Segmen Diri Sendiri 2 : Perlukan Pendapat Kamu
Situasi 1 :
Kita kenal seseorang (si A) di FB ni. Disebabkan kita tak ada kawan rapat jadi kita rapatlah dengan dia. Disebabkan terlalu rapat jugak, kita berkongsi segala kisah suka duka dengan dia, rahsia peribadi (sikit-sikitlah bukan semuanya) dengan dia dan segala-galanya dengan dia sama juga dengan dia berkongsi segala-galanya dengan kita. Kita dah anggap dia macam saudara kandung kita sendiri walau pun kita belum pernah jumpa dengan dia.
Situasi 2 :
Tiba-tiba datang si B ni nak berkawan dengan kita. Kita pun berkawanlah sebab si B dan si A ni sama-sama kawan jadi kita pun tak kisahlah. Tapi apa yang peliknya si B ni suka ganggu kita. Apa yang kita buat macam si B ni tahu saja walau kita tak pernah bercerita kat dia. Satu hari, si B ni bagitahu yang dia tahu rahsia antara kita dengan si A. kita jadi pelik dan musykil sebab kita tak pernah bercakap pasal rahsia ni dengan orang lain. Kita jadi makin musykil, keliru dan macam –macam lah sebab si B selalu saja kacau kita. Bila kita tanya si A pasal si B dia cakap dia tak tahu apa-apa pun.
Situasi 3 :
Disebabkan kita telah mengalami perasaan pelik-pelik, amnesia serta keliru dan sifat ingin tahu, jadi kita pergi berjumpa pakar (pakar dalam stalk/hack FB). Jawapan yang diberikan oleh pakar amatlah mengejutkan kerana si A dan si B adalah orang yang sama. Siap tunjuk bukti lagi depan kita.
Kesimpulannya ;
Apa yang perlu kita buat sekarang?
- A) Tanya si A kenapa dia buat macam tu kat kita.
- B) Maafkan si A sebab dia buat macam tu sebab nak tahu ikhlas tak kita berkawan dengan dia.
- C) Hebohkan kat wall FB pasal si A menyamar dan tipu kita (mode sakit hati)
- D) Kita pergi serang dan belasah dia sampai mengaku ( mode geram + berdendam)
- E) Putus kawan dan unfriend kat FB dan selama-selamanya (sanggup ke?)
- F) Lain-lain jawapan ~ Sila nyatakan. Pendapat anda amatlah dihargai :D