PART 3.2
FIRASH menolak daun pintu bilik yang sudah tertutup rapat.
Matanya laju saja dikerling pada katil yang sudah berpenghuni. Seketika dia
mengeluh perlahan. Kononnya tadi mahu menuntut perhatian dari Syaf dengan
sengaja mencari helah untuk Syaf memandangnya namun alih-alih dia pula yang
ditinggalkan.
Syaf yang sedang berselimut itu sedar tatkala Firash
berbaring di sebelah. Matanya bukan mengantuk pun lagi. Tadi masuk bilik awal
kerana mahu tunjuk protes sahaja. Itu pun terkejut apabila Firash buat perangai
macam tu. Niat di hati untuk berbaik dengan suaminya itu dilupakan begitu saja.
Mungkin itu adalah jalan terbaik untuk mereka berdua sekarang. Masing-masing
dengan mood merajuk dan tak puas hati. Adil dan saksama!
Terkebil-kebil mata Firash melekap ke siling. Memang tak
rasa pun mengantuk saat ini walau jam sudah melebihi pukul 12 malam. Dijelingnya
pada Syaf di sebelah. Sama aje pun keadaannya. Merenung ke siling jugak. Memang
eloklah macam tu!
Syaf menggigit bibir. Tak tahu nak bereaksi macam mana.
Nak tidur mata pun tak mengantuk lagi. Namun dia tetap merasakan Firash di
sebelahnya juga begitu.
Beberapa ketika suasana masih lagi sunyi. Hanya bunyi deruan
kipas siling dan kadangkala bunyi cengkerik yang bersuara riang di luar. Dari
kedudukan dibaringkan tadi, Firash mula mengiring berhadapan dengan isterinya.
Entah kenapa, dia sendiri pun tak pasti. Apa yang pasti, hatinya mengiringinkan
dia untuk berbuat begitu.
Syaf perasan semua itu. Tubuhnya dikeraskan. Mata pula
dipejam rapat. Awkward moment!
“Baby okay hari ni?”
Pertanyaan serta tangan Firash yang sudah meluncur ke atas perutnya yang masih
berbaju tidur itu membuatkan dia tersentak. Apabila tangannya mahu menepis,
suaminya itu seolah-olah sengaja mengeraskan tangannya. Syaf terasa geram.
Sudahnya dia membiarkan sahaja tangan Firash di situ.
Firash hanya menahan senyum apabila Syaf bereaksi macam
tu walaupun pada mulanya dia sudah tidak tahu untuk memecahkan kesunyian antara
mereka berdua.
“Baby, tengok mummy
merajuk dengan daddy,” Firash mula
mereka-reka dialog seraya tangannya mula mengusap lembut perut Syaf dari luar.
Syaf terpempan. Eh suka-suka hati dia aje mengadu kat
anaknya. Eh anak dia dengan Firash! Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada
Firash di sebelah. Tanda dia tidak suka dengan kata-kata sebegitu.
“Baby...kesian kat daddy
kan? Mummy tak nak cakap pun dengan daddy,” Firash meneruskan dialognya
tanpa rasa bersalah. Suaranya dileretkan dengan nada sedih. Suka pula melihat isterinya
itu yang mula mengeraskan tubuhnya. Mana mungkin dia tak perasan jika tangannya
masih melekat di perut isterinya.
Syaf ketap bibir. Ini tak boleh jadi ni. Mana boleh cakap
macam tu dengan anak yang masih dalam kandungan! Segera tubuhnya bertukar
mengiring dan berhadapan dengan Firash yang masih memandangnya.
“You ni kenapa cakap macam tu deng...” belum
sempat dia menghabiskan ayatnya itu, terasa bibir Firash terlebih dahulu
menangkap bibirnya sehingga membuatkan dia terkedu. Tangannya cuba menolak kuat
tangan Firash yang mula merayap liar namun langsung tak ada peluang. Suaminya
itu seperti sengaja membuatkannya hampir lemas!
“Cakap lagi guna I-You,
memang malam ni kita tak tidurlah sampai pagi. Biar lebam je mata esok,” Firash
bersuara selepas melepaskan pautan di bibir isterinya. Kelihatan Syaf seperti
tercungap-cungap menahan nafas. Biarlah! Kena ajar sikit.
Syaf menarik nafas panjang sebelum menjeling ke arah
suaminya. Geram diperlakukan sebegitu. Namun dia berasa lega apabila Firash
melepaskannya. Jika Firash tak nak lepas macam mana? Bukan dia tak nak melayan
kemahuan Firash namun dengan moodnya yang masih merajuk, dia malas untuk
menyerahkan diri sebegitu. Dia mahu Firash memujuknya terlebih dahulu. Bukannya
setiap perhubungan itu patut dimulakan dengan kata-kata romantis, barulah
semuanya berjalan lancar. Ewah! Dah macam pakar kaunseling rumah tangga pulak.
“Nak ke mana pulak tu?” Soal Firash sedikit pelik apabila
isterinya sudah bangkit dari katil.
“Gosok gigi,” balas Syaf dengan nada geram sebelum
menghilangkan diri dari pintu. Sedangkan Firash sudah mula ketawa sambil
menggeleng-gelengkan kepala. Aduhai isteri aku ni!
***
“SAYANG, tolong butangkan..” pinta Firash seraya menghulurkan
butang-butang baju Melayu di dalam tapak tangannya. Syaf yang sedang
menyarungkan baju kurung untuk Reeya itu mngerling sekilas. Alahai suami aku
ni, macam lah tak boleh nak butangkan sendiri! Getus hati kecil Syaf.
“Tak boleh butangkan sendiri ke? Tengok Reeya ni, nak
pakai baju kat dia punya lah susah,” balas Syaf seakan mengadu. Reeya yang
kadangkala melompat-lompat dan kadangkala seakan mahu mendapatkan abang
kembarnya itu membuatkan sukar untuk Syaf menyarungkan baju kurung. Sabar aje
lah dapat anak perangai macam ni!
Firash sedikit mencebik. “Nak bermanja dengan isteri pun
tak boleh dah. Asyik duk layan si kembar aje,” balas Firash sedikit kecewa lalu
ke arah cermin meja solek. Lima biji butang baju Melayu berwarna putih kristal
itu ditenung seketika. Seakan sudah lupa mahu membutangkan baju Melayu macam
mana. Lagipun sejak berkahwin dengan Syaf,
isterinya itu yang selalu akan membutangkan untuknya.
“Hissh dia ni, dengan si kembar pun nak jeles. Reeya,
tengok daddy kamu ni. Macam budak
kecik,” sambung Syaf sedikit geram dengan tingkah laku Firash yang baginya
terlalu menuntut perhatian darinya. Reeya yang sedang memandang mummynya itu
hanya tersengih-sengih dan kadangkala ketawa. Entah apa yang difahamnya pun tak
tahu. Si abang kembarnya Erran pula yang dah siap bersamping dan bersongkok
bagai itu tertiarap di katil sambil melayan video kartun Backhom dari Korea.
Budak-budak zaman sekarang!
“Yelah, nak buat macam mana.. kita memang ‘kecik’ pun
dari dia,” sambung Firash lagi sambil terkial-kial mahu meletakkan butang.
Terasa menyesal pula kerana terlalu awal menyarungkan baju itu. Sepatutnya
butang diletakkan sebelum baju disarungkan ke tubuh. Sudahlah tampuk butang
tersebut agak lebar. Agak susah untuk memasukkannya di lubang kecil di leher
baju itu.
“Ya Allah dia ni.. bukan macam tu maksud sayang tadi,” balas
Syaf perlahan sambil cepat-cepat mengemaskan baju kurung yang dipakai oleh
Reeya. Tak sampai dua saat, anak perempuannya itu telah pun melompat ke katil
untuk melihat kartun di Ipad bersama-sama dengan Erran. Langsung sudah tidak
mempedulikan drama antara mummy dan daddy mereka.
Firash hanya diam. Langsung tidak membalas kata-kata dari
isterinya. Akhirnya satu butang berjaya diletakkan. Ada berbaki empat biji
lagi. Itu pun memakan masa hampir lima minit satu butang!
“Sorry Fir.. sayang tak maksudkan macam tu tadi,” Syaf sudah
pun mula menuju ke arah suaminya yang masih berdiri berhadapan meja solek.
Wajah Firash yang seakan tiada reaksi itu sedikit menggusarkannya. Bimbang juga
suaminya itu berkecil hati dengan apa yang diperkatakan tadi. Tapi semua itu
secara tidak sengaja!
“Meh sini nak tolong butangkan,” Syaf kemudian berhadapan
dengan suaminya. Reaksi Firash yang hanya beku itu dipandang dengan rasa
sedikit bersalah.
“Takpe, Fir boleh buat sendiri. Pergilah layan si kembar
tu,” balas Firash perlahan mendatar. Bahu isterinya itu ditolak sedikit ke tepi
kerana menghadang cermin meja solek.
Syaf hanya memandang saja Firash yang langsung tidak
memandangnya. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa jauh hati. Sampai hati Firash
tolak dia macam tu? Sedangkan dia berniat baik mahu menolong. Sesaat matanya
terasa berkaca namun dia cepat-cepat menarik nafas perlahan sebelum menjauhkan
diri sedikit dari suaminya.
“Reeya, Erran.. jom ikut mummy pergi luar. Lagipun orang dah tak perlukan kita lagi,”
panggil Syaf sebelum menarik tangan si kembar yang masih enak meniarap di atas
katil. Si kembar itu memandang mummynya
sebelum mengangguk-angguk faham.
“Gi luar! Gi luar!” Hanya itu yang mereka berdua sempat
membalas sebelum cepat-cepat turun dari katil. Syaf hanya tersenyum tawar
sebelum mengekori si kembar dari belakang.
Firash yang sudah siap membutangkan baju Melayunya itu
tersentak dengan reaksi dari isterinya. Tidak berkelip matanya memandang tubuh
Syaf yang sudah mula mendekati pintu bilik. Entah kenapa hatinya terasa lain
macam dengan kata-kata dari Syaf itu. Menusuk terus ke dasar hati!
Ketika sebelah kaki Syaf sudah melangkah keluar dari
pintu, Firash sudah serba tidak kena. Nak pujuk ke tak ni? Alah! Pujuk ajelah.
Nanti kau jugak yang rugi, bisik hati kecilnya memberi nasihat.
“Sayang... kejap lah...” Tangan Firash sudah pun
menyambar lengan isterinya. Dipaut kejap seolah-olah tidak mahu melepaskan
lagi. Syaf yang sedang melangkah itu terhenti. Setitis air mata yang bergenang
dari tubir matanya itu mula luruh ke pipi.
“Sayang?” Firash menyoal dengan sedikit reaksi terkejut.
Walaupun Syaf tidak berhadapan dengannya, dia boleh merasakan yang Syaf memang bersedih.
“Sayang.. jangan lah macam ni.. sorry-sorry.. Fir mintak maaf,” Firash langsung membalikkan tubuh
Syaf supaya bertentang dengannya. Wajah isterinya yang hanya menunduk ke lantai
itu cuba dijenguk seketika. Sah! Syaf memang menangis. Ya Allah! Apa aku dah
buat ni? Terasa mahu mengetuk kepalanya sahaja di saat itu.
“Sayang... sorry...”
hanya itu sahaja yang dapat Firash mengatakan sebelum menarik tubuh Syaf ke dalam
pelukannya. Sungguh dia tak sengaja tadi! Langsung tak berniat nak cakap macam
tu walau pada awalnya dia memang sedikit jeles dengan layanan Syaf pada si
kembar.
Esakan kecil dari Syaf itu seakan meruntun hatinya.
Pelukan langsung diketatkan walau dia dapat merasa isterinya itu cuba
mengeraskan diri. Tangannya menggosok-gosok perlahan belakang tubuh isterinya
sebelum mengucup lembut bahu Syaf.
Syaf menarik nafas panjang sebelum menjauhkan sedikit
tubuhnya dari Firash. Belum sempat dia hendak meleraikan pelukan, tangan Firash
lebih cekap memegang kedua-dua pipinya sehingga dia langsung tidak dapat
bergerak. Renungan lembut dari sepasang mata hazel milik suaminya itu mula
menggetarkan hatinya. Seakan memujuknya supaya berhenti menangis.
“Sorry sayang,”
sekali lagi ucapan maaf itu keluar dari bibir Firash. Tangannya terasa
digenggam lembut dan dibawa ke pipi suaminya. Redup pandangan dari mata Firash
seakan meminta dimaafkan.
“Saya nak pergi luar tengok Erran dengan Reeya,” Syaf
bersuara selepas beberapa ketika. Entah kenapa dia cuba mengeraskan hatinya. Tidak
mahu terpujuk dengan kata-kata maaf dari suaminya itu. Kakinya dibawa pergi
dari situ. Mungkin suasana di luar boleh melegakan sedikit rasa sedih yang
bertamu di hati.
Kening Firash sedikit ternaik. Saya? Syaf gunakan kata
pengganti diri ‘saya’? Sudahlah baru semalam guna ‘I-You’, hari ni guna ‘saya’ pulak. Ah! Tak boleh jadi ni.
“Syafa Aqira.. I
forbid you out of this room.” Suara Firash yang tiba-tiba kedengaran tegas membuatkan
langkah Syaf langsung terhenti seketika. Entah kenapa rasa tidak puas hati mula
menular di hatinya. Tahulah dia tu suami. Suka-suka hati dia aje gunakan kuasa
veto dia!
Namun setelah beberapa saat berlangsung, Syaf kembali
melangkah. Buat apa tunggu kat situ lagi? Getus hatinya cuba menambah rasa
kecewa yang sedia ada. Namun belumpun dia sempat keluar dari bilik itu, terasa
pinggangnya dipeluk dari belakang. Syaf kaku seketika apabila tangan suaminya
sudah memeluk kejap dari belakang.
“Firash..” Suara Syaf bergetar memberi amaran. Tak
boleh layan sangat suaminya itu. Sudahlah mereka berdua berada di muka pintu
bilik. Kalau ada yang tengok, macam mana pulak? Tentu tak habis-habis kena
usik.
“Degil,” balas Firash sedikit geram seraya menyembamkan
bibirnya di leher putih gebu isterinya yang terdedah. Syaf yang terkejut dengan
perbuatan Firash itu meronta-ronta untuk
melepaskan diri. Dah tahu sangat dah perangai suaminya macam mana. Takut pula
jika kesan dari perbuatan itu akan menampakkan kesan!
“Ya Allah budak berdua ni! Tercongok aku tunggu kat depan
katanya nak pergi sembahyang raya. Boleh pulak dia duk berasmaradana kat sini!”
Teguran kuat dari TokWan itu mengejutkan kedua-duanya. Syaf sudah tidak tahu
untuk letak muka kat mana. Merah habis wajahnya. Sedangkan Firash hanya
tersengih-sengih menggaru kepala yang tak gatal. Kantoi terang-terangan!
P/s : ade smbungan sikit lagi...sori lah kalo
dh start kelaut...lgp dh nk abes dh ni..hehe..layan :D
38 comments:
best... sambung2.. :)
firash2... manja sggh... ngeeee...
thanks zura... mmg best en3 ni... later dh smbg jgn lupa mention zie ye.. ;))
Awat syaf lak yg majuk.....
Ishhhh mmg degilll betui, keras pale tui meke ni...
Awat syaf lak yg majuk.....
Ishhhh mmg degilll betui, keras pale tui meke ni...
waaaa, malu woo~ sy pulk yg blushing . haha
sweet sngt..! kak zura pa kta kt zura buat ssid 2 plaks..hehehe
best2... comel je firash merajuk..
Aduh memang memalukan betul...
Boleh pulak kantoi dengan Tok Wan...hehehe XD
adus!layan lh dek...romantika D'AMOUR'.bahgia nye kalu umah tangga cam tu dek.kata org give n take!same2 ade jiwa tolak ansur.....good job dek.very2 nice.
Alahai..sesi pujuk memujuk yg romantik~ Heee..thnk u untk n3 ni kak..xsbr nak baca yg seterusnye..hehe.chayo2 menulis ya kak.. =) p/s..ade typo sket kak..awkward moment dah jd akward pulak..hehe..dan rsenye yg bhgn terakhir Syaf sebut Firash tue..patut Syaf yg sebut kn? Akak tertulis Firash pulak..hehe..sory naa sy tegur..xde niat ape2 pn..juz nak g tau akak.. =)
Hehehhehe... best best besr.... ♡♥♡♥♡♥♡♥
-Ika Hatika-
@~ChEk At!eN~
TQ :D
@ezzy
hehehe...tQ..okay, insyaAllah..
@Eppy Safri
hehe...saje je memmanjangkan cerita..
@Ainaa Azlan
hehe...sile tutup muka..
@aR_aD (nAbA)
adui....tak smpt kot...kejar dateline dh ni..hehe
@Zierwa Zainal
tQ..hehe
@NurAtiZa
haha...kenalah kantoi..nnt panjang lg citer..hehe
@norihan mohd yusof
tQ sis..hehe..tu lah pasal..sy pon nak gak kalo cm tu..
@veroncyrila
hehe..tQ...dh baiki dh..tak perasan kot smlm..
@Hatika
tQ ika <3<3<3
Ala...la,la... asyik merajuk aje dua2 xnk mnglh. huhuhu.... kak zura cpt smbg xsbr nk tau ending cite SSID part raya nie...
So swet cternyr..jgn lpa smbung..;)
nk juga sambungannya
nk juga sambungannya
nk juga sambungannya
nak raya haji da, blum ada smbg lagi ke ?
Salam Zura, bila nak update cite ni. Raya Aidil Fitri sudah...Adha pn sudah...cepat ar. Rindu sesangat kt Firash n Syaf
saya baru jmpa blog awak...kena ssid raya part 4 xde ek???
So sweet.smbng la lg k.zura... Please ^__^
sweet sngt2..k.zura bila nak sambung citer nie???please update cerita nie dah tak sabar nak baca!!!!!
Kak! Bila nak sambung part 4???
huhu..mana sambungan part 4???? tak sabar nak baca..
xsabar nak baca part 4. sweetnyaaa.. <3 <3
Kak zura.. SSID raya ter'stop' smpi part 3.2 je ke.. Excited ni nk baca lagi apa jadi seterusnya :)
Kak zura.. SSID raya ter'stop' smpi part 3.2 je ke.. Excited ni nk baca lagi apa jadi seterusnya :)
dh hmpir stahun dh mnunggu...xde lg ke
SO SWEET!!!!!......Blushing plak baca...BTW mmg best...kak zura please sambung... :)
Post a Comment