BAB 1
“AKU TAK PERNAH lagi
jumpa perempuan yang bodoh macam kau ni. Cepat saja percaya dengan cakap
lelaki. Tak hairanlah mudah saja kau dipergunakan.” Sindir Rifqh kepada gadis
yang masih tertunduk lemah di sebelahnya. Amaliya hanya berdiam diri dan tidak
berkata apa-apa walaupun kata-kata yang terucap dari bibir lelaki itu seakan
sembilu yang menikam ke dasar hatinya. Dia hanya mengetap bibirnya cuba menahan
rasa di hati. Tubir matanya mulai bergenang kembali apabila memikirkan apa yang
telah berlaku kepada dirinya tadi.
“Kalau aku jadi kau, memang dah
lama aku tinggalkan lelaki macam tu. Apa sebenarnya yang kau mahukan dari
lelaki tu? Kemewahan? Kasih sayang? Hutang aku pun tak boleh nak bayar, ada
hati nak bela perempuan.” Sindir Rifqh lagi tanpa mengambil kisah akan rasa
gadis di sebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Ah! Perempuan sekarang
memang senang dipergunakan! Apatah lagi perempuan muda seperti gadis di
sebelahnya ini. Seringkali tergoda dan termakan dengan pujuk rayu lelaki di
luar sana.
“Kau tak payah nak menyesal lah
dengan semua ni. Kau yang sengaja melibatkan diri dengan lelaki macam Reza tu, so kau tanggung aje lah akibatnya.”
Sambung Rifqh lagi. Dia menyandarkan kepalanya di tempat duduk kereta. Terasa
penat di tubuhnya kerana berkejaran ke sana ke sini malam ini.
Amaliya hanya mendiamkan diri
sahaja tanpa berbicara sepatah kata. Terasa hendak saja dia menangis dengan
kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Begitu menusuk dan menikam ke lubuk
hatinya. Walaupun kata-kata akhir lelaki yang bernama Rifqh itu langsung tidak
menepati situasi yang sebenarnya. Dia pun sebenarnya tidak mahu semua ini
berlaku kepadanya. Tidak terjangka sama sekali yang dirinya akan terheret sama
ke dalam permasalahan ini.
Namun semuanya sudah terlambat,
nasi telah menjadi bubur. Dan apabila diri sudah terjebak seakan payah untuk
keluar lagi. Akhirnya dia mengeluh kekesalan. Air mata yang baru sahaja hendak
mengalir dari tubir matanya dikesat dengan lengan baju miliknya.
“Jack, bawa aku ke Apartment
Melati.” Arah Rifqh kepada pemandu yang sedang memandu kereta Toyota Alphard
berwarna hitam itu. Orangnya itu hanya mengangguk perlahan. Aku dengan arahan
ketuanya.
Hanya deruman enjin yang
menemani suasana di dalam kereta itu. Dua lagi orang Rifqh yang bernama Fend
dan Gordon itu statik di ruang depan dan di ruang belakang. Masing-masing
melayan fikiran yang entah ke mana. Rifqh pula telah memejamkan matanya di
sebelah gadis itu. Penat telah mengatasi segala-galanya.
***
“HOI, KELUARLAH! Kau
ingat kau tu anak raja nak kena sembah bagai!” Tempelak Rifqh kuat dari luar
kereta. Matanya merenung tajam ke arah Amaliya yang masih statik di dalam perut
kereta. Gadis itu seakan terleka dengan dunianya sendiri sehingga tidak
menyedari yang kereta itu telah diberhentikan di depan Apartment Melati yang
mempunyai ketinggian lima tingkat itu.
Jack yang masih sabar menunggu
di dalam kereta itu menjeling sekilas ke arah Amaliya yang berada di ruang
tengah kereta. Memang nak cari penyakitlah, getus hati kecilnya. Sedikit
menggeleng kepala apabila melihat Amaliya yang terkulat-kulat disergah oleh
ketuanya itu.
Fend dan Gordon pula telah
selamat masuk ke pintu utama ruang apartment itu. Barangkali bersiap sedia
menunggu di dalam rumah sahaja.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh aje!”
Tempelak Rifqh lagi apabila melihat Amaliya yang perlahan-lahan keluar dari
kereta Toyota Alphard itu. Seakan geram dengan gadis yang memakai blaus pink
muda itu. Lembap!
Amaliya yang terkejut disergah
itu terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta. Hampir sahaja dia terjatuh di atas
tar jalan apabila kasut tumit tingginya itu seakan tidak memberikan kerjasama
dengan kakinya. Namun cepat-cepat tangannya memegang badan kereta itu untuk
menstabilkan kembali badannya. Selamat!
Jack keluar dari perut kereta
dan menuju ke belakang Amaliya yang masih berdiri statik di belakang Rifqh.
Mengawal keadaan jika gadis yang bersama ketuanya itu cuba hendak melarikan
diri.
“Dah ikut aku!” Arah Rifqh
kepada Amaliya. Kakinya laju sahaja bergerak menuju ke arah pintu utama
apartment itu. Amaliya yang berada di belakangnya sempat menjeling sekilas ke
arah wajah Jack yang beku tanpa sebarang senyuman. Memang tak ada langsung
peluang untuk melarikan diri kalau dikawal macam ni, fikirnya.
***
LIF BERDENTING di
tingkat tiga menandakan sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. Amaliya yang
berada di tengah-tengah antara Rifqh dan Jay itu sempat menjeling sekilas ke
arah Rifqh. Kelihatan lelaki itu sedang berbual-bual dengan telefon bimbit.
Namun pertuturannya tidak berapa masuk ke pendengaran telinganya. Cakap bahasa
apa entah!
Amaliya membontoti jejak
langkah Rifqh ke arah pintu rumah yang bernombor 307 itu. Tanpa memberikan
salam, Rifqh memulas tombol pintu itu. Memang pintu rumah itu tidak berkunci kerana
Fend dan Gordon terlebih dahulu sudah memasuki rumah itu.
Suasana rumah yang berdekorasi
kedesaan Inggeris itu seakan menarik minat Amaliya. Matanya kelihatan bercahaya
memandang ke segenap arah di rumah itu. Kemas dan teratur sekali. Seumur
hidupnya tidak pernah dia merasa untuk menapak ke dalam rumah yang serba mewah
ini.
“Kau jangan nak jadi jakun
pulak!” Sergahan yang keluar dari mulut Rifqh mematikan lamunan indah Amaliya.
Senyuman yang sedikit terukir di bibirnya tadi terus sahaja mati. Memang dia
kena sabarlah dengan lelaki ini, asyik menyergah orang sahaja, fikirnya di
dalam hati.
“Sekarang dah pukul satu pagi.
Aku dah tak ada mood nak cakap apa-apa. Esok aje aku
bagitahu kau.” Lantang Rifqh bersuara. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa
putih yang mempunyai bunga-bunga mawar kecil itu.
Amaliya yang berdiri di sebelah
Jack hanya mengangguk perlahan. Sebenarnya dia pun berasa mengantuk sejak dari
dalam kereta lagi namun kantuknya itu ditahan. Takut pun ada jika tertidur di
dalam kereta.
“Jack, bawak dia masuk bilik.”
Arah Rifqh lagi. Amaliya yang mendengar arahan Rifqh itu membulatkan matanya.
Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari dari mulut Rifqh. ‘Nak suruh aku
tidur dengan mamat beku ni ke?’ Fikir Amaliya dalam hati.
“Ikut saya.” Suara Jack
kedengaran. Namun Amaliya hanya memandang sepi suara itu.
“Apa lagi yang tercegat lagi
tu?!” Sergah Rifqh lagi apabila melihat Amaliya masih lagi tidak bergerak. Jack
yang berada di sebelahnya pula seakan serba salah untuk mengajak gadis itu ke
bilik. Pelawaannya tadi pun tidak dipedulikan.
“Err....Saya tak nak tidur
dengan dia.” Jawab Amaliya sedikit teragak-agak. Akhirnya dia bersuara juga.
Namun agak gerun apabila wajah Rifqh yang seakan menyinga memandangnya.
“Ha...Ha...Ha...kau fikir apa
ni? Apa betul kau nak tidur dengan dia?” Rifqh berjalan merapati Amaliya dengan
senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Ketawanya tadi dilepaskan kerana tidak
tahan dengan tindakan Amaliya yang sudah salah faham itu.
Amaliya menggigit bibirnya.
Soalan yang terpacul keluar dari bibirnya itu seakan memerangkap dirinya
sendiri. Jack yang berada di sebelah hanya mampu tersenyum sinis. Seakan
gelihati dengan reaksi Amaliya.
“Eh, saya tak nak.” Cepat-cepat
sahaja Amaliya menjawab walau hatinya sudah berdebar sakan melihat anak mata
Rifqh yang sudah tajam menikam anak matanya.
“Kau ingat kau tu cantik sangat
ke sampai fikir ada orang nak tidur dengan kau?” Tempelak Rifqh lagi.
Amaliya hanya menundukkan
kepalanya apabila Rifqh berjalan mengelilinginya. Walau kata-kata Rifqh itu
seakan tidak berminat dengan dirinya namun dia juga harus mengambil langkah
berwaspada. Lagipun sekarang dia telah berada di tangan lelaki itu. Apa sahaja
boleh dilakukan oleh lelaki itu kepada dirinya sekarang.
“Dah, pergi masuk tidur sebelum
aku ubah fikiran.” Arah Rifqh lagi kepada Amaliya. Tangannya menutup mulut
menahan kuap yang mula menghampiri. Matanya sudah mula terasa pedih akibat
beberapa kali menguap.
Akhirnya Amaliya mengikuti Jack
yang membawa dia ke sebuah bilik yang berada berhampiran dengan dapur. Namun
Jack hanya menghantarnya di muka pintu sahaja sebelum menghilangkan diri ke
ruang depan.
p/s : blog Hotstuff tu dua kali kena virus so
baik tutup je..so citer lama (awal tahun 2011 kot) ni dipindahkan kembali ke
blog utama..ni pun atas ramai yg requested so tak sampai hati pulak..versi kt
blog berbeza dari p2u J
25 comments:
citer nih dh ada balik...dh lama tergantung,...rindu2...dgn rifqh..wlupun agak jahat tp tetap rindu dia..hehehe
wahh best citer ni dah de blk....smbg cepat..
dah lama le tunnggu cerita ni kak menantu dari overseas bila nak berada di pasaran lama lg ke.
Ok zura sambung API Lak lps ni . MDO. Ngan erk kawin dgn duda . Wah meriahnya :)
@wida
pindah blog..blog sane mmg dh lame tutup sbb banyak kali kena virus..rifqh mmg jahat..hehe
@almuzni
tp citer ni smpai bab 16 je..tak tau bile nk smbung sbb bz ngn mss mdo skrg..huhu
@baby mio
sbb tu letak kembali dlm blog ni..MDO tu baru siap 65%..hope smpat hntr hujung tahun ni n kuar before pesta buku thn depan..aminn
@lee jee joong
hehe...tak tau dapat smbung ke tak..kalo jnji nk smbung tp tak sambung2 cm tak sedap pulak kan?
waaa.... rindu cerita ni. Terima kasih kak zura. :-)
aku baca dulu kt p2u.. agak lain sikit wei.. edit balik ka.. apa2 pun menanti next.. aku pon suka API ni..laen macam sikit cite neh..
wahhh dah lama citer ni ku tunggu2 hahaha ;p)
akak dah pernah terbaca novel ne dek,best sngt....but mamat tu garang sngt lh kat amaliya....sian kat amaliya!!n g dek laju2 lah!!!!!!!!!!!!
@Afifah Yusof
rindu jugak..hehe..same2 :)
@Rehan Makhtar
versi blog mmg lain dr p2u..tak edit pon..hehe
@cik hani
hehe..ramai ttgu rupenye..
@norihan mohd yusof
hehe...rifqh mmg garang...haha..tq
br bc citer ni.. best ler zura..... ♡♥♡♥
-Ika Hatika-
best....dpt2 ja tjuk trus cri kt p2u...2.00 bru hbs bca....bla nk smbg bab 17?
@Hatika
thanks hatika <3
@mysweethubbyustaz
hehe...thanks..tak tau dpt smbung bile cz sdg struggle siapkn manuskrip..
best cerita nie..can invite me to the blog? saya nak continue episode 3..thanx!
@those little moments ......
blog tu dh setahun tutup..sy akan sambung kt sini je nnt citer ni :)
Novel ni dh dicetak@blum?let me know ya...
Mane bab 17 nie?? cepatlah update entry nie..
@EDLINNA SOFIA
tak jumpa pn kat p2u..novel dh terbit ke..
Post a Comment