak terniat pun tadi”

Aku tunduk cari wajah dia. Alamak, dia menangis ke? Aku perasan matanya berkaca. Aku sedikit mengeluh.

“Ayeem, please jangan macam ni”

Aku tarik tangan dia supaya bangun namun dia tetap mengeraskan diri. Qash, kau kena banyak sabar sekarang ni. Bukannnya senang nak handle Ayeem sekarang, dia dah tak macam dulu dah. Kalau dulu, kau kutuk and cakap apa pun kat dia, dia boleh buat bodoh je. Sekarang, tersalah cakap sikit pun, dia dah sentap.

“kita turun makan dulu k. Qash dah lapar ni”

Aku gosok perut yang membulat tu depan Ayeem. Agar Ayeem faham dengan keadaan aku sekarang. Tapi dia pusing dan terus baring atas katil. Ambil selimut dan terus berkelubung sampai tak nampak kepala. Aku rasa macam nak menangis je sekarang ni.





p/S : U alls yg tertunggu-tunggu MLS, ni Zura upload dulu ending dia part-1..sorry mmg terstuck kat sini..Tapi akn disambung secepat mungkin..Anyway, enjoy :)

19 comments:

S. said...

bessssstttttttt.....mood swing la ayeem 2!

si.tudung.ungu said...

ah sudah.. npe lak ni? sensitif la pulak... ingatkan Fajie sorg je yg sensitif... rupanya Ayeem pun sama. adoyai... sis, mengapakah?

keSENGALan teserlah.. said...

kenapakah dengan ayeem?
macam ada wayar tercabut je.
erkk..

next2.

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : haha :P

kiwi : hehe..tak pasal2 ngn fajie sekali yg terkena..mengapakah dia jd sensitip? tgu eh smbungn dia :)

zatie : tekaan anda selalu je hmpir tepat..sis curious ni, mkn ape la?..hehe

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaaaaaaa..
ni mesti effect dari yang lepas ni.
ayeem jadi tak berapa betul.
macam kanak2?

woahahah. sedih lah cenggini.

kite makan roti bakar je hari2. ekekekke

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie : lbh kurg la tu cuma tak tepat je..hehe
~mmg effect dr kejadian hr tu pun..
~mkn roti bakar? hehe..western la dia tak makan nasi..hehe

Hany Nafisya said...

ish.. ngada² la ayeem tu. macam dia pulak yg pregnant.. haiyark

tiekqa fhea said...

sambung cepat2! best!

Dr.LoVe said...

knape ngan Ayeem tu? ada masalah otak ker?
baru je lepas masalah timbul pulak masalah yg lain..kasihan ngan Qash, dh lah mgandung pastu kena layan pulak perangai Ayeem tu...sabar je lah...

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Adeh, nape dgn Ayeem tu ==" mcm dia pulak yg pregnant.

liyana said...

pe jd kat ayeem ni..
sis zura suke la buat i trtnye2..
hishhhhh..
sbar jela..

Acik Lana said...

sensitipnya ayeem.. sian Qash. :'(

Zass said...

ada kemungkinan ayeem ni ekan retro amnesia! benarkah??
ke ayeem ada gangguan psycho!!!
kesian kat qash.. sabar ye qash.. sabar itu separuh dari iman..
oh ya, how about perceraian diorang tu dulu???
dah settle ke??? takut mereka bukan suami isteri lagi pulak dah.... tak ke naya nanti....
alolorr... ayeemmm... kenapa sedey2 ni hrmm..???
u r father-to-be man! jgn layan sgt perasaan rajuk tu... kesian kat isteri awak... dahlah dengan perut yg memboyot.. suami pulak buat hal... adedehh.. parah...parah... kalau berterusan begini...

sAkEeNa said...

ohoho...rasa sedih plak nk ending dh...huhu

Kakak Gengster said...

akak sambung cpt2 bfre sy balik skola :)

E-man Sufi said...

ahh sudah...apsal ayeem cmtu? cuak nih...

zura asyfar addy rifqhiey said...

all : sory lmbt bls..br je dpt on9..what happenned to ayeem? dlm ramai2 yg teka, ada sorg yg betul :)

~ tgu yer smbungan part-2 :D

Anonymous said...

saya rasa ayeem sedih kot sbb die dah ceraikan qash. tu la saje wat2 lupa. (saje nak sedapkan hati) tapi kalau cerai sebab paksaan tak sah kan.sbb c eryn tu ugut bunuh qash.(kena check ngan org yg expert dulu ni)

zura asyfar addy rifqhiey said...

anoy : yup..u r right..penceraian dia tak mmg tak sah...