Assalamualaikum..
Pengumuman
penting..
Baru
je dapat tahu yang kemungkinan syarikat percetakan akan menyiarkan kaver pada
minggu depan, jadi kontest meneka tajuk novel #shcd terpaksa ditutup awal untuk
mengelakkan kes tak adil dan kes tak puas hati nanti.
Iyalah nanti semua dah dapat tengok kaver, jadi apa guna lagi kontest kan?
Dan
selepas berbincang, saya terpaksa menutup contest #shcd ni tepat pukul 12 malam
ni (Sabtu, 24/01/2015)..
Untuk
teaser pula, yang terakhir akan disiarkan pada pukul 8 malam ini..
Pengumuman
nama pemenang akan diumumkan esok pagi Ahad (25/01/2015)..
Harap
maaf di atas kesulitan yang berlaku dan ini saya sertakan teaser kedua..
Teaser
2 Kontest #shcd
“TAK TAKUT ke sorang-sorang duduk
kat sini?”
Tegur Raze dengan nada selamba. Dari tadi lagi matanya
ralit memandang kelibat gadis sombong yang diselamatkan tadi. Sekejap berjalan
ke pondok telefon yang tak jauh dari keretanya dan sekejap duduk termenung di
atas bonet kereta depan. Entah apalah yang dibuatnya waktu-waktu Mahgrib macam
ni. Nak kata tunggu orang tapi tak nampak pulak
kelibat sesiapa yang datang!
“Huh?”
Hampir terlompat keluar jantung Ayara akibat disergah
secara tiba-tiba. Mencerun pandang matanya ke arah si empunya suara sambil
tangan menggosok dada. Ciss! Mamat ni
lagi! Dah tak ada orang lain ke yang nak tegur aku?
Raze pamer riak wajah tenang walau perempuan sombong di
depannya masih dengan riak terkejut. Takkan nak senyum lebar pulak kut?
Kejadian gadis itu menyindirnya masih berbekas di hati. Namun dia bukanlah
jenis lelaki kejam yang sanggup membiarkan gadis itu berkeseorangan di situ.
Hatinya masih ada lagi setitik dasar simpati sesama insan. Tambahan pula wajah
gadis itu kelihatan comel semasa marah-marah. Ishh, apa yang kau puji dia pulak
ni Raze? Hatinya berperang dengan perasaan sendiri.
“Tunggu orang ke?”
Soalnya lagi apabila gadis itu langsung tidak menjawab
pertanyaannya tadi. Sebaliknya hanya memandang dia dengan pandangan dengan
mulut terkumat-kumit. Entah membebel apa entah. Dia sendiri pun tidak pasti.
Ayara menjeling Raze dengan perasaan tidak puas hati.
Sejujurnya dia tak mahu melayan lelaki itu. Iyalah dekat situ kan tiada orang.
Manalah tahu kut-kut lelaki itu mempunyai niat jahat kepadanya. Nanti dekat
siapa pula dia hendak minta pertolongan?
“Sombong!”
Sindir Raze apabila Ayara langsung tidak menjawab
pertanyaannya. Beg panjang yang terisi dua batang joran itu dikemaskan ke bahu.
Malas untuk berlama-lama di situ. Huh..
tanya pun tak nak jawab! Apa ingat aku ni orang jahat ke? Rungut hati Raze lalu
berkepputusan untuk melangkah pergi dari situ.
Ayara mengeluh kecil. Matanya hanya memerhati kelibat
lelaki itu yang sudah mengatur langkah dari situ. Entah kenapa tiba-tiba
perasaan takut ditinggalkan keseorangan di situ tiba-tiba rasa menjengah ke
dalam hati.
“Eh, tunggu kejap!”
AYARA MENJELING
ke sisi. Wajah Raze yang beriak tenang di sebelah itu ditatap buat seketika.
Hmm, boleh tahan! Hatinya mula memuji akan kekacakan lelaki itu. Namun semua
pujian itu cepat-cepat diusir dari hatinya apabila teringat akan perangai
lelaki itu tadi.
“Kau nak bawak aku ke mana ni?”
Soal Ayara dengan debaran halus yang mula mengempang di
dada. Matanya sekejap memandang kiri dan sekejap memandang ke kanan.
Mencari-mencari kelibat bengkel kereta yang mungkin terdapat di situ. Namun
jalan mereka lalui sedikit gelap dan sunyi. Rumah-rumah orang pun hanya jarang-jarang
ada. Entah-entah dia ada niat tak baik kut? Hati Ayara sudah berfikir
bukan-bukan. Itulah tadi berani sangat nak tumpang kereta lelaki itu. Sekarang
dah mula nak menyesal.
“Kahwin lari.”
Akhirnya keluar ayat dari mulut lelaki itu yang sejak
dari tadi hanya berdiam. Ayara membulatkan mata kerana terkejut. Dah tak betul
ke apa mamat ni?
“Kau cakap baik-baik mamat serabai, karang aku terjun dari sini.”
Ayara mula menggugut. Terasa laju jantungnya mula
berdegup kencang. Teraba-raba tangannya mula mencari pemegang pintu kereta.
Namun belum sempat tangannya mencapai apa-apa, kedengaran bunyi automatic
lock ditekan. Serentak itu kedua-dua pintu kereta itu terkunci.
Ayara telan liur dengan wajah sedikit pucat. Entah
kenapa hatinya mula kecut dengan tindakan lelaki sebelahnya itu. Manalah tahu
kalau-kalau lelaki itu betul-betul maksudkan kata-katanya.
“Sekali lagi kau panggil aku mamat serabai, aku tak
teragak-agak untuk cium kau kat sini.”
Raze pula cuba memberi amaran. Hampir-hampir sahaja dia
tergelak melihat lagak gadis itu yang seakan kalut. Biarlah. Tadi nampak
sombong sangat. Suka-suka hati dia aje panggil aku macam tu!
Laju saja tangan Ayara menekup mulutnya. Mungkin
bimbang jika lelaki itu betul-betul mengotakan kata-katanya. Seketika jari jemarinya
meramas satu sama lain tanda gelisah. Walaupun aircond di
kereta Range Rover Evoqe itu agak sejuk
namun tangannya mula terasa berpeluh-peluh.
“Panggil aku Raze.. ni rumah aku.”
Suara Raze sedikit mengejutkan Ayara dari dunianya
sendiri. Terjenguk-jenguk kepalanya ke cermin kereta. Rumah teres
setingkat di depan mata. Kat mana ni? Hati Ayara menyoal pelik. Iyalah tidak
disangka-sangka di tempat yang mereka lalui tadi mempunyai rumah seperti
itu. Seperti berada di tempat lain saja.
“Kat mana kau bawa aku pergi ni?”
Soal Ayara apabila hatinya tidak mampu lagi bertahan
untuk bertanya. Raze mula tersenyum nipis.
“Rumah aku lah. Malam ni kita tidur sini.”
Jawab Raze bersahaja seraya membuka pintu keretanya.
Kala itu dia sudah hampir tergelak besar melihat reaksi dari Ayara. Tak
apalah.. kita buli dia sikit!
“What?!”
Mulut Ayara hampir-hampir saja terlopong. Entah kenapa
otaknya mula memikir bukan-bukan tatkala ayat terakhir yang keluar dari mulut
lelaki itu.
2 comments:
Oooohh....hmm...tggu next teaser
Tukar nama ke?
Post a Comment