:: My gangS :: TQVM

Tuesday, October 25, 2011

Satu lagi teaser bab 13 SSiD b4 kuar kt p2u



“Err..Kau buat apa kat sini?” Soalnya dengan nada sedikit tergagap bila mendapati Firash sudah menghampirinya. Dia berundur sedikit ke belakang. Lelaki ini bahaya sungguh! Haruslah dia ambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.

Firash tersenyum lebar sambil tangannya mencapai ubat gigi yang terletak di meja kecil itu. “Aku nak mandilah. Buat apa lagi kat sini.” Balasnya lalu memicit sedikit ubat gigi lalu diletakkan di berus gigi yang diselit kemas di tuala di pinggangnya tadi. Paip air yang sudah terdampar di atas lantai simen itu dicapai laju.

Syaf mengetap bibir. Nak mandi pun tengok-tengoklah masa dulu. Ni tak aci redah aje masuk bilik air. Kalau dibuatnya aku tak berpakaian tadi kan haru!

“Tak boleh tunggu aku siap dulu ke?” Soal Syaf resah. Namun Firash ralit meneruskan sesi memberus gigi. Syaf mengeluh seketika. Hessy! Buat aku cuak aje! Nak buat apa-apa pun rasa macam tak kena aje!

“Tak boleh. Nanti aku lambat pulak nak pergi masjid. Lagipun tak salahkan kalau teman wife sendiri mandi.” Balas Firash sambil tersengih nakal memandang wajah cemberut gadis itu. Tadinya dia dah dibagitahu oleh Tok Wan untuk menunggu sekejap gadis itu mandi namun dia sengaja berbuat demikian. Ala Tok Wan bukannya perasan pun dia datang tadi!

Syaf menarik nafas panjang. Dah mula lah tu perangai miang keladi dia datang. Aku hairan betullah dengan dia ni sekarang. Serius betul-betul pelik. Macam dah kena ubat guna-guna pun ada!

“Kau tak nak bilas ke sabun yang ada kat badan tu? Atau kau nak suruh aku tolong bilaskan? Aku no hal.” Tegur Firash apabila mendapati tubuh gadis itu yang berkembang dipenuhi dengan buih-buih mandian. Walaupun sudah tersarung tuala di bahunya, takkanlah nak naik rumah dengan macam tu saja kut?

Syaf memadang tubuhnya atas bawah. Eh macam mana aku boleh lupa ni? Dia kembali memandang Firash yang sedang berpeluk tubuh. Pasal dia datang mengejut tadi lah yang buatkan aku lupa segala-galanya! Haissh!

“Aku boleh bilas sendiri lah.” Ujarnya sedikit berani lalu menghampiri ke arah Firash lalu merebut paip air getah itu. Firash sedikit tersentak. Mak ai, ganasnya dia ni! Namun bibirnya mengukir senyum kecil. Lucu dengan gelagat gadis itu yang serba tidak kena saja.

Syaf menghalakan paip getah itu ke tubuhnya walaupun dengan masih bertuala di bahu. Ah lantakla! Kalau basah tuala itu pun, dia tak kisah. Janji lelaki itu tidak nampak apa yang sepatutnya! Sudahlah mata dia tu merenung semacam aje! Ngeri betul!

“Mandi sekali dengan tuala ke?” Sindir Firash apabila melihat gadis itu melalukan air ke tubuhnya. Syaf hanya buat tak tahu saja dengan sindiran Firash itu walau rasa nak balas saja. Dia tahu kalau dia membalas kata-kata Firash itu, sudah pasti lagi lama dia berada di sini. Jadi keputusannya adalah lebih baik dia berdiam diri sahaja.

“Hmm, sombong.” Gumam Firash dalam hati. Dia memegang simpulan tuala itu lalu dengan selamba cuba menariknya keluar. Syaf yang sedang mengawasi gerak-geri lelaki itu hampir-hampir sahaja tertelan air paip. Matanya dibulatkan.

“Eh kau nak buat apa tu?” Soalnya dengan sedikit cemas. Firash tersenyum kecil dan hampir-hampir sahaja ketawa. “Nak mandilah. Takkan nak mandi dengan tuala bagai? Aku bukanlah sopan macam kau pun.” Balasnya lagi. Syaf mengetap bibir. Tengok tu, sempat lagi nak perli aku!

“Kot iye pun, agak-agaklah. Takkan nak berbogel kat sini pulak.” Syaf membalas geram. Geram betul dengan lelaki yang berada di hadapannya ini. Suka-suka hati dia aje nak buat macam tu!

“Eh kalau aku berbogel pun, bukannya berdosa pun.” Balas Firash selamba. Syaf menarik nafas perlahan. Sabar lah wahai hati!

“Ikut kau lah nak buat apa pun. Aku dah nak naik.” Tukas Syaf lalu menarik tuala serta kain batiknya yang ada di tali penyidai tadi. Dan entah kenapa tiba-tiba terasa kakinya tidak dapat memijak lantai itu dengan baik kala mencapai tuala yang tersidai.

“Makk!!” Jerit Syaf sambil memejamkan mata. Habislah aku!




p/s : last teaser tuk my luvly readers b4 publish kt p2u khamis ni, insyaAllah...enjoy :D

~ klik sini tuk masuk grup SSID kt FB :)

8 comments:

Hayisa Neerza said...

masuk yang ni rasanya dah 3 kali baca... kt fb pon baca hehehe ! Sis cepat letak full version tau..excited ni ehehehe

xxx ooo said...

aisey..potong la..bru nak feeling..hahahhaha

eQa said...

lmbt sgt la khamis....

Unknown said...

betul suspens. mmg lan chad skg.

siti izaidah said...

waaaaaaaaa.....xtahan dh ni...xsabo nk bce dh ni..huhuhu

u n me said...

best! jln citer da tukar sket kan...

Afifah Yusof said...

hahaha.. Firash memang jahat + nakal..
kesian Syaf..
tak sabar nak baca full punya.. ^_^

Yong said...

ups oh kenapa? syaf pening lagi ke?