:: My gangS :: TQVM

Saturday, October 2, 2010

bab 2 why me

Pagi Isnin tu aku dengan Yatie pegi uni awal sikit dari biase. Saje je padahal lambat lagi tutorial kitaorang. Lagipun assingment structre Cik Alina, tak siap-siap lagi. Kot-kot terjumpa dengan budak-budak kelas bolehla compare jawapan, konon-kononla. Padahal duk tampal cantum, ala macam copy paste punya. Macam kata budak-budak zaman sekarang. Tapi aku dah ada azam sem ni kene struggle sikit, manetau kot-kot dapat anugerah dekan ke, haha. Gila punya angan-angan. Tapi tak salah kan kalau berangan. Tapi bukan angan-angan Mat Jenin tau.

Kelas encik Asyfar pukul 11 pagi hari tu. Aku tak tau la kenapa yang aku rasa tersangatla mengantuk, nasib baik tak tersengguk-senguk kat dewan kuliah tu. Dahla aircond sejuk semacam, kalah duduk kat kutub selatan. Memang best la kalau dapat tidur sekejap time ni. Tapi kitaorang semua kene tahan mata sebab encik Asyfar ni memang pantang kelas dia kalau ada yang tidur. Tengah encik asyfar tu duk salin nota kat depan, aku macam berkhayal je duk kat dunia lain. Tiba-tiba..

“wey Zoey, kau duk berangan ape tu?”

“hah”

Aku jawab soalan Yatie sambil bangun berdiri. Yatie dah tergelak-gelak tengok aku.
Aku pulak macam blur je dengan soalan dia. Budak-budak kelas kitaorang dah bisik-bisik je sesama sendiri. Encik Asyfar pulak dah start tengok kat aku. Habisla aku.

Budak Qiqi tu plak dah jeling-jeling tengok aku sambil tersenyum-senyum. Aku dah rasa dah aura panas semacam je kat muka aku ni.

so miss Darwisya, could you please answer this question to the class?” Aku memang tak suka encik Asyfar panggil aku Darwisya, ayu semacam je.

“ha...er..er...er...ok”. Yatie dah start senyum-senyum tengok aku.

Aku ni memang lemah la kalau kena jawab soalan kat depan. Yela kalau dapat jawab dengan berjayanye, tak pe la jugak. Tapi kalau salah memang confirm aku dapat extra assingment dengan encik Asyfar ni. Dia ni bukan boleh teka sangat angin dia. Kadang-kadang ribut, kadang-kadang taufan. Patutla tak kahwin lagi. Siapa la yang sanggup tahan dapat husband macam tu. Silap-silap terbang semua isi rumah kalau bergaduh. Sempat lagi aku ni duk mengumpat dia dalam hati. Tak patut betul, patutla tak berkat belajar. Eh, tarik balik statement aku tadi. Hehehe..

So dengan beraninya aku bawak calculator berjalan pergi kat depan kelas. Dengan gaya-gaya rock, cheh padahal dah panik pun sebab takut tak boleh jawab soalan.

“eh, mane aku ingat formula volume ni, dahla tak hafal”.

Aku pandang Yatie, Yatie dah buat isyarat dengan tangan dia tunjuk kat tepi. Aku pusing kiri, tengok formula tu dah ada kat sebelah whiteboard. Fuhh, lega. Taram jela mana-mana pun, janji siap dari kosong je kat whiteboard tu. Aku try la jugak jawab soalan paip bercabang tiga ni. Subjek encik Asyfar ni memang susah sikit, apetah lagi kalau bab-bab mengira. Biasa budak-budak perempuan slow sikit bab mengira ni, lainla budak laki cepat je dapat pickup. Berape kilo entah diaorang makan kismis hari-hari, konfius aku. Tapi sepupu aku terer pulak siap dapat A lagi subjek ni. Mesti aku banyak makan semut ni.

“encik, dah settle dah”

Aku pun berjalan balik masuk kat tempat aku sebelah Yatie. Si Qiqi dah jeling-jeling tengok aku. Mesti dia jeles sebab aku dapat jawab soalan tu tadi kat depan.

“eh, cepatnye awak jawab. Betul ke tu?”

“saya rase dah betul dah, tapi tak tau la kalau salah ”

“yelatu betul. Kot-kot pakat hentam je jawab” balas si Qiqi pulak sambil tengok aku.

Aku senyap je, malas dah nak layan si Qiqi ni. karang tak pasal-pasal pulak aku bergaduh dengan dia dalam dewan kuliah ni. Aku tak tau la kenape dia ni macam tak puas hati sangat dengan aku. Padahal dia tu best student, tiap-tiap sem dapat anugerah dekan. Maybe dalam otak dia ni ade shock mane-mane wayar kot. Malas aku nak layan orang macam dia ni.

Encik Asyfar pergi check jawapan aku tadi. Aku dah start berpeluh dingin. Yela, ingat senang ke orang macam aku ni boleh jawab soalan macam tu.

good job miss Darwisya, your answer totally correct

“hah”

Terpinga-pinga aku bila dengar encik Asyfar cakap macam tu kat aku. Yatie pulak dah senyum-senyum tengok aku. Ni yang nak bangga diri ni. Hehehe.

“alah, baru dapat jawab satu soalan pun dah kecoh” sound si Qiqi ni. Dia ni memang ade je yang tak puas hati dengan aku.

“kau ingat, kau sorang je boleh jawab soalan macam tu, aku pun boleh jawab jugakla. Macamla kau je yang terer dalam kelas ni” aku sound dia pulak.

“kalau kau terer, mesti kau dah dapat score dalam ujian. Ni aku tengok failed je tiap buat ujian” sound dia kat aku pulak.

“dah-dah, kau orang berdua ni macam anjing dengan kucing, asyik bergaduh je” Encik Asyfar sound pulak kat kitorang berdua. Kitaorang pun masing-masing senyap. Takut.

Kelas encik Asyfar habis pukul satu petang. Nasib dia tak bagi assingment atau kuiz ke. Dahla hati aku sakit lagi dengan kata-kata si Qiqi tu. Lepas makan tengah hari pukul dua tu, kitaorang duk lepak-lepak kat dataran depan uni ni. Kat sini ada kolam ikan, ada gazebo. Memang bestla lepak-lepak dekat situ. Lagipun uni ni dapat online internet free. Lagila aku dengan Yatie ni suka. Tengah duduk lepak-lepak sambil tengah layan internet, aku macam tengok si Qiqi ni berjalan menuju kat dataran. Sah, bala dah datang. Nak lari kan, takut dia kata aku ni pengecut pulak, so aku buat-buat sibuk la konon-kononnya. Sambil tangan duk chek email dekat Yahoo.

“kau nak ape datang sini ni?" aku dengar Yatie tanya si Qiqi ni. Aku buat-buat macam tak nampak je si Qiqi.

“aku datang nak cakap dengan ‘girlfriend’ aku la”. Mata si Qiqi ni tak lepas-lepas tengok aku. Ingat mata dia tu ade insuran nyawa ke nak tengok anak dara orang lama-lama. Cucuk jugak kan baru tau.

“mane ade girlfriend kau kat sini?”

“tu, yang duk sibuk-sibuk check email tu” si Qiqi tunjuk jari dia kat aku. Aku dah start buat muka.

“si Zoey ni ke?”

“ye la, sape lagi”

“habis tu, si Dania, si Zafira tu bukan diaorang girlfriend kau ke?”

“taklah, diaorang tu skandal aku je”

“banyakla kau punya skandal, awek je keliling pinggang”. Aku tengok je si Qiqi ni duk berlawan cakap dengan Yatie. Malas aku nak layan.

“dah tu kau nak jumpe si Zoey ni la”?. Tanya Yatie lagi.

“yela, aku nak jumpe dengan Cik Zurviyaa Darwisya binti Ahmad Ahzim”

“eh Qiqi , apasal kau sebut name penuh aku pulak?. Aku tak suka la kau panggil nama aku macam tu” aku sound kat si Qiqi ni.

“cop-cop. Name aku bukan Qiqi ok. Aku nama punya la sedap, boleh kau panggil aku ni Qiqi. Name aku Rifqiy Adzfarel bin Dato Rafii tau.”

“nak sebut pun susah, senang-senang panggil Qiqi je. Best ape dengar” Aku dah start gelak-gelak kat dia.

“kau ni memang nak kena la Zoey, aku memang tak puas hati dengan kau”

“habis tu, kau nak buat ape kalau kau tak puas hati dengan aku?”

“kau ni memang sengaja nak sakitkan hati aku la”

“dah kau yang start dulu. Tengok mase dalam kelas tadi. Aku tak kacau kau pun, kau je yang sibuk-sibuk duk menyampuk”

“memang kau tak kacau aku, tapi tadi aku saje je cakap macam tu kat kau. Tapi kau pulak lebih-lebih sound aku dalam kelas, memang habis jatuh saham aku sebagai top student kelas”

“eleh, setakat top student kelas pun dah nak kecoh, lainla kalau dah dapat tittle top student fakulti”

“hey, kau ingat aku tak boleh challenge ke kelas sebelah tu? Tengok orangla”

“yela memang tengok orang, takkan nak tengok lembu pulak” Yatie tiba-tiba ketawa. Dia ni ingat aku buat lawak ke kat sini. Dahla aku tengah panas ni.

Kadang tu, aku takut jugak duduk buat anak orang sakit hati. Yela, dia ni anak orang kaya, silap-silap hari bulan, takut ada je yang kena buang uni.Tapi Qiqi ni dah terlebih sudah. Hari-hari ada je yang tak puas hati dengan aku. Tak boleh aku nak hidup aman sikit.

“kau ni memangla Zoey, tomboy tak sedar diri”

“eh, kau ni cakap baik-baik sikit. Suka-suka hati je gelarkan orang”

“dah kau memang tomboy pun. Tengok rambut kau pun pendek. Asyik pakai tshirt dengan jeans je"

“peduli ape aku. Janji aku selesa. lagipun aku tak mintak duit kau pun”

Si Qiqi ni dah tengok aku macam nak telan. Yatie pulak duduk jadi penonton tengok kitaorang bertekak kat dataran ni. Tadi macam berani sangat lawan cakap si Qiqi ni. Ni macam dah kecut perut pulak. Yela, masing-masing dah keluar aura panas. Siapa-siapa yang tengok pun gerun.

"dahla tu wey, gaduh pulak kat sini” Yatie sound aku dengan Qiqi.

“aku tak settle lagi dengan tomboy ni” jawab si Qiqi dengan muka merah padam. Mesti dia tahan marah tu. Aku rase kalau aku ni lelaki, mesti aku dah kene belasah dengan dia kat sini.

“dah tu kau nak ape?”

“ok aku nak cabar kau”

“cabar ape pulak ni?”Aku jawab balik soalan Qiqi tadi.

“aku tengok kau macam terer je jawab soalan encik Asyfar tadi. Ape kate test untuk minggu depan, aku nak tengok kau punye result boleh challenge aku punye tak.”

“habis tu kalau result aku lebih dari result kau, aku dapat ape?” aku tanya si Qiqi ni balik.

“emm..aku takkan panggil kau tomboy lagi. Plus aku takkan cari pasal dengan kau dan aku akan buat semua assingment hydraulics kau untuk sem ni” jawab si Qiqi.

“ok, aku on je”

“tapi kalau aku kalah macam mane pulak?”

“kau kena ikut cakap aku la” si Qiqi ni dah buat senyum pelik.

“mane aci macam tu”

“aci tak aci, aci ade dekat India. So macam mane? Ade berani?”

“emm..ok la”

Aku dengan cepat bersetuju Qiqi ni. Si yatie dah pandang aku semacam. Sempat lagi dia bisik-bisik kat aku, takut-takut si Qiqi ni buat macam-macam dekat aku. Aku cakap dekat yatie, dalam uni ni takkan la si Qiqi ni nak buat ape-ape dekat aku.

so settle kite punya masalah. Ni sain kat sini”

Gila la si Qiqi ni siap buat perjanjian hitam putih lagi semata-mata nak challenge dengan aku. Kat mana dia dapat idea ni entahla. Tapi dia kan stok budak-budak terrer. Aduh, masak aku kalau fikir-fikir balik cabaran ni.

"Yatie kau jadi saksi untuk cabaran kitaorang ni”

"ok"

Si Qiqi pun sain dekat surat perjanjian tu. Aku sain lepas tu. Yatie pun sain jugak kat surat perjanjian tu sebagai saksi kami.

so start esok kau bolehla study. Aku sure mesti aku dapat kalahkan kau nanti” Si Qiqi ni dah start gelak sambil tengok aku.

wait and see la” Aku sound Qiqi.

Selepas tu, aku tengok si Qiqi ni terus blah pergi kat kantin. Ok jugak dia pergi terus, malas dah aku nak layan dia, boleh sakit hati plus sakit jantung je dengar dia cakap. Aku dengan yatie pun dah tak ada mood nak lepak lame-lame dekat dataran. Sakit hati pulak aku bile teringat kat perjanjian cerdik aku tu. Hishh, geramnya aku dengan budak nama Qiqi ni. Nak je belasah cukup-cukup.

2 comments:

nurul said...

huhu..ingtkan qiqi ni laki la td..-p

nurul said...

best..