:: My gangS :: TQVM

Saturday, September 12, 2015

Bab 3.2 Sequel Sebenarnya Saya Isteri Dia!



Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Enjoyzz :)


---

NASI CAMPUR yang berlaukkan ikan keli masak berlada itu hanya mampu ditelan separuh sahaja. Walhal itulah antara menu kegemarannya ketika ini. Dahulu kalau semasa di trimester pertama, dia lebih suka dengan makanan bercirikan western food. Setiap hari kalau boleh menu itu wajib dicarinya tidak kira semasa lunch atau pun dinner. Namun sejak masuk trimester kedua ini, tekaknya mula menuntut masakan bercirikan kampung. Nasiblah sekitar ofisnya itu banyak sahaja restoran yang menyediakan masakan kampung. Jadi tidak perlulah dia untuk menapak jauh demi memenuhi selera tekaknya itu. Tetapi  untuk kali ini, dia terpaksa pergi jauh sedikit demi hadiah dari Fina sempena hari lahirnya.
“Kau kenapa ni? Nasi pun tak berapa nak luak. Takkan dah kenyang kut?” Tegur Fina sambil mengunyah suapan yang terakhir. Sebenarnya sejak dari saat dia mengucapkan ucapan hari lahir pada Syaf tadi dia sudah mula perasan akan kelainan pada wajah ibu mengandung itu. Namun saat itu dia hanya beranggapan yang Syaf mungkin terkejut. Tetapi sehingga saat ini dia mula pasti yang mood Syaf memang berbeza dengan hari sebelumnya. Nampak seperti tengah ada masalah saja!
“Haa? Eh aku tak ada apa-apa lah.. ikan ni haa tawar sikit.. kurang garam kut.” Cepat-cepat Syaf menafikan keadaan yang sebenar. Air karot susu itu disedut laju untuk mengelakkan dari Fina terus merenung gerak-gerinya.
“Yelah tu kurang garam.. aku makan okay je.. kau ni Syaf.. ada masalah cerita lah kat aku.. yelah aku tahu walaupun aku baru lagi kenal kau.. tapi aku jenis ambil peduli tau.”
“Kau ni baik sangatlah Fina.. aku okay je ni.. tak ada apa-apa.. cuma mungkin stress sikit kut.” Akhirnya Syaf meluahkan juga akan kegelisahan yang sedang dipendamnya dari tadi. Kala itu dia sudah mengeluh perlahan. Adakah patut dia menceritakan hal itu kepada Fina? Rasa macam perkara remeh sahaja kalau difikirkan. Dan mungkin dia sahaja yang terlalu banyak berfikir.
Stress? Stress sebab apa? Kau janganlah fikir banyak sangatlah Syaf. Aku takut effect kat baby kau je nanti.. orang mengandung ni kena happy-happy tau.” Nasihat Fina panjang lebar. Wajah Syaf yang sedang memandangnya itu dipandang seketika. Pelik juga bila difikirkan jika Syaf tengah stress. Takkan sebab kerja kut? Rasanya sejak dia bekerja di sini dia perasan yang Syaf nampak gembira sahaja dengan kerja-kerjanya.
“Nak happy macam mana kalau husband sendiri tak wish birthday? Stress aku fikir dari tadi.. yelah aku tahu yang pagi tadi memang aku langsung tak ingat hari ni birthday aku sampailah kau yang wish.. tapi Firash senyap je.. sebab tu lah aku macam terkejut sikit tadi..”
“Firash tak wish birthday kau lagi? Biar betul ni?” Soal Fina yang sudah mula terlopong. Agak terkejut dengan pengakuan dari wanita itu. Memanglah dia tahu yang hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Syaf. Selepas mesyuarat tadi pun, ramai rakan sepejabat mereka datang memberikan ucapan selamat.
Jadi tatkala mendengar yang suami pada rakan sekerjanya itu langsung tidak mengingati akan hari ulang tahun Syaf, dia seperti kurang percaya. Walaupun dia tidak berapa mengenali suami kepada rakan sepejabatnya itu namun dia juga tahu serba-sedikit akan lelaki bernama Firash Arshad itu.
Dan dia tahu yang Syaf berkahwin dengan anak pemilik syarikat Datuk Fakhrul itu dan dia juga mengetahui yang lelaki itu muda empat tahun dari Syaf. Dan info terbaru yang dia tahu, lelaki itu sudah pun tamat belajar sebulan yang lepas. Itu semua antara serba-sedikit yang dia tahu akan lelaki yang bernama Firash Arshad bin Datuk Fakhrul itu.
“Yelah.. muka aku ni ada nampak main-main ke?” Syaf mula menolak pinggan yang masih berisi separuh nasi itu ke tepi. Perutnya sudah mula terasa sebu walau hanya makan sedikit sahaja. Hanya tinggal minuman karot susu itu sahaja yang masih berada di hadapannya itu.
“Dia tak sengaja kut.. takkanlah dia langsung lupa birthday wife dia.” Fina cuba untuk menenangkan keadaan apabila melihat wajah Syaf mula monyok dan muram. Hendak bercakap lebih-lebih bimbang pula dengan keadaan rakan sekerjanya yang sedang berbadan dua itu. Yelah biasanya orang perempuan yang sedang mengandung itu punyai emosi yang lebih sensitif dari biasa.
“Habis tu kenapa tak wish sampai sekarang? Bukannya susah pun.. tak nak call, mesej je lah.. aku harap sangat yang dia jadi orang first yang wish.. tapi..” Syaf tidak dapat menghabiskan kata-katanya akibat terlalu sebak. Dia memandang ke arah Fina buat seketika sebelum menunduk ke bawah. Entah kenapa saat itu hatinya benar-benar terusik dan kecewa dengan layanan Firash padanya. Air mata mula bergenang di matanya.
“Eh Syaf.. janganlah sedih.. aduhh Firash ni pun.” Rungut Fina sebelum bangkit dari kerusinya itu. Cepat-cepat dia bergerak ke arah Syaf yang sedang duduk di hadapannya. Bahu rakan sekerjanya itu dipeluk seketika. Cuba untuk meredakan keadaan. Panik juga jika Syaf tiba-tiba menangis di situ. Apalagi bila restoran itu masih mempunyai ramai pengunjung.


3 comments:

arsyad zikry said...

assalam kak zura..saya ada nk tanye something..sebenarnya saya ada menulis novel..tapi saya nk minx tunjuj ajar kak zura..boleh x?

zura asyfar addy rifqhiey said...

wslm..boleh..sile pm kat my fb.. zura asyfar novelis atau emel ke asyfarzura@ymail.com

Afeena Shah said...

Salam, kak zura. Kalau ada masa sila jemput ke blog saya http://sayaafeenashah.blogspot.my/
Saya pun bru brjinak-jinak dalam menulis novel. Boleh saya nk tanyakan kemusykilan saya pada akak?