:: My gangS :: TQVM

Thursday, September 22, 2011

Cebisan SSID -8




Bab 8



“Masih sakit lagi ke perut tu?” Puan Farizah menyoal dengan nada bimbang. Tadi Firash tak pergi solat terawih kerana sakit perut katanya. Hanya dia dengan Syaf saja yang pergi. Ingatkan bila dah balik, sakit perut Firash tu dah okey tapi macam nampak makin teruk saja.

“Sakit jugaklah sikit-sikit.” Balas Firash dengan kerutan di muka. Kesakitan di perut menyebabkan tangannya sedikit menggeletar. Wajahnya yang sedikit cerah itu mula kelihatan memerah. Peluh-peluh juga sudah memenuhi ruang dahi.

“Teruk sangat ke? Pergi klinik aje lah.” Puan Farizah menghampiri Firash yang berdiri tu sambil memegang sofa. Wajah yang sedikit pucat itu direnung seketika.

It’s okey ma. Boleh tahan lagi ni.” Balas Firash perlahan. Dia melabuhkan punggung di sofa sambil memejamkan mata. Tangan masih memegang perut yang sedang memulas.

“Mama tengok macam dah teruk sangat tu, pergi aje lah klinik. Suruh Syaf saja hantarkan.” Nasihat Puan Farizah lagi. Firash laju saja menggeleng. Tak naklah kalau kena pergi dengan Syaf tu. Kalau kena inject ke nanti lagilah dia tak nak. Ngeri saja kalau dibayangkan.

“Takpe ma, boleh tahan lagi ni.” Tubuh dibaringkan ke sofa. Kedua-dua belah kaki dibengkokkan sehingga lutut hampir ke perut.. Kali ni sudah enam kali dia ulang alik ke tandas. Kaki pun dah terasa lenguh untuk berjalan. Silap-silap nanti kena papah aje kalau nak pergi tandas.

“Janganlah degil, mama takut nanti melarat aje.” Sambung Puan Farizah lagi. Bertambah-tambah risaunya apabila melihat wajah Firash yang mula berubah pucat. Mesti sakit sangat tu.

“Mama panggil Syaf eh?” Puan Farizah seraya bingkas bangun dan menapak ke tangga. Firash dah tak sempat nak menghalang kerana perutnya kembali memulas. Terkocoh-kocoh dia berjalan ke tandas.



***



“Syaf.”Panggil Puan Farizah lembut di muka pintu. Diperhatikan Syaf yang tengah menaip sesuatu di komputer ribanya. Mungkin ada kerja ofis yang perlu disiapkan mungkin.

“Ada apa ma?” Soal Syaf yang tengah duduk di meja studi itu. Dia mengklik butang tetikus untuk save sebelum berpaling ke Puan Farizah. Dilihatnya Puan Farizah telah berada di sisinya.

“Tolong hantar Firash pergi klinik kejap, mama tengok macam dah teruk aje sakit perutnya.” Bagitahu Puan Farizah. Syaf yang mendengar sudah tercengang. Sakit perut? Tulah masa berbuka tadi makan macam tak ingat dunia. Mestilah perut tak boleh terima kalau terus makan banyak-banyak macam tu. Huh!

Hurm...Yelah. Nanti Syaf tukar baju kejap.” Syaf bingkas bangun dan menuju ke almari pakaian. Sehelai sweater disarungkan ke tubuh untuk melindungi tshirt lengan pendek yang dipakainya sekarang. Tudung bawal hitam dipakai ala kadar.

Tergesa-gesa dia menapak ke tangga mengekori Puan Farizah dari belakang. Dilihatnya Firash sedang memegang dinding sambil memejam mata. Wajahnya kelihatan sedikit pucat dengan peluh yang membasahi dahi.

“Kenapa pulak ni?” Soal Puan Farizah lalu merapati Firash. Firash kelihatan menggeleng-geleng sedikit kepalanya. Sementara Syaf hanya memandang tanpa sebarang kata.

“Mesti muntah ni.” Sambung Puan Farizah. Dah tahu yang anaknya itu ada penyakit gastrik. Kalau gastrik biasa-biasa saja dia tidak kisah sangat tapi jika dah muntah memang teruklah tu. Firash hanya menunduk kepala. Syaf yang memandang turut berasa kasihan. Hilang terus rasa nak menyindir tadi.

“Buat apa lagi tu? Cepat pergi. Nanti makin teruk pulak ni.” Bebel Puan Farizah lalu menolak sedikit tubuh Firash ke pintu depan. Dihulurkan wallet kepada Syaf yang berdiri di sisinya. Syaf menyarung sandal dan segera ke pintu kereta. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia terpaksa membuka pintu kereta untuk lelaki dan lelaki itu ialah Firash. Rasa macam tak percaya saja!

Firash melangkah masuk dengan berhati-hati dan terus bersandar di tempat duduk sebelah pemandu. Mood untuk bercakap terus tak ada bila dah sakit macam tu. Matanya dipejamkan. Syaf menghidupkan enjin kereta lalu kereta menderum laju meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.



***




Sesampainya di tempat parking, Syaf mengeluh perlahan. Kedudukan klinik yang agak jauh dari situ membuatkan dia mengerling lama ke arah Firash di sebelah. Dia ni boleh jalan ke tak? Takkan aku nak papah pulak kan?

“Err..Kau boleh jalan tak ni?” Soalnya dengan sedikit ragu. Diperhatikan Firash hanya memejamkan mata tanpa bersuara. Selpas berdiam diri hampir seminit barulah Firash membuka matanya. Dia sekadar mengangguk dan terus membuka pintu kereta.

Firash berjalan perlahan-lahan mengekori Syaf dari belakang. Oleh kerana nasib mereka tidak begitu baik, terpaksalah mereka berjalan agak jauh untuk ke klinik. Syaf yang faham kesakitan Firash itu memperlahankan sedikit langkahnya supaya agak seiringan dengan Firash. Walhal dalam fikirannya sudah mula terfikir, kalau Firash jatuh macam mana nanti? Larat ke aku nak angkat dia?

Syaf tidak perasan bila mana mereka sudah tiba di klinik. Itupun Firash berdeham kepadanya. Hampir saja dia mengetuk kepalanya kerana terlalu leka melayang fikiran.

Masuk saja di ruang klinik, Syaf terus mendaftarkan nama Firash di situ kerana sejak dari tadi dia memegang wallet lelaki itu. Kemudian mereka terpaksa menunggu giliran kerana terdapat hampir lima atau enam orang pesakit yang sedang menunggu lagi. Firash memerhatikan saja kelakuan Syaf tanpa bersuara. Bukan tak nak bersuara, tetapi sakit yang dialami membuatkan mulutnya berkunci.

“Encik Firash Arshad.” Panggil pembantu klinik yang memakai baju kurung biru. Syaf sedikit terkejut. Dia memandang Firash di sebelah.

“Err...Boleh jalan ke tak ni?” Soalnya apabila melihat Firash berkerut-kerut muka. Dia tahu penghawa dingin yang sedikit sejuk itu menambahkan lagi kesakitan yang sedia ada.

“Hurm...” Firash hanya menggumam. Dia cuba memaksa tubuhnya untuk bangun walaupun perutnya masih terasa senak. Di kala itu dia tidak dapat menyeimbangkan diri lalu hampir saja terjatuh. Namun dia hanya mampu mengeluh lega apabila ada tangan yang lebih cepat menyambar pinggangnya. Seketika dia berpaling ke sisi. Wajah Syaf yang merenungnya tidak berkelip itu menyapa pandangan. Syaf pula merasakan pipinya seakan panas saja apabila terpaksa memeluk pinggang Firash. Hee, aku bukan sengaja pun nak peluk pinggang dia tapi dah terpaksa ni. Takkan nak biarkan dia jatuh tergolek kat lantai pulak? Sudahlah orang tengah ramai dalam klinik ni!

Dengan berhati-hati Syaf menolong Firash masuk ke bilik rawatan. Pembantu klinik itu hanya tersenyum kecil apabila melihat mereka berdua.

Please have a seat Encik Firash Arshad. So boleh saya tahu sakit apa ni?” Soal doktor yang memakai tag nama Fatimah apabila melihat mereka berdua masuk. Senyuman manis terukir di bibir. Syaf duduk di kerusi yang sedikit jauh namun Firash duduk di sebelah meja doktor itu.

“Gastrik rasanya.” Balas Firash lemah. Perutnya masih lagi terasa memulas.

“Oh, mesti sebab puasa ni. Dah ramai yang jadi macam ni.” Sambung doktor Fatimah sambil senyum.

“Ermm, ada muntah-muntah tak?

“Ha? Erm, ada sekali tadi.” Balas Firash. Dia sempat mengerling Syaf yang duduk tidak jauh darinya.

“Oklah. Saya akan bagi awak ubat gastrik. Makesure kena makan ikut peraturan. If tak jadi jugak, nanti boleh datang jumpa saya lagi sebab saya takut gastrik ni melarat je.” Bagitahu Doktor Fatimah panjang lebar.

“Thanks doc.” Ucap Firash sebelum berdiri. Di kala itu Syaf sudah berada berdekatan dengan tubuhnya. Mungkin berjaga-jaga takut terjadi lagi perkara tadi. Akhirnya mereka berdua berjalan menuju ke pintu tanpa sebarang kata. Hanya Syaf saja yang mengetap bibir. Huh! Orang tolong tadi tak ucap terima kasih pun!






p/s : entry last sebelum gerak ke Shah Alam esok..ade kenduri kat sana..so mmg takkan update blog la kut tuk 4 hr ni...tu yg zura bg update sket ni...SSID-8 ni tak edit lg cuma tacap sket2 je cz tak nak bg korang penim...hehe...if ade yg tak kena bagitahulah sblm zura post full version kt p2u...apepun enjoy dis entry yer..doakn kami selamat pergi n balik ;DDD

4 comments:

Ad_dEen said...

nice...
cepat2 ye...
kasi la panjang sikit lagi...
tak sabar nak embacanya..
sentiasa menyokong anda....=)
jln bebaik ye...

Afifah Yusof said...

menantikan yang full punya.. =)

Unknown said...

best..
selamat pergi n balik ye..

Biey said...

ye la Nur Afifah,menantikan full version.