Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu
happy reading :)
----------
FIRASH MELANGKAH keluar dari sebuah butik di Sunway Piramid itu dengan rasa berpuas hati.
Hampir sejam lamanya dia mengambil masa di butik itu demi mencari hadiah yang
sesuai untuk diberikan kepada isterinya malam nanti. Walaupun ini adalah kali
pertama dia datang ke situ namun nasibnya begitu baik kerana pekerja di butik
itu rajin menolongnya untuk membuat pilihan yang tepat. Dan jika tanpa
pertolongan tersebut, sudah tentu dia masih di situ kerana tidak tahu membuat
pilihan. Sekilas dia memerhatikan paper
bag yang dipegang di tangannya.
Berharap yang Syaf akan gembira dengan hadiah yang bakal diberinya nanti.
Perut yang mula berkeroncong
membantutkan aktiviti Firash untuk berjalan-jalan di sekitar pusat
membeli-belah itu. Sempat jam tangannya dikerling seketika, sudah menghampiri
pukul dua petang. Patutlah! Desis hatinya seraya melihat ke sekeliling. Pagi
tadi pun dia hanya bersarapan dengan dua keping roti sahaja demi menemani Syaf
untuk makan bersama. Sekilas dia mula berjalan-jalan melewati premis-premis
perniagaan yang ada di situ sebelum mata sibuk mencari food court yang
berdekatan untuk makan tengah hari.
Teringatkan yang dia perlu memberitahu
Syaf akan satu perkara, telefon bimbit ditarik keluar dari poket seluar. Firash
tersenyum-senyum sendiri sambil mula menekan-nekan di dada skrin itu sebelum
terasa tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seseorang. Kala itu telefon bimbit yang
sedang dipegangnya hampir-hampir terlepas dari tangan. Dalam rasa sedikit tidak
puas hati, dia berpaling ke arah sisi kanan.
“Kal..” Dia tidak jadi untuk menegur
apabila matanya mula mengenal pasti akan empunya diri yang melanggarnya tadi.
Seketika senyum lebar mula terpamer di ruang bibir.
“Chad! Kau buat apa kat sini?” Fiqri dan
Zara yang baru sahaja berjalan menuju ke kotak lif itu terhenti seketika.
Lagi-lagi apabila Fiqri terlanggar seseorang. Dan ketika dia mahu meminta maaf,
dia juga terkejut dengan Chad yang berada di depan pintu lif itu.
“Weh! Kau orang berdua pulak buat apa
kat sini? Dating?” Firash sudah
tersengih-sengih seraya menaikkan keningnya. Rasa sengal-sengal yang terasa di
bahunya tadi seolah-olah sudah hilang entah ke mana tatkala terjumpa sahabat
baiknya. Saat itu dia perasan yang Zara kelihatan amat mesra di samping
sahabatnya itu. Rasanya inilah kali pertama dia berjumpa dengan pasangan
kekasih itu di luar.
“Apa punya soalan kau ni? Dating lah.. kan sayang?” Fiqri sudah
menepuk bahu Firash sambil tersenyum lebar. Sekilas dia memerhatikan Zara yang
sudah tersenyum segan di sebelahnya.
“Wehh
geli ar korang ni.. bersayang-sayang pulak..
kalah aku!” Firash buat gaya mahu termuntah dengan tingkah Fiqri itu. Fiqri
mula buat muka menyampah. Sedangkan Zara di sebelahnya hanya mampu ketawa dan
menggeleng-gelengkan kepala sahaja bila melihat tingkah-laku dua sahabat baik
itu.
“Ek ele kau ni.. buat-buat muntah pulak.. morning sickness ke apa?”
Perli Fiqri namun hatinya gembira apabila berjumpa dengan Firash. Rasanya sudah
lama mereka berdua tidak berjumpa selepas majlis resepsi Firash dan Syaf sejak
bulan lepas. Lagi-lagi selepas itu mereka berdua pun sudah tamat belajar. Jadi
agak susahlah hendak berjumpa berbanding ketika berada di kolej dulu.
“Ingat aku perempuan ke ada morning sickness bagai.. kau ni.. agak-agaklah kan!”
“Alahh mana lah tau kan? Aku pernah
dengar yang ada lelaki kena morning sickness walau isteri dia yang pregnant.. so manalah tau kalau kau pun macam tu.. tapi memang kes rare lah! Sebab payah nak jumpa.” Saat
itu Firash sedikit terkejut. Entah kenapa kata-kata dari Fiqri itu seperti
sudah dapat tahu akan berita kehamilan Syaf. Rasanya setakat ini hanya
keluarganya sahaja yang tahu. Lagipun semuanya masih terlalu awal untuk
dihebohkan kepada semua.
“Eh kejap.. kau mana tahu yang Syaf pregnant?” Soal Firash menagih jawapan
dari Fiqri. Berkerut dahinya memikirkan entah bila sahabatnya itu mengetahui
tentang perihal Syaf yang tengah mengandung. Adakah dia pernah menceritakan
berita gembira itu pada Fiqri sebelum ini? Rasa macam tak ada aje!
“Syaf memang pregnant ke Chad?” Fiqri mula terlopong akibat terkejut. Sebenarnya
dia memang langsung tidak mengetahui akan berita itu. Tadi pun saja-saja mengacah
Chad. Manalah tahu telahannya betul pula. Sempat dia berpaling pada Zara buat
seketika. Nampaknya kekasihnya itu juga terkejut dengan berita itu.
“Eh aku ingat kau dah tahu tadi..”
“Mana ada aku tahu.. aku saja-saja je
cakap.. tapi eh tahniahlah kawan.. cepat betul kan? Ehem, nanti ada orang jadi
papa muda lah kan? Baru umur dua puluh satu dah dapat anak.” Fiqri sudah
menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu tanda berbangga dan gembira dengan Firash.
“Tahun depan dah masuk dua puluh dua
lah.”
“Yelah.. tapi still muda lagi kan? Eh kenapa pulak
yang aku rasa terlebih excited ni?”
“Kau memang! Eh lupa pulak.. alang-alang jumpa ni.. jom lah
teman aku lunch.. aku tak ada geng
ni.” Firash mula mengajak Fiqri dan Zara untuk makan tengah hari bersama.
Tambah-tambah lagi dia hanya keseorangan ketika itu.
“Eh kejap.. Syaf mana? Apasal dia tak
temankan kau?” Fiqri dan Zara beranjak sedikit ke tepi lif apabila mereka
bertiga mula menganggu pengunjung-pengunjung pusat membeli-belah itu.
“Syaf kerja lah.. sebab tu aku sorang-sorang ni.” Firash memberitahu perkara sebenarnya. Tanpa sedar
kata-katanya itu mengundang satu reaksi pelik di wajah Fiqri.
“Aik.. Syaf kerja? Kau pulak boleh lepak-lepak kat sini? Apa cer ni bro? Takkan lah goyang kaki pulak
kat rumah?” Fiqri mula bernada serius. Pelik juga jika hanya Syaf sahaja yang
bekerja. Setahunya papa Firash mempunyai syarikat besar dan dengar kata yang
Firash pun menjalani praktikal di syarikat itu setelah pulang dari Kerteh dulu.
“Apa lah kau ni.. takkanlah aku nak biar
Syaf kerja sorang-sorang pulak.. aku tak adalah seteruk itu.. cuma kita kan baru lagi habis
belajar.. so rehat kejap lah dulu kat
rumah.. next week baru start kerja.” Firash
menjelaskan akan keadaan yang sebenarnya. Rasanya sudah banyak kali hal itu
dipersoalkan kepadanya. Terutama sekali dari papanya, Datuk Fakhrul. Namun dia
berkeputusan untuk berehat seketika di rumah sebelum memulakan kerja pada
minggu hadapan.
“Terkejut aku tadi.. mana lah tau kalau
kau dah jadi stok house-husband.” Fiqri menghembus nafas
kelegaan. Kalau boleh dia tidak mahu sahabatnya itu mengambil kesempatan atas
Syaf. Walau dia tahu yang Firash tidak akan berbuat begitu.
“Choy!
Mintak simpang lah.. takkanlah aku
nak jadi macam tu pulak.. eh
sembang-sembang ni, jomlah pergi makan.. aku dah lapar ni.” Firash terpaksa
menghentikan perbualannya dengan Fiqri itu. Kalau boleh dia tidak mahu perutnya
itu terlalu lama kosong. Bimbang akan mengundang gastrik pula.
“Yelah-yelah.” Mereka bertiga sama-sama
berdiri menunggu di depan kotak lif yang sedang turun-naik itu.
No comments:
Post a Comment