:: My gangS :: TQVM

Friday, January 23, 2015

Nak novel free sempena terbitnya novel baru?



Assalamualaikum..
Sempena novel kedua saya yang bakal diterbitkan pada bulan Februari depan.. jadi saya ingin menghadiahkan 5 buah novel percuma (3 buah di facebook dan 2 buah di instagram)..

Boleh cari saya di sini :-


Facebook :  Zura Asyfar Novelis
Fp : Novelis Zura Asyfar
Fp : Sebenarnya Saya Isteri Dia!
Instagram : Novelis_Zura_Asyfar


Syaratnya, peserta perlu meneka tajuk novel tersebut..


1) Untuk pembayang, selama tiga bab akan diberi di dalam blog ini selama tiga hari berturut-turut bermula Sabtu (24 January 2015).


2) Peraduan bermula pada Sabtu (24 January 2015) sehingga 26 January 2015 (Isnin) iaitu selama tiga (3) hari sahaja.


3) Setiap orang hanya boleh menyertai sekali sahaja.


4) Nama pemenang akan diumumkan pada hari Selasa (27 January 2015)


5) Jawapan boleh dihantar ke PM dan tag (facebook) serta DM atau tag (instagram).


*** Untuk hari ini, saya kongsikan sinopsis di belakang novel (blurb) sahaja..


_____________________________________




TIGA tahun lebih Ayara hidup menyepi tanpa keluarga di sisi. Walaupun sering dibuai rasa rindu, dia tidak tegar untuk pulang ke kampung atas sebab onar yang pernah dilakukan dahulu. Segala rahsia serta kejadian yang berlaku di dalam tempoh berada jauh dari keluarganya cuba ditutup dengan rapi dengan sebaiknya.

Walaupun cuba menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya, namun dia terpaksa juga berhadapan dengan seorang lelaki yang seakan cuba untuk mengejarnya dari semua arah.  Puas ditolak dan dihalang namun lelaki itu langsung tidak pernah mengalah.

"Kau nak apa lagi Raze? Tak puas-puas lagi kau nak kacau hidup aku? Kau nak suruh aku mati dulu biar kau puas hati?" – Ayara Nashmia

"Selagi kau tak setuju kahwin dengan aku, selagi itu lah aku ganggu kau." – Rizqh Esfahan

Namun pertemuan kembali dia dengan adik kandungnya Aniq mengubah segala-galanya. Lelaki yang sering sahaja menganggunya itu tiba-tiba diangkat menjadi satu watak penting di dalam drama ciptaannya. Aniq yang tidak tahu menahu dengan kisah sebenar itu hanya menerima tanpa sebarang persoalan.

"Aniq.. erm, kenalkan ni Raze.. husband akak." – Ayara Nashmia

"Saya Aniq Nashmin. Satu-satunya adik Ayara." – Aniq Nashmin

 "Ohh.. saya Rizqh Esfahan.. boleh panggil Raze atau panggil abang Raze je. " – Rizqh Esfahan

Baru sahaja mahu menghembus nafas lega, Ayara dikejutkan pula dengan berita tentang emaknya yang mahu menjenguknya di bandar setelah sekian lama tidak berjumpa. Saat itu Ayara sudah gelabah sakan. Mana dia mahu mencari ‘suami sementara’ yang sanggup berlakon ketika emaknya datang? Adakah dia patut menjadikan Raze sekali lagi untuk menjadi mangsa keadaan?

Bagi Raze pula, dia tidak kisah jika Ayara mahu jadikannya ‘suami lakonan’. Apalagi bila dia sedar yang dia sudah mula sukakan gadis itu sejak dari hari pertama dia bertemu. Maka dia bersetuju sahaja dengan cadangan Ayara tanpa apa-apa halangan.

Tak nak kiss tangan dulu ke?” -  Rizqh Esfahan

Jangan nak mengada sangatlah! – Ayara Nashmia

Sesungguhnya kedatangan puan Rashidah untuk melawat Ayara itu betul-betul membawa satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Dia bukan sahaja mahu menjenguk kehidupan Ayara dengan ‘suami lakonan’ anaknya itu. Namun dia membawa satu berita yang lagi besar.
Dan saat itu Ayara pula sudah tersepit di tengah-tengah. Ditambah pula dengan kehadiran bekas kekasihnya yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Jadi apakah sebenarnya yang akan berlaku dengan lakonan Ayara dan Rizqh? Adakah mereka berdua hanya berlakon untuk ketika itu sahaja ataupun lakonan mereka berlanjutan sehingga ke titik penamat? Dan bagaimana pula dengan rahsia lama yang disimpan oleh Ayara itu?



***  gambar bukan gambar kaver sebenar..untuk tujuan peraduan sahaja..

No comments: