Dunia Penulisan Se’Hot’ Dunia Artis?!
Tengok tajuk pun dah nampak macam pelik tapi inilah kenyataannya sekarang. Semalam adalah hari yang paling buat zura hot tapi tak apa la cz masalah tu semua dah settled..
Cuma yang zura betul2 pelik adalah kewujudan blog ni Anti-Hipokrit..Serius memang pelik blog ni..Ownernya tak diketahui and tak dapat di trace…Semua pandangan dan isi2 yg disampaikan dlm blog tu semua berkenaan dngn dunia penulisan masa kini…adakalanya isi2nya terlalu pedas untuk dibaca dan adakalanya betul juga pandangan dia tu..Tapi apa motif sebenar blog ni dibuat? Adakah untuk menyedarkan penulis-penulis baru dan lama yang terlibat dengan dunia penulisan ini atau sekadar nak memeriahkan suasana?
Tapi walau apa-apa pun, ini tidak mematahkan semangat zura untuk terus berkarya…Kepada owner blog tu, terima kasih kerana menyedarkan saya tentang dunia penulisan yang amat mencabar ni…Peace :D