Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Enjoyzz :)
---
NASI CAMPUR yang berlaukkan ikan keli masak
berlada itu hanya mampu ditelan separuh sahaja. Walhal itulah antara menu
kegemarannya ketika ini. Dahulu kalau semasa di trimester pertama, dia lebih
suka dengan makanan bercirikan western
food. Setiap hari kalau boleh menu
itu wajib dicarinya tidak kira semasa lunch
atau pun dinner. Namun sejak masuk
trimester kedua ini, tekaknya mula menuntut masakan bercirikan kampung.
Nasiblah sekitar ofisnya itu banyak sahaja restoran yang menyediakan masakan
kampung. Jadi tidak perlulah dia untuk menapak jauh demi memenuhi selera
tekaknya itu. Tetapi untuk kali ini, dia
terpaksa pergi jauh sedikit demi hadiah dari Fina sempena hari lahirnya.
“Kau kenapa ni? Nasi pun tak berapa nak
luak. Takkan dah kenyang kut?” Tegur Fina sambil mengunyah suapan yang
terakhir. Sebenarnya sejak dari saat dia mengucapkan ucapan hari lahir pada
Syaf tadi dia sudah mula perasan akan kelainan pada wajah ibu mengandung itu.
Namun saat itu dia hanya beranggapan yang Syaf mungkin terkejut. Tetapi
sehingga saat ini dia mula pasti yang mood
Syaf memang berbeza dengan hari sebelumnya. Nampak seperti tengah ada masalah
saja!
“Haa? Eh aku tak ada apa-apa lah.. ikan
ni haa tawar sikit.. kurang garam kut.” Cepat-cepat Syaf menafikan keadaan yang
sebenar. Air karot susu itu disedut laju untuk mengelakkan dari Fina terus
merenung gerak-gerinya.
“Yelah tu kurang garam.. aku makan okay je.. kau ni Syaf.. ada masalah
cerita lah kat aku.. yelah aku tahu walaupun aku baru lagi kenal kau.. tapi aku
jenis ambil peduli tau.”
“Kau ni baik sangatlah Fina.. aku okay je ni.. tak ada apa-apa.. cuma
mungkin stress sikit kut.” Akhirnya
Syaf meluahkan juga akan kegelisahan yang sedang dipendamnya dari tadi. Kala
itu dia sudah mengeluh perlahan. Adakah patut dia menceritakan hal itu kepada
Fina? Rasa macam perkara remeh sahaja kalau difikirkan. Dan mungkin dia sahaja
yang terlalu banyak berfikir.
“Stress?
Stress sebab apa? Kau janganlah fikir banyak sangatlah Syaf. Aku takut effect kat baby kau je nanti.. orang mengandung ni kena happy-happy tau.” Nasihat
Fina panjang lebar. Wajah Syaf yang sedang memandangnya itu dipandang seketika.
Pelik juga bila difikirkan jika Syaf tengah stress.
Takkan sebab kerja kut? Rasanya sejak dia bekerja di sini dia perasan yang Syaf
nampak gembira sahaja dengan kerja-kerjanya.
“Nak happy
macam mana kalau husband sendiri tak wish birthday?
Stress aku fikir dari tadi.. yelah
aku tahu yang pagi tadi memang aku langsung tak ingat hari ni birthday aku sampailah kau yang wish.. tapi Firash senyap je.. sebab tu
lah aku macam terkejut sikit tadi..”
“Firash tak wish birthday kau lagi? Biar betul ni?” Soal Fina yang sudah mula
terlopong. Agak terkejut dengan pengakuan dari wanita itu. Memanglah dia tahu
yang hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Syaf. Selepas mesyuarat tadi
pun, ramai rakan sepejabat mereka datang memberikan ucapan selamat.
Jadi tatkala mendengar yang suami pada
rakan sekerjanya itu langsung tidak mengingati akan hari ulang tahun Syaf, dia
seperti kurang percaya. Walaupun dia tidak berapa mengenali suami kepada rakan
sepejabatnya itu namun dia juga tahu serba-sedikit akan lelaki bernama Firash
Arshad itu.
Dan dia tahu yang Syaf berkahwin dengan
anak pemilik syarikat Datuk Fakhrul itu dan dia juga mengetahui yang lelaki itu
muda empat tahun dari Syaf. Dan info terbaru yang dia tahu, lelaki itu sudah
pun tamat belajar sebulan yang lepas. Itu semua antara serba-sedikit yang dia
tahu akan lelaki yang bernama Firash Arshad bin Datuk Fakhrul itu.
“Yelah.. muka aku ni ada nampak
main-main ke?” Syaf mula menolak pinggan yang masih berisi separuh nasi itu ke
tepi. Perutnya sudah mula terasa sebu walau hanya makan sedikit sahaja. Hanya tinggal
minuman karot susu itu sahaja yang masih berada di hadapannya itu.
“Dia tak sengaja kut.. takkanlah dia
langsung lupa birthday wife dia.” Fina cuba untuk menenangkan
keadaan apabila melihat wajah Syaf mula monyok dan muram. Hendak bercakap
lebih-lebih bimbang pula dengan keadaan rakan sekerjanya yang sedang berbadan
dua itu. Yelah biasanya orang perempuan yang sedang mengandung itu punyai emosi
yang lebih sensitif dari biasa.
“Habis tu kenapa tak wish sampai sekarang? Bukannya susah
pun.. tak nak call, mesej je lah..
aku harap sangat yang dia jadi orang first
yang wish.. tapi..” Syaf tidak dapat
menghabiskan kata-katanya akibat terlalu sebak. Dia memandang ke arah Fina buat
seketika sebelum menunduk ke bawah. Entah kenapa saat itu hatinya benar-benar
terusik dan kecewa dengan layanan Firash padanya. Air mata mula bergenang di
matanya.
“Eh Syaf.. janganlah sedih.. aduhh
Firash ni pun.” Rungut Fina sebelum bangkit dari kerusinya itu. Cepat-cepat dia
bergerak ke arah Syaf yang sedang duduk di hadapannya. Bahu rakan sekerjanya
itu dipeluk seketika. Cuba untuk meredakan keadaan. Panik juga jika Syaf tiba-tiba
menangis di situ. Apalagi bila restoran itu masih mempunyai ramai pengunjung.
4 comments:
assalam kak zura..saya ada nk tanye something..sebenarnya saya ada menulis novel..tapi saya nk minx tunjuj ajar kak zura..boleh x?
wslm..boleh..sile pm kat my fb.. zura asyfar novelis atau emel ke asyfarzura@ymail.com
Salam, kak zura. Kalau ada masa sila jemput ke blog saya http://sayaafeenashah.blogspot.my/
Saya pun bru brjinak-jinak dalam menulis novel. Boleh saya nk tanyakan kemusykilan saya pada akak?
Assalam zura asyfar. Sy peminat tegar ssid. Berharap sgt zura boleh sambung novel ssid 2 pula ke.. Rindu sgt kat firash arshad dan syafa aqira. Please please.. :)
Post a Comment