:: My gangS :: TQVM

Monday, October 11, 2010

bab 6 why me?


“Bismillahhirrahmanirrahim”.Perlahan-lahan aku sebut basmalah sambil tangan meraup muka.

“kau ni dah cam jampi-jampi je, padahal nak tengok result test je”

“eh, ni antara hidup ngan mati kau tau tak”

“ela-yela, dah jom masuk”

Aku tengok ada lagi dua tiga orang student dalam bilik encik Asyfar. Eh, macam si Qiqi je. Menyibuk je dia ni. Aku tengok encik Asyfar dah tersenyum tengok aku dengan Yatie. Aku pun senyum balik macam takde ape-ape, padahal jantung macam dah buat marathon lima kilometer.

“saya tak sangka pulak test kali ni awak lulus”

Patutla encik Asyfar senyum-senyum tengok aku. Rupanya aku lulus test ni. Haha, terer jugak aku. Tapi dapat berapa yer? Si Qiqi ni macam jeling je tengok aku, tak puas hati la kot sabab aku lulus test ni. Ingat dia je yang terer.

Aku pun pegi dekat encik Asyfar, dia pun bagi kertas test kat aku. Whoa, dapat 52 markah. Ok la tu, lulus jugak walau tak cecah 80. Aku tengok Yatie, dia macam sedih je. Bila tengok kertas dia, dia dapat 45 je. Lagi 5 markah nak lulus.

“okla tu, test lepas tak sampai pun 20 markah, test kali ni lima markah lagi nak lulus” Aku cakap kat Yatie sambil tepuk belakang dia.

“aku sedih ni”

“relaks la babe, ade dua lagi test sebelum final. Sempat tu kalau kau study betul-betul” Nasihat aku kat Yatie.

“yela, kau bolehla cakap cam tu sebab kau lulus”

“eh, aku dapat 52 je, bukan 80 pun. Tu pun nak kecoh. Aku kena jugak lulus sebab dah bertaruh dengan si Qiqi tu.

“aku dengar cam kau sebut name aku je tadi" Tiba-tiba ada je yang crossed line.

Dia ni telinga lintah ke ape? Aku punya la slow cakap dengan Yatie, dia boleh dengar jugak.

“cheh, perah santan betul la kau ni. Aku ingat dah balik dah tadi”

“mane boleh aku balik, hal kite tak settle lagi ni” Dia jeling kat aku. Whoa, jelingan penuh makna tu.

so, kau dapat berape? Leh challenge aku punya tak?”Dia tanya aku sambil kitaorang keluar dari bilik encik Asyfar. Buat apa duduk menyemak lama-lama dalam bilik dia, kang tak pasal-pasal pulak dia tau pasal pertaruhan kitaorang.

“aku dapat 52”. Aku jawab sambil tersenyum.

“tak leh challenge aku jugak la, aku dapat 96” Chiss, gila otak dia ni, makan apa la sampai sikit lagi nak dapat fullmark.

“okla tu dari fail terus” Aku dah keluar ayat bengang ni. Yatie pun senyap je duduk tengok kitaorang bertekak.

“so, kira kau kalah la ni yer” Dia tengok aku sambil tersenyum. Benci sungguh aku tengok kalau dia senyum macam tu. Mesti ade apa-apa yang dia fikir dalam kepala dia tu.

“macam ni la, by next week, ade annual dinner kelas kite kan? Aku nak kau jadi ‘date’ aku malam tu”

Ni ayat penyata ke ayat tanya. Adussh, baru je aku dapat tau fasal dinner tu semalam dari Yatie. Memang hot jugak la sebab buat kat hotel walau bukan five star tapi dengar kata three star jugak la. Masalahnya tema majlis tu Romeo and Juliet. Kalau dah tema macam tu, konfem kena pakai dress bagai. Aku mana la pernah pakai dress. Masalah betul ni.

“eh, boleh tak kalau tak pergi?” Boleh aku tanya soalan bodoh kat si Qiqi.

“mane boleh tak pergi. Kan dah syarat perjanjian kite tu sape yang kalah kene ikut cakap sape yang menang”

“hishh, masalah betul kalau kene gi dinner ni”

“relaks la, macam tak penah pegi pun. Just dress code dia je yang pelik buat orang cam kau. Lagipun bukannye aku suruh kau pegi teman aku berfoya-foya pun”.Sempat lagi si Qiqi ni perli aku. Taula dia tu playboy. Hampeh betul la.

“kau saje kan nak kenakan aku”

“well, U know me”

“dahla, aku nak balik”

“weh, jangan lupe tau next week, nanti aku amik kau kat rumah” Si Qiqi sound aku sebab aku dah start jalan laju-laju tinggalkan dia. Yatie terkejar-kejar ikut aku dari belakang. Serabutnya otak.


**************************************************


“eh, cepatla babe, nanti lambat pulak kate nak tengok muvee

“yela-yela, aku dah siap la ni”

Petang Sabtu tu, kitaorang pergi EC sebab nak cari dress. Aku tak nak pergi, tapi si Yatie ni duk sibuk-sibuk ajak jugak. Lagipun kitaorang nak pergi tengok muvee baru jugak, Prince of Narnia.
Sampai kat sana, orang dah ramai berpusu-pusu, biasala hari minggu. Nak-nak lagi awal bulan, lagi la ramai orang. Ingatkan nak pergi tempat biasa je tapi nak pergi jugak tempat-tempat branded. Aku dahla tak cukup duit ni. Dia tak apa la sebab anak orang kaya. Last-last dia cakap yang dia nak belanja. Kira nasib baik la tu kan. Dress bukannye murah-murah, ni kan evening dress plak. Sampai habis beribu jugakla kitaorang shopping tadi. Dengan heels tinggi 4 inci, wig, mekap bagai. Susahnya la nak pergi dinner ni, kalau pakai jeans dengan tshirt kan senang.

“nasib baik best muvee tadi tu, kalau tak wat penat je beratur lame-lame tadi depan panggung wayang”

“sebab best la aku ajak kau tengok”.

Kiaorang duduk kat bangku depan panggung lepas kitaorang keluar tadi. Punya la ramai manusia sampai full seat tadi. Nak balik macam awal lagi so kitaorang pun duduk lepak-lepak kat situ kejap. Lepas dah nak masuk maghrib baru balik.

“kau tak rase salah ke warna dress yang aku pilih ni?”Aku tanya kat Yatie sebab dress dia warna hitam, tapi aku punya warna maroon.

“ok ape warna maroon, suits ape ngan kau coz kulit kau kan cerah sket dari aku. Aku kene la pakai warna hitam coz aku ni pendek dari kau. Warna hitam wat aku nampak tinggi sket,haha”

“kau ni babe, pepandai je”

“betul ape aku cakap”

“yela tu, kan salah pilih kan aku takut ade orang yang tergoda je nanti”.
Aku cakap kat Yatie sambil gelak-gelak. Siapala yang nak tergoda dengan aku, lainla dengan Yatie tu.

“manela tau nanti kan, ade orang tergoda ngan kau, bolehla la aku wat kenduri pulut kuning”

“cheh, hampeh punya member, selambe je kutuk aku depan - depan”

“chill la babe, aku tak main la kutuk belakang-belakang punya” Yatie cakap sambil minum air coke yang kitaorang beli masa keluar tadi.

"weyh, aku tau la aku cam ni, tapi cute tetap ade tau. Kalau tak, takkan si Qiqi tu duk asyik kacau aku je”

“yela tu cute. Tapi nape la Qiqi tu asyik duk kacau kau je, aku takde la pulak kene kacau ngan dia”

“Qiqi tu jeles ngan aku la tu. Maklumla player terkenal leh kalah dengan aku. Ingat tak mase mula-mula kite masuk uni dulu, punya la budak Dania tu duk tergedik-gedik kat aku. Tak layan pun Qiqi mase tu”

“mase tu dia tak tau lagi kan pasal kau? Patutla pun”

Memang masa kitaorang mula-mula jejak kaki kat uni ni dulu, glamour jugak aku jap sebab ramai yang tertipu dengan aku. Tapi aku buat layan tak layan je. Lagi la budak Qiqi tu naik angin. Agaknya sampai sekarang tak puas hati lagi dengan aku, tu sampai terkeluar perjanjian aku dengan dia. Hishh, macam-macamla. Macam tak matured je kitaorang buat perjanjian bagai.

“eh kau ni berangan pulak” Terkejut aku, Yatie ni suka-suka je sergah aku.

“kau ni pun, takleh tengok orang langsung, habis terbang aku punya angan-angan”

“kau berangan kat sape petang-petang ni? Jomla balik.

“bila pulak aku ni ade ‘buah hati, kau pandai-pandai je la” Bila mase pulak aku ni ade buah hati?, seingat aku, aku tak pernah lagi melibatkan diri dengan aktiviti perasaan ni.

"Syarvic la, kau dah lupe ke?”

“eh, esok Ahad kan?Lupe pulak aku ade janji ngan dia nak kuar, hehe”

Aku dah tersengih-sengih sambil garu kepala yang tak gatal. Macam mana pulak aku boleh lupa, ni mesti banyak sangat fikir pasal malam annual dinner tu. Jiwa kacau betul. Syarvic, lama tak dengar cerita pasal dia, tiba-tiba je petang semalam call aku ajak keluar. Dia ni dah kerja dah tapi dengan Petronas. Kira dia ni sangatla sesuai nak buat calon suami sebab kerja dengan Petronas, tentu duit makan tak habis. Gila materialistik la aku ni. Aku pun pelik kenapa dia tak ada awek lagi sampai sekarang. Tunggu aku ke?Hey, perasaan betul la kau ni. Dia ni bestfriend aku masa kecik-kecik, kira sekolah rendah sama-sama la. Tapi dia tua dua tahun dari aku, jadi lepas dia habis sekolah rendah terus masuk ‘boarding school’, biasa la budak pandai. Tak macam aku ni, boleh lepas masuk sekolah teknik je, huhu. Apa la kau ni Zoey, sempat lagi bukak hikayat petang-petang macam ni.

2 comments:

RinsyaRyc said...

rasa bleh nampak diri 'lia' dlm novel sweet sour je... suka sngt~ haha.. gile hebat dpt 90++..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

haha.......lia tu dh jd legend dh..hehe....dia tu terer mstilah dapat 90++..hehe