:: My gangS :: TQVM

Monday, October 24, 2011

TEASER BAB 13 SSID



“Ha Syaf. Inilah Tok Wan. Emak pada mama.” Puan Farizah memperkenalkan wanita tua itu. Syaf menghulurkan tangan untuk bersalam. Dikucup lembut tangan tua itu seraya tersenyum manis.

“Apa khabar Tok Wan?” Sapanya. Wanita tua itu berkerut dahi memandangnya. Syaf mula terasa pelik.

“Ni siapa Zah?” Soal Tok Wan.

Puan Farizah hanya tersenyum mendnegar soalan yang terbit dari bibir ibunya itu. “Ni lah Syafa Aqira. Anak angkat yang Zah cakap tadi tu.” Jawab Puan Farizah. Kelihatan Tok Wan menganggukkan kepalanya.

“Hmm..Nak panggil apa ni? Aku tak pandai lah nak sebut nama budak-budak sekarang.” Balas Tok Wan merenung lama ke arah gadis yang berada di hadapannya. Manis berbaju kurung.

“Zah panggil Syaf je. Tapi kalau mak nak panggil nama lain pun tak apa kan Syaf?” Puan Farizah mengemukan pertanyaan pada gadis itu.

“Ha’ah Tok Wan. Syaf tak kisah kalau nak panggil nama lain pun.”

“Aku panggil kau Qira aje lah. Lidah aku ni dah tua susah nak sebut nama pelik-pelik macam tu.” Balas Tok Wan dan seraya menuju ke tangga. Puan Farizah hanya menepuk bahu gadis itu dan mereka berdua menuju ke anak tangga.


^^^^^


“HA, TOLONG angkat beg Qira ni. Letak dalam bilik sebelah bilik kamu tu.” Arah Tok Wan setelah Firash pulang ke rumah. Katanya tadi dia sengaja mengambil angin petang di tepi sawah itu sekejap. Firash mengerling mata ke arah Syaf yang hanya memandangnya.

“Yelah Tok Wan.” Laju sahaja tangannya mencapai beg pakaian gadis itu dan membolos masuk ke bilik yang berada di sebelah biliknya. Bilik itu biasanya digunakan sebagai untuk tetamu yang datang. Dia meletakkan beg itu berhampiran dengan almari pakaian.

“Qira pergi lah rehat dulu. Mama kamu cakap tadi kamu pening kepala kan. Tok Wan dengan mama kamu nak pergi dapur ni.” Ujar Tok Wan.

“Erm, Qira nak masuk dapur jugaklah.” Balas Syaf laju. Seperti tidak sopan pula jika dia hanya berehat di dalam bilik sedangkan Puan Farizah dengan Tok Wan berada di dapur untuk menyiapkan hidangan untuk berbuka nanti.

“Tak pe lah Qira. Dua orang dah cukup dah. Kamu tu rehat aje dulu. Bimbang aje Tok Wan kalau kamu pening-pening lagi.” Nasihat Tok Wan lembut. Bukannya dia tak perasa yang wajah gadis itu seakan pucat sahaja.

“Yelah Tok Wan.” Syaf malas untuk membantah. Kakinya terus sahaja menapak ke bilik yang dimasuki oleh Firash tadi. Sedikit tersentak apabila lelaki itu selamba sahaja berbaring di atas katil bersaiz King itu.

“Eh kenapa tak masuk bilik kau?” Soal Syaf pelik. Bukannya lelaki itu ada bilik sendiri ke kat sini? Kan kalau Tok Wan nampak apa pulak cakap dia. Berdua-duaan dengan lelaki walaupun hakikat yang sebenar mereka adalah suami isteri. Firash menjeling tajam.

“Ala, rehat sekejap kat sini tak boleh ke? Kedekut betul lah. Macam lah bilik ni dia punya.” Balas Firash dengan nada sindiran. Syaf mengetap bibir dengan muka merah padam. Memanglah bilik ini bukan bilik dia tapi hormatlah sikit. Ini tak suka-suka hati aje baring kat situ lepas tu boleh pulak nak sindir-sindir dia!

“Tak pe. Kau baring aje lah. Aku tahulah yang bilik ni bukan bilik aku.” Balas Syaf sedikit berjauh hati. Firash memaku pandang pada Syaf yang sudah hendak keluar dari bilik. Cepat-cepat dia turun dari katil dan menarik tangan gadis itu. Syaf tersentak. Apa lagi yang dia ni nak? Letihlah lah aku macam ni!

“Hmm, merajuk.” Gumam Firash perlahan. Syaf menarik nafas perlahan dan cuba bersabar dengan kata-kata Firash itu. Terasa tiba-tiba kedua-dua tangannya ditarik dan hampir saja dia terdorong ke belakang namun sempat dihadang oleh tubuh Firash. Dia terkedu. Tubuhnya betul-betul dipeluk oleh lelaki itu dari belakang. Terasa jantungnya mula berdegup tidak normal.

“Kau nak aku pujuk ke?” Soal Firash lembut berbisik di telinga Syaf yang masih dilitupi dengan tudung. Syaf memejamkan matanya. Bergetar perasaannya bila diperlakukan oleh Firash begitu.

“Syafa Aqira, do you listen to me just now?” Bisik Firash lagi dengan nada seakan menggoda. Syaf meramas-ramas tangan sendiri. Menggeletar rasa tubuhnya bila tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu dari arah belakang.

“Hmm, speechless already.” Sambung Firash lagi. Dia memusingkan tubuh gadis itu seraya bertentang dengannya. Wajah Syaf yang masih memejamkan mata itu menerbitkan senyuman kecil di bibirnya. Jangan cakap dia dah tergoda dengan kata-kata aku tadi! Tapi kalau tergoda pun apa salahnya. Bisik hatinya nakal.

“You know that u’ve an adorable lips.” Firash merapatkan bibirnya ke arah bibir gadis itu. Serentak itu Syaf membuka matanya dan dibulatkan. Betul-betul terkejut dengan apa yang Firash sedang buat sekarang ini. Dia cuba untuk mengelak namun pelukan Firash ditubuhnya terlalu kemas.

“Err..Ni kan bulan puasa.” Celah Syaf dengan nada tergagap. Gila apa nak cium orang siang-siang hari macam ni! Kang ada yang tebatal puasa, tak pasal-pasal kena kifarah pulak!

“Tak boleh ke?” Suara Firash kedengaran hampa. Syaf menelan liur. Lelaki ini memang betul-betul ambil kesempatan atas aku!

“Mana boleh. Tak boleh.” Syaf sedikit menegaskan.

“Kalau macam tu malam ni bolehlah?” Firash menjongketkan kening dengan sedikit senyuman nakal yang terukir di bibir. Syaf sudah menggigit bibir. Seakan mahu menampar mulutnya itu yang pandai-pandai menjawab begitu tadi.

“Lepaslah nanti Tok Wan datang.” Syaf cuba melarikan topik perbualan. Walhal jantungnya sudah hampir melayan entah ke mana saat ini.

Just answer my question first and I will let you go.” Firash mengetatkan rangkulannya. Dia tahu Tok Wan takkan datang menganggu. Lagi pula dia sudah mendengar tadi Tok Wannya menyuruh gadis itu berehat.

Deru nafas milik lelaki itu terasa hangat menampar lembut ke arah pipi gebu milik Syaf. Syaf sudah serba tidak kena. Langsung tidak ada peluang untuk melarikan diri.

“Okay-okay. Boleh aje malam ni.” Putus Syaf akhirnya. Tidak sanggup lagi menghadap semua ini. Renungan dari sepasang mata redup milik lelaki itu seakan membuat hatinya cair.

Firash tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Dengan perlahan-lahan pelukan di tubuh gadis itu dileraikan. “ Hmm, okay. Malam ni malam Jumaat kan? Boleh topup pahala sekali.” Balas Firash dengan sedikit tertawa kecil. Syaf hampir-hampir saja terbalik di situ. Erk! Malam Jumaat?!

“Aku pergi dulu. Nak kena hafal doa kejap.” Sambung Firash lagi lalu melangkah keluar dari bilik. Syaf sudah terduduk di katil. Dia cuba menarik nafas panjang untuk bertenang. Aduhai macam mana ni? Kusut betullah! Menyesal aku bagi keputusan macam tu tadi!




p/s : sikit lg teaser bab 13 tuk korang...harap2 korang happy bile bace..tak edit lg ni...kalo ade silap grammar tolong gitau eh...peace n enjoy :DDDD

8 comments:

eila said...

nk lagi...pdk sngt la heee..

Afifah Yusof said...

hahaha.. tak senonoh punya Firash.. memang betul2 ambil kesempatan.. ^_^

ayuni said...

betul2..Firash ni mema betul2 amik kesempatan..ehehhek..tapi sy suka..tak sabar nak taw ape yg berlaku sebenarnyaa higga diora kawin..Mmmmm

xxx ooo said...

harap2 jdilah ye malam tu..hahahhahahahahahah

Hayisa Neerza said...

sis nak lagi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! excited nak tau :)

Biey said...

best! xsabar nk tunngu next episod

Hajar said...

baru teringat nak komen. hehe. makin gedik eh chad walaupun egonya still ada. hehe. looking forward untuk full version. =)

Yong said...

ye ye btl kata hajar tu, full version.