:: My gangS :: TQVM

Friday, January 16, 2015

Akhirnya manuskrip lulus penilaian!



Assalamualaikum..
Lama betul tak update blog..ayat klise..hehe..

Kisah hari ni nak ceritakan pasal manuskrip #sjdd yang hantar pertengahan bulan 10 tahu 2014..
Akhirnya setelah hampir tiga bulan menunggu penilaian, pada 29/12/2014 dapatlah emel..
Tapi manuskrip kena edit sikit katanya...sebab kecelaruan maklumat (ni sikit je).. dan kurang keberkesanan watak jahat (memang kureng sikit nak taip watak jahat ni)..

Katanya diberi masa tiga hari saja untuk edit..weh, mana cukup kut.. masa tu kat pantai timur tengah banjir..kita yang duduk sini memang tak dapat nak balik..tapi akhirnya balik jugak jap jenguk family..so cakaplah bagi masa seminggu nak hantar balik..

Lepas hantar..memang banyak sangat lah edit.. dari 467 pages sampai cecah 517 pages (versi mic word, versi cetak tak sure berapa)..haa, dekat 50 helai tambah mukasurat tu..ingatkan nak nipiskan..tapi nampak macam tebal jugak tapi mungkin tak setebal #ssid dulu..hehe

Then lega lah kejap...masa mengedit tu.. tidur entah kena mana..makan entah ke mana..hahaha..biasa la kejar masa kan..

Dua minggu lepas tu dapat lah call cakap pihak editorial mintak maklumat peribadi untuk tujuan penerbitan..macam pelik, sebab tak dapat emel pun..tapi pagi tu terasa nak bukak emel lama..emel dari gmail..rupanya mesej lulus penilaian tu dia hantar kat sana.. tarikh pun 31/12/2014..wehh, dah lama kut..dah dua minggu..haha...panik jap..mengigil tapi penghargaan, maklumat diri semua.. then bila masuk blurb (sinopsis belakang kulit novel), haa blur kau.. dah la lama tak buat blurb.. last buat pun masa ujung tahun 2012..masa tu kan baru je taip manuskrip ni..tapi blurb lama macam tak best je..hehe..so edit la lagi...siap blurb.. kena pikir caption writing pulak..ni satu hal..kata-kata yang depan novel tu..dahlah kita nya tak de lah terer sangat ayat puitis sastrera bagai ni..so hentam aje lah...hahahaha..



Dan lepas tu...ingatkan dah settle semua.. ada lagi rupanya... tadi dapat call, cakap tajuk #sjdd ni hampir sama..pulak dah..kena bagi tajuk lain pulak secepat mungkin...haila haila.. memang mencabar otak sungguh dua tiga hari ni...so selepas mundar mandir fikir, dapatlah tiga tajuk.. haa amik kau bagi tiga cadangan tajuk..hehe

So harapnya lepas ni dah okay semua lah...tunggu versi cetak aje..harap semuanya dipermudahkan..aminn

No comments: