:: My gangS :: TQVM

Wednesday, October 10, 2012

BAB 1 Aku Perempuan Itu






BAB 1

“AKU TAK PERNAH lagi jumpa perempuan yang bodoh macam kau ni. Cepat saja percaya dengan cakap lelaki. Tak hairanlah mudah saja kau dipergunakan.” Sindir Rifqh kepada gadis yang masih tertunduk lemah di sebelahnya. Amaliya hanya berdiam diri dan tidak berkata apa-apa walaupun kata-kata yang terucap dari bibir lelaki itu seakan sembilu yang menikam ke dasar hatinya. Dia hanya mengetap bibirnya cuba menahan rasa di hati. Tubir matanya mulai bergenang kembali apabila memikirkan apa yang telah berlaku kepada dirinya tadi.
“Kalau aku jadi kau, memang dah lama aku tinggalkan lelaki macam tu. Apa sebenarnya yang kau mahukan dari lelaki tu? Kemewahan? Kasih sayang? Hutang aku pun tak boleh nak bayar, ada hati nak bela perempuan.” Sindir Rifqh lagi tanpa mengambil kisah akan rasa gadis di sebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Ah! Perempuan sekarang memang senang dipergunakan! Apatah lagi perempuan muda seperti gadis di sebelahnya ini. Seringkali tergoda dan termakan dengan pujuk rayu lelaki di luar sana.
“Kau tak payah nak menyesal lah dengan semua ni. Kau yang sengaja melibatkan diri dengan lelaki macam Reza tu, so kau tanggung aje lah akibatnya.” Sambung Rifqh lagi. Dia menyandarkan kepalanya di tempat duduk kereta. Terasa penat di tubuhnya kerana berkejaran ke sana ke sini malam ini.
Amaliya hanya mendiamkan diri sahaja tanpa berbicara sepatah kata. Terasa hendak saja dia menangis dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Begitu menusuk dan menikam ke lubuk hatinya. Walaupun kata-kata akhir lelaki yang bernama Rifqh itu langsung tidak menepati situasi yang sebenarnya. Dia pun sebenarnya tidak mahu semua ini berlaku kepadanya. Tidak terjangka sama sekali yang dirinya akan terheret sama ke dalam permasalahan ini.
Namun semuanya sudah terlambat, nasi telah menjadi bubur. Dan apabila diri sudah terjebak seakan payah untuk keluar lagi. Akhirnya dia mengeluh kekesalan. Air mata yang baru sahaja hendak mengalir dari tubir matanya dikesat dengan lengan baju miliknya.
“Jack, bawa aku ke Apartment Melati.” Arah Rifqh kepada pemandu yang sedang memandu kereta Toyota Alphard berwarna hitam itu. Orangnya itu hanya mengangguk perlahan. Aku dengan arahan ketuanya.
Hanya deruman enjin yang menemani suasana di dalam kereta itu. Dua lagi orang Rifqh yang bernama Fend dan Gordon itu statik di ruang depan dan di ruang belakang. Masing-masing melayan fikiran yang entah ke mana. Rifqh pula telah memejamkan matanya di sebelah gadis itu. Penat telah mengatasi segala-galanya.




***


“HOI, KELUARLAH! Kau ingat kau tu anak raja nak kena sembah bagai!” Tempelak Rifqh kuat dari luar kereta. Matanya merenung tajam ke arah Amaliya yang masih statik di dalam perut kereta. Gadis itu seakan terleka dengan dunianya sendiri sehingga tidak menyedari yang kereta itu telah diberhentikan di depan Apartment Melati yang mempunyai ketinggian lima tingkat itu.
Jack yang masih sabar menunggu di dalam kereta itu menjeling sekilas ke arah Amaliya yang berada di ruang tengah kereta. Memang nak cari penyakitlah, getus hati kecilnya. Sedikit menggeleng kepala apabila melihat Amaliya yang terkulat-kulat disergah oleh ketuanya itu.
Fend dan Gordon pula telah selamat masuk ke pintu utama ruang apartment itu. Barangkali bersiap sedia menunggu di dalam rumah sahaja.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh aje!” Tempelak Rifqh lagi apabila melihat Amaliya yang perlahan-lahan keluar dari kereta Toyota Alphard itu. Seakan geram dengan gadis yang memakai blaus pink muda itu. Lembap!
Amaliya yang terkejut disergah itu terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta. Hampir sahaja dia terjatuh di atas tar jalan apabila kasut tumit tingginya itu seakan tidak memberikan kerjasama dengan kakinya. Namun cepat-cepat tangannya memegang badan kereta itu untuk menstabilkan kembali badannya. Selamat!
Jack keluar dari perut kereta dan menuju ke belakang Amaliya yang masih berdiri statik di belakang Rifqh. Mengawal keadaan jika gadis yang bersama ketuanya itu cuba hendak melarikan diri.
“Dah ikut aku!” Arah Rifqh kepada Amaliya. Kakinya laju sahaja bergerak menuju ke arah pintu utama apartment itu. Amaliya yang berada di belakangnya sempat menjeling sekilas ke arah wajah Jack yang beku tanpa sebarang senyuman. Memang tak ada langsung peluang untuk melarikan diri kalau dikawal macam ni, fikirnya.


***




LIF BERDENTING di tingkat tiga menandakan sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. Amaliya yang berada di tengah-tengah antara Rifqh dan Jay itu sempat menjeling sekilas ke arah Rifqh. Kelihatan lelaki itu sedang berbual-bual dengan telefon bimbit. Namun pertuturannya tidak berapa masuk ke pendengaran telinganya. Cakap bahasa apa entah!
Amaliya membontoti jejak langkah Rifqh ke arah pintu rumah yang bernombor 307 itu. Tanpa memberikan salam, Rifqh memulas tombol pintu itu. Memang pintu rumah itu tidak berkunci kerana Fend dan Gordon terlebih dahulu sudah memasuki rumah itu.
Suasana rumah yang berdekorasi kedesaan Inggeris itu seakan menarik minat Amaliya. Matanya kelihatan bercahaya memandang ke segenap arah di rumah itu. Kemas dan teratur sekali. Seumur hidupnya tidak pernah dia merasa untuk menapak ke dalam rumah yang serba mewah ini.
“Kau jangan nak jadi jakun pulak!” Sergahan yang keluar dari mulut Rifqh mematikan lamunan indah Amaliya. Senyuman yang sedikit terukir di bibirnya tadi terus sahaja mati. Memang dia kena sabarlah dengan lelaki ini, asyik menyergah orang sahaja, fikirnya di dalam hati.
“Sekarang dah pukul satu pagi. Aku dah tak ada mood nak cakap apa-apa. Esok aje aku bagitahu kau.” Lantang Rifqh bersuara. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa putih yang mempunyai bunga-bunga mawar kecil itu.
Amaliya yang berdiri di sebelah Jack hanya mengangguk perlahan. Sebenarnya dia pun berasa mengantuk sejak dari dalam kereta lagi namun kantuknya itu ditahan. Takut pun ada jika tertidur di dalam kereta.
“Jack, bawak dia masuk bilik.” Arah Rifqh lagi. Amaliya yang mendengar arahan Rifqh itu membulatkan matanya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari dari mulut Rifqh. ‘Nak suruh aku tidur dengan mamat beku ni ke?’ Fikir Amaliya dalam hati.
“Ikut saya.” Suara Jack kedengaran. Namun Amaliya hanya memandang sepi suara itu.
“Apa lagi yang tercegat lagi tu?!” Sergah Rifqh lagi apabila melihat Amaliya masih lagi tidak bergerak. Jack yang berada di sebelahnya pula seakan serba salah untuk mengajak gadis itu ke bilik. Pelawaannya tadi pun tidak dipedulikan.
“Err....Saya tak nak tidur dengan dia.” Jawab Amaliya sedikit teragak-agak. Akhirnya dia bersuara juga. Namun agak gerun apabila wajah Rifqh yang seakan menyinga memandangnya.
“Ha...Ha...Ha...kau fikir apa ni? Apa betul kau nak tidur dengan dia?” Rifqh berjalan merapati Amaliya dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Ketawanya tadi dilepaskan kerana tidak tahan dengan tindakan Amaliya yang sudah salah faham itu.
Amaliya menggigit bibirnya. Soalan yang terpacul keluar dari bibirnya itu seakan memerangkap dirinya sendiri. Jack yang berada di sebelah hanya mampu tersenyum sinis. Seakan gelihati dengan reaksi Amaliya.
“Eh, saya tak nak.” Cepat-cepat sahaja Amaliya menjawab walau hatinya sudah berdebar sakan melihat anak mata Rifqh yang sudah tajam menikam anak matanya.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai fikir ada orang nak tidur dengan kau?” Tempelak Rifqh lagi.
Amaliya hanya menundukkan kepalanya apabila Rifqh berjalan mengelilinginya. Walau kata-kata Rifqh itu seakan tidak berminat dengan dirinya namun dia juga harus mengambil langkah berwaspada. Lagipun sekarang dia telah berada di tangan lelaki itu. Apa sahaja boleh dilakukan oleh lelaki itu kepada dirinya sekarang.
“Dah, pergi masuk tidur sebelum aku ubah fikiran.” Arah Rifqh lagi kepada Amaliya. Tangannya menutup mulut menahan kuap yang mula menghampiri. Matanya sudah mula terasa pedih akibat beberapa kali menguap.
Akhirnya Amaliya mengikuti Jack yang membawa dia ke sebuah bilik yang berada berhampiran dengan dapur. Namun Jack hanya menghantarnya di muka pintu sahaja sebelum menghilangkan diri ke ruang depan.


p/s : blog Hotstuff tu dua kali kena virus so baik tutup je..so citer lama (awal tahun 2011 kot) ni dipindahkan kembali ke blog utama..ni pun atas ramai yg requested so tak sampai hati pulak..versi kt blog berbeza dari p2u J

25 comments:

wida said...

citer nih dh ada balik...dh lama tergantung,...rindu2...dgn rifqh..wlupun agak jahat tp tetap rindu dia..hehehe

almuzni said...

wahh best citer ni dah de blk....smbg cepat..

Unknown said...

dah lama le tunnggu cerita ni kak menantu dari overseas bila nak berada di pasaran lama lg ke.

lee jee joong said...

Ok zura sambung API Lak lps ni . MDO. Ngan erk kawin dgn duda . Wah meriahnya :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@wida

pindah blog..blog sane mmg dh lame tutup sbb banyak kali kena virus..rifqh mmg jahat..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@almuzni

tp citer ni smpai bab 16 je..tak tau bile nk smbung sbb bz ngn mss mdo skrg..huhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

@baby mio

sbb tu letak kembali dlm blog ni..MDO tu baru siap 65%..hope smpat hntr hujung tahun ni n kuar before pesta buku thn depan..aminn

zura asyfar addy rifqhiey said...

@lee jee joong

hehe...tak tau dapat smbung ke tak..kalo jnji nk smbung tp tak sambung2 cm tak sedap pulak kan?

Afifah Yusof said...

waaa.... rindu cerita ni. Terima kasih kak zura. :-)

Rehan Makhtar said...

aku baca dulu kt p2u.. agak lain sikit wei.. edit balik ka.. apa2 pun menanti next.. aku pon suka API ni..laen macam sikit cite neh..

Cik Hani said...

wahhh dah lama citer ni ku tunggu2 hahaha ;p)

Unknown said...

akak dah pernah terbaca novel ne dek,best sngt....but mamat tu garang sngt lh kat amaliya....sian kat amaliya!!n g dek laju2 lah!!!!!!!!!!!!

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Afifah Yusof


rindu jugak..hehe..same2 :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Rehan Makhtar

versi blog mmg lain dr p2u..tak edit pon..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@cik hani

hehe..ramai ttgu rupenye..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@norihan mohd yusof

hehe...rifqh mmg garang...haha..tq

Hatika said...

br bc citer ni.. best ler zura..... ♡♥♡♥

-Ika Hatika-

mysweethubbyustaz said...

best....dpt2 ja tjuk trus cri kt p2u...2.00 bru hbs bca....bla nk smbg bab 17?

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Hatika


thanks hatika <3

zura asyfar addy rifqhiey said...

@mysweethubbyustaz

hehe...thanks..tak tau dpt smbung bile cz sdg struggle siapkn manuskrip..

those little moments ...... said...

best cerita nie..can invite me to the blog? saya nak continue episode 3..thanx!

zura asyfar addy rifqhiey said...

@those little moments ......

blog tu dh setahun tutup..sy akan sambung kt sini je nnt citer ni :)

it's me..MINS said...

Novel ni dh dicetak@blum?let me know ya...

Unknown said...

Mane bab 17 nie?? cepatlah update entry nie..

Nur said...

@EDLINNA SOFIA

tak jumpa pn kat p2u..novel dh terbit ke..