:: My gangS :: TQVM

Saturday, January 29, 2011

My Little Shark - 7.2



Aku berjalan mundar-mandir dalam bilik. Mana Triple S ni? Janji petang tadi nak datang jumpa aku kat bilik pukul 9 malam. Ni dah pukul 9.15 pun. Tak ada pulak dengar pintu bilik terbuka. Hai, takkanla dah pengsan pulak kot? Ni yang buat aku nak marah ni, dahla kena tunggu lama. Huh, dia ngat aku ni dah tak ada kerja lain ke nak tunggu dia je?

Aku kerling jam kat lappy, tepat pukul 9.30 malam. Tapi Triple S belum lagi menampakkan diri. Haissh, tak boleh jadi ni, kena pergi jenguk tengok apa yang dia buat kat bilik dia tu sampai boleh lupa janji petang tadi.

Actually tadi ingat nak bincang perkara ni kat ruang tamu je tapi bimbang pulak papa dengan mama akan pasang telinga. So lebih baik bincang kat bilik je. Privacy sikit. Nak baling-baling barang atau nak berwrestling pun dah tak kisah. Cett, ayat tak boleh blah la Qash. Huhu..

Aku berjalan laju –laju menuju ke arah bilik Triple S. Sebenarnya tak ada jauh sangat pun jarak bilik aku dengan bilik Triple S. Tak sampai seminit dah sampai, dah nama pun sebelah-menyebelah.Aku terus bukak tombol pintu tanpa ketuk dulu. Dia pun bukannya kunci sangat sejak kejadian aku pecah masuk bilik dia tu.

Benda pertama yang aku nampak lepas masuk bilik dia ialah sesusuk tubuh tengah terbaring atas katil. Huh, ni yang nak naik angin ni. Sedap-sedap je dia membuta atas katil, sedangkan aku hampir je berpeluh ketiak tunggu dia datang bilik aku. Ada jugak ni yang nak kena sound dengan aku kejap lagi.

Perlahan-lahan aku berjalan ke arah katil. Sedikit dengkuran halus kedengaran. Huh, betul-betul lena ni. Tapi kenapa dahi dia nampak berpeluh je? Takkan panas pulak kot? Air-cond dah terpasang tahap maksimum lagi, dengan sliding door yang yang terbukak lagi, nak panas apa?

“hey bangun la” Aku tolak sedikit bahunya tu.

Hmm, langsung tak bergerak. Takkan tidur mati pulak kot? Sekali lagi bahu dia aku tolak. Baru badannnya bergerak sedikit. Sedar pun, ingatkan dah pengsan terus tadi. Kemudian Triple S membuka mata perlahan-lahan. Wajahnya sedikit terkejut. Hai, takkan la muka aku nampak menakutkan malam-malam macam ni? Ingat nampak vampire ke apa?

“Qash”

Sepatah suaranya keluar. Macam tak berapa dengar je, dah tu ada aura-aura serak pulak. Maybe sebab baru bangun tidur kot? Dia bangun bersila dan bersandar kat kepala katil. Macam orang sakit pulak lagaknya. Heh, ada aku kisah kalau dia sakit pun, tak ada maknanya.

“lena tidur? Patut aku tunggu tak datang-datang” Aku menjeling sinis.

sorry, tertidur tadi” Triple S menjawab perlahan.

“alasan. Penat je aku tunggu lama” Cepat je aku membalas.

Riak muka dia macam terkejut. Selepas tu dia mengeluh perlahan. Ada aku kisah ke dia buat macam tu?

“we need to talk about this” Aku berdiri depan Triple S sambil berpeluk tubuh.

“kena settle malam ni jugak ke?” Triple S bertanya.

Soalan yang aku rasa memang tak logic untuk Triple S bertanya saat-saat macam ni. Dah terang-terang lagi bersuluh petang tadi berjanji dengan aku nak bincang pasal ni, boleh pulak buat-buat tanya soalan macam tu pulak kat aku. Nak kata bodoh kan, tiap-tiap semester dapat masuk Dean list. Apa punya orang la, buat janji tapi tak nak tunaikan. Ni yang nak marah ni.

“yup. Aku kira masa dua hari tu dah cukup untuk kau berfikir kan? Lagipun aku dah penat tunggu. Lagi cepat settle hal ni, lagi baik”

Dia mengeluh lagi dah bergerak ke birai katil. Duduk kat situ sambil memandang aku lama. Aku pulak duduk kat sofa one-seater berdepan dengan dia. Rasa selesa sikit kalau nak bincang sambil duduk ni dari berdiri. Lagipun bukannya nak bukak gelanggang WWE kat sini kalau berdiri pun.

“tapi Erny tu bukan girlfriend saya. Dia ex-classmate masa kat SBP dulu” Triple mula bersuara lepas lama membisu.

“bukan girlfriend ek? Tapi berdua-duaan dalam bilik tu apa?” Aku bertanya sinis.

Rasa macam kelakar je pulak bila Triple S tu cakap yang Erny tu bukan girlfriend dia? Habis tu kalau dah berdua-duaan dalam bilik tu apa? Takkan bincang hal negara pulak kan? Sungguhla tak logic.

“dia masuk masa saya tengah bersiap hari tu” Triple S cuba membela diri.

“owh gitu pulak? Takkan dah tak pandai kunci pintu kot? Dah tau kan masa tu tengah ramai orang”

Aku menjeling Triple S yang dah macam tak senang duduk. Tu la, lain kali kalau nak buat jahat pun, agak-agak la. Tengok dulu kiri kanan sebelum buat, ni kan kan dah kantoi. Kalau kantoi dengan orang lain tak apa la, tapi kalau dah kantoi dengan aku, tau –tau je la akibat dia. Nasib je aku ni jenis bukan suka sangat buat kecoh, kalau tak habis la havoc party dia tu agaknya.

“kenape senyap? Dah tak leh jawab?”

Aku tanya lagi bila Triple S seolah-olah terkedu dengan soalan aku tu. Dia senyap je sambil menunduk kepala.

“Qash, betul Erny tu bukan girlfriend saya. Buat apa saya nak ada girlfriend lagi kalau saya dah ada isteri”

Triple S cuba mengubah topik soalan. Pandai pulak bakal Engineer ni ubah topic. Ingatkan lawyer je pandai belit-belit fakta. Tapi ingat aku nak senang-senang je lepas dia macam tu? Kirim salam dulu la.

“tak yah kau cuba nak belit-belit fakta ngan aku, aku pun bukannya bodoh nak percaya je cakap kau tu. And aku rasa kau mesti ingat lagi perjanjian kita sebelum kawin kan?”

Masa tu aku dah berdiri. Macam susah pulak nak bercakap bila duduk je. Bukan apa, senang sikit nak sound Triple S ni. Dia tu dah la tinggi, kalau sama-sama berdiri terpaksa pulak aku mendongak kepala nak tengok dia.

“Qash, saya ingat lagi perjanjian tu. Sampai bila-bila pun saya akan ingat”

Triple S bersuara perlahan. Aku tersenyum. Bagus pun kalau masih ingat isi perjanjian tu. At least, lagi senang sikit kerja aku nanti.

so aku rasa kau dah langgar perjanjian tu sebab ada affair ngan girl lain”

Aku membalas dengan senyuman mengejek. Muka Triple S berubah terus.

“tapi…” Triple S berhenti sekejap sambil menarik nafas panjang.

“no tapi-tapi. Perjanjian tetap perjanjian”

Cepat je aku jawab sebelum Triple S cuba menghabiskan cakap dia tu.

“Qash, takkan awak still lagi berdendam dengan saya pasal kisah lama tu?”

Triple S dah mula bangun dan berdepan dengan aku yang masih berdiri tu. Tangannya cuba menyentuh tangan aku tapi aku cepat-cepat menjarakkan diri. Dah apa hal pulak nak sentuh-sentuh tangan pulak ni?

“don’t you ever said bout the stupid thing!”

Aku sedikit menjerit. Rasa macam panas je muka aku ni, bukan sebab malu tapi sebab marah. Muka Triple S sedikit terkejut. Tu la, yang bukak kisah lama tu apa hal? Karang ada jugak yang bergaduh kat sini nanti. Dan yang paling aku tak suka, kalau papa dengan mama masuk campur sekali.

“Qash,kita sama-sama terseksa sebab hal ni. Takkan awak nak seksa diri awak lagi?”

Triple S bertanya lagi. Matanya merenung tepat ke arah mata aku. Walau aku rasa ada sedikit tergugat dengan renungannya tu, aku cuba bertahan. Qash, kau kena lawan dia.

Kau tak boleh lemah, kau kena kuatkan diri. Kau bukannya Qashrynna yang dulu, yang lemah-lembut dan senang menangis. Kau kena sedar yang kau dah jadi Qashrynna yang baru, yang dah jadi keras hati dan yang immune dengan kata-kata dan ejekan orang. Yeah, aku kena kuat!

“no, aku tak terseksa. Kau je yang rasa terseksa sebab hal ni. And aku nak kau terseksa sampai bila-bila”

Aku menjawab lantang. Renungan Triple S aku balas.

“a-ape maksud awak Qash?” Tergagap Triple S bertanya.

“aku rasa kau faham maksud aku kan?”

Aku tersenyum sinis. Tapi dia tak jawab soalan aku tu. Dan aku yakin dia faham maksud soalan aku tu walau berkali-kali dia meraup muka.

“ok aku rasa kau pun faham kan? And aku rasa semuanya dah clear. So, hal ni settle kat sini je”

Aku tersenyum puas dan mula bergerak ke arah pintu bilik. Lagipun buat apa lagi aku tunggu lama-lama kat sini? Bukannya aku nak tidur dengan dia pun.

“Qash, saya takkan ceraikan awak sebab perjanjian bodoh tu”

Triple S sedikit terjerit bila aku dah sampai pintu.

“ikut suka kau la. Esok aku akan jumpa lawyer nak bincang hal ni. See you in the court”

Aku sedikit tergelak dan pandang dia sekilas. Muka Triple S nampak macam pucat je. Heh, takkan sebut pasal lawyer dengan court pun dah kecut perut kot?

“Qash!!”

Aku dengar Triple S menjerit lagi, tapi aku dah tak berpaling. Hal dah settle kan, buat apa nak pusing pandang dia lagi. Makin laju aku berjalan sampai ke luar pintu.

Bumm!!

Tersentak sekejap aku masa dengar bunyi macam benda jatuh je. Bila aku berpusing ke belakang, aku tengok Triple S dah terbaring atas lantai. Apakah?


p/s : So sorry semua..lambat sket update..Enjoy n komen yer :)

11 comments:

liyana said...

*thumbs up..
nex epsode..nex epsode
entry kali ni bnyk prsoaln yg tmbul..
nape ngn triple S 2?
kisah lme?
xsbr nk tnggu smbungn dye..

zura asyfar addy rifqhiey said...

tq..sbr2 yer..hehe..

~ act entry kali ni kene edit bnyk kali sebab takut readers tak fhm je..

~ so sape2 yg tak fhm tu jgnla malu brtnya..hehe

Anonymous said...

why tak sambung dr birthday party tue eehhh....biar lah triple S introduce wife die kat kwn kwn dia....kan best...

zura asyfar addy rifqhiey said...

haha..tak pandai buat adegan dlm party tuh..hehe..dh try bnyk kali but cm tak kena je..so direst terus masuk bab laen..sorry eh :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

to anonymous : insyaAllah next chapter ade pasal party tuh..hehe (setelah berfikir pjg)..kira cam tak logik jugak kan tetiba je skip part tu..my bad eh, sorry pd semua yg dh bace :(

Anonymous said...

sangat BENCI kat qash..... BENCI qash

Anor said...

ape ye perjanjian antara mereka berdua?
triple s sakitke? nak lagi cepatlh sambung
jgnlah lama sgt baru post n3 baru.

SyahirahSaity said...

haiyo haiyo,, penuh dengan suspen,, >.< hekeleh macam la senang triple S tu nak ceriakan qash,, HAHAHA ! xD

zura asyfar addy rifqhiey said...

to anonymous :ok ow, benci qash ek?

anor : perjanjian antara mereka berdua? tgu next epi k..hehe..triple S sakit??hmmm
~bkn tak nak post cepat2 but lmbt sket nk menaip ni..hehe

miss syasya : suspen sket..hehe

mady+yana said...

triple S demam ke?sian die..

zura asyfar addy rifqhiey said...

mady yana : hehe..bc next epi k..