:: My gangS :: TQVM

Saturday, January 26, 2019

The Great Soulmate?

Salam and hai...
Ada cerita baru...
Jemput bace 😊😊😊

-------

Sinopsis



    Ezra Maysa tak kisah jika dia terpaksa tinggal di asrama. Dia tidak kisah walaupun digelar pelajar bermasalah. Namun dia teramat kisah apabila ada lelaki yang suka cari pasal dengannya. Terutamanya Adriy Refhan, antara pelajar 'top' di sekolah.
    
    "1st day sekolah dah dua kali buat hal... Esok nak buat apa lagi? Lari dari asrama?" -  Adriy Refhan
    
    "Cakap tu elok sikit boleh tak? Aku datang sini minum air je kut." - Ezra Maysa
    
    Walaupun begitu ada juga ikhlas menghulurkan salam persahabatan.
    
    "Kau tak sama macam perempuan lain May." -    Lufi Azraf
    
    Namun tak semua pihak senang hati dengan situasi tersebut. Ada saja yang irihati.
    
    "Apa yang special sangat dengan perempuan tu? Semua lelaki hot kat sekolah ni sibuk nak rapat dengan dia." - Fetty Adriana
    
    Dalam umur yang masih muda, darah masih panas membara, ada saja kejadian yang mungkin 'lari' dari laluan biasa.Jadi siapakah yang patut dipersalahkan di dalam hal ini?
    
    "Kau tak dengar ke yang mama aku dah awal-awal chop kau untuk aku?" - Adriy Refhan
    
    "Kau ingat aku ni makanan nak main chop-chop bagai? - Ezra Maysa
    
    Jadi apakah pengakhiran kisah Ezra Maysa dan Adriy Refhan? Dan bagaimana pula dengan kisah Lufi Azraf yang tiba-tiba saja meluah isi hati?


    **



    BAB 1

    January 2001..

    “CARI siapa?” Aku menyoal kepada seorang budak perempuan berkulit sawo matang yang berada di tepi tingkap. Aku kerling nama di teg nama. Nazihah. Tak kenal pun. Mungkin budak kelas lain yang ditakdirkan masuk ke kelas satu.
    “Syazrina ada?” Aku jengukkan sedikit kepala ke kelas 4 AM 1 itu. Tak ramai pun orang. Padahal belum lagi waktu rehat. Dia orang semua pergi mana? Takkan dah pergi melantak kut? Macam tak logik je!
    “Nayli Syazrina ke?” Soal Nazihah lagi. Dahinya sedikit berkerut. Mungkin sedang mengingati nama pelajar sekelasnya.
    “Aah… Dia ada tak?” Aku kembali menyoal. Nazihah pandang aku sedikit pelik. Aku menaikkan sebelah kening. Kenapa dengan dia ni?
    “Dia tak ada… Minggu lepas dia dah pindah masuk sekolah lain.”
    “What?” Aku jatuh rahang. Tak berkelip mata pandang Nazihah. Biar betul budak ni?
    “Syazrina dengan separuh budak kelas kami dah pindah minggu lepas… Sekolah apa tu…. Haa, sekolah baru yang dekat dengan bukit tu.” Sambung Nazihah nampak tenang. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Speechless terus!
    Tanpa sebarang kata aku terus melangkah longlai ke kelas. Syazrina atau nama penuhnya Nayli Syazrina ialah sepupu aku paling rapat. Dari sejak kecil lagi aku memang berdua saja dengan dia. Lagi-lagi kami sebaya. Semua benda nak sama. Baju raya nak sama, kasut, beg dan pelbagai lagi benda lain. Pendek kata sampai sekolah pun nak sama.
    Kecewa. Itulah yang dapat aku rasakan ketika ini. Sampai hati kau Syaz. Takkan tak beritahu aku langsung nak pindah. Tahulah masa PMR hari tu kau dapat 6A. Tiba-tiba aku rasa nak menangis. Aku menyambung langkah lemah ke kelas tiga. Kelas perdagangan. Kelas yang paling aku benci untuk ketika ini.

    SUBJEK Bahasa Arab Tinggi itu langsung aku tak peduli walau menceceh Ustazah Aminah bercakap di depan. Aku pandang buku teks bahasa Arab dengan langsung tak ada nafsu. Huruf-huruf yang langsung tak ada tanda baris itu aku kerling buat tak nampak. Tak ada mood!
    “Saya bagi lima belas minit untuk awak selesaikan soalan nombor dua tu.” Kedengaran lagi suara Ustazah Aminah di depan kelas. Aku ambil pensel dan hanya tick soalan kedua yang memerlukan aku untuk letak tanda baris itu.
    Sempat aku pandang keliling kelas, semua nampak khusyuk menjawab soalan. Mungkin aku sahaja yang langsung tak ambil kisah. Aku akui yang Bahasa Arab aku teruk masa PMR. Hanya dapat C sebab aku tak dapat nak jawab bahagian karangan. Itu pun main hentam saja campur English. Tak logik kan?
    Aku tahu semua itu salah aku. Masa waktu Bahasa Arab je, aku bantai tidur. Sudahlah tempat duduk kat belakang sekali. Kelas pulak terlalu ramai pelajar. Empat puluh orang lebih. Memang tak terkawal lah biarpun aku duduk kelas depan. Lagi-lagi Ustaz yang mengajar tu jenis tak kisah. Memang separuh jugaklah kawan sekelasku ke laut dalam keputusannya. Sekali lagi aku teringat kisah setahun lepas.
    “Ezra Maysa!” Aku tersentak bila nama aku dipanggil. Terkulat-kulat aku memandang Ustazah Aminah. Haila kantoi berangan!
    “Berangan sampai mana dah?” Soalan perlian dari Ustazah Aminah itu buatkan hampir seluruh pelajar sekelasku ketawa. Aku gigit bibir. Sungguh aku tak ada mood nak belajar. Mak, May nak tukar sekolah boleh tak? May tak nak dah sekolah kat sini!
    “Nanti awak jawab soalan nombor dua kat depan.” Aku mengeluh perlahan. Rasa nak bertempik kuat-kuat. Bencilah macam ni!

    SUDAH hampir sebulan berlalu selepas kes Syaz pergi tukar sekolah lain. Aku pergi sekolah macam biasa walaupun hati langsung tak ada kat situ. Kadang-kadang aku ponteng kelas dan ikut geng bas sekolah melepak kat pekan. Sungguh aku memang rasa nak sangat tukar sekolah baru. Hampir separuh kawan rapat yang menjadi tempat aku bergelak ketawa sudah tiada lagi kat situ. Seketika aku mengeluh lemah. Apa aku nak buat ni? Aku tak tahu nak bagi alasan apa kat mak dengan ayah untuk tukar sekolah.
    Tengah hari itu Cikgu Zaiton masuk ke kelas kami dengan kertas putih di tangan. Aku mula memandang dengan tertanya-tanya. Cikgu Zaiton adalah cikgu yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Sekaligus merangkap cikgu kelas aku.
    “Awak semua jangan frust… Tak dapat tawaran kat mana-mana, tak semestinya tak boleh berjaya.” Cikgu Zaiton seakan memujuk. Aku hanya buat muka endah tak endah.
    “Ni saya ada bawakan borang untuk sekolah vokasional… Siapa yang berminat boleh ambil.” Cikgu Zaiton mula mengedarkan borang kepada ketua kelas.
    Aku menaikkan sedikit kening? Sekolah vokasional? Yang kemahiran tu kan? Kenapa aku rasa macam 'lemah' sangat? Sekolah tu kan untuk pelajar yang biasanya tak boleh ‘ngam’ dengan subjek biasa. Yang ramai pergi pun kebanyakan dapat D dan E. Sebab itu mereka pilih bahagian kemahiran. Lainlah sekolah teknik. Adalah jugak class sikit walaupun tak setanding dengan MRSM!
    Walaupun begitu aku tetap menyambut helaian borang yang dihulurkan. Mata terus memandang sekilas. Sekolah teknik tak ada ambil 2nd Intake ke? Tak silap aku, rasa macam ada. Tapi kenapa macam senyap je. Ke aku yang memang dah bosan gila kat sini sampai rasa masa berlalu begitu lambat?
    “Yang berminat boleh try apply… Esok hantar balik kat saya.” Pesan Cikgu Zaiton setelah melabuhkan duduk di kerusi.
    “Nak apply ke?” Soalku sambil mengerling lagi borang di tangan. Tapi keputusan PMR aku 4A, 3B dan 2C. Tak ada satu pun subjek aku failed. Yang dapat C hanya Bahasa Arab dengan Geografi. Rasa macam tak kena je!

    AKU mengambil remote tv untuk mengubah siaran. Apa hal sinetron Indonesia pulak ni? Cepat-cepat aku menukar ke siaran lain. Namun perhatianku pada tv sedikit terganggu apabila kedengaran bunyi kaki melangkah masuk ke dalam kedai. Dari ekor mataku aku sempat melihat seorang lelaki menuju ke peti ais yang bercermin lutsinar.
    Sebenarnya hari ini hari cuti. Dan aku seperti biasa akan menolong emakku untuk menjaga kedai runcit miliknya. Kata emak, dia nak berehat seketika. Lagipun dah mula masuk waktu tengah hari. Jadi emak akan mula sibuk di dapur untuk memasak.
    “Berapa?” Soal lelaki yang mungkin sebaya denganku baru saja ke meja kaunter. Satu botol minuman jenama Lipton diletakkan ke meja. Bau minyak wangi mahal mula mencucuk hidung. Amboi berapa kati minyak wangi dia pakai ni?
    Saat aku mengangkat muka, aku terkaku untuk lima saat. Handsome-nya… Sudahlah buat rambut ala-ala hero drama Korea petang-petang tu. Tiba-tiba rasa macam jatuh hati. Ah May, gedik eh kau!
    “Err… 2.50.” Aku sedikit teragak sedikit menjawab. Haila May, tiba-tiba je kan jadi gagap!
    Aku nampak dia menyeluk poket untuk mengeluarkan wallet miliknya. Not RM50 itu mula ditarik keluar. Seketika terus dihulurkan kepadaku.
    “Emm tak ada duit kecik ke?” Aku bertanya sopan. Acece kau May!
    “Tak ada… Yang ni je ada.” Suaranya kedengaran mendatar. Cis, mentang-mentang aku jaga kedai je kut. Buat jawab nak tak nak je!
    “Takpelah.” Aku sambut huluran not biru dari tangannya. Zap! Terkena hujung jariku dengan tangannya. Cepat-cepat dia tarik tangannya ke bawah. Ek ele! Macamlah aku nak sangat sentuh tangan dia tu. Tersentuh okay bukannya sengaja pun!
    Cepat-cepat aku mengira duit baki untuk dipulangkan. Apabila sudah cukup wang di tangan aku terus hulur tanganku ke depan. Dan saat itu aku perasan sedikit matanya merenungku. Dah kenapa pulak ni? Walaupun begitu hati aku pulak yang berdebar-debar dengan renungan tajam dari matanya itu.
    Dia terus saja pergi selepas menyambut wang yang dipulangkan kepadaku. Aku menjengukkan sedikit kepala. Rasanya dia bukanlah dari kawasan yang aku tinggal. Mungkin orang luar kut! Bunyi enjin kereta menderum laju itu aku pandang sekilas. Sah! Memang orang luar. Tak pernah pulak aku nampak kereta semewah itu sepanjang aku tinggal di sini.
    Aku bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke depan kaunter. Pinggang digerakkan ke kiri dan ke kanan untuk membetulkan sendi yang sudah lenguh. Sudah hampir empat jam aku tercongok menjaga kaunter tersebut. Perut pun dah mula rasa lapar.
    “Ma…Eh?” Aku tidak jadi untuk memanggil emakku apabila ternampak sesuatu di lantai. Pantas tanganku mengambil sekeping kertas bersaiz empat sama.
    “Macam gambar orang je?” Bisikku perlahan lalu menterbalikkan kertas tersebut. Serentak mataku terbuntang luas. Kenapa gambar aku boleh ada kat sini?
    Gambar berukuran gambar passport itu tak silap aku ambil masa mahu buat kad pengenalan empat tahun lepas. Beberapa bulan sebelum UPSR. Waktu itu memang aku free hair. Dan yang peliknya macam mana pula boleh ada kat lantai ni? Tercicir ke? Rasanya gambar ni dah tak ada dalam simpananku. Misteri betul!

    ------

    note : boleh baca jugak di wattpad

    https://www.wattpad.com/686975148-the-great-soulmate-tgs-1

    @ type zura asyfar wattpad

    Friday, October 5, 2018

    Sambungan Novel Sebenarnya Isteri Dia!

    Assalamualaikum..
    Lama tak bersiaran kat sini..
    Hope masih ada yang ingat..hehe
    By the way, mungkin ada yang followers kat sini belum tahu...
    Saya dah start sambung balik manuskrip sekuel Sebenarnya Saya Isteri Dia..
    Sebenarnya manuskrip ni dah lama tergantung..
    Last progress masa dapat job untuk novel Assalamuaikum Cinta..
    Lepas tu terus stop..
    And bila check balik rupanya manuskrip tu dah 80% siap..
    Saya pun ramai dapat pm,msg tanya tentang sekuel ni sebab sebelum ni dah janji dah nak update..huhu..sorry..
    So saya dah start balik sambung dua minggu lepas..
    Teaser-teaser saya dah start up kat fb, ig, wattpad..
    Cuma blog ni je saya lupa password..
    Jadi 3/10/2018 saya dah mula bukak pre-order untuk novel sekuel ni..
    Apa-apa boleh wassap,

    http://www.wasap.my/+60182731369

    dm, pm kat sns saya (fb, twt, ig)



    So jom layan Teaser-teaser yang dah share..

    ________

    #Teaser1 #SebenarnyaSayaIsteriDia #SSID  #Sequel 

    “SYAF!” Panggil Fina sedikit terjerit apabila melihat pegawai atasannya itu sudah menonong laju keluar dari bilik mesyuarat. Tadi mereka berdua menghadiri mesyuarat bulanan bersama dua orang kuat syarikat milik Datuk Fakhrul itu. Semuanya berkisar tentang progress kerja di tapak projek yang dijaga oleh mereka berdua ketika ini.
    “Haa Fina.. apa hal?” Soal Syaf lalu memberhentikan langkahnya buat seketika. Gadis berusia dua puluh empat tahun yang dikenali dengan Nur Sarafina itu dipandang dengan tanda soal.
    “Kau ni Syaf.. laju je nak ke mana?” Soal Fina tanpa menjawab pertanyaan dari pegawai atasannya itu. Walaupun jawatan Syaf lebih tinggi darinya namun Syaf tidak suka jika pekerja di bawahnya memanggil dengan panggilan formal. Dan disebabkan itulah juga dia mudah rapat dengan Fina walau gadis itu baru sahaja dua bulan memulakan kerja di syarikat milik bapa mertuanya itu.
    “Tak ke mana-mana pun.. balik bilik aku lah.. nak kena edit sikit report ni.” Ujar Syaf sambil menyuakan laporan bertaip yang masih berada di tangannya itu.
    Tadi semasa mesyuarat, laporan yang dibentangkan itu mengalami sedikit pertindihan data. Dan sebolehnya Syaf mahu membetulkan dengan kadar segera dan tidak mahu kerjanya itu bertangguh-tangguh.
    “Laa, kena edit sikit je kan? Relaks lah dulu.. ni haa, aku ada hajat sikit.”
    “Hajat?” Syaf sudah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh gadis itu. Difokuskan pandangannya ke arah Fina dengan tidak berkelip.
    “Hari ni 23 haribulan kan? By the way, happy birthday Syafa Aqira.. yang ke-26 kan?” Fina sudah tersenyum-senyum apabila melihat Syaf yang sepertinya agak terkejut dengan ucapannya itu. Sebenarnya dari saat dia masuk pejabat tadi lagi dia mahu memberitahu pada Syaf, namun niatnya itu terbantut apabila terpaksa menghadiri mesyuarat yang tiba-tiba diawalkan sedikit. Sebuah pelukan dihadiahkan buat rakan sekejarnya itu.
    “Eh hari jadi aku?” Soal Syaf seakan terpinga-pinga buat seketika. Saat Fina meleraikan pelukan pada dirinya barulah dia teringat. Sejujurnya dia langsung terlupa dengan hari ulang tahun kelahirannya itu untuk hari itu.
    ___________

    #Teaser2 #SebenarnyaSayaIsteriDia #SSID #Sekuel #ZuraAsyfar 

    “Kal..” Dia tidak jadi untuk menegur apabila matanya mula mengenal pasti akan empunya diri yang melanggarnya tadi. Seketika senyum lebar mula terpamer di ruang bibir.
    “Chad! Kau buat apa kat sini?” Fiqri dan Zara yang baru sahaja berjalan menuju ke kotak lif itu terhenti seketika. Lagi-lagi apabila Fiqri terlanggar seseorang. Dan ketika dia mahu meminta maaf, dia juga terkejut dengan Chad yang berada di depan pintu lif itu.
    “Weh! Kau orang berdua pulak buat apa kat sini? Dating?” Firash sudah tersengih-sengih seraya menaikkan keningnya. Rasa sengal-sengal yang terasa di bahunya tadi seolah-olah sudah hilang entah ke mana tatkala terjumpa sahabat baiknya. Saat itu dia perasan yang Zara kelihatan amat mesra di samping sahabatnya itu. Rasanya inilah kali pertama dia berjumpa dengan pasangan kekasih itu di luar.
    “Apa punya soalan kau ni? Dating lah.. kan sayang?” Fiqri sudah menepuk bahu Firash sambil tersenyum lebar. Sekilas dia memerhatikan Zara yang sudah tersenyum segan di sebelahnya.
    “Wehh geli ar korang ni.. bersayang-sayang pulak.. kalah aku!” Firash buat gaya mahu termuntah dengan tingkah Fiqri itu. Fiqri mula buat muka menyampah. Sedangkan Zara di sebelahnya hanya mampu ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala sahaja bila melihat tingkah-laku dua sahabat baik itu.
    “Ek eleh kau ni.. buat-buat muntah pulak.. morning sickness ke apa?” Perli Fiqri namun hatinya gembira apabila berjumpa dengan Firash. Rasanya sudah lama mereka berdua tidak berjumpa selepas majlis resepsi Firash dan Syaf sejak bulan lepas. Lagi-lagi selepas itu mereka berdua pun sudah tamat belajar. Jadi agak susahlah hendak berjumpa berbanding ketika berada di kolej dulu.
    “Ingat aku perempuan ke ada morning sickness bagai.. kau ni.. agak-agaklah kan!”
    “Alahh mana lah tau kan? Aku pernah dengar yang ada lelaki kena morning sickness walau isteri dia yang pregnant.. so manalah tau kalau kau pun macam tu.. tapi memang kes rare lah! Sebab payah nak jumpa.” Saat itu Firash sedikit terkejut. Entah kenapa kata-kata dari Fiqri itu seperti sudah dapat tahu akan berita kehamilan Syaf. Rasanya setakat ini hanya keluarganya sahaja yang tahu.


    Thursday, April 28, 2016

    Bab 6 Assalamualaikum Cinta

    Last entry hari ni :)




    BAB 6



    NADIA MELIHAT jam tangan berjenama Fossil di pergelangan tangannya untuk kesekian kalinya. Sudah hampir setengah jam lamanya lelaki yang bakal ditemuinya itu terlewat. Dia cuba untuk masih bersabar sejak tadi walaupun minuman yang dipesannya sejak dia mula-mula sampai tadi sudah pun berbaki separuh. Dahaga punya pasal. Lagipun lepas Azrif sampai nanti, dia boleh sahaja pesan yang lain.
    Sesekali dia melirik pandang ke arah pekerja restoran yang dirasakan asyik memandangnya. Mula merasa segan pula. Lagi-lagi hanya dia seorang sahaja yang berada di meja tanpa pasangan. Kebanyakan pengunjung yang datang ke situ semuanya datang berpasangan atau datang secara beramai-ramai. Hanya dia sahaja yang keseorangan seperti kera sumbang sahaja. Dah nampak macam perempuan tak laku pun ada juga!
    “Manalah dia ni? Pukul berapa nak sampai ni? Dari tadi lagi sebut on the way..on the way apanya kalau dah sampai setengah jam tak sampai-sampai jugak.” Nadia bersungut panjang menahan geram dengan sikap Azrif yang sepertinya tidak menepati masa yang dijanjikan. Kalaulah dia sudah ada temu janji yang lain, tak ada maknanya dia akan terus menunggu lelaki itu di situ. Lebih baik dia blah sahaja. Tak adalah penat menunggu dan juga menahan perut yang tengah lapar. Boleh masuk angin juga dibuatnya. Sekali lagi dia menarik telefon bimbit yang berada di meja. Digenggam-genggam seraya matanya menjenguk kelibat Azrif yang masih tak nampak batang hidung.
    Dan dalam pada masa yang sama, kelihatan Rykal bersama dengan Rose baru sahaja tiba di hadapan pintu restoran yang sama dengan Nadia. Rose yang sedang memaut erat lengan lelaki bernama Rykal itu tersenyum lebar apabila ada saja mata-mata memandangnya. Bangga betul dapat keluar dengan lelaki kacak dan kaya bernama Rykal Iqbal itu.
    Rykal yang pada mulanya ceria sahaja bersama Rose tiba-tiba memberhentikan langkah secara mengejut. Matanya terpandangkan sesuatu. Sesaat dia terus menelan liur. Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya ketika itu. Memang sah perempuan yang bernama Nadia itu sedang duduk di satu hujung kiri restoran yang hampir dimasukinya itu. Setelah menyedari yang perempuan itu memang Nadia, perempuan yang ada hubungan dengan sepupunya. Dia terus berpusing. Tidak mahu kelibatnya akan disedari oleh Nadia.
    Manakala Rose pula memandang gelagat Rykal yang dirasakan pelik. Berkerut-kerut dahinya melihat Rykal yang seakan gelabah saja. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dan dia juga tertanya-tanya juga kenapa reaksi lelaki di sebelahnya itu sudah lain macam.
    “Kenapa ni?” Soal Rose memandang wajah Rykal yang sudah berubah. Hilang terus senyuman di wajah kacak itu.
    “Tak ada apa-apa.. jom kita makan kat tempat lain.” Rose terpinga-pinga dengan jawapan dari lelaki berkulit cerah itu. Rasa macam tak logik dek akal sahaja kalau tiba-tiba tak jadi makan kat restoran itu. Yalah sekali imbas pun mesti dah dapat agak ada sesuatu yang tak kena. Cuma hatinya tidak dapat meneka apakah sebab gerangannya.
    Rose sempat melilau memandang ke arah restoran yang sudah dipenuhi oleh pengunjung itu untuk makan tengah hari. Tanpa sempat mencari apa-apa jawapan, tangannya sudah ditarik oleh lelaki berambut lurus itu untuk menjauhi tempat itu. Dan untuk sekali lagi Rose rasa langsung tidak berpuas hati. Takkan kena cari restoran lain pulak kut? Malasnya nak kena menapak dengan higheels bagai ni!
    Akhirnya mereka berdua keluar juga dari restoran yang menjadi kegemaran dari Rose itu. Kebiasaannya restoran itu akan menjadi ‘port’ mereka ketika keluar berdua.
    “Tapi kenapa tiba-tiba? Tadi you jugak yang nak makan kat situ kan?” Rose masih lagi menagih jawapan sebenar. Tidak dapat dinafikan yang restoran itu agak menepati citarasa mereka berdua. Yalah, restoran zaman sekarang kebanyakannya dalam gambar dan iklan sahaja yang nampak menarik. Hakikatnya ‘hauk’ sahaja. Kena diri sendiri yang cuba barulah tahu macam mana.
    “Takpelah.. kita makan kat tempat lain.. tak salah kan?”
    Rykal cuba berlembut dengan Rose. Bukan dia tak perasan wajah Rose mula berubah tatkala dia tidak jadi makan tengah hari di tempat kegemaran perempuan itu. Rose memandang wajah Rykal. Lama. Seakan mencari apa yang sebenarnya terjadi.
    “Memanglah tak salah tapi..” Rose tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat wajah Rykal sudah berubah sedikit serius.
    “Dahlah tu.. tak payahlah bising-bising lagi.. kita bukannya tak jadi makan.. cuma tukar restoran lain je.. mana tahu lagi best.” Rykal berkata dengan nada serius walaupun bernada memujuk. Rose yang faham dengan perangai lelaki itu mula terdiam. Tidak mahu untuk memanjangkan perbualan yang pastinnya dia takkan menang. Lagipun Rykal tidak berapa gemar dengan perempuan yang suka merengek-rengek tak tentu pasal. Nampak macam tak berapa nak matang.
    Dan akhirnya mereka berdua keluar dari restoran itu walaupun muka Rose sudah berubah kelat semacam. Terpaksa mengikuti Rykal yang sudah mula beredar.


    NADIA MENGELUH penuh rasa geram yang memuncak. Hampir sejam sudah lamanya dia terpaksa menunggu Azrif. Tercongok sahaja di restoran itu tanpa berbuat apa-apa. Nak bersembang bukannya dia ada pasangan pun. Air minuman yang dipesannya sejak awal-awal tadi sudah pun habis. Pada pekerja restoran yang asyik memandangnya, dia seakan sudah tidak tahu untuk menyorok muka ke mana. Apalagi apabila beberapa kali pekerja restoran itu berulang-alik ke mejanya untuk bertanyakan order. Dan untuk kesekian kalinya, Nadia sudah putus asa untuk menunggu. Dia terus mencapai handbagnya di atas meja sebelum bangun. Berkira-kira untuk beredar dari situ selepas membayar bil.
    Namun dia sedikit terkejut dengan kehadiran Azrif yang tiba-tiba berlari-lari anak menuju ke arahnya. Anak mata terus menjeling tajam. Tanda tidak berpuas hati lantaran menunggu terlalu lama.
    Azrif mengeluh sedikit lega. Lega sedikit hati apabila perempuan bernama Nadia itu masih berada di situ. Dia menyeka peluh yang merintik di dahi. Penat akibat berlari-lari tadi. Nafas pun masih belum normal sepenuhnya. Masih lagi tercungap-cungap meminta oksigen.
    Sorry I lambat.. jalan jammed sangat tadi.. you nak pergi mana ni?” Azrif langsung terus memohon maaf. Sempat matanya mengerling pada Nadia yang seakan sudah mahu beredar dari situ.
    “Balik.” Jawab Nadia pendek. Jelas dan lantang. Bagi lelaki di hadapannya itu sedar sikit yang dia dah tak punya masa nak main-main. Serius.
    “Tapi I baru je sampai.. takkan you dah nak balik.” Azrif cuba menahan Nadia dari balik. Penat berkejaran dari berjumpa dengan Sherry tadi masih lagi tak hilang. Dengan jammed yang teruk lagi ketika dia di dalam perjalanan ke sini. Yalah waktu tengah hari semua orang berpusu-pusu keluar untuk cari makan. Jadi memang nak tak nak terpaksa redah juga dalam keadaan jalanraya penuh sesak itu.
    You tengok jam sekarang dah pukul berapa? I pun dah tak lapar.. kenyang sangat dah sebab menunggu lama..” Marah Nadia tanpa tertahan-tahan. Segala yang terbuku dihati diluahkan. Jari dituding pada jam yang terdapat di pergelangan tangan. Biar lelaki itu dapat rasa sendiri macam mana yang seksanya terlalu lama menunggu. Serius Nadia sudah hilang mood untuk makan walau perut berkeriut menahan lapar.
    “Tapi kita kan dah janji nak makan sama-sama.. dahlah susah-payah I redah jalan yang sesak tu semua.. you pulak tiba-tiba nak balik... kita makan ye? I dah lapar sangat ni.. dahlah tak makan apa-apa lagi dari tadi semata-mata nak makan dengan you.” Azrif terpaksa untuk berbohong. Nada suaranya dibuat sedikit sayu. Demi untuk meraih simpati sekaligus untuk menyelamatkan diri. Dengan harapan Nadia sedikit terpujuk dengan kata-katanya.
    Wajah Nadia sedikit berubah. Terasa macam simpati pula apabila mendengar kata-kata dari lelaki itu. Lagipun nampak sangat Azrif berusaha untuk memujuknya. Dan dia pun tak adalah nak kejam sangat nak salahkan Azrif sepenuhnya di dalam hal ini. Mungkin kata-kata lelaki itu benar. Jika difikirkan kembali, memang tidak dapat dinafikan yang waktu puncak memang jalanraya agak sesak. Lagi-lagi jika terpaksa keluar jauh dari ofis. Tentu semuanya akan makan masa.
    “Kita makan sama-sama okay?” Pujuk Azrif lagi. Nadia akhirnya menggangguk kepalanya perlahan. Dan kala itu Azrif sudah hampir melompat kegirangan. Memang Nadia jenis perempuan yang cepat terpujuk. Jadi tak adalah susah sangat nak handle. Bibirnya kembali menayang senyum lebar sekaligus menarik tangan Nadia dan mendudukkan perempuan itu di kerusi. Dan dia pula mengambil tempat berhadapan dengan Nadia sebelum pekerja restoran itu kembali dilambai untuk memesan makanan.




     Boleh dapatkan yang terawal di sana, 
    di 2 lokasi berikut 
    😄😄😄
    (1)
    Pesta Buku Antarabangsa 2016
    Booth A1001 Hall A1
    29 April - 9 Mei
    Maeps, Serdang

    (2)
    Urban Lifestyle Expo 2016
    Booth 46, 47 & 48
    29 April - 1 Mei
    10 pagi - 10 malam
    Expo Hall, Danga City Mall,
    Johor Bharu 





    Bab 5 Assalamualaikum Cinta







    BAB 5



    JAM JENAMA Hublot pergelangan tangannya sudah menghampiri pukul satu tengah hari tatkala Rykal keluar dari biliknya. Dia yang sejak tadi berkurung sahaja di dalam bilik semasa kedatangan Sherry mula berasa bosan. Lagi-lagi bila perut pun dah mula buat bunyi pelik-pelik. Mahukan sesuatu untuk alas perut yang kosong. Dan dia pula malas mahu menerjah ke bilik Azrif yang tidak jauh dari biliknya itu untuk melihat samada perempuan bernama Sherry itu sudah pulang atau pun tidak. Malas jika bertembung muka dengan perempuan bernama Sherry itu. Sherry itu boleh tahan jugak gediknya. Macam tak cukup dengan sepupunya seorang.
    Meja setiausaha kepada Azrif itu didekati. Seorang perempuan muda yang lebih dikenali dengan panggilan Khai itu dipandang seketika. Nampak khusyuk benar buat kerja. Sampai macam langsung tak sedar yang dia sudah pun berdiri di situ untuk beberapa saat.
    “Khai, Encik Azrif dah keluar ke?”
    Soal Rykal bertanya. Sekejap-sekejap matanya memandang ke arah bilik Azrif yang bertutup rapat dari dalam. Macam sunyi je. Dah keluar kut?
    “Dah Encik Rykal, dengan Cik Sherry.”
    Jawab Khairina jujur dan penuh sopan. Rykal mengangguk perlahan. Akhirnya pulang juga. Desis hatinya sebelum menarik telefon bimbitnya dari poket keluar. Mula menekan-nekan skrin telefon bimbitnya itu sebelum satu Whatsapp dihantar kepada Azrif yang sudah keluar entah ke mana.
    “Oh lupa, awak tak keluar makan ke? Kerja-kerja jugak, kesihatan kena jaga jugak.” Sempat Rykal menegur dan menasihati akan setiausaha milik Azrif yang kelihatannya begitu tekun membuat kerja. Seolah-olah perempuan muda itu seperti sudah lupa akan waktu makan dan berehat yang sepatutnya.
    “Kejap lagi Encik Rykal.. ada kerja sikit lagi ni.” Balas Khairina sambil tersengih segan. Rasa terharu pula dengan sikap prihatin pegawai atasannya itu pada pekerja bawahan sepertinya. Yalah kebiasaannya orang yang berpangkat dan berjawatan tinggi ini jarang sangat nak buat baik dengan pekerja biasa. Kalau ada pun mungkin boleh bilang dengan jari!


    SEJAK DARI dalam bilik pejabat lagi Sherry sudah menarik muka. Tanda merajuk dengan Azrif yang seakan hilang ingatan terus akan tempoh perkenalan mereka itu. Walaupun ketika itu mereka berdua sudah berada di dalam kereta, keadaannya tetap sama. Sherry langsung tidak bercakap. Langsung tidak memandang kepada Azrif di sebelah. Lebih suka memandang ke cermin tingkap. Lebih suka memandang orang awam yang lalu-lalang di kawasan parkir berbumbung itu. Yalah hati memang rasa sakit. Penghawa dingin kereta yang sejuk itu pun tak dapat nak menyejukkan hatinya yang sedang panas. Tak adalah sampai panas berapi atau menggelegak. Tapi serius dia kecewa dengan lelaki kacak bernama Azrif Iqbal itu. Macam langsung tak menghargai akan detik perkenalan mereka sebulan yang lalu.
    Manakala Azrif pula sedang ligat memikirkan idea untuk memujuk Sherry. Dan disebabkan itu jugalah mereka berdua masih berada di tempat parkir itu walaupun pada ketika itu enjin kereta sudah pun dihidupkan.
    “Habis tu apa sebenarnya? You bagitahulah I.. I betul-betul tak tahu ni.” Soal Azrif lagi. Pandangan ditala pada Sherry di sebelah yang langsung tidak menoleh ke arahnya. Susah betul nak kena handle perempuan ni. Nak merajuk pun agak-agaklah jugak. Cakap tu biarlah terang. Biarlah straight je to the point. Tak payahlah nak kena konar baring sangat sana-sini. Ni main terjah macam tu aje manalah aku nak faham apa niat sebenar. Lepas tu orang tanya bukannya nak cakap betul-betul. Last-last aku jugak yang kena. Haihh, macam-macam hal! Gerutu hati kecil Azrif.
    You dah lupa ke hari ni hari genap sebulan perkenalan kita?” Akhirnya Sherry menoleh. Dia kembali menyoal Azrif dengan soalan maut. Wajah kacak Azrif ditatap seketika. Menagih jawapan yang sebenar.
    “Haahlah.. macam mana I boleh lupa ni.” Azrif sedikit terkejut dengan soalan mencabar dari Sherry itu. Sebelah tangannya memegang sisi kepala sebelum tergaru-garu pada kulit kepala yang langsung tak gatal. Sebenarnya memang pelik pun dengan surprise dari perempuan bernama Sherry itu. Dan dia langsung tidak menyangka itulah tujuan sebenar Sherry yang beria-ia datang ke situ. Tapi sungguh dia benar-benar lupa akan tempoh perkenalannya dengan perempuan itu. Yalah benda tak penting sangat pun untuk diingatkan. Lainlah kalau hari lahir ke? Ada jugak logiknya di situ.
    Tangan Sherry itu dicapai perlahan. Muka dibuat penuh rasa bersalah walaupun terpaksa berlakon semata-mata. Ah Azrif Iqbal. Tahun depan dah boleh menang award pelakon terbaik!
    I’m sorry.. I betul-betul lupa.. nasib baik you ingatkan i.” Azrif mula meminta maaf. Dan serta-merta wajah Sherry yang muram itu kembali tersenyum manja. Dan Azrif pula terpaksa buat-buat senyum dengan keadaan terpaksa.
    “Sebab itulah I datang jumpa You.. I nak kita celebrate.” Sambung Sherry lagi. Sebenarnya sudah beberapa hari dia memikirkan untuk menyambut tempoh perkenalannya bersama lelaki itu. Dan disebabkan itu jugalah dia datang mengejut tadi ke pejabat Azrif. Nanti bolehlah ditayang pada rakan-rakannya yang lain. Konon-kononnya hubungan dia dan Azrif sweet sangat-sangat! Dan kalau boleh dia sudah tidak mahu Azrif jatuh ke tangan perempuan lain. Apa-apa pun Azrif tetap seorang CEO kepada syarikat besar. Ingat senang ke nak lepas macam tu je? Payah nak dapat tu!
    “Takkanlah baru kenal sebulan dah nak celebrate? Parah macam ni.” Rungut Azrif dengan perlahan. Dia menoleh ke kanan sebentar agar perempuan di sebelahnya itu tidak perasan dengan perubahan riak mukanya. Sejujurnya dia benar-benar tidak suka dengan cadangan mengarut dari Sherry itu. Tambahan pula, dia bukannya betul-betul mahu perhubungan yang serius dengan Sherry. Sekadar suka-suka saja mengisi masa lapang sebelum berjumpa dengan perempuan yang betul-betul dapat membuatkan hatinya jatuh tergolek ke lubang paling dalam.
    Dan setakat ini dia tidak pernah lagi berjumpa dengan perempuan sebegitu. Apa yang paling ramai dia jumpa pun, semuanya jenis mata duitan. Termasuklah dengan Sherry yang berada di sebelahnya itu walaupun dia tahu yang perempuan itu tidaklah sangat menunjuk yang dia juga seorang yang materialistik. Kalau tak, takkanlah setiap kali keluar, ada saja benda yang Sherry mahu dia belanjakan. Contohnya hari ini. Kalau dah celebrate nanti, mesti punya nak makan kat tempat-tempat mewah. Lepas tu mesti ajak pergi beli hadiah. Konon-konon sebagai tanda kenangan. Dan hadiah itu takkanlah cikai-cikai punya hadiah. Kurang-kurang handbag berjenama sebijik. See, dia memang dah boleh baca gerak hati Sherry. Hanya tunggu masa dan ketika saja yang akan menentukan.
    Namun dia terpaksalah buat senyum plastik sebelum menekan gear untuk meneruskan pemanduan. Moga-moga ada sesuatu yang akan menghalangnya dari terpaksa mengikut cadangan mengarut Sherry itu. Berharap sangat!


    AZRIF DAN Sherry sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran mewah yang terdapat di tengah-tengah ibu kota. Ini semua adalah salah satu rancangan Azrif untuk memujuk Sherry yang sedang merajuk tadi. Dan Sherry pula menyambut baik niat Azrif itu. Terus rasa merajuknya hilang. Yalah bukan senang nak makan di tempat sebegitu. Kalau setakat kerja biasa-biasa macam dia tu, kena kumpul duit dulu barulah boleh nak merasa. Kalau tak jangan haraplah!
    Sesekali Sherry yang berada di hadapan Azrif melemparkan senyuman manja tatkala mereka berdua berlaga pandang. Sedangkan Azrif hanya fokus sahaja dengan makanan yang terhidang. Di samping kepala ligat memikirkan apa tindakan seterusnya untuk meninggalkan Sherry di situ. Dia bimbang kalau-kalau Nadia sudah tertunggu-tunggu di tempat biasa yang mereka sering berjumpa.
    Bunyi nada applikasi dari Whatssap dari telefon bimbit milik Azrif yang terletak di atas meja itu menarik perhatian dari Sherry. Serta-merta dia memandang ke arah Azrif yang sudah meletakkan sudu dan garfunya ke tepi pinggan. Kelihatan lelaki itu mula mengesat mulutnya dengan napkin sebelum telefon bimbit itu dicapai dari atas meja yang diperbuat dari kaca tebal itu. Entah kenapa Sherry seakan dapat merasakan sesuatu. Seperti ada benda yang tak kena. Tidak berkelip matanya memandang ke arah Azrif yang sedang menekan-nekan skrin telefon bimbitnya. Sungguh dia berminat dengan apa yang ada dalam applikasi Whatssap yang dihantar itu. Risau jika lelaki itu menerima mesej dari perempuan lain.
    “Aku keluar, mungkin tak balik ofis.” Azrif membaca kuat-kuat mesej yang dihantar oleh Rykal itu. Bukan dia tidak perasan gerak-geri Sherry di hadapannya yang sudah tidak senang duduk. Nampak sangat perempuan itu beria-ia mahu mengetahui akan kandungan dari applikasi Whatssap itu. Seketika kemudian, dia kembali meletak telefon bimbitnya ke meja setelah nampak wajah puas hati yang tergambar pada wajah Sherry yang bersolek tebal itu.
    “Siapa?” Soal Sherry masih ingin tahu. Walaupun seperti dah boleh agak siapa yang menghantar mesej Whatssap itu namun dia tetap mahukan kepastian. Barulah hati boleh tenang dan tidak akan berfikir bukan-bukan.
    “Rykal.” Jawab Azrif pendek. Berharap jawapannya itu akan memuaskan hati perempuan yang berada di hadapannya itu. Kala itu wajah Sherry terus berubah riak. Seolah-olah kerisauan yang difkirkan olehnya terbang begitu saja. Dia kembali meneruskan suapannya yang tergendala tadi namun semuanya sekali lagi terhenti apabila telefon bimbit milik Azrif sekali lagi berbunyi.
    Azrif mengeluh perlahan sebelum meletakkan kembali sudu dan garfunya. Namun kali ini dia sedikit berdebar. Mesej dari Nadia. Aduh macam mana ni?
    “Pukul berapa you nak sampai ni? I dah lama tunggu You kat sini.” – Nadia
    Azrif cepat-cepat menekan butang reply. “I dah on the way ni, jalan jam teruk.” Kemudian dia mula memandang Sherry sebelum sedikit berdehem.
    Emm, you.. I kena pergi sekarang.. Rykal text I balik.. ada masalah kat pejabat.” Bohong Azrif. Telefon bimbit yang berada di tangannya itu cepat-cepat dimasukkan ke poket seluar slek hitamnya. Sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu kalau-kalau Sherry tak percaya dengan alasannya itu dan merampas telefon bimbitnya. Takkan haru-biru kat situ nanti. Jadi sebelum terjadi apa-apa, baik sediakan payung sebelum hujan.
    Sherry mencebikkan mulutnya. Antara alasan yang paling dia tidak gemar jika keluar dengan Azrif. Ada sahaja yang tak kena. Sudahlah nak jumpa pun susah. Dan kalau dapat jumpa pun, tak sempat sangat nak melepas rindu bagai. Contohnya sekarang, makan pun tak sempat nak habiskan. Busy sangat!
    Please.. I kena pergi sekarang.. dia orang semua dah tunggu I.” Bohong Azrif lagi sedikit dengan nada merayu. Berharap yang Sherry faham akan situasinya sekarang. Walhal semuanya perbohongan belaka. Atas dasar mahu mengelak dari duduk berlama-lamaan dengan Sherry. Lagipun dia pun tidak mahu Nadia merajuk kerana menunggunya terlalu lama.
    Wallet di dalam poket seluar ditarik sebelum wang bernot RM50 diletakkan ke atas meja. “You ambil duit ni.. buat tambang teksi.. sorry I tak dapat hantar you balik.. Okaylah, I pergi dulu.. makan-makan ni semua I bayar.. no worries.” Sambung Azrif lagi sebelum bergegas meninggalkan Sherry yang sudah langsung mati selera. Sherry mengeluh kasar akibat tidak berpuas hati kerana ditinggalkan begitu sahaja. Namun nak tak nak dia terpaksa terima semua itu. Tambah-tambah lagi Azrif bukanlah seorang lelaki yang suka dipaksa-paksa.


    Boleh dapatkan yang terawal di sana, 
    di 2 lokasi berikut 
    😄😄😄

    (1)
    Pesta Buku Antarabangsa 2016
    Booth A1001 Hall A1
    29 April - 9 Mei
    Maeps, Serdang

    (2)
    Urban Lifestyle Expo 2016
    Booth 46, 47 & 48
    29 April - 1 Mei
    10 pagi - 10 malam
    Expo Hall, Danga City Mall,
    Johor Bharu