:: My gangS :: TQVM

Sunday, September 11, 2011

Don't You Love Me? -5




Aku berjalan sedikit laju tanpa mempedulikan Rita yang masih lagi menunggu salesgirl untuk membuat resit. Reyfhan dan lelaki yang bernama Risy itu sudah jauh ke depan. Telefon bimbit aku dikeluarkan dari beg tangan untuk menghantar mesej pada Rita. Sorry Rita, aku ada misi penting lagi yang perlu dilaksanakan sekrang ni!

Sebaik sahaja aku menghantar mesej kepada Rita yang aku perlu balik cepat, cepat-cepat saja kaki aku melangkah mengekori langkah Reyfhan dan Risy itu yang sudah agak menjauh. Agak laju juga la mereka berdua berjalan sehingga tak dapat aku untuk mengejarnya.

Terkocoh-kocoh aku mengejar Reyfhan dan Risy ke muka pintu utama mall ini. Aku perasan yang si Risy sudah tiada lagi bersama Reyfhan. Pergi mana pulak dia tu? Ah lantaklah, yang penting aku nak pergi ekori Reyfhan sekarang ni. Yelah tadi aku dengar mereka berdua ada sebut perkataan hotel kalau tak silap pendengaran telinga aku. Sudah tentu mereka berdua akan pergi ke hotel agaknya. Hesy! Tak boleh jadi ni!

Satu pasangan kekasih yang sedang berjalan menghalang pandangan aku kepada Reyfhan yang sedang berdiri berhampiran tempat menunggu. Baru saja aku melepasi mereka, kelibat Reyfhan sudah menghampiri kereta BMW hitam yang terparkir di situ. Argh! Terlepas lah pulak!

Cepat-cepat aku menahan teksi yang baru saja menurunkan penumpang. Kelam kabut aku memboloskan diri ke dalam perut teksi berwarna merah itu.

“Pakcik tolong kejar kereta BMW hitam itu.” Sedikit lelah aku menyuruh pemandu teksi itu.

“Baik Cik.” Pemandu teksi itu menjawab. Teksi bergerak laju meninggalkan mall di belakang. Huh ! Leganya aku rasa dapat kejar Reyfhan ni!

“Kereta hitam itu kan?” Soal pemandu teksi yang aku agak berumur dalam kalangan akhir empat puluhan tu.”

“Ha’ah. Yang itu lah.” Aku seraya mengangguk. Kebetulan teksi yang aku naik singgah di lampu isyarat dan kereta BMW hitam tadi pun terpaksa berhenti juga kerana lampu isyarat bertukar merah.

Cermin teksi itu aku turunkan sedikit untuk menjenguk namun kereta BMW yang berada selang sebuah dari teksi yang aku naik itu menyukarkan aku untuk mengintai kelibat Reyfhan. Tapi aku rasa dah betul kut sebab otak aku dapat ingat lagi nombor kereta BMW hitam tu.



***



Setelah hampir sepuluh minit mengejar kereta BMW hitam itu, akhirnya kereta itu berhenti betul-betul di depan sebuah hotel yang agak mewah. Aku mengetap bibir perlahan. Memang betullah apa yang aku dengar dari mulut Reyfhan tadi.

Aku cepat-cepat menghulurkan dua keping not RM10 kepada pemandu teksi itu tanpa melihat meter. Tak kisahlah, janji dapat ekori jejak Reyfhan hari ni dah cukup baik.

Pintu kereta teksi itu aku tutup laju sebelum kaki aku melangkah ke arah pokok bunga yang setinggi dengan aku itu. Cuba untuk menyorok walau aku rasa pokok bunga itu tidak daapt melindungi tubuh aku. Ah tak kisahlah janji Reyfhan tak nampak kelibat aku jika dia berpaling ke belakang. Aku sempat lihat Reyfhan keluar dari kereta hitam itu dan menghala langkah ke pintu masuk hotel. Niya, bersiap sedia untuk melakukan misi!

Dengan beg yang terdapat di tangan aku, aku menutup sedikit muka aku dan mula mengekori jejak Reyfhan. Nampaknya dia terus sahaja ke kaunter penyambut tetamu. Aku berselindung di tiang tengah hotel itu sebelum nampak dia ke lif berhampiran. Huh! Cepatnya dia berjalan, tak terkejar aku yang memakai wedges ni!

Reyfhan berdiri lama di pintu lif itu untuk menunggu lif sampai. Kepala aku masih terjenguk-jenguk ke arah Reyfhan. Aku tak boleh menyorok sangat sebab taku ada kakiktangan hotel ini perasan akan tindakan aku tu. Kang tak pasal-pasal kena halau dari sini pulak, memang naya je!

Oh tingkat sepuluh. Aku mengangguk perlahan apabila lif itu bergerak setelah Reyfhan memboloskan diri ke perut lif. Dengan langkah yang sedikit laju, aku berlari ke arah lif yang bertentangan. Takkanlah aku nak gunakan tangga pulak. Ada karang yang semput dahulu bila sampai kat tingkat tiga!

Butang tingkat sepuluh aku tekan dengan kuat apabila meloloskan diri ke dalam kotak lif. Nasiblah tak ada orang yang gunakan lif ni so memang sedikit laju lah lif ini bergerak. Namun dalam hati aku terasa berdebar-debar.



***



Lif berdenting tanda tingkat yang dituju telah pun sampai. Hampir sahaja aku berlanggar dengan seorang lelaki akibat tergesa-gesa keluar dari perut lif. Mata aku meliar ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Reyfhan.

Hah, tu pun dia! Mata aku sempat menangkap kelibatnya yang sudah berdiri di depan sebuah bilik. Aku bersandar rapat di dinding sambil tangan konon-kononnya tengah menekan telefon bimbit. Satu kad akses dicucuk oleh Reyfhan pada pintu bilik hotel tersebut sebelum pintu itu terbuka. Reyfhan melangkah masuk sebelum pintu itu ditutup rapat.

Aduh! Macam mana nak intip kalau Reyfhan tutup pintu bilik tu? Macam mana ni Niya? Takkan sampai kat sini aje misi kau nak jejak Reyfhan tu? Dalam otak aku ligat berfikir macam-macam cara tanpa menyedari kelibat seseorang lelaki yang melintasi aku. Aku berpaling dari telefon bimbit ke arah lelaki tersebut. Tu bukannya Risy ke? Lelaki yang bersama dengan Reyfhan tadi?

Mata aku mengekori saja jejak langkah Risy sebelum dia berhenti di depan pintu bilik yang Reyfhan masuk tadi. Aku terus menunggu sambil menarik nafas panjang.

Risy mengetuk pintu beberapa kali sebelum kedengaran pintu itu dibuka. Aku cepat-cepat berjalan ke hadapan sedikit untuk melihat kelibat Reyfhan jika dia muncul di situ.

“Lambatnya.” Aku dengar suara yang seperti aku kenali. Memang itu suara Reyfhan! Disebabkan langkah aku sedikit kelam kabut, aku tak dapat nak kawal kaki aku sebelum tersembam di lantai berhampiran bilik hotel Reyfhan.

Bumm!!

Aku memejamkan mata apabila terasa tubuh aku melayang ke lantai. Sakitnya dahi aku! Aku merengus kecil dan cuba untuk mendongak kepala. Kelihatan Reyfhan yang hanya bertuala itu membuatkan jantung aku hampir melompat ke lantai. Lelaki yang bernama Risy itu cepat-cepat menghampiri aku.

Are you okey miss?” Soalnya dengan perlahan. Aku terkaku melihat wajah tampan Risy yang berada dekat dengan tubuh aku.

Err..I’m okey.” Balas aku sedikit tergagap. Sekejap saja mata aku memerhatikan riak wajah Risy sebelum mata aku merenung tajam ke arah Reyfhan yang berpeluk tubuh memandang aku.

“Kau buat apa kat sini?” Soalnya dengan nada tegas selepas aku berjaya menstabilkan tubuh aku untuk berdiri semula. Aku sedikit mencebik mendengar soalannya itu.

“Aku tak sangka kau ni gay. Patutlah kau tak nak sentuh aku.” Balas aku dengan nada mengejek. Aku perhatikan wajah Risy sudah berubah. Mungkin sedikit terkejut bila aku suarakan masalah aku dengan Reyfhan ni.

“Kau cakap apa ni Niya?” Soal Reyfhan kembali dengan merenung aku tajam. Dadanya kelihatan berombak. Mungkin menahan marah.

“Aku cakap yang kau ni gay kan?” Perkataan gay itu sedikit aku tekankan. Risy hanya berdiam diri, mungkin tidak mahu untuk masuk campur hal aku dengan Reyfhan. Ala, kalau dia sibuk nak masuk campur pun. Memang kena semburlah!

“Niya, jaga sikit mulut kau tu! Jangan tuduh aku bukan-bukan sebelum tahu hujung pangkal!” Tukas Reyfhan dengan nada sedikit tegas. Aku membuat muka toya. Dah terang-terang pun depan mata, boleh pulak nak marah bila aku cakap macam tu!

“Ikut suka aku lah mulut aku. Tapi memang aku tak sangka lah. Sembahyang tonggang tonggek hari-hari, tiap-tiap malam pergi masjid last-last gay. Memang betul-betul ‘suami soleh’ lah.” Aku menyindirnya. Kelihatan merah padam muka menahan marah. Tahu pulak marah bila aku cakap dia macam tu.

“Risy, kita jumpa lain kali. Aku ada hal sikit nak settle dengan perempuan ni.” Reyfhan berkata pada Risy. Risy hanya mengangguk sebelum melangkah pergi. Aku pula berpeluk tubuh memandang Reyfhan.

“We need to talk privately.” Ujar Reyfhan sebelum menarik pergelangan tangan aku ke bilik hotel yang didudukinya. Aku merengus perlahan namun tetap akur dengan kata-kata dia tu.



***



“What’s your problem Syarnia Awra? Sampai ikut aku ke sini dan siap tuduh aku gay lagi?” Soalnya apabila pintu bilik hotel itu ditutup rapat. Aku menjelingnya sebelum melabuhkan punggung di sofa one-seater di situ.

“Aku nak kau mengaku yang kau ni gay.” Tutur aku laju sambil merenungnya. Reyfhan mengeluh seketika sambil meraup rambutnya ke belakang. Dia terduduk di birai katil di depan aku.

“Kau cakap apa ni Niya? Aku bukan gay lah.” Nafi Reyfhan setelah hampir dua minit dia mendiamkan diri.

“Habis tu kalau bukan gay kenapa kau tak sentuh aku? Kita bukannya kahwin paksa pun.” Tukas aku sedikit geram. Memang kami berdua kahwin atas dasar cinta tapi kenapa Reyfhan berubah selepas kami kahwin? Memang hal gay ni dah lama aku fikir sejak lepas kahwin tu. Cuma hari ini aje kut Tuhan nak tunjukkan aku perkara sebenar.

Aku tengok Reyfhan sedikit tersenyum bila mendengar kata-kata yang aku lemparkan kepadanya tadi. Dah tak betul ke apa sampai boleh tersengih macam tu bila aku marah dia?

“Oh sebab aku tak sentuh kau lah kau boleh cakap aku ni gay? Sampai sanggup ekori aku ke sini?” Soalnya sambil berjalan merapati aku yang sedang berdiri menghadapnya. Dia tersenyum manis memandang aku. Kenapa dengan Reyfhan ni? Aku mula terasa sesuatu dengan pandangan mata dia tu. Menusuk ke kalbu!

“Mestilah.”Yakin saja aku menjawab. Ingat aku tak terseksa dengan perangai dia yang dah berubah seratus peratus tu. Memang kat mulut kata marah, benci namun kat hati tetap ada perasaan sayang. Ingat senang ke nak hilangkan perasaan yang dah terpupuk hampir dua tahun lamanya tu?

“Hmm, so sweet Syarnia Awra. Aku tak sangka kau ni betul-betul sayangkan aku sampai sanggup buat semua ni.” Ucap Reyfhan lalu cuba memegang tangan aku. Aku sedikit terkejut dengan perlakuannya itu. Tangan aku cuba menepis pegangan tangan dia namun tidak berjaya. Sebaliknya dia menggenggam tangan aku sedikit kuat.

“Kau ni kenapa?” Aku menyoalnya dengan sedikit cuak. Yelah, mana tak cuaknya jika genggaman tangan dia tu tak terlepas walau aku cuba menepis. Sudahlah tubuhnya yang hanya bertuala itu rapat saja dengan aku. Haishh, jantung yang elok-elok saja berdegup dah mula membuat rentak irama rock!

“Aku tak ada apa-apa.Cuma kau saja yang dah gelabah.” Bersahaja dia menjawab. Matanya terus menikam anak mata aku mebuatkan nafas aku terasa sesak. Ya Allah kenapa dengan Reyfhan ni? Dah bertukar jadi watak penggoda pulak ke?

“Mana ada aku gelabah.” Aku cuba menafikan. Tubuhnya yang sedikit rapat dengan aku tu sedikit aku jauhkan. Apasal aku rasa seram pulak ni?

“Betul ke tak gelabah?” Soalnya lagi dengan menjongketkan sedikit kening.

“Betul lah. Eh kau jangan cuba alih topik pulak. Kita tak settle lagi hal tadi tu.” Aku cuba mengingatkan. Macam mana aku boleh terlupa pulak tujuan aku ke sini? Sampai sanggup tinggalkan Rita shopping sorang. Konfem makcik tu mengamuk kalau dia tahu aku buat kerja ni!

“Okey. Aku mengaku yang aku bukan gay. Cuma kau je yang tuduh aku bukan-bukan.” Suara Reyfhan sudah seperti biasa. Tidak ada lagi kasar-kasar macam mula-mula tadi.

“Kau tipu. Kalau kau bukan gay kenapa kau panggil lelaki tadi tu sayang? Siap pegang-pegang tangan dan ajak masuk hotel lagi.” Aku merungut panjang. Aku lihat Reyfhan sudah tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kau memang tak matured lagi lah Niya. Dengar lelaki panggil sayang dengan lelaki pun dah fikir bukan-bukan. Macam mana lah aku boleh kahwin dengan budak kecik ni? Jeles tak bertempat pulak tu.” Reyfhan menyambung lagi ketawanya sambil memandang aku. Dia menekan sedikit perutnya yang terdedah tu.

“Hey aku dah dua puluh satu lah tahun ni. Tak matured apanya?” Balas aku sedikit geram. Suka-suka hati saja dia cakap aku tak matured. Tahulah umur dia tu dah nak masuk dua puluh lima tahun ni.

“Tak matured lagi lah tu sayang kalau berperangai macam tu. Sebab tu abang tak ‘sentuh’ sayang.” Bisiknya kat telinga aku lembut. Aku terkedu apabila mendengar suara lembutnya yang menerjah ke gegendang telinga aku. Serta merta pipi aku terasa memerah.

Reyfhan mula menggenggam kedua-dua belah tangan aku selepas aku menyepikan diri buat seketika. Matanya kembali merenung lembut ke arah aku. Rapat dia berada dengan tubuh aku sehingga aku terasa nafasnya menampar kulit pipi aku.

“Sayang betul-betul nak ke abang sentuh sayang?” Soalnya dengan nada selembut mungkin. Aku yang mendengar dia cakap macam tu dah membulat mata. Dah hilang terus bahasa aku-kau yang Reyfhan gunakan selepas kami berkahwin.

“Err...Nak...Eh..Tak...” Tergagap-gagap aku menjawab. Niya oi, kau dah kenapa ni? Tadi berani sangat sebut pasal sentuh menyentuh ni. Ni bila Reyfhan dah tanya pasal tu, kau dah boleh gagap pulak yer?

“Nak la tu kan. Sebab tu sampai ke sini cari abang.” Bisiknya ke telinga aku sekali lagi. Bergetar rasanya tubuh aku bila mendengar suara dia yang seakan menggoda tu. Aku menelan liur bila Reyfhan mendekatkan wajahnya ke wajah aku.

“Tak nak !” Aku memalingkan muka ke arah kanan. Terasa bibir Reyfhan melekap di pipi aku. Hesy! Tak suka lah macam ni! Betulke tak suka Niya? Bukannya ni yang kau nak sangat selama ni?

“Takut ke sayang?” Soal Reyfhan apabila terasa tangan aku sedikit menggigil di dalam genggaman tangannya. Aku mengetap bibir apabila nampak senyuman sinis yang terukir di bibirnya itu.

“Kalau sayang nak, abang ok aje.” Sambungnya lagi yang membuat muka aku kembali panas. Aku lihat dia memegang bucu tualanya. Jangan kata dia nak buka tuala tu depan aku pulak. Memang kerja gila lah kalau dia buat macam tu!

“Hey!” Jerit aku sedikit kuat apabila nampak tuala yang dipakai oleh Reyfhan melurut ke bawah. Serentak dengan itu aku menutup mata dengan kedua-dua tangan aku. Reyfhan gila!





p/s : Sorry jika lama giler citer ni tak update...ni pun dah ramai yg tertanya2 dh ni...soorry again...for all my luvly reader, hope enjoy this entry :D

21 comments:

blinkalltheday said...

haha,niya dah gelabah..nakal ek si reyfhan..alahai niya,selama ni duk pk pasal tu,bile dah reyfhan nak niya plk gabra..suke2..sambung lagi zura~~

cactaceous opuntia said...

haha..ingat berani sgt si niya tu pn...haha

Makanan Kesihatan said...

hahhaha..tp plik, knape mlm pertama reyfhan mcm ade x puas ati jek kat nia jek..ermmm...ni yg curious ni..huhuhu

diandra said...

sy pun.. knp kate x kawin pakse.. tp refhan berubah??? please up en3 lg.. nk tau lha cite yg sebnr... ^^

diandra said...

sy pun.. knp kate x kawin pakse.. tp refhan berubah??? please up en3 lg.. nk tau lha cite yg sebnr... ^^

diandra said...

sy pun.. knp kate x kawin pakse.. tp refhan berubah??? please up en3 lg.. nk tau lha cite yg sebnr... ^^

zura asyfar addy rifqhiey said...

B.A.T.D : haha...tul a pasal...niya nmpak je berani tapi bila reyfhan tny nak tak, dia lak gelabah...will do, insyaAllah ;)

cactac : berani mase reyfhan wat muka takde perasaan tp bila reyfhan bertukar watak, dia terus cuak..hehe

aisy : ade la tu yg reyyfhan tak puas hati...kena tgu next epi la nk tahu..hehe


diandra : sabar yer...nnt tahu lah ape sebenarnya yg berlaku...tp kena tgu lah next epi :D

S. said...

haha..akhirnya stelah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa menunggu~

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : hehe.....jgn marah....bz la skrg ni ;)

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

nper xupdae lg cter nie???

zura asyfar addy rifqhiey said...

sory dear..nk kena siapkn ssid dulu..dh dekat sgt dateline ni...

miera xavier said...

bler na smbg zura?
lama nyerrr..

tni said...

iiieee.x suke kt reyfhan ni, mana ada lelaki panggil kwn lelaki dia syg. sah2 gay.

RinsyaRyc said...

haa! kn dah kena kat reyfhan tu ! heheherr... >_<

cerita ni, sambung ye kak ? <3

umihamizah said...

cerita ni xde sambungannnya ke??

nur iman arman said...

bile nak sanbung cite ni..

Unknown said...

Mmg xde smbungan ke crite ni?

Unknown said...

Mmg xde smbungan ke crite ni?

Unknown said...

Assalam sis...cerita ni xde sambungan ke?
ternanti-nanti jgk sambungan crita ni

Unknown said...

salam sis..cerita ni takde sambungan ka lagi?

Unknown said...

Salam sis, ada sambungan lagi x untuk cerita nie 😥