:: My gangS :: TQVM

Monday, June 25, 2012

Bab 12.1 Menantu Dari Oversea?


SUASANA di basement parking itu semakin terasa dingin apabila jam sudah mencecah lebih pukul 12 tengah malam. Ditambah lagi dengan keadaan pendingin udara yang sedang terpasang membuatkan keadaan di dakam kereta itu bertambah sejuk. Namun tidak bagi Shanzay. Peluh yang mula memercik di dahi menandakan tubuhnya sedang dilanda kepanasan.

Sebelah tangan Ayara yang sedang merangkul erat pinggangnya diperhatikan seketika. Air liur ditelan lagi tatkala terasa nafas gadis itu sedikit menampar kulit dadanya yang terdedah kerana dia hanya memakai tshirt saja. Apatah lagi dengan muka Ayara yang terlalu rapat di dadanya menambahkan lagi gelora jiwa yang sedia ada. Beberapa kali dia cuba mengingatkan diri yang gadis itu belum lagi sah menjadi miliknya. Bimbang juga jika hatinya tidak mengikuti kewarasan akal fikiran.

Tubuh yang mula terasa lenguh itu cuba dibetulkan dengan berhati-hati tatkala satu idea mula terlintas di fikiran. Satu senyuman lebar terukir di bibirnya apabila telefon bimbitnya yang terletak di dalam poket seluar bermudanya ditarik perlahan. Saat Shanzay sedang menekan-nekan punat telefon bimbitnya, tubuh gadis itu seakan bergerak-gerak. Dan Shanzay cepat-cepat membatukan diri seraya kamera dari telefon bimbitnya dihala pada gadis itu yang sedang memeluknya.

Apabila tubuh gadis itu kembali kaku, dia meneruskan kembali ideanya yang tergendala. Shanzay memang bernasib baik kerana keadaan di basement itu tiada orang. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan rancangannya itu. Dari video gadis itu yang sedang memeluknya sehingga ke satu babak seolah-olah gadis itu cuba mengucup pipinya tatkala dia sedang menundukkan wajah hampir ke arah Ayara.Beberapa ketika kemudian, dia tersenyum puas apabila berjaya merakamkan situasi tersebut. Hmm, kau tunggu lah Ayara! Sekarang siapa yang ambil kesempatan sebenarnya. Bisik hatinya dengan menyandarkan tubuhnya kembali rapat ke seat kereta.


***


HAMPIR satu jam kemudian, barulah Shanzay mengeluh nafas lega. Dia cuba membatukan diri apabila tubuh Ayara mula bergerak-gerak. Mempamer reaksi kosong seolah- olah langsung tidak ada apa-apa yang berlaku.  Ayara menggerak-gerakkan tubuhnya yang terasa lenguh. Mata yang terpejam mula dibuka perlahan-lahan. Tatkala terasa pandangannya seakan terhadang, dia cepat-cepat mengangkat kepalanya dan memerhatikan keadaan sekeliling. Dan sesaat kemudian, matanya terbuntang luas apabila menyedari keadaan yang sedang berlaku. Terpandangkan tangannya yang sedang elok memeluk pinggang Shanzay membuatkan dia cepat-cepat menegakkan tubuh. 

"Seronok tidur kan?" Perli Shanzay sambil kembali membetulkan kedudukannya. Lenguh tak payah cakaplah semasa gadis itu sedang memeluknya. Seakan mahu kebas tubuhnya menahan semua itu. Namun dia rasa berbaloi apabila kejadian itu berlaku. Setidak-tidaknya, dia mempunyai sesuatu untuk dikenang. Dan juga sebagai bukti yang bukan dia yang mengambil kesempatan.  Ayara gigit bibir perlahan. Adess, macam  mana aku boleh tak sedar ni? Dan macam   mana aku boleh terpeluk dia ni? Ya ampun, malunya! Jerit hati Ayara. Walaupun keadaan di   dalam kereta itu agak samar-samar dengan cahaya, dia dapat merasakan pipinya seakan berbahang.   

"Kenapa kau tak kejut aku?" Soal Ayara tanpa mengendahkan soalan Shanzay.   Sejujurnya dia  cuba untuk tidak mengendahkan perlian dari lelaki itu tadi. Malu tak payah   cakaplah. Berbukit-bukit rasanya. Rasa mahu menyorok kat mana-mana pun ada. Shanzay   tersenyum nipis dan memandang sekilas ke arah   Ayara.   

"Aku dah kejut banyak kali pun tapi kau langsung tak sedar. Agaknya sedap sangat kut dapat   tidur dengan aku dalam kereta ni,"   Shanzay tergelak kecil apabila Ayara sudah menjelingnya tajam. Geram bila lelaki itu   mengatakan hal yang sebegitu.  Seolah-olah dia pula yang terhegeh-hegeh untuk tidur bersama   dengan lelaki itu walau apa yang berlaku sebaliknya. Sungguh dia amat penat tadi. Apatah lagi   dengan deruan pengdingin hawa yang sejuk serta kereta lelaki itu yang selesa menambahkan lagi     rasa mengantuk yang sedia ada. Sudahnya dia terlena tanpa menyedari yang dia sedang menumpang kereta lelaki itu.   

"Aku tak sengajalah," balas Ayara sedikit keras. Dan Shanzay semakin kuat tawanya   apabila Ayara menafikan yang sebaliknya. 

 " Tapi okay jugak kan. Bukan senang kau nak peluk aku. Biasa aku je yang peluk kau.   Kira kali ni kau memang betul-betul ambil kesempatan lah kat aku. Hmm, nasib tak ada apa-apa   yang jadi tadi," sambung Shanzay lagi dengan ketawa yang masih berbaki. Serta-merta Ayara   membulatkan mata apabila mendengarkan kata-kata lelaki itu. Pantas matanya meneliti   pakaiannya yang masih tersarung kemas di badan. Eh okay je pun. Tak ada apa-apa kan yang berlaku tadi? Soal hatinya yang sudah sedikit cuak. Manalah tahu ketika dia tertidur sebentar tadi,  lelaki itu sudah mula mengambil kesempatan. Ah Ayara! Jangan fikir bukan-bukanlah!

"Don' t worry lah Ayara. Aku tak ada buat apa-apa pun tadi. Tapi kalau ada terbuat pun,   aku pasti akan bertanggungjawab," balas Shanzay selamba dengan bibir yang masih mengukir   senyum. Enjin kereta mula dihidupkan.   

"Huh? Kau cakap apa tadi?" Soal Ayara laju. Seingatnya, telinganya masih lagi berfungsi dengan baik ketika mendengar ayat terakhir yang keluar dari lelaki itu. "Tak ada apa-apa lah. Kau tak nak balik ke?" Shanzay cuba mengalih topik. Sebenarnya dia ada rancangan sendiri tatkala video serta  gambar gadis itu dirakam.. Dan apa yang penting, bukan saat ini semuanya perlu dilakukan. 

"Apa maksud kau Shanzay?!Bertanggungjawab apa ni?!" Soal Ayara dengan nada cuak. Matanya tidak berkelip memandang Shanzay di sebelah. Dia sudah membuat keputusan dan tidak teragak-agak untuk mendesak lelaki itu menceritakan hal yang sebenar. Shanzay berpaling menghadap ke arah Ayara.

"Relakslah Ayara. Tak ada apa-apa yang berlaku pun. Try kau tengok baju kau tu. Still kemas kan? Bukan ada yang terbuka pun," Ayara menggeleng kepala. Entah kenapa intonasi serta gaya Shanzay itu seakan menyembunyikan sesuatu. Dan dia sudah mula hilang sabar.

"Shanzay! Baik kau cakap dengan aku baik-baik. Kau ada buat apa-apa kan tadi masa aku tidur?!"Ayara sudah menjerit.Shanzay sedikit berdecit. Haila perempuan ni. Nak sorok rahsia sikit pun tak boleh.

"Okay-okay.   Janganlah menjerit. Sakit telinga aku ni." Shanzay meraba-raba poket sekuar bermudanya.   Sebuah tekefon bimbit ditarik keluar dan ditekan-tekan.   

"Kau nak tahu sangat kan? Ha, tengoklah." Shanzay menayangkan rakaman video pendek serta gambar-gambar Ayara yang sedang memeluknya ketika tidur. Dan tidak lupa gambar gadis itu yang seolah-olah sedang mengucup pipinya.   

"Shanzay! Apa semua ni? Baik kau delete cepat." Menggigil tubuh Ayara menahan marah yang   sedang menggila. Kalau diikutkan rasa hatinya ketika itu, mahu saja dia mencampakkan telefon   lelaki itu sehingga berderai namun Shanzay seperti dapat menjangka akan niatanya itu. Cepat je   telefon bimbit itu disimpankan kembali ke poket seluar bermudanya. 


"Eh mana boleh delete. Kenangan ni. Mana tahu kut-kut nanti boleh tunjuk ke anak-anak kita yang mummy..."




~~~ bersambung ke bab 12.2 plak :)





*sekali lagi mohon maaf sbb lmbt..ingt nk edit smpai habis td, tp tangan pulak terseliuh..enjoy yer :-) ~ maaf atas segala kekurangan ~

10 comments:

Lieynaim mohd noor said...

terjerat sudah... shanzay nie nakal la

Unknown said...

nakal betol shanzay nih..hehe
anyway..suke sgt post kali nie zura...

wida said...

pendek sangat la...

NurAtiZa said...

Haih Shanzay ni memang betul-betul nakal...#^_^

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nzlyna'im

Terjerat ke? Kite tgk nnt cmne..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@fatinzolkifli

Tenkiu fatin..nakal tu mmg perangai dia kot..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@wida

Sori..tgn terseliuh pg tadi...ni pon bls komen ngn satu jari n hadang tabs ni ngn siku...btw ade lg smbungan bab ni :-)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@NurAtiZa


Hehe..perangai dia tu timbul ngn ayara je kot..

n@in@ said...

Salam sis, saya dh lama tggu sambungan citer D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a aku dan kamu & citer Don't You Love Me?..sis xnak smbung dh ke citer 2...plez smbung sampai abis..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@n@in@


Sory bukan tak nak smbung..skrg mase amat terhad sebab sy tgh siapkn dua manuskrip sebelum pesta buku tahun depan...jd tak ade mase utk bermain main mcm dulu dulu....sorry again...