Assalamualaikum…
Bertemu kembali kita di ruangan
ini..Seperti yang telah diketahui, episode terakhir Sebenarnya Saya Isteri Dia
akan berakhir Jumaat ini 5/7/2013 di Slot Zehra TV3..Okay, serius cakap memang
tak sabar nak tengok..iyalah, saya sendiri tak pernah mintak skrip dia so rasa
excited tu macam fans #ssid jugakla..hehe
Dan petang tadi TV3 telah
menyebarkan poster untuk LiveCHat bersama pelakon #SSID..hari jumaat ini pukul
lima petang..biasanya live chat ni diadakan di gua.chat rasenye..
Dan yang terbaru selepas maghrib
tadi, pihak Karyaseni telah mengconfirmkan ( sila jgn tiru pkaataan ni yer) akan ada tayangan ekslusif di Rasta TTdi,
Sungai Penchala bermula pukul 7.30- 9.30 malam..so sesiapa yang berdekatan dan
mempunyai masa terluang, jom kita sama-sama memeriahkan event ini..pelakon #ssid
iaitu IZZUE ISLAM a.k.a Firash Arshad pun ada nanti..tapi Tiz Zaqyah tak konpem
lagi ada ke tak sebab rasanya dia macam tak ada kat area KL ni..apa2 pun nilah
masa terbaik untuk jumpa geng2 yang punyai minat yang sama rite? Hehe..
*mohon #SSiDfans yang akan dating
ke Rasta nnt pakai baju pepel (purple) sbb dalam novel ni mmg tema pepel n baju
syaf n firash time sanding pn pepel..hehe
*epi 12 minggu lepas cecah 9 juta
lebih rating penonton..Alhamdulillah :D

