:: My gangS :: TQVM

Sunday, June 29, 2014

Sinopsis Telemovie Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya




Assalamualaikum dan selamat berpuasa untuk semua..

So pada yang tertanya-tanya pasal telemovie #ssidraya, ini ada sedikit info..dari skrip yang saya dapat dua minggu lepas, kisah #ssidraya ini mengisahkan dugaan #syaf dan #firash semasa hendak menyambut hari raya..ada kisah tentang anak kembar mereka..dan juga #rania serta #raimy..kiranya awal-awal cerita ada kisah lawak/ kelakar semasa #syaf buli #firash kerana tidak pandai nak handle anak kembar mereka iaitu #erran dan #reeya..tengah-tengah kisah sedih tau (dugaan untuk mereka)..dan ending tentulah heppy ending kan? Hehe

Tapi hari ini saya ada dapat info dari satu blog…synopsis dia lain sikit…ada cerita tentang #shidah..kalau tak silap saya, part #shidah ni akan disambung jikalau #ssid ni akan ke versi filem..so ada kekeliruan di situ sikit..

Drama popular Sebenarnya Saya Isteri Dia kembali menemui peminat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan telemovie bertajuk 'Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya'. Menampilkan kembali gandingan mantap Izzue Islam dan Tiz Zakyah. Nantikan telemovie ini pada bulan Syawal nanti
JUDUL : SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA

TARIKH : Julai 2014

SIARAN : TV3

PELAKON : Izzue Islam, Tiz Zakyah

SINOPSIS SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA :
Firash dan Syafa berkahwin dan di kurniakan sepasang anak kembar. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Shidah, kawan dari kecil Firash muncul dari luar Negara dan Shidah meluahkan perasaan suka kepada Firash. Apa akan terjadi kepada rumah tangga Firash dan Syafa?





 

No comments: