PAGI itu Ayara kelam-kabut
untuk pergi ke tempat kerja. Mulutnya tidak habis-habis merungut kerana
terlajak tidur lantaran balik lewat semalam selepas menemani Shanzay keluar
makan. Teringatkan akan lelaki itu membuatkan hati masih lagi dipagut rasa
geram. Baginya semakin lama dia mengenali lelaki bermata hijau itu, semakin
banyak masalah yang melanda di dalam hidupnya kebelakangan ini. Ada saja idea
lelaki itu untuk mengenakannya. Macam semalam, tak pasal-pasal video serta gambarnya
yang sedang enak tidur dirakamnya. Sudahlah video itu juga ada babak yang tidak
sepatutnya ditonton di khalayak umum. Dan apa yang menyebalkan hatinya ialah
kejadian lelaki itu yang tidak disangka-sangka mengucup pipinya. Seakan masih
lagi terasa betapa hangat kucupan bibir lelaki itu singgah di pipinya. Apa hak
lelaki itu untuk berbuat demikian? Sungguh, Ayara terasa lelaki itu semakin
kurang ajar padanya. Huh!
Malas untuk
mengingatkan hal yang terjadi semalam, Ayara kembali tekun meneliti fail-fail
yang perlu diserahkan pada petang ini. Di dalam meneliti fail-fail yang hampir
separuh memenuhi mejanya itu, hatinya juga terbit rasa tidak puas hati. Pagi
tadi selepas masuk saja ke pejabat, encik Raziq awal-awal lagi telah
memanggilnya. Hatinya sudah berdebar-debar sakan ketika itu. Seakan dapat
merasa apa yang akan berlaku. Dan kesudahannya, lelaki yang berumur tiga
puluhan itu memberikan sebeban fail yang perlu disemak. Ayara malas untuk
menyoal dengan lebih lanjut memandangkan cara encik Raziq melayannya saja penuh
rasa dingin dan dia tahu mengapa sebabnya lelaki itu bersikap demikian. Pasal
kejadian semalam. Itu saja yang terlintas di benaknya ketika itu.
“Beb, tak nak
pergi makan ke?” Tegur Miza seraya menggerakkan kerusi pusingnya ke arah meja
Ayara. Work stationnya dan sahabatnya
itu hanya bersebelahan. Jadi amat mudah untuk bergerak tanpa perlu berjalan
jauh. Ayara mendongakkan kepalanya dari fail yang sedang dipegang. Jam di
pergelangan tangan di belek seketika. Baru pukul 12.45 tengah hari. Ada lima
belas minit lagi untuk menjengah ke pukul satu petang.
“Awal lagi
lah Miza. Kau tak tengok jam ke?” Balas Ayara seraya menuding jari ke arah
jamnya.
Miza
mencebik. “Alah, lima belas minit je pun lagi. Macam tak biasa buat kerja macam
ni,” sambung Miza lagi. Dia kembali ke mejanya untuk mengambil beg tangan.
Bedak kompak ditarik keluar untuk menampal kembali mekap yang sudah hampir
pudar.
“Memanglah
dah biasa. Tapi hari ni angin encik Raziq tak baik tau. Aku malas nak cari
pasal,” balas Ayara kembali menundukkan kepala menghadap fail yang sedang
terbuka luas di atas meja.
Miza kembali
menghampiri Ayara. Namun kali ini, dia hanya berjalan sambil beg tangan sudah
disangkut ke bahu. Sudah bersiap-sedia untuk keluar.
“Angin apa
pulak mamat tu? Biasa okay aje. Nak-nak lagi dengan kau. Senyum aje manjang.
Sampai nama kau pernah kena gosip lagi dengan dia,” Miza mula ketawa kecil.
Punggungnya dilabuhkan di bucu meja sahabatnya itu.
Masih lagi
teringat akan gosip yang melanda di pejabatnya setahun yang lepas. Ketika
mereka mula-mula ditawarkan bekerja di hotel itu. Namun Ayara hanya diam saja
ketika itu. Langsung tidak mengiyakan walaupun layanan encik Raziq memang baik
kepadanya. Sudahnya gosip itu reda dengan sendirinya.
“Tu hal lama
lah Miza. Aku pun dah lupa. Lagipun aku bukannya betul-betul suka kat dia pun,
dia aje yang layan aku baik semacam,” balas Ayara sambil menggariskan sesuatu
dengan pensel. Terjumpa satu kesalahn yang perlu dibaiki secepat mungkin.
“Yelah tu.
Bukan kau suka kat dia jugak ke dulu? Cakap dia gentleman lah. Soft-spoken
lah,” provok Miza lagi dengan ketawa yang masih bersisa. Masa inilah nak korek
rahsia hati sahabatnya itu. Suka sangat berahsia walau dengan kawan baik
sendiri.
“Siapa cakap
aku suka dia? Aku tak cakap pun. Kalau dia suka aku, takkanlah dia timbunkan
aku dengan fail-fail yang berlambak ni?” balas Ayara cuba mengalih topik.
Memang dulu dia amat mengagumi pegawai atasannya itu. Iyalah, muda-muda lagi
dah pegang jawatan tinggi kat situ. Siapa yang tak kagum kan? Cuma dia pelik
apabila lelaki itu seperti tiada hubungan dengan perempuan. Atau dia sendiri
tidak menyedari akan hal itu?
“Siapa yang
tak suka saya?” Satu suarau garau yang menegur membuatkan Ayara dan Miza
cepat-cepat berpaling. Masing-masing menelan liur kelat apabila melihat pegawai
atasan mereka itu encik Raizq sudah menuju ke arah mereka.
Miza kembali
berdiri. Ayara pula sudah pegun dan tidak berkelip memandang mata encik Raziq
yang sedang memerhatikannya dengan satu renungan yang tidak dapat ditafsirkan.
“Err...Encik
Raziq...Tak ada apa-apa lah. Saya saja-saja cakap tadi,” Miza tiba-tiba
mencelah setelah dapat mengenalpasti akan pandangan encik Raziq ke arah Ayara.
Seakan pandangan lelaki itu mempunyai satu makna namun tidak dapat dicerna oleh
otaknya.
Mata encik Raziq
kembali berpaling ke arah Miza. “Hah Miza. Rasanya tak pukul satu lagi kan?
Awak nak ke mana ni? Ponteng?” Soal encik Raziq memandang tepat ke arah Miza
yang sudah kelihatan serba-salah. Ayara hendak tergelak namun cepat-cepat
menekup mulut. Bimbang jika dimarahi pula.
“Err..” Miza
mati kata. Dia menjeling ke arah Ayara yang sedang tersenyum padanya.
“Ayara,
sebelum pukul tiga. Saya nak semua fail tu semua ada atas meja saya. Jangan
cuba nak ponteng pulak,” sedikit tegas encik Raziq bersuara sebelum menghilangkan
diri ke pintu lif.
Ayara dan
Miza masing-masing menghembus nafas lega. “Aku dah cakap tadi angin dia tak
okay. Kan dah kena,” rungut
Ayara sebelum mengemaskan fail-fail supaya kembali tersusun.
“Angin apa
dia tu? Angin pasang kut?” Telah Miza seraya ketawa. Ayara hanya
menggeleng-gelengkan kepala. Takkan lah angin pasang pulak kut? Tu kan
penyakit. Namun hatinya tetap berprasangka yang encik Raziq memang tidak puas
hati dengannya kerana hal lewat malam semalam. Dia amat pasti.
****
“APSAL kita datang sini?
Bukan kita tak pernah makan ke kat restoran ni?” Soal Ayara berkerut dahi
ketika dia bersama Miza melangkah masuk ke dalam restoran yang terletak di
hujung jalan itu. Memang agak dekat dengan hotel tempat mereka berdua bekerja
namun dia tidak perasan pula yang selama ini ada restoran di situ. Kebiasaannya
mereka hanya makan di kedai-kedai biasa yang tumbuh bagaikan cendawan di
pinggiran jalan. Murah pun murah dari restoran lain. Itu pun jika tidak mahu ke
restoran mamak.
“Bosanlah weyh kalau makan kat tempat biasa je.
Sekali-sekala nak jugak rasa kat restoran mahal kan?” Miza mengerling sekilas
ke arah Ayara sebelum melabuhkan duduk di meja yang berdekatan sampan kecil
yang terletak di tengah-tengah restoran itu. Mungkin dijadikan bahan tarikan.
Tambahan pula, restoran itu berkonsepkan tradisional Melayu.
“Yelah tu
bosan. Aku malas lah nak makan tempat-tempat macam ni. Lari bajet lah. Ni baru
hujung bulan kut,” tambah Ayara sambil memerhatikan dekorasi restoran itu.
Kelihatan persekitarannya amat tersusun. Agak ramai orang ketika ini. Tambahan
pula ketika waktu makan tengah hari.
“Chill lah
beb. Aku yang belanja. So sila jangan risau ye.”
“Kau nak
belanja ke? Alhamdulillah, syukur. Jimat duit aku. Eh jomlah order.”
Miza laju mencebik.
“ Tahu lah aku belanja. Agak-agak lah pun.”
Ayara ketawa
kecil. “Eleh tu pun nak terasa. Sejak bila kau sensitif bagai ni? Eh dah pukul
1.15 dah. Cepatlah, karang lambat masuk kena sound pulak.”
“Yelah-yelah.”
Mereka berdua mula menatap menu yang terletak di meja sebelum membuat order.
****
“AKU PERGI tandas kejap. Kau jangan tinggalkan aku sorang-sorang pulak kat sini,”
pesan Ayara seraya bangkit dari kerusi. Beg tangan disarung ke bahu.
“Alah kau ni. Macam lah jauh sangat dengan hotel tu. Jalan kaki je pun,”
balas Miza seraya tergelak. Apalah Ara ni, hotel punya dekat pun nak takut ke?
Dahlah siang hari bukannya malam pun nak kena berteman bagai, bisik hatinya
lagi.
“Manalah tahu kut-kut kau nak tinggal aku. Eh aku pergi dulu lah,” Ayara
cepat-cepat melangkah. Jam di pergelangan tangannya sudah mencecah pukul 1.45tengah
hari. Ada lima belas minit lagi sebelum pukul 2 petang. Kenalah cepat-cepat.
Bimbang terserempak dengan encik Raziq, mahu kena sound pulak.
Papan tanda yang terletak lima meter dari jaraknya berjalan diperhati. Di
dalam hati berharap tak adalah orang. Manalah tahu kat tandas pun ramai orang.
Bukk!!
Ayara menyeringai sakit apabila terasa bahunya dilanggar kuat.
Kedudukannya yang agak tidak stabil lantaran terlalu laju berjalan membuatkan
tubuhnya terdorong ke belakang sebelum terasa lengannya dipaut seseorang.
Tatkala melihat tangan yang sedang memaut lengannya, matanya hampir terbuntang luas.
***
p/s : entry before balik kg n before
puasa...sebenarnya bab ni panjang so post separuh dulu...part ni takde shanzay
yer J
p/s 2 : selamat menunaikan ibadah
puasa...lepas ni maybe jarang sket update cz bulan puasa agak sibuk..siang mmg
tak sempat dh kut nk pegang tabs...mlm time nk bersahur tu aje lah yg sempat
menaip...sorry yer..
3 comments:
heee mesti shanzay ni....mmm memang berjodoh la dia org ni...
tak pe kak zura, utamakan yang aula dulu yeyeye
selamat berpuasa..
hahaha sape lah 2 shanzay ker raziq????
sis selamat berpuasa juga i-p tq yee untuk n3 kali nie
Post a Comment