:: My gangS :: TQVM

Sunday, November 28, 2010

bab 20 why me?

Aku membuka pintu kereta perlahan-lahan. Andriand dah siap terpacak lagi menunggu di pintu kereta sebelah aku. Macam tak nak bagi aku lari je. Baru je plan nak melarikan diri. Tapi larat ke nak lari dengan keadaan macam ni?

“ingatkan dah tak nak keluar tadi” Perli la tu sebab aku keluar lambat dari kereta.

Aku menjelingnya tajam. Tak suka la kalau kena paksa-paksa macam ni. Aku buat-buat macam ok walau rasa tak ada tenaga je nak menapak.

“uhhukk..uhhuk” Tiba-tiba aku rasa tersedak.

Cepat-cepat aku jauhkan diri dari Andriand. Aku pegang dada sambil urut-urut leher. Rasa mual dah datang balik dah.

“Zoey, nak muntah lagi ke?” Soal Andriand.

“emm…”

Tak sempat aku jawab soalan dia, aku dah termuntah kat tempat parking kereta tu. Nasibla tak ramai orang. Aku menundukkan sedikit badan. Bimbang terkena baju. Nanti bau masam pulak.

“ya Allah Zoey” Andriand berkata sambil meluru cepat ke arah aku.

Dia menggosok-gosok belakang aku. Aku tak bergerak sebab rasa macam pening je. Lembut gosokkan tangan dia buat aku rasa selesa sikit. Teringat pulak masa dia demam hari tu.

“tunggu jap ek” Dia berkata lagi sambil menuju ke kereta.

Aku tengok dia bawak keluar mineral water sebotol dan sepeket Sunsweet. Macam dah bersedia je dengan semua ni.

“nah amik air ni wat berkumur. Pas tu makan buah plum ni” Dia menghulurkan air dan Sunsweet kat aku.

Aku hanya merenungnya tanpa bersuara. Namun air mineral tetap aku ambil untuk berkumur.

“nak buat ape buah plum tu?” Tanya aku selepas siap berkumur.

“makan la. Biasa kalau rasa mual tekak, buah plum ni boleh hilangkan” Dia menjawab.

Aku mengambil dan terus makan. Sedap pulak rasa, macam dah hilang sedikit rasa mual. Pelik la dia ni, serba serbi tahu. Aku yang perempuan ni tak ambil tahu pun pasal ni.

“kau selalu bawak ke Sunsweet ni?”Aku bertanya sambil makan lagi sebiji buah plum tu.

“a’ah. Selalu jugak letak dalam kereta. Aku tak smoking so I need sumthing untuk mengunyah” Dia tersengih.

“ada pulak macam tu” Kata aku.

“ada la. Kau je yang tak tau. Dah ok ke? Aku bimbang kau makin teruk je”

“dah ok sket ni” Jawab aku.

Dia memimpin tangan aku ke klinik yang berada tidak jauh dari tempat parking kereta. Aku hanya menurut, bimbang pulak nak menolak sebab rasa macam pening lagi. Tak nak la jatuh tergolek pulak kat sini.

Selepas siap mendaftar kat klinik tu, aku dan Andriand menunggu di ruang menunggu. Orang boleh tahan jugak ramai tapi sebab ada dua bilik rawatan, jadi laju jugak la giliran nak masuk.

Aku masuk bilik rawatan selepas nama dipanggil. Andriand pun ikut masuk sekali walau aku tak bagi dia masuk tadi. Dia ni kan, suka-suka hati dia je.

Doktor lelaki. Macam mana ni? Takkan la nak keluar balik. Malu pulak nanti kalau dia tanya macam-macam. Andriand sedia je menanti di sebelah aku. Macam pengawal peribadi tak bertauliah pulak dah aku tengok.

“so Miss Zurviya, sila duduk” Aku mengambil tempat di sebelah meja dekat doctor yang bernama Azham kat tag namanya tu.

“sakit ape?” Doktor Farhan bertanya.

“err..tadi ada muntah tiga kali. Lepas tu kepala rasa pening je” Jawab aku perlahan.

“lain-lain?” Soalnya lagi.

“sakit perut and tekak rasa mual” Tambah aku lagi.

Aku tengok Doktor Azham tu menulis sesuatu dekat buku rawatan. Aku menjeling Andriand yang duduk di kerusi depan doctor tu. Huh, boleh pulak dia bagi senyuman kat aku time-time macam ni. Aku mencebik.

“doc, kalau ade muntah-muntah, pening n mual tu mesti tanda-tanda orang pregnant kan?” Terkejut aku dengan soalan dari Andriand tu.

Aku menjelingnya tajam. Baru je ingat tak nak cakap pasal pregnant ni, dia dah cakap dulu. Doktor Azham hanya tersenyum. Haila.

“kenapa awak cakap macam tu? Kamu berdua dah kawin ke? “Soal doktor Azham lagi.

“baru je kawin doc, tak sampai lagi sebulan” Bulat mata aku dengar pengakuan Andriand.

Dia ni suka-suka hati je cakap yang aku dah kahwin. Dahla tadi cakap pasal pregnant. Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala dia. Tapi kalau jawab belum kahwin tapi dah pregnant macam mana pulak tu?

“owh..Kalau macam tu saya syorkan awak buat urine test la. Yela, kalau betul-betul awak pregnant, susah pulak nanti kalau saya silap bagi ubat” Kata doctor Azham lagi.

Aku hanya diam tak bersuara dan mengeluh. Tak buat urine test tak boleh ke?

“awak berdua boleh keluar dulu. Puan Zurviya, nanti awak pergi tandas and ambil urin tu letak dalam cawan kertas. Lepas tu boleh letak dalam bilik makmal kat sebelah bilik ni. Nanti saya panggil awak lagi” Pesan doctor Azham.

Aku mengangguk dan bangun perlahan-lahan menuju ke pintu. Andriand masih setia mengekori aku, rimas je pulak rasa.

Lepas je selesai pergi tandas, aku letak urin tu dalam bilik makmal. Ramai sangat ke orang buat urine test sampai penuh kat atas meja tu. Macam-macam kaler ade. Yuckss, geli pulak rasa.

Lepas sepuluh minit menunggu, aku dipanggil masuk kembali ke bilik rawatan. Kelihatan ada pembantu makmal perempuan sekali di situ bersama-sama dengan doctor Azham.

“kami dah dapat result. Puan boleh duduk” Aku terus duduk di kerusi sebelah meja tu.

Andriand pulak berdiri di tepi aku. Dalam hati dah rasa berdebar-debar sakan.

“bila last period?” Aku tersentak. Ada jugak ke soalan macam ni?

“err..dua hari bulan” Jawab aku perlahan.

Doktor Azham menilik carta bulat tu dan macam mengira-ngira sesuatu. Dia berkata sesuatu dengan pembantu makmal.

“emm..Tahniah, puan mengandung almost three weeks” Doktor Azham tersenyum.

Aku terkaku kat situ. Rasa macam ada batu je menghempap kepala. Betul ke ni aku pregnant? Aku menggeleng-geleng kepala tak percaya. Harap-harap semuanya ni mimpi.

thanks doc” Andriand pulak menjawab sambil berjabat tangan lagi dengan doctor Azham.

Suara pun macam ceria je. Aku yang dengar ni pulak macam dah hilang mood. Dahla pening tadi tak hilang lagi, ni ditambah dengan ‘berita baik’ ni pulak. Adoyai.

“so, kalau ikutkan carta ni, due-date dijangka bulan satu tahun depan”
Doktor Azham menunjuk carta bulat tu kepada aku dan Andriand.

“ni dah tiga minggu, kira ada lebih kurang tiga puluh tujuh minggu lagi la sebelum bersalin” Tambah doctor Azham lagi.

Aku merenung carta bulat tu tak berkelip. Tangan aku tiba-tiba melekat kat perut. Betul ke ada nyawa lain dalam perut aku ni? Tapi bila dengar je perkataan bersalin, terus aku rasa ngeri. Ngee..

“habis tu yang muntah-muntah and pening tadi macam mane?” Soal Andriand lagi.

“yang tu morning sickness. Dalam tiga bulan pertama (trimester pertama) memang macam tu. Biasa dah masuk bulan keempat maybe akan hilangla. Dia depends by keturunan jugak, ada jugak yang tak kena morning sickness ni. Lagipun muntah-muntah tu tandanya baby sihat” Jawab doctor Azham.

Andriand hanya menganggukan kepala. Macam dia pulak yang pregnant, excited semacam je dengar penjelasan doctor Azham tu.

“tapi make sure U kena la jaga your wife betul-betul, jangan bagi dia buat kerja berat-berat. Sebab biasa dalam trimester pertama ni, bahaya sikit sebab rahim tak berapa kuat lagi” Pesan doctor Azham lagi.

“insyaAllah doc. Saya akan jaga dia baik-baik” Kata Andriand sambil tersenyum.

“oh lupe, saya akan bagi pil vitamin B, asid folik and vitamin C. Wajib makan untuk tambah darah dan kuatkan tulang fetus dalam kandungan”

“ok, saya akan pastikan dia makan semua tu” Macam berjanji pulak Andriand dengan doctor Azham tu.

“last thing, kena buat follow-up tiap-tiap bulan kat mana-mana klinik yang ada offer pre-natal. Nak lagi senang, datang sini je” Pesan doctor Azham lagi.

“ok, thanks doc” Balas Andriand.

Banyak gila pesanan doctor tu. Boleh muat satu kajang kertas A4. Aku yang mendengar hanya mendiamkan diri. Tak tau nak cakap apa lagi. Hati aku ni dari tadi cuba menafikan kenyataan ni.
*********************************

Lepas je ambil ubat dan jelaskan bayaran, aku berjalan keluar dari klinik tanpa perasaan. Aku menuju ke arah divider di tempat parking kereta dan terus duduk berteleku kat situ.

“Zoey”

Aku hanya mendiamkan diri. Air mata yang aku cuba tahan dari klinik tadi tumpah juga akhirnya. Ingatkan dah tak nak menangis lagi lepas kejadian malam tu, tapi hari ni aku betul-betul sedih.

“nak ape lagi?” Jawab aku dengan sisa air mata yang masih mengalir.

“jangan la macam ni k. Kite kena terima semua ni dengan redha. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni.” Pujuk Andriand lembut.

Aku mendongakkan kepala. Mencari keikhlasan dari kata-katanya.

“kau tak faham. Aku sedih tau tak?”

“memang aku tak faham tapi kan aku dah janji nak kawin ngan kau”

“memangla dah janji. Tapi aku sedang mengandung anak luar nikah ni, kau boleh pulak rasa happy”

Andriand senyap seketika. Dia meraup mukanya sambil mengeluh.

“tak kisahla anak luar nikah ke anak dalam nikah ke, tu anak kite kan? Biarla kite sama-sama jaga dia bila dia lahir nanti” Pujuk Andriand lagi.

Aku mengesat air mata dengan tapak tangan. Dan mula berdiri.

“aku tak nak la anak ni” Bentak aku tiba-tiba.

Andriand terkejut dan memandangku tajam. Aku menelan liur.

“Zoey, grow up please. Takkan kau nak gugurkan ‘dia’ pulak? Kita dah buat satu dosa, takkan nak topup dosa membunuh pulak” Keras sekali suara Andriand.

Air mata aku kembali mengalir. Bukan aku nak bunuh ‘dia’ tapi aku tak bersedia lagi dengan kehadirannya. Macam mana nanti kalau ‘dia’ tahu yang ‘dia’ anak luar nikah? Aku yang mengandungkan ‘dia’ pun dah terasa malu. Ni kan ‘dia’ pulak.

“kau tak faham perasaan aku, kau takkan faham”

“aku faham la Zoey. Kau malukan kalau pregnant anak luar nikah tapi kau kena ingat bila kita dah kahwin, nanti ‘dia’ boleh dibin atau dibintikan dengan nama aku. So tak ada la orang tau dia anak luar nikah” Kata Andriand.

“boleh ke macam tu?” Soal aku.

“boleh. Kalau tak silap aku jangan kandungan tu lebih dari tiga bulan. Macam ni la, nanti aku tanya orang yang lebih tau atau tanya dengan mama aku. Kau jangan la risau” Pujuk Andriand lagi.

Aku mengangguk. Andriand datang menghampiri aku. Tangannya lembut memegang tangan aku.

sorry, tadi aku tinggikan suara kat kau. Tak de niat pun nak marah” Dia memandangku sambil tersenyum.

Aku senyap.

“dahla, jangan fikir lagi pasal ni k. Nanti tak baik tau untuk baby ni” Tangan dia cuba memegang perut aku. Pantas aku tepis. Dia ni kan suka-suka hati je nak pegang perut aku.

10 comments:

SHAHREE said...

plezzzz..smbung.............
nk tau ksudahannye..huhuhuh

zura asyfar said...

to shahree..tqvm cz komen..takde pn yg nk komen kt cni..huhu..semua jd silent readers..next chapter will be post tonite insyaAllah..

NURAININSOFIA said...

akak nak comment, baru disahkan zoey mengandung....3 minggu kan, jd ada lagi 37minggu, sbb kita mengandung 9 bulan 10 hari, selalu doctor bagi kita due date berdasarkan tempoh 39-40 minggu......

zura asyfar said...

yer betul....sy tau...cz dulu sy pon 41 mgu br bersalin..hehe..anyway tengs sudi bace :)

RinsyaRyc said...

ahahaa.. sweetnya andriand~ ada plak tanya camtu kat doktor.. dahla terus mengaku.. apa lagi~ kawenla! kekeke

zura asyfar said...

@RinsyaRyc



haha...sweet kut...kawenlah tu nnt ;)

nurul said...

aik..zuera asfar ni yang ad blog gambar jay chou dulu tu ke?ke lain??

n@in@ said...

saya dh baca novel sebenarnya saya isteri dia sebelum sy baca citer..bile baca blk, awl2 citer cam same je..yg ni masa dinner n yg SSID plak masa beday party..tapi dua2 citer ni best..huhuhu..thanks kak sbb tulis citer ni n novel utk dikongsi bersma..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nurul

Bukan...tu blog zuera rasidin :-)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@n@in@


Yup..ade lebih kurang sama part awal awal tu..btw citer ni first time tulis kt blog..thanks yer :-)