:: My gangS :: TQVM

Saturday, August 22, 2015

Bab 3 Sequel Novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Assalamualaikum..
lama benar rasanya tak bersiaran dekat sini...
last entry pasal novel Saat Hadirnya Cinta Dia keluar..
tu pun bulan dua hari tu..
bukan setakat berabuk blog..
tapi usang terus..huhu..

so untuk tak nak bagi berabuk sangat,
kite leak entry baru..
boleh baca jugak kat wattpad :)


----------------------------------------

BAB 3


“SYAF!” Panggil Fina sedikit terjerit apabila melihat pegawai atasannya itu sudah menonong laju keluar dari bilik mesyuarat. Tadi mereka berdua menghadiri mesyuarat bulanan bersama dua orang kuat syarikat milik Datuk Fakhrul itu. Semuanya berkisar tentang progress kerja di tapak projek yang dijaga oleh mereka berdua.
“Haa Fina.. apa hal?” Soal Syaf lalu memberhentikan langkahnya buat seketika. Gadis berusia dua puluh empat tahun yang dikenali dengan Nur Sarafina itu dipandang dengan tanda soal.
“Kau ni Syaf.. laju je nak ke mana?” Soal Fina tanpa menjawab pertanyaan dari pegawai atasannya itu. Walaupun jawatan Syaf lebih tinggi darinya namun Syaf tidak suka jika pekerja di bawahnya memanggil dengan panggilan formal. Dan disebabkan itulah juga dia mudah rapat dengan Fina walau gadis itu baru sahaja dua bulan memulakan kerja di syarikat milik bapa mertuanya itu.
“Tak ke mana-mana pun.. balik bilik aku lah.. nak kena edit sikit report ni.” Ujar Syaf sambil menyuakan laporan bertaip yang masih berada di tangannya itu.
Tadi semasa mesyuarat, laporan yang dibentangkan itu mengalami sedikit pertindihan data. Dan sebolehnya Syaf mahu membetulkan dengan kadar segera dan tidak mahu kerjanya itu bertangguh-tangguh.
“Laa, kena edit sikit je kan? Relaks lah dulu.. ni haa, aku ada hajat sikit.”
“Hajat?” Syaf sudah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh gadis itu. Difokuskan pandangannya ke arah Fina dengan tidak berkelip.
“Hari ni 23 haribulan kan? By the way, happy birthday Syafa Aqira.. yang ke-25 kan?” Fina sudah tersenyum-senyum apabila melihat Syaf yang sepertinya agak terkejut dengan ucapannya itu. Sebenarnya dari saat dia masuk pejabat tadi lagi dia mahu memberitahu pada Syaf, namun niatnya itu terbantut apabila terpaksa menghadiri mesyuarat yang tiba-tiba diawalkan sedikit. Sebuah pelukan dihadiahkan buat rakan sekejarnya itu.
“Eh hari jadi aku?” Soal Syaf seakan terpinga-pinga buat seketika. Saat Fina meleraikan pelukan pada dirinya barulah dia teringat. Sejujurnya dia langsung terlupa dengan hari ulang tahun kelahirannya itu untuk hari itu.
“Kau ni buat-buat lupa pulak? Takkanlah aku orang pertama yang wish kut?” Fina mula menjongketkan sedikit keningnya tanda memerli. Berharap yang Syaf faham dengan kata-katanya itu yang berbaur sarkastik. Dan Syaf pula mula teringatkan sesuatu. Jika hari itu adalah hari ulang tahun kelahirannya, kenapa Firash langsung tidak berkata apa-apa? Seingatnya ketika di rumah pagi tadi, suaminya itu bersikap seperti biasa. Seolah-olah hari ini adalah hari biasa dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.
“Eh kau ada kerja kan? Aku pun dah nak balik tempat aku ni.. haa, nanti lunch aku belanja.. sebagai hadiah birthday dari aku.” Tambah Fina lagi seraya menepuk lengan Syaf yang seolah-olah sedang berkhayal itu. Dan Syaf yang masih terkejut dengan tindakan Fina itu hanya mampu membalas dengan senyuman kelat tanpa perisa.



------------------



terim kasih kerana membaca...enjoyyss..jumpe lagi...bye2 :)

No comments: