Assalamualaikum...
Alhamdulillah...
Akhirnya novel kedua saya diterbitkan sekali lagi di bawah Penerbitan Karya Seni.
Jualan awal bermula di Pesta Buku Selangor pada 29/01/2015 sehingga 08/02/2015 bertempat di Shah Alam Convention Centre.
Novel ini akan memasuki kedai-kedai buku pada pertengahan bulan Februari nanti.
AKAN DATANG FEBRUARI 2015
Tajuk: Saat Hadirnya Cinta Dia
Penulis: Zura Asyfar
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-91-8
Harga: RM26(Semenanjung) // RM29(Sabah & Sarawak)
TIGA tahun lebih AYARA NASHMIA hidup menyepi tanpa keluarga di sisi. Walaupun sering dibuai rasa rindu, dia tidak tegar untuk pulang ke kampung atas sebab onar yang pernah dilakukan dahulu. Segala rahsia serta kejadian yang berlaku dalam tempoh berada jauh dari keluarganya cuba ditutup rapi dengan sebaiknya.
Walaupun cuba menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya, namun dia terpaksa juga berhadapan dengan seorang lelaki yang seakan-akan cuba untuk mengejarnya dari semua arah. Puas ditolak dan dihalang namun lelaki itu langsung tidak pernah mengalah.
“Kau nak apa lagi, Raze? Tak puas-puas lagi kau nak kacau hidup aku? Kau nak suruh aku mati dulu biar kau puas hati?” – AYARA NASHMIA
“Selagi kau tak setuju kahwin dengan aku, selagi itulah aku ganggu kau.” – RIZQH ESFAHAN
Namun pertemuan kembali dengan adik kandungnya Aniq mengubah segala-galanya. Lelaki yang sering sahaja mengganggunya itu tiba-tiba diangkat menjadi satu watak penting dalam drama ciptaannya
“Aniq... Erm, kenalkan ni Raze... Husband akak. ” – AYARA NASHMIA
“Saya Aniq Nashmin. Satu-satunya adik Ayara. ” – ANIQ NASHMIN

“Oh... Saya Rizqh Esfahan... boleh panggil Raze atau panggil Abang Raze aje. ” – RIZQH ESFAHAN
Baru sahaja mahu menghembus nafas lega, Ayara dikejutkan pula dengan berita tentang Puan Rashidah yang mahu menjenguknya di bandar setelah sekian lama tidak berjumpa. Saat itu Ayara sudah gelabah sakan. Mana dia mahu mencari suami sementara yang sanggup berlakon ketika emaknya datang? Adakah dia patut menjadikan Raze menjadi mangsa keadaan sekali lagi?
“Tak nak kiss tangan dulu ke?” - RIZQH ESFAHAN
“Jangan nak mengada-ada sangatlah! - AYARA NASHMIA
Sesungguhnya kedatangan Puan Rashidah untuk melawat Ayara itu betul-betul membawa satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Dia bukan sahaja mahu menjenguk kehidupan Ayara dengan suami lakonan anaknya itu. Namun dia membawa satu berita yang lagi besar.
Dan saat itu Ayara pula sudah tersepit di tengah-tengah. Ditambah pula dengan kehadiran bekas kekasihnya yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Adakah mereka berdua hanya berlakon untuk ketika itu sahaja ataupun lakonan mereka berlanjutan sehingga ke titik penamat? Dan bagaimana pula dengan rahsia lama yang disimpan oleh Ayara itu?
:: My gangS :: TQVM
Tuesday, January 27, 2015
Novel Saat Hadirnya Cinta Dia (SHDC) akan dijual di Pesta Buku Selangor 29/01/2015
Saturday, January 24, 2015
Senarai nama pemenang kontest tajuk novel #shcd
ASSALAMUALAIKUM…
Seperti yang dijanjikan, ini adalah
jawapan kepada peraduan meneka tajuk novel #shcd yang bakal diterbitkan pada
bulan February ini..
Untuk penyertaan di Facebook, ramai yang
telah menjawab jawapan yang betul.. dan memandangkan hanya 3 buah novel yang
diperuntukkan, jadi pemilihan pemenang secara rawak telah dibuat.
Ini adalah senarai nama pemenang di
facebook :
1)Shahrul One
2) Norfarahin Isa
3)Wan Lina Wan Ali
3)Wan Lina Wan Ali
Dan untuk peraduan di instagram pula, 2
buah novel telah diperuntukkan.. jadi ini adalah senarai nama pemenang di
instagram.
1) @malinilam24
2) @shaakmrzmn
Terima kasih pada yang sudi menyertai
peraduan ini.
-
-Zura Asyfar -
Teaser 3 Kontest #SHCD
Assalamualaikum..
Tarikh
tutup peraduan pukul 12 malam ni (Sabtu, 24 Januari 2015)
Selamat
mencuba..
Teaser
3 Kontest #shcd
“HAI AYARA.. tak sangka dapat jumpa kat sini.. hmm, you tak balik rumah lagi ke?”
Soal Daiem dengan pandangan mata difokuskan ke arah
rakan sekerjanya itu. Agak pelik dengan gadis itu yang masih lagi berpakaian
pejabat walau jam sudah menjengah pukul sembilan malam. Namun pandangannya
kembali beralih pada lelaki di sebelah gadis itu. Ada rasa membahang mula
mencucuk tangkai hatinya apabila menyedari Ayara tanpa segan silu memaut lengan
lelaki berbaju tshirt putih itu.
Ayara tersenyum kelat. Langsung tidak berkesempatan
untuk melarikan diri lagi. Dan secara tidak sedar dia menurut kata hati dengan
mempergunakan Raze sebagai pelakon tambahan untuk melengkapkan drama spontannya
itu.
Matanya sempat
melirik ke arah Daiem yang nampak tidak senang dengan situasi itu. Rakan
sekerjanya yang hampir dikenali sejak setahun lepas itu seringkali mengajaknya
keluar namun dia selalu saja menolak. Malas untuk memberi apa-apa komitmen
lantaran hatinya masih belum pulih sepenuhnya. Luka yang hampir tiga tahun itu
kadangkala menghantuinya ke mana saja. Sehingga dirinya dari seorang yang lemah
lembut boleh bertukar menjadi dingin sebegini. Apatah lagi jika dengan lelaki
baru sahaja dikenalinya.
“Hai.. emm.. I ada hal tadi kat sini sebab tu tak balik
lagi.”
Balas Ayara tergagap mereka alasan. Pandangan Daiem
yang sedikit tegang memandang Raze itu membuatkan dia mahu cepat-cepat saja
beredar dari situ. Namun langkahnya kaku apabila Raze terlebih dahulu
menghulurkan langkah.
“Oh.. siapa
ni?”
Soal Daiem laju. Sedikit tidak sabar untuk mengetahui
siapa lelaki yang boleh tahan kacak di sebelah Ayara itu.
“Raze.. bakal
suami Ayara.”
Balas Raze seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.
Sejuring senyuman dilemparkan pada lelaki yang kelihatan kemas memakai pakaian
pejabat. Matanya tidak lagi buta untuk menafsir pandangan lelaki di hadapannya
itu. Seperti tidak berpuas hati dengan dirinya yang sedang bersama dengan
Ayara. Seketika pautan Ayara di lengannya dirapatkan sehingga tubuh mereka
bersentuhan rapat.
“Daiem.. kawan
sekerja Ayara.”
Daiem agak terkejut dengan pengakuan lelaki di sebelah
Ayara itu namun huluran yang dihulurkan tetap disambut kemas. Tambahan pula dia
tidak mahu Ayara berperasangka buruk terhadapnya. Manakala Ayara sudah terkedu
dengan jawapan yang keluar dari mulut Raze. Ingin menafikan dia sudah tidak
mampu memandangkan dia juga ingin menjauhkan diri dari Daiem. Sudahnya dia
hanya membiarkan Raze menarik tubuhnya rapat ke sisi lelaki itu.
“By the way, saya kena pergi ni.. ada hal
sikit.. Ayara,
kita jumpa esok.”
Putus Daiem sebelum melemparkan senyum tawar kepada
Raze dan Ayara. Langkah diatur laju secepat mungkin tanpa sempat Ayara dan Raze
membalas. Hatinya mula terasa sakit bercampur geram. Padanlah kau tak nak layan
aku Ayara, rupanya kau dah ada bakal suami. Getus hatinya lalu menghampiri
kereta Toyota Camry miliknya yang tidak jauh dari situ.
“KAU
CAKAP apa tadi? Bakal suami?!”
Ayara menjeling tajam ke arah Raze yang langsung tidak
melepaskan tubuhnya. Kala itu jantungnya mula berdetak tidak keruan. Haruman
yang digunakan oleh lelaki itu menusuk masuk ke hidungnya dan memberikan
sensasi yang menggetarkan. Ah Ayara.. kau jangan nak mengada-ngada ye kat sini!
Kau dah lupa ke apa yang terjadi tiga tahun lepas? Hatinya cuba melarang.
“Kenapa? Aku salah cakap ke
tadi? Bukannya kau
pun tadi tak lepas-lepas pegang lengan aku. So aku rasa pun
macam nak berlakon kan depan Daiem tu? So dari berlakon baik buat betul-betul.. apa pun kesian pulak kat
mamat nama Daiem tu.”
Balas Raze seperti langsung tidak bersalah. Ayara
mengetap bibirnya menahan geram. Sakitnya hati! Suka-suka hati dia aje buat
alasan macam tu!
“Kau ni memang kan? Sengaja ambil kesempatan.”
“Kau ke aku ambil kesempatan tadi? Hmm.. Ayara eh nama kau? Cantik
nama.. aku suka.”
Bisik Raze sedikit ketawa kecil. Lupa sudah untuk
bertanya akan nama gadis itu ketika tadi. Namun hatinya riang melihat wajah
Ayara yang sudah berubah riak. Marah lah tu!
“Eee... bencinya
aku dengan mamat serabai ni.”
Getus Ayara bernada perlahan. Tubuhnya yang masih rapat
dengan lelaki itu cuba dijarakkan. Namun langsung tidak berjaya malahan lelaki
itu seperti sengaja melingkarkan tangan ke pinggangnya.
“Kan aku dah
cakap tadi. Jangan panggil aku mamat serabai tapi nampaknya kau sengaja
nak cari pasal kut.”
“Eh lepas lah.. aku jerit kan!”
Ayara gigit bibir. Alamak! Macam mana ni? Terasa ingin
menampar mulutnya yang laju mengeluarkan kata-kata itu. Walaupun sejak dari
tadi lagi dia cuba untuk mengawal mulutnya. Namun apabila dia teringatkan
sesuatu, perasaan sedikit gelisah itu kembali hilang.
Balas Raze dengan suara perlahan namun masih kedengaran
di gegendang telinga Ayara. Bibirnya mengukir senyum lebar apabila melihat
wajah Ayara sudah berubah. Biarlah! Aku memang tak suka orang panggil aku macam
tu.
Ayara cuba untuk meronta-ronta di kala lelaki itu masih
lagi memeluk pinggangnya. Dan kala itu juga mereka dikejutkan dengan hon kereta
pengunjung yang baru sahaja masuk ke ruangan parking.
“Eh lepas lah.. aku jerit kan!”
Ayara cuba untuk meronta-ronta di kala lelaki itu masih
lagi memeluk pinggangnya. Dan kala itu juga mereka dikejutkan dengan hon kereta
pengunjung yang baru sahaja masuk ke ruangan parking.
“Ishh..”
Gerutu Raze apabila terkejut dengan hon kenderaan
pengunjung restoran itu. Serentak itu tangannya yang berlingkar di pinggang
gadis itu mula dilepaskan. Sekali lagi dia terlepas untuk mengenakan gadis itu.
Friday, January 23, 2015
Tarikh tutup kontest #shcd terpaksa diawalkan!
Assalamualaikum..
Pengumuman
penting..
Baru
je dapat tahu yang kemungkinan syarikat percetakan akan menyiarkan kaver pada
minggu depan, jadi kontest meneka tajuk novel #shcd terpaksa ditutup awal untuk
mengelakkan kes tak adil dan kes tak puas hati nanti.
Iyalah nanti semua dah dapat tengok kaver, jadi apa guna lagi kontest kan?
Dan
selepas berbincang, saya terpaksa menutup contest #shcd ni tepat pukul 12 malam
ni (Sabtu, 24/01/2015)..
Untuk
teaser pula, yang terakhir akan disiarkan pada pukul 8 malam ini..
Pengumuman
nama pemenang akan diumumkan esok pagi Ahad (25/01/2015)..
Harap
maaf di atas kesulitan yang berlaku dan ini saya sertakan teaser kedua..
Teaser
2 Kontest #shcd
“TAK TAKUT ke sorang-sorang duduk
kat sini?”
Tegur Raze dengan nada selamba. Dari tadi lagi matanya
ralit memandang kelibat gadis sombong yang diselamatkan tadi. Sekejap berjalan
ke pondok telefon yang tak jauh dari keretanya dan sekejap duduk termenung di
atas bonet kereta depan. Entah apalah yang dibuatnya waktu-waktu Mahgrib macam
ni. Nak kata tunggu orang tapi tak nampak pulak
kelibat sesiapa yang datang!
“Huh?”
Hampir terlompat keluar jantung Ayara akibat disergah
secara tiba-tiba. Mencerun pandang matanya ke arah si empunya suara sambil
tangan menggosok dada. Ciss! Mamat ni
lagi! Dah tak ada orang lain ke yang nak tegur aku?
Raze pamer riak wajah tenang walau perempuan sombong di
depannya masih dengan riak terkejut. Takkan nak senyum lebar pulak kut?
Kejadian gadis itu menyindirnya masih berbekas di hati. Namun dia bukanlah
jenis lelaki kejam yang sanggup membiarkan gadis itu berkeseorangan di situ.
Hatinya masih ada lagi setitik dasar simpati sesama insan. Tambahan pula wajah
gadis itu kelihatan comel semasa marah-marah. Ishh, apa yang kau puji dia pulak
ni Raze? Hatinya berperang dengan perasaan sendiri.
“Tunggu orang ke?”
Soalnya lagi apabila gadis itu langsung tidak menjawab
pertanyaannya tadi. Sebaliknya hanya memandang dia dengan pandangan dengan
mulut terkumat-kumit. Entah membebel apa entah. Dia sendiri pun tidak pasti.
Ayara menjeling Raze dengan perasaan tidak puas hati.
Sejujurnya dia tak mahu melayan lelaki itu. Iyalah dekat situ kan tiada orang.
Manalah tahu kut-kut lelaki itu mempunyai niat jahat kepadanya. Nanti dekat
siapa pula dia hendak minta pertolongan?
“Sombong!”
Sindir Raze apabila Ayara langsung tidak menjawab
pertanyaannya. Beg panjang yang terisi dua batang joran itu dikemaskan ke bahu.
Malas untuk berlama-lama di situ. Huh..
tanya pun tak nak jawab! Apa ingat aku ni orang jahat ke? Rungut hati Raze lalu
berkepputusan untuk melangkah pergi dari situ.
Ayara mengeluh kecil. Matanya hanya memerhati kelibat
lelaki itu yang sudah mengatur langkah dari situ. Entah kenapa tiba-tiba
perasaan takut ditinggalkan keseorangan di situ tiba-tiba rasa menjengah ke
dalam hati.
“Eh, tunggu kejap!”
AYARA MENJELING
ke sisi. Wajah Raze yang beriak tenang di sebelah itu ditatap buat seketika.
Hmm, boleh tahan! Hatinya mula memuji akan kekacakan lelaki itu. Namun semua
pujian itu cepat-cepat diusir dari hatinya apabila teringat akan perangai
lelaki itu tadi.
“Kau nak bawak aku ke mana ni?”
Soal Ayara dengan debaran halus yang mula mengempang di
dada. Matanya sekejap memandang kiri dan sekejap memandang ke kanan.
Mencari-mencari kelibat bengkel kereta yang mungkin terdapat di situ. Namun
jalan mereka lalui sedikit gelap dan sunyi. Rumah-rumah orang pun hanya jarang-jarang
ada. Entah-entah dia ada niat tak baik kut? Hati Ayara sudah berfikir
bukan-bukan. Itulah tadi berani sangat nak tumpang kereta lelaki itu. Sekarang
dah mula nak menyesal.
“Kahwin lari.”
Akhirnya keluar ayat dari mulut lelaki itu yang sejak
dari tadi hanya berdiam. Ayara membulatkan mata kerana terkejut. Dah tak betul
ke apa mamat ni?
“Kau cakap baik-baik mamat serabai, karang aku terjun dari sini.”
Ayara mula menggugut. Terasa laju jantungnya mula
berdegup kencang. Teraba-raba tangannya mula mencari pemegang pintu kereta.
Namun belum sempat tangannya mencapai apa-apa, kedengaran bunyi automatic
lock ditekan. Serentak itu kedua-dua pintu kereta itu terkunci.
Ayara telan liur dengan wajah sedikit pucat. Entah
kenapa hatinya mula kecut dengan tindakan lelaki sebelahnya itu. Manalah tahu
kalau-kalau lelaki itu betul-betul maksudkan kata-katanya.
“Sekali lagi kau panggil aku mamat serabai, aku tak
teragak-agak untuk cium kau kat sini.”
Raze pula cuba memberi amaran. Hampir-hampir sahaja dia
tergelak melihat lagak gadis itu yang seakan kalut. Biarlah. Tadi nampak
sombong sangat. Suka-suka hati dia aje panggil aku macam tu!
Laju saja tangan Ayara menekup mulutnya. Mungkin
bimbang jika lelaki itu betul-betul mengotakan kata-katanya. Seketika jari jemarinya
meramas satu sama lain tanda gelisah. Walaupun aircond di
kereta Range Rover Evoqe itu agak sejuk
namun tangannya mula terasa berpeluh-peluh.
“Panggil aku Raze.. ni rumah aku.”
Suara Raze sedikit mengejutkan Ayara dari dunianya
sendiri. Terjenguk-jenguk kepalanya ke cermin kereta. Rumah teres
setingkat di depan mata. Kat mana ni? Hati Ayara menyoal pelik. Iyalah tidak
disangka-sangka di tempat yang mereka lalui tadi mempunyai rumah seperti
itu. Seperti berada di tempat lain saja.
“Kat mana kau bawa aku pergi ni?”
Soal Ayara apabila hatinya tidak mampu lagi bertahan
untuk bertanya. Raze mula tersenyum nipis.
“Rumah aku lah. Malam ni kita tidur sini.”
Jawab Raze bersahaja seraya membuka pintu keretanya.
Kala itu dia sudah hampir tergelak besar melihat reaksi dari Ayara. Tak
apalah.. kita buli dia sikit!
“What?!”
Mulut Ayara hampir-hampir saja terlopong. Entah kenapa
otaknya mula memikir bukan-bukan tatkala ayat terakhir yang keluar dari mulut
lelaki itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)