:: My gangS :: TQVM

Wednesday, October 6, 2010

Bab 5 Why Me?

Dalam sedar tak sedar dah tinggal tiga hari lagi cabaran aku dengan si Qiqi tu. Cepat je masa berlalu. Aku satu benda pun tak study lagi. Tak pela, malam ni dengan malam esok, memang kena struggle betul-betul la. Buatnya aku kalah dengn cabaran si Qiqi, mampus aku. Dia tu bukan boleh dibuat berkira sangat. Yela, top student, mesti banyak idea nak kenakan aku. Nasib dua hari ni tak ada kelas. Boleh jugak aku study bab-bab yang nak masuk test nanti.

Hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba. Tapi disebabkan aku study sampai pukul 2,3 pagi , lambat aku bangun pagi tu. Dalam lambat-lambat motor pulak buat hal tak boleh nak start. Terpaksa aku tunggu bas dekat simpang depan taman.

Pukul 11 pagi tepat aku sampai uni. Yatie hari tu pergi uni awal sebab dia kene jumpa penyelia dia.

“eh, apasal kau lambat ha, test dah start dah weyh”

“kau ni, biar aku lepas nafas dulu, oksigen-oksigen please” Termengah-mengah aku berlari masuk dewan kuliah.

Sempat pulak si Yatie ni tanya, aku dahla rasa nak semput nafas ni. Nasib Encik Asyfar bagi masuk tadi. Kalau tak, lagi la bala. Failed terus test ni. Sambil tu aku tengok si Qiqi dah senyum-senyum tengok aku. Ni satu lagi bala. Aduhh, bila la hidup aku nak aman.

Gila susah soalan test kali ni, full english tu. Aku dah la tak terer mana english ni. Dahla kena jawab english jugak, jawab dalam melayu tak boleh ke? Setakat english cikai-cikai tu boleh la. Ni bila dah masuk bab fakta, memang boleh muntah hijau dibuatnya.

“ok. Times up. Boleh hantar jawapan sekarang”

Encik Asyfar dah start kutip kertas jawapan. Aku tak siap lagi la soalan nombor dua ni. Masalah-masalah.

“encik, give me five minutes, tak siap lagi ni”

“Sape suruh awak datang lambat?Kelas saya bukannye start awal pagi pun. Awak buat ape semalam? Jaga anak ke?”

Aku dah tersengih-sengih pandang encik Asyfar. Budak-budak kelas pun dah start gelak-gelakkan aku. Si Qiqi ni lagi la.

“tu la gatal sangat nak ade anak time study, lain kali berhenti je belajar, senang cite”
Sempat lagi si Qiqi ni sound aku. Tak boleh jadi ni.

“dah papa dia yang pandai sangat buat anak, tapi tak pandai jage pulak, tidur je memanjang”

Seluruh kelas ketawa. Qiqi pun dah start jeling aku. Marahla tu. Tu la nak sangat sound aku. Yatie pulak dah geleng kepala tengok kitaorang.

“dah-dah. Stop it. Zoey, hantar je kertas tu, bukan boleh jawab pun”

Selamba je Encik Asyfar ni kata aku tak boleh jawab soalan test dia. Ingat aku ni bengap sangat ke. Taula test lepas, aku failed. Test kali ni tak tau lagi k.

“ok la, kelas habis kat sini. Esok nak tengok markah test ni, boleh pergi tengok kat bilik saya”

Kelas encik Asyfar habis awal lepas buat test tadi. Ramai budak-budak kelas aku yang menjerit kelegaan. Cheh, aku jugak yang menderita. Tula, sape suruh kau pergi terima cabaran budak Qiqi tu, kan dah bala. Haru betul la.

“i’m dead” Aku cakap pada Yatie sambil letak kepala atas meja.

“apsal pulak ni?”

“tak tengok ke aku mase jawab test tadi? Mane aku sempat siap soalan last tadi”

“tapi aku tengok kau khusyuk je jawab, lainla aku tak dapat langsung tadi”

“memang la khusyuk sebab kejar mase”

“hmm..entahla, bimbang jugak aku bile ingat cabaran kau dengan si Qiqi”

“Tu la pasalnye, serabut kepala dowh” Aku menyebak rambut yang mula tutup muka. Haila, dah panjang pulak rambut aku ni.

“dahla wat muka sekupang cam tu, makan jom, aku belanja”

“kau baru menang loteri ke? Biase susah je nak belanje aku”

“gila la kau main loteri bagai, aku tau lagi halal haram dowh”. Haha, pasal ni tau pulak halal haram. Cheh, cakap tak serupa bikin, aku pun dua kali lima jugak.


***************************************


Lepas je makan tenghari hari tu, kiteorang terus balik rumah. Malas nak pergi mana-mana. Tidur lagi baik apa. Malam tu kitaorang decide nak pergi makan kat luar je. Malas nak masak.
Aku pun pergi cucuk duit kat ATM dulu, yela kan tak cukup duit nak makan susah pulak. Bukannya aku anak orang kaya sampai dapat elaun beribu sebulan. Ni pun harap kat duit loan je. Sekali –sekala nak jugak makan best-best dengan member-member. Haha.

“jom gi Laksa Shack kat depan tu, lama dah aku mengidam nak makan” Aku cakap kat Yatie sambil mata dudukk usha orang dalam restoran.

“ok jugak, lame dah aku tak makan kat situ” Yatie ni kira anak orang senang la jugak, tapi dia ni macam low profile tak tunjuk kat orang. Dia pun relaks je kawan dengan aku ni.

Lepas kitorang order, aku dengan Yatie start sembang-sembang pasal Fadzrul. Kata dia Fadzrul tu pun anak orang senang jugak. Hishh, kenapala semua orang yang aku kenal , semua anak orang kaya? Aku sorang je anak orang miskin kat sini kot. Huhu, sedih pulak rasa.

“ eh, aku rase cam kenal la budak duk meja depan tu” Sambil tangan aku duk tunjuk kat Yatie dekat meja selang tiga buah dari meja kitaorang.

“sape pulak tu? Tak kenal pun aku. Bukan budak kelas kite kan?”

“takla, dia bukan budak kelas kite tapi dia ade kene mengena dengan budak kelas kite la”

”kau ni cakap belit-belit la, straight to the point kan senang”

“Yela-yela, tu Afri Shah a.k.a Chap, sepupu si Andriand. Aku rase yang kat sebelah dia tu pun macam Andriand”

Yatie cepat-cepat je lipat maut bila dengar aku sebut pasal Andriand. Apasal semua orang minat sangat dengan dia ni. Aku hairan betul la.

“yela tu Andriand. Tapi camne plak kau boleh kenal dengan sepupu dia?”

“hari tu mase kau gi date ngan Fadzrul, aku gi lepak taman. Tak sangka pulak dia yang tegur aku. Dia tu budak skate kau tau tak?”

“gila gempak kau, semua tau pasal dia. Kalau la aku tau, takde la aku susah-susah duk wat karangan pasal dia hari tu”

“gahla weyh, makan jom. Nanti sejuk pulak laksa ni. Lagi cepat kite makan, lagi cepat kite boleh blah dari sini. Taknak aku jumpe si Andriand tu. Tengok muka dia dah wat aku sakit hati”

Cepat-cepat kitaorang makan tapi yang tak bestnye, masa sibuk nak bayar tu, boleh pulak bertembung dengan diaorang.

“eh Zoey, U pun ade skali kat sini”.Chap tegur aku. Aku nak tak nak just senyum je kat dia.

“dah nak balik pun ni”

Malas aku nak jawab sebenarnya. Nak-nak lagi tengok muka si Andriand kat sebelah tu. Dahla tengok aku macam nak telan. Mesti bengang pasal kes hari tu dengan aku. Lantakla, malas aku nak layan.

“emm, jumpe lagi yer kite, cam ade jodoh pulak” Si Chap ni dah tersengih-sengih pulak. Aku buat-buat tengok handset kat tangan. Yela sangat jodoh, baru je jumpe dua kali.

“eh tak pela korang. Kitaorang blah dulu la. Dah lambat ni”

Aku sebenarnye malas nak berdepan dengan mamat sebelah Chap ni. Sepupu dia ni terlebih ramah pulak, dia pulak dingin cam air batu. Konfius aku.

“eh, ok la cam tu. Kitaorang pun dah nak balik jugak. Ade orang nak buat research pasal final project dia”

Dia cakap sambil jeling sepupu dia kat sebelah tu. Masa tu aku tengok si Andriand dah macam bengang je. Padan muka. Aku rasa hari tu, macam dia yang suruh aku decide nak wat tajuk mana, last-last hari ni dia pulak sibuk-sibuk nak buat research. Kalau macam ni, konfem ade yang bertekak masa nak pilih tajuk nanti. Bala lagi, haissh.

Lepas bayar tu, kitaorang balik macam tu je. Hajat hati tadi nak pegi Popular kejap beli buku. tapi dah tak jadi sebab dah spoil mood bila jumpa Andriand.

2 comments:

RinsyaRyc said...

as usual... gya bhasa akak menceritakan cerita mmng membuat sya tertarik~ bleh belajar dari akak untuk buat pov 1! hoho~

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

haha..sile2..tp taklah pandai sgt na wat POV 1 ni..